Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


BELANJAWAN 2001: BUKAN UNTUK KITA RAKYAT BANGSAT!

SEHARI dua ini memang saya kesuntukan masa untuk bercerita dengan teman-teman biasa. Malah ada beberapa e-mail yang saya terima masih belum terjawab. Mungkin ada yang kecil hati seolah-olah saya bersikap membantu begitu. Sewajarnya, Mahathir dan Daim patut sebuk lagi; pun masih boleh merangka siri pembohongan mega dalam bentuk belanjawan negara, kan?

Saya jawab sikit hari ini beberapa e-mail teman-teman yang meminta saya menujum belanjawan Mahathir-Daim kali ini. Siang-siang saya beritahu mereka – JANGAN HARAP kalian akan jadi senang, jauh sekali jadi kaya. Kalau tak mintak sedekah pun sudah alhamdulillahhh….!!

Betul nujum saya itu rupanya. Tidak ada apa-apa yang luar biasa dalam belanjawan yang dibentangkan siang tadi. Kalau pesawah penanam padi, nelayan pemancing ikan, anak-anak sekolah bakal jadi cendekiawan – Nah! tinggalkanlah sebarang impian demikian. It is just another sirie of ‘wishingfull thinking’ yang bukan-bukan saja!!

Percayalah bahawa kepimpinan UMNO/BN tidak ada sebarang cadangan untuk memberi ganjaran kepada kakitangan awam. Alasan sebenarnya kita tahu, bukan? Ekonomi masih lagi ketinggalan jauh berbanding dengan negara ASEAN yang sudah memecut lajak-meluncur kehadapan.

Puncanya hanya satu – pelabur luar masih enggan menokok FDI di negara ini. Walaupun 1001 macam insentif diusulkan; namun mereka tetap bertahan dengan mengatakan: “Selagi rasuah bermaharajalela, Mahathir dan Daim masih jadi Firaun dan Karunnya – sorry no investment for Malaysia”.

Pelabur luar sudah cakap siang-siang sewaktu Mahathir, Rafidah dan Dolah Bedawi menyorot mereka di Amerika, Britain dan Jepun. Mereka sudah nampak, Malaysia bukan lagi tempat “istimewa” seperti zaman-zaman Anwar. Mereka sedang merangka strategi untuk melabur di China, Korea, Thailand, Indonesia, Filipina – bahkan di Vietnam. Sebab yang mereka nyatakan adalah: “There is no political stability ini Malaysia as long as these two crooks are arround. And so, Malaysia will not be our prime choice for some years to come, unless there is total change is the government”.

Itu yang kerap di dengar. Kita perlu baca tulisan Raja kamaruddin Petra dan Freeanwar, AWSJ, Time, CNN, Wall Street Journal, Asiaweek, dan lain.

Siang tadi Daim ada cakap mengenai “masyarakat penyayang, pembangunan luar bandar, dan seumpamanya”. Tapi seperti tahun-tahun sebelumnya, keutamaan mereka cuma untuk “menggemukkan” kroni-kroni koporat kelompok mereka yang sedang mengalami ugutan bankrut yang menggila. Yang pasti akan punah adalah wang rakyat. KWSP nampaknya menjadi ‘padang kuda-kuda Kroni Mahathir-Daim melejang dengan full horse-power..!! Kalau tak percaya, tanya wakil MTUC yang tangan dan kaki mereka sudah ditambat dengan ‘dawai besi waja’.

Haha.. Baca betul-betul belanjawan kali ini. Saya kira sedikit mujur kerana berkesempatan tadi petang berbicang serba sedikit dengan teman-teman yang mahir dalam “investments analysis” dan “capital ventures”. Rumusan beberapa orang dari mereka adalah “tidak optimistik”. Saya lihat seorang dari mereka menggerak-gerakkan kumis. Pahamlah saya… hehehe… silap-silap tahun depan “soru pun miss”… KAH! KAH! KAH! Kami ketawa.

Saya masih lagi memikirkan betapa seksanya rakyat miskin yang perlukan bantuan untuk hidup setahap mereka yang melakukan rasuah melalui kuasa politik yang ada. Kita nampak bagaimana rakyat miskin akan terpaksa jual tanah dan harta kontan untuk menyekolahkan anak-anak di IPT. Khususnya orang Melayu, saudara-saudara kita itu akan terus hidup tertekan dan dalam serba kepayahan. Selagi pemimpin UMNO/BN yang merangka belanjawan, selagi itulah mereka tidak akan dapat pembelaan. Sia-sia saja mengamanah dan menyerahkan Kemerdekaan kepada pemimpin UMNO/BN. Mereka lebih lahap dari harimau dalam hutan yang kebukuran. Nawaitu mereka bukan nak jadi jutawan. Sekarang sudah tiba masa mereka merompak rakyat dalam taksiran berbillion-billion..!!

Sebagai taktik biasa, pemimpin UMNO/BN akan hanya merangka belanjawan yang “mengabui mata rakyat” cuma bila Pilihanraya Umum jatuh pada tahun itu. Waktu itu, mungkin akan diadakan bermacam-macam pengecualian yang bakal diwartakan. Contohnya: Cukai Pendapatan ‘zero’ bagi kakitangan awam, bonus 1 bulan, minyak petrol akan di subsidise, tambang bus akan dikurangkan, tol tidak dinaikkan, harga ayam diturunkan, dan macam-macam lagi akan disogokkan.

Dan bila tarikh Pilihanraya Umum di wartakan, semasa kempen hebat diwarwarkan, kita akan tengok lori akan menyusul ke pendalaman. Wakil-wakil UMNO/BN akan membawa beras, ikan kering, telur asin untuk dijadikan habuan percuma. Mungkin ramai yang akan dapat kain batik, kain songhket – malah kain kafan. Itulah dasar masyarakat penyayang UMNO/BN. Kerana, sesiapa yang meninggal dunia pun akan mengundi juga sebab kain kafan sudah diterima secara percuma!!

SPR garu kepala. Undi “hantu” ada dimana-mana. Sudah jadi semacam amalan biasa. Apa yang penting – UMNO/BN mesti menang. Malah di kawasan Mahathir, Daim, Khalil Yaakob, Samy Vellu, dll pun ceritanya serupa saja. Hantu-hantu bangkit dari kubur dan mengundi memangkah UMNO/BN.

Jadi belanjawan negara tahun 2001 ini hanya untuk membalas jasa “hantu-hantu kubur” yang menyokong mereka saja. Kita yang hidup dan bernyawa terpaksa menumpang nafkah dan rezki orang yang sudah meninggal dunia. Itu Dasar belanjawan UMNO/BN yang objektif untuk rakyat jelata!

Sebagai pandangan interim, dapat dirumuskan bahawa Belanjawan 2001 andaikan saja umpama orang memakai celana “Clerk Gable yang berjalur berwarna warni, tapi orang yang memakainya adalah mayat-mayat yang sedang reput – sejak 10 tahun dulu sudah mati!!….”

Yang pasti: Belanjawan 2001 bukan untuk rakyat miskin dan bangsat. Ia cuma untuk kroni-kroni Mahathir -Daim yang bergelar Korporat “keparat”…!!

Baca di The Star dan cuba tafsirkan dalam-dalam. Rakyat miskin makin ‘tenggelam’. Jadi, kalau mahu obah nasib: UNDILAH BARISAN ALTERNBATIF pada tahun Pemilu Ke-11 ini. Rakyat sendiri akan beritahu Kerajaan BA apa yang mereka mahu. Kroni BA adalah 22 juta rakyat, bukan segelintir cuma seperti yang didodoikan oleh UMNO/BN sekarang!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com