Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


PEMBANGKANG SUDAH DIYAKINI OLEH PEMIMPIN DUNIA BERTAMADUN.

PERBINCANGAN saya dengan beberapa orang pelabur luar di sudut dunia ‘sebelah sana’ seminggu dulu memberi saya satu pengajaran besar sejak meninggalkan UMNO. Mungkin maklumat ini wajar dikongsi bersama dengan semua pihak – samada pihak Kerajaan mau pun Pembangkang.

Perubahan Angin Sudah Tiba

Mungkin apa yang saya usulkan lebih releven kepada sektor kepimpinan negara yang digelarkan oleh regim Mahathir sebagai Pembangkang (walaupun sudah menawan 2 negeri sebahagian besar Parlimen dan DUN), berbanding dengan regim bertampukkan UMNO/BN sekarang.

Hematnya, ‘impression’ pelabur luar yang ditemui rata-rata menyatakan bahawa:

1) mereka sedang menunggu bilakah negara kita akan kembali pulih seperti sebelum DS Anwar dilucutkan dari jawatan Menteri Kewangan, lantas dikhianat dan dipenjara-politikkan oleh Mahathir Mohammad;

2) mereka menunggu bila mungkin negara ini akan kembali semula mengikut arus perdana dunia sejagat tanpa Mahathir menafikan kewibawaan undang-undang, sealir dengan rentak ekonomi ‘global’ dan memperakukan Hak Asasi Manusia (khusunya terhadap rakyat negara ini).

Mereka semacam mahu menyatakan Malaysia sedang diurustadbir oleh sebuah regim “undemocratic” dan “depostic”.

Mereka mentafsirkan Mahathir sebagai seorang yang berkuasa mutlak dan tidak berfikir panjang untuk rakyat. Beliau dilihat sebagai seorang “benovelent” kepada Kroninya cuma, sementara Nepotisma berleluasa ‘unchecked and rampant’ (kata mereka).

Pelabur Luar Menyisihkan Malaysia

Singkatnya, saya nampak sekarang, terang-terang pelabur luar sangat berwaspada untuk melabur di negara kita ini. Puncanya, faktor-faktor “insatabilities” yang tercetus dari karenah regim Mahathir sejak Anwar dibuang secara paling tidak beretika, sudah menghilangkan keyakinan pelabur-pelabur yang berwang banyak dari melabur di sini.

Mereka (pelabur luar) itu menunjukkan ketakutan yang amat sangat melabur puluhan billion dollar. Mereka tahu kita sangat memerlukan untuk membaikpulih ekonomi negara yang ternyata tidak mampu dilakukan dari sumber dalaman yang ada.

Pembohong Besar

Terbukti, rombongan Mahathir dan Rafidah sudah banyak kali gagal ‘memancing’ pelabur luar menanam modal disini. Kalau mereka menafikan hakikat yang benar ini, bermakna mereka PEMBOHONG BESAR!!

Mereka (pelabur luar) menyatakan, mereka mempunya 1001 macam ide dan perancangan untuk melabur di Tenggara Asia dan ASEAN. Mereka juga punya teknoloji dan kepakaran, yang sesuai dengan tahap kecekapan manpower di Malaysia (sebagai negara maju yang punya asas di bidang pendidikan masa dulu).

Mereka sanggup melabur dalam jangka jumlah ratusan billion di negara ini. Tetapi masalahnya, “There is no political, administrative, legal and social stabilities in Malaysia”, kata mereka. Itu adalah rumusan yang harus menjadi asas yang harus dipertimbangkan oleh rakyat dalam menentukan kerajaan dalam tahun 2004 yang akan datang.

Perjuangan Baisan Alternatif (BA) Diperhatikan

Mereka memandang tinggi perjuangan rakyat menegakkan Keadilan. Dan mereka terang-terang meletakkan harapan kepada Baisan Alternatif (BA) dan kembalinya Anwar ke pangkaun rakyat untuk menerajui negara.

Walaupun mereka berkata bahawa mereka ‘tidak berhak menentukan pilihan rakyat’ negara ini, namun mereka terang-terang berrkata “The choice of where we will invest our huge funds is our prerogatives. We can’t wait. We have Indochina, other ASEAN countries (other than Malaysia), China, or Taiwan”, kata mereka.

Celupar Mahathir Merosakkan Peluang

Makin nampak kepada saya bahawa mulut celupar Mahathir memaki hamun dunia bebas yang banyak wang, teknologi, pasaran; dan keinginan mereka melabur itu; sudah ‘backfire’ kepada ekonomi, pembangunan dan kemajuan nergara dan rakyat kita.

Saya dapat merumuskan bahawa dunia sudah sampai ketahap memandang Barisan Alternatif (BA) sebagai harapan untuk mengambil tempat di hadapan dalam mengemukakan rangka dasarnya berhubung isu sosialisi parti dalam konteks “globalisasi’. Dengan itu, makin nampak BA harus memainkan peranan dalam ledakan dunia bebas supaya berhubung dengan lebih akrab dengan pemimpin luar.

Dunia sudah tidak lagi berharap Mahathir dengan segala retoriknya saja melaksanakan agenda murni untuk rakyat. Dunia sudah bosan mendegar cemuh-hamput dan maki hamun Mahathir terhadap dunia maju. Mahathir seolah masih lagi mau muncul seolah-olah tidak ada orang lain yang lebih bijak dari dirinya seorang. (Mana ada jalan itu macam, Madey. Lu ingat orang suma gila serupa lu kaaa??)

Wira Dunia Ke-3 Bakar ‘Kelambu’ Parti

Dunia sudah mulai mentafsirkan bahawa si “Wira Dunia Ke-3” yang dilantik oleh Ibrahim Ali yang serba ‘baghal, bodoh-sombong dan paling bangang ketetel’ itu sudah betul-betul menjadi “Unta Kering” yang tersadai di tengah padang pasir kontang. Iskk..iskk..iskk..!!

Pemimpin UMNO/BN pula adalah ‘dalang-dalang’ kera sumbang yang mulut melopong dihurung langau hijau bila mendegar Mahathir menyanyi ‘keroncong’nya. Terlampau ramai anatara mereka cuma bergantung di kaki seluar si Tua Bangka yang sudah mabuk kuasa itu.

Pemimpin UMNO/BN sekarang cuma membebel ‘entah apa-apa’; sementara Mahathir bercakap di merata pelusuk dunia tanpa sebarang ulasan orang luar. Sudah ramai orang keluar Dewan Perhimpunan di Club-club Eksklusif antarabangsa sebaik saja mendengar Mahathir akan hadir dan bercakap.

Mereka mentakrifkan Mahathir seperti belon panas berisi angin kimia yang membunuh diri sendiri. Sepatutnya UMNO/BN menasihati Mahathir bahawa kemilangan nama tuan mereka (Mahathir Mohammad) sudah tawar-hambar. Malah, jika si Mahathir ini diberitakan akan berucap, ramai anggota yang menolak jemputan tidak akan hadir. Lihat saja peristiwa ISNA di Chicago dan di Cambridge sedikit hari dulu. Itu bukti nyata – bukan fitnah Amin Sapiro (tau tak UMNO ooiii..?).

Rakyat Wajar Ambil Iktibar

Oleh itu, terpulanglah kepada seluruh rakyat negara ini mengambil iktibar bahawa Dunia luar sudah tidak yakin Mahathir dan UMNO/BN mampu mempertahankan kepentingan nasional Malaysia dari serangan musuh ekonomi negara dari luar. Sebabnya, Mahathir melakukan banyak jenayah ekonomi dalaman yang melemahkan negara sendiri.

Sebenarnya mereka (pelabur dunia) sudah memulakan pemboikotan pelaburan terhadap Malaysia. Puncanya, Mahathir dan UMNO/BN masih melaksakan rkuasa secara “kurang peka” dan tidak berhemah; selari dengan tuntutan rakyat dan sealiran dengan ragam kovensional dunia sejagat.

Dari apa yang saya lihat, dan dari apa yang saya lihat itu pula telah memberi saya asas untuk merumuskan (setelah sekian lama meneliti keadaan dan ‘disahkan hasil perjalanan saya tempoh hari) bahawa hampir-hampir sahih dan khusus bagi rakyat memutuskan pilihan lebih awal siapa yang wajar menerajui Kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang (2004?).

Pembangkang BA Lebih Mantap

Pembangkang BA wajib bersedia dari sekarang. Kerana itu, makin WAJIB pemimpin Pembangkang dan BA memusatkan tumpuan sampingan yang kental terhadap isu-isu perlaksanaan strategi PR dalam konteks Globalisasi di bidang ekonomi pula.

Pembangkang BA harus menyuarakan isu ini kepada rakyat dan menjadikan ia sebagai strategi yang menjanjikan harapan positif dan opmistik terhadap kehidupan dan masa depan rakyat.

Majoriti rakyat mungkin tidak faham, jauh sekali dari mengerti apa sebenarnya “Reformasi” itu. UMNO/BN sudah mencucuk ke dalam minda rakyat bahawa ‘Reformasi = Rusuhan’. Sikit hari lagi perkara yang berlaku di Indonesia dulu akan ditayangkan di TV dan akhbar. (percaya tak? Sama-sama kita lihat nanti..!!)

Strategi Serampang Dua Mata

Pembangkang dan kepimpinan BA wajar menujukkan kepada dunia dan rakyat sendiri bahawa mereka telah mendapat keyakinan (paling kurang) tiga badan agensi pengawas sektor ekonomi dunia seperti IMF, Bank Dunia dan WTO (World Trade Organisation). Pemimpin agensi-agensi tersebut harus dirapati dengan baik dan mereka harus (paling kurang menyokong perjuangan Reformasi) jika tidak pun menyatakan keyakinan kepada kepimpinan Barisan Alternatif (BA).

Mata serampang ke dua, Pembangkang dan kepimpinan BA harus mendapat sokongan pemimpin dunia luar dan NGO antarabangsa supaya memberi asakan kepada Mahathir dan UMNO/BN supaya menyelesaikan isu dalaman yang makinn parah menekan senario politik mereka; kesan dari kemelesetan pelaburan luar dan senario ekonomi yang makin parah.

Terjemahkan ‘Reformasi’ Sebaik Mungkin

Dari situ rakyat akan terpanggil untuk memberi keyakinan kepada perjuangan REFORMASI. Terjemahkanlah REFORMASI dari sudut Keadilan undang-undang, manifesto kertas putih Pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial, pembasmian Kezaliman, kerakusan kuasa puak “itu” dan Pembohongan @ Penipuan seperti yang sedang berlaku terhadap rakyat Terangganu dan 8 juta penyimpan KWSP, dll. (NB. ada berpuluh perkara yang masih tersembunyi).

Bongkar! Dan Bongkar semua….!! Rakyat wajib tahu tiap-tiap satu!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com