Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


HA HA HA HAI..…KETAWALAH PULA…!!

SEPULUH hari saya tidak membuka FGR dan menyumbang ke lamanweb yang sering saya kunjungi. Terasa benar kerinduan dalam hati. Saya betul-betul tidak ada kesempatan kerana berjalan jauh ke sudut dunia. Kembali saya semula, berpuluh email yang harus saya jawab. Berbagai pertanyaan yang sampai.

Kepada mereka yang mengirim email, izinkanlah saya jawab disini saja. Pertamanya, saya sihat walafiat. Tidak uzur.

Menghilang diri bukan kerana lari atau menghidar dari suasana yang semakin kacau, tetapi semata-mata atas urusan peribadi. Maklumlah, mencari sesuap nasi bukan mudah sekarang. Semuanya sudah mahal. Minyak naik 10 sen se litre, tapi tambang naik sampai sekali ganda. Ikan kembung pun sudah macam berkepala emas. Samy Vellu siang-siang dah bagi justifikasi, kununnya kalau Tol tak naik, kerajaan akan rugi tanggung subsidi.

Hairan juga kita, kalau 20 juta rakyat merana tak apa, tapi kalau RENONG hentam duit rakyat RM3.2 bilion rakyat kena tanggung itu justified? Apa regim Mahathir nak buat ni?

Kesabaran rakyat Sudah Habis

Ikhtar perlu diperbanyak. Begitulah nampak cara terbaik. Nak minta bantuan dari sesiapa? Melainkan dari Allah swt. saya selain dari melipatgandakan usaha. Kerana itu, terpaksalah kita mencari ikhtiar dengan meninggalkan tanahair untuk seketika. Alhamdulillah, semuanya berjaya dengan selamat. Tapi masih banyak yang nak dikemaskinikan.

Dahlia Memecah Rahsia UMNO

Sekembali pulang, terus menjenguk laman-laman kesayangan. Ingin sangat nak melepaskan rindu yang menggila. Walaupun tak berapa hari tidak membaca, terasa macam ketinggalan sangat. Makin nampak, perjuangan Reformasi ini terlalu pantas berjalan.

Di WebAntu, saya terbaca satu rencana Dahlia ‘Srikandi Reformasi’ bercerita tentang “Mak Cik UMNO vs Puterinya”. Sebaik saja terbaca tajuknya, garu kepala saya..”Golongan Cap Semut/Gajah Dalam Umno”, tulis Dahlia.

Saya sudah lama mengikuti tulisan Adik kita Dahlia ini, memang tulisannya kerapkali ‘meletop’ mecabar minda. Kali ini pun begitu juga.

Saya terbaca se peringgan panjang bertajuk “PUTERI PILIHAN DIKTATOR TUA”. Dahlia berkata:

1. [“……Azalina Othman dijangka menerajui Puteri umno seperti kehendak Mahathir. Dalam tulisan Wak Amin, beliau telah menyelongkar siapa Azalina ini. Mungkin saya tidak pernah mengenali beliau selain mengenali ketika beliau mengendalikan satu program (Night Line) di NTV7, sebagai pengacara. Tetapi menurut teman-teman yang bekerja di media massa, semua perkara yang ditulis oleh Wak Amin adalah benar.

2. Seperkara yang diperkatakan ialah Azalina bukanlah seorang muslim yang mempunyai pegangan kuat kepada agama kerana telah biasa dengan cara gaya hidup yang bebas, termasuk dalam soal hubungan dengan lelaki dan juga cara hidup di luar batasan Islam. Tiap kali dia bersuara, pecah semua gelas yang berkaca, inikan pula sempadan ugama.

3. Akhirnya JAIS yang terpaksa "surrender", seolah-olah puteri barua ini lebih pakar berugama. (dan bersenggama?? :)]

Membaca tulisan Dahlia selanjutnya, baru kita sedar bahawa WANITA UMNO juga sedang mengalami perpecahan. Sudah terbit golongan “modenis” dan golongan “Mak Cik Konservatif”. Malangnya, kedua-dua glongan ‘senyum’ masing-masing tidak manis lagi.

Mungkinkah di Perhimpunan UMNO yang datang akan berlaku pertarungan sengit? Kalau bagitu, pasti puak Azalina Othman akan cari jalan mencemuh “Mak Cik-Mak Cik” yang dah ketinggala zaman, kan? Ha..ha..ha..hai..Ketawalah pula!!

Masih Mentelaah Mencari Jawapan

Saya masih mentelaah tulisan Adik Dahlia itu, kerana terlampau banyak rahsia besar yang harus ditafsirkan dari keseluruhan mesej yang disampaikan. Apatahlagi, 10 hari tertinggal, terasa saya seperti ketinggalan zaman.

Padan juga masih ramai rakyat yang tidak mengerti peruangan Reformis, kerana perjuangan Reformis dan Reformasi bukan semudah itu dihayati seandainya cuma sekali sekala membaca fikiran pemimpin BA.

Kalau dalam tempoh 10 hari saya boleh ‘tenggelam punca’, bagaimana agaknya mereka yang tak ada komputer atau tidak mendengar ceramah BA? Tidakkah wajar kita mencari ikhtar menyebarkan makluman yang bertimbun ini seluas-luasnya?

Saya masih bertanya. Dan masih belum dapat jawapan!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com