Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


“PUTERI UMNO” – “WANITA UMNO” DIRUNDUNG PERPECAHAN DAHSYAT

DALAM satu rencana panjang di Utusan Makaysia (20 September 2000), Annuar Musa terang-terang mengakui bahawa UMNO Baru tidak memberi tempat yang wajar kepada kaum wanita golongan muda dalam soal pengendalian parti.

Kata Annuar:

[UMNO dilihat sebagai kurang membuka ruang kepada golongan muda. Terdapat banyak halangan-halangan sama ada kerana birokrasinya ataupun juga kerana amalan-amalan di dalam UMNO itu sendiri, dilihat sebagai menghalang golongan terpelajar dan golongan muda menyertainya.]

Di peringgan lain beliuay menyambung:

[Amat ketara sekali kurangnya penyertaan wanita muda dalam UMNO. Pergerakan Wanita UMNO sama ada di cawangan, bahagian atau peringkat tertinggi, di monopoli oleh wanita yang lebih berumur. Ini menyekat secara langsung wanita-wanita muda di kalangan umur belasan dan 20-an atau 30-an untuk mendapat tempat dalam kepimpinan.]

Kita hairan, mengapa Annuar Musa begitu celupar mengkritik UMNO. Adakah beliau sudah seberani Shahril Samad pula?

Selayang Pandang

Sebagai tradisi terkini UMNO, Mahathir tidak akan membenarkan sesiapa mengeluarkan sebarang kenyataan ‘menghentam’ UMNO sepedas yang disuarakan oleh Annuar Musa itu; kecuali dengan restu dan arahan beliau.

Ramai yang menjangka, kritikdiri (self-criticism) pedas Annuar itu adalah semacam permulaan kepada satu langkah yang disengajakan dan telah mendapat restu pucuk pimpinan UMNO. Tetapi soalan yang didengar, jika Mahathir membenarkan UMNO dikritik secara terbuka, apa agendanya?

Hari ini, segala-galanya sudah terbongkar. Tulisan Annuar itu tidak lebih dari amaran awal (early warning) kepada satu puak yang mulai “fall out of favour” dan tidak diyakini oleh Mahathir lagi. Soalnya, siapa dia?

Waktu itu orang UMNO belum nampak ‘sebesar mana udang yang bersembunyi disebalik batu’ yang terpapar dari tulisan Annuar Musa itu. Kini, rupa-rupanya, undang itu punya sepit ‘kala jengking’. Yang disepit pula sah “Wanita UMNO”.

Lanjutan dari tulisan Annuar itulah timbul isu penubuhan gagasan “Puteri UMNO” yang telah ditetapkan oleh Mahathir sendiri supaya diterajui oleh Azalina Othman. Perkembangan terkini diberitakan, Mahathir mahu “Puteri UMNO” ‘saperate entity’ dan tidak tertakluk dibawah naungan WANITA UMNO.

“WANITA UMNO” Terjengket-jengket

Ekoran itu, bermula satu pergolakan ‘senyap’ dikalangan WANITA UMNO. Dari kenyataan selanjutnya, tersebar dikalangan beberapa kelompok WANITA UMNO di Johor, Melaka, Perak dan Pahang (secara tidak resmi diketahui tetapi tidak menjadi rahsia lagi) bahawa mereka telah sepakat membantah ‘dalam senyap’. Rafidah Aziz merasa diri dan kedudukannya sudah di “undermined” oleh Mahathir.

Penerajuan “Puteri UMNO” oleh Azalina Othman bukan saja membawa kepada perpecahan perpaduan WANITA UMNO, sebaliknya telah menyebabkan sayap kiri UMNO itu semacam patah dan tercabut bulu. Pembantah ‘senyap’ itu pula sudah membuat strategi sendiri.

Ramai pihak WANITA di peringkat Bahagian di negeri tersebut telah sepakat membuat ketetapan rahsia. Khabarnya, Rafidah sendiri adalah pemimpin WANITA yang paling vokal menyuarakan bantahan (melaui orang uapahannya).

Nampaknya sekarang, Siti Zahara sudah boleh nyenyak tidur. Apa tidaknya, kata Siti Zaharah: “Ayam betina yang beketuk riuh se kampung kununnya akan bertelur banyak (semasa Rafidah menang 12 undi di Perhimpunan lalu), rupanya kini bukan menghasil telur, tetapi ekor sendiri sudah bergelumang taik. Padan muka..!! hehehe”.

“Puteri UMNO” Berprinsip ‘Jati-diri’

Ramai yang ketawa bila Azalina Othman (yang dijangka piihan Mahathir menerajui Puteri UMNO). Ketokohan budak mentah itu telah menjadi bahan ketawa WANITA. Seorang pemimpin WANITA dari Negeri Sembilan yang ditemui berkata, “Budak Azalima itu, rupa saja macam pulut, tapi bila ditanak (masak) berderai. Kami dah 20 menganggotai WANITA, apa budak tu tau?”

Dahlia dalam sebuah rencana di WebAntu (”Golongan Cap Semut/Gajah Dalam Umno”) menulis rungutan Mak Chik-Mak Cik UMNO di Johor mengenai penubuhan “Puteri UMNO” dan beberapa orang yang bakal menerajuinya. Fokus Mak Chik-Mak Cik adalah latarbelakang peribadi dan tingkah laku Azalina Othman yang terlalu dikenali. Ia sudah mulai tersebar melalui surat layang.

Walaupun UMNO kununnya tidak mempedulikan konsep ‘surat layang’, tetapi antara sesama WANITA UMNO sudah mulai berhubung melaui internet e-mail mengenai isu ini. Dan kesannya bukan setakat menggegar WANITA tetapi sudah mulai menggoncangkan UMNO induk.

Khabarnya, selain dari Johor, Melaka, Perak dan Pahang; beberapa buah negeri lain juga sudah memutuskan sesuatu yang masih dirahsiakan.

Sekarang, penyokong kem Siti Zaharah sudah ‘letak harga’. Kem Rafidah sedang tercungap-cungap seperti ikan di air keruh. Makin itu kem Zaharah tarik harga lagi. Apa yang akan berlaku – kena tunggu 2003/4.

Terdengar Hilai Ketawa Yang Menggila

Nampaklah sekarang, Annuar Musa yang sah mejadi ‘kuda belang’ Mahathir untuk menyuarakan pendapat ‘taukeh’nya itu, adalah bertujuan untuk mengkaji ‘sedalam mana air diruang’. Beliau dengan berani berkata:

[……saya (Annuar) berpandangan bahawa UMNO perlukan reinvention dan reengineering untuk kekal berpengaruh.]

Nampaknya, Mahathir (melalui Annuar Musa) cuba ‘reinvent the wheel’ melalui satu proses ‘reengineering’. Mungkin Mahathir berfikir roda UMNO tidak harus bulat, sebaliknya ‘4-segi’.

Bagaimana rasanya kalau roda kereta lembu UMNO 4-segi? Adakah selesa menumpang kereta lembu UMNO yang beroda 4-segi itu?

Mahathir…Mahathir..!! Nampaknya ciptaan Mahathir terkini lebih bangang dari rekacipta saintis Zaman Batu!! Hahaha…!! Boleh terkejarkah oleh kereta lembu UMNO pecutan wanita KeADILan dan PAS (BA) yang punya roda-roda yang telah di “realignment” dengan sempurna?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com