Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


BELANJAWAN 2001: CUMA CUKUP MENGGANTI ‘SELUAR DALAM’ YANG KEMATU..!!

INTISARI perbincangan saya dengan beberapa ‘capital ventures’ dan ‘penganalisis pelaburan’ seperti yang diimbaskan dalam komen awal berhubung dengan Belanjawan 2001, di paparkan tadi malam dibawah tajuk “BELANJAWAN 2001: BUKAN UNTUK KITA RAKYAT BANGSAT”.

Setelah mentelaah sekerat malam dengan teman-teman sepermainan, pagi ini diturunkan beberapa pengamatan sebagai kesimpulan bahawa Belanjawan 2001 Mahathir-Daim itu:

a) cuma berfungsi untuk menampung keperluan membail-out Kroni yang mengendalikan koporat persendirian yang sudah jatuh bangsat (muflis), kerana salah pengurusan dan tidak menunjukkan tahap kecekapan yang efisien (kerana disengajakan);

b) Puluhan billion akan diperuntukkan untuk tujuan mengapung koperat Kroni mereka (yang sengaja dimufliskan) dengan mencekik wang rakyat dari sumber PETRONAS, segala bagai percukaian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Dana Pencen, selain dari sumber pinjaman luar negara (perhatian: Regim Mahathir sudah komit negara dengan hutang luar hampir RM200 billion);

c) tidak ada apa-apa yang memberansangkan, jauh sekali memberi galakan dan pembangunan yang realistik dan intrinsik terhadap sektor pertanian, perikanan dan luar bandar – sebaliknya mereka sengaja memberi alasan kununnya kerajaan UMNO/BN masih terkial-kial untuk memberi kemudahan asas (letrik, air, jalan);

d) keseluruhan iklim pembangunan fisikal akan terus tertekan (sektor pembinaan dan perumahan awam) dan pasaran saham dan pasaran modal akan ‘yo-yo’ tanpa suntikan modal luar.

Inflasi dan Harga Barang Keperluan

Tidak dapat dinafikan, kesan dari harga input asas berpunca dari ketidakpekaan dasar kerajaan yang tidak memberi pertimbangan (seperti kenaikan harga minyak dan kesan sampingan langsung kepada kos-kos melibatkan pengangkutan, pembuatan, pemasaran) akan lebih ketara menekan rakyat sedikit masa lagi.

Kenaikan bayaran Tol (walaupun sementara ini disembunyikan), bayaran perkhidmatan perubatan hospital (menjangkau anggaran ribu RM untuk melahirkan bayi berbanding dulu), tarif letrik dan air yang akan ditokok berganda, sekaligus akan meningkatkan harga barang keperluan asas.

Kesemua ini menunjukkan petanda jelas bahawa pada tahun hadapan (bermula dari sekarang), inflasi dorongan kos (cost push inflation) akan memakan kualiti hidup rakyat umum.

Sementara pelaburan luar (FDI) enggan datang melabur (atas sebab ketidakyakinan mereka terhadap regim Mahathir @ UMNO/BN); struktur dan iklim ekonomi akan tambah merosot dan dijangka semakin goyah teruk.

Negara ASEAN Lain Sudah Melepasi Halangan

Berbanding dengan negara ASEAN yang lain (termasuk Vietnam), Malaysia jauh ketinggalan. Bermakna, regim Mahathir telah GAGAL mengurustadbir ekonomi negara dengan cekap. Puncanya, pelabur luar masih nampak gejala Rasuah dan Kroni (yang bertampuk kepada pemegang “kuasa mutlak ala Diktator – Mahathir-Daim”) masih menjadi amalan.

Inilah kesan dari kelengahan regim Mahathir masih berdegil untuk menstruktur semula ekonomi negara. Puncanya, jika tindakan itu dilakukan, ia akan menjejaskan Kroni mereka yang masih berhutang dan hampir muflis anggaran puluhan billion dollar – dan wajib dibail-out dengan wang rakyat (Danamodal).

Makin nampak bahawa prinsip ekonomi Mahathir-Daim HANYA bertindak untuk menyelamatkan kroni saja. Bagi mereka berdua ini, kesejahteraan dan kualiti hidup RAKYAT banyak tidak penting..!! Bermakna, BELANJAWAN 200, hanya menyapu muka saja sementara rakyat akan terus berderai airmata!!

Tolak Tepi Retorika Bangang!

Dalam keadaan ekonomi negara semakin parah dan politik yang kian membarah, masih lagi Daim mengajak seluruh rakyat bersatu sambil menegaskan, tidak ada percaturan politik dalam persoalan pembangunan negara, pembasmian kemiskinan dan perkongsian kejayaan.

Katanya (seperti seorang ahli filusuf seolah-olah menganggap rakyat semua bodoh):

[Kita berdepan dengan soal maruah dan martabat yang tercabar. Eratkan perpaduan, amalkan keikhlasan dan tingkatkan kerjasama bagi menjayakan cita-cita bersama].

Kita tanya Daim sekarang: Apakah maruah yang ada kepada seluruh pemimpin UMNO/BN jika setiap kali mereka bercakap tidak lebih dari pembohongan, tipu helah, mungkir janji, khainat kepada rakyat, dan saban hari merancang dasar yang di selewengkan dengan pelbagai Rasuah dan Penyelewengan di peringhkat perlaksanaan?

Siapa antara mereka dalam kepimpinan UMNO/BN yang bersih dan bernawaitu memperakui hak rakyat – jika jelas hak rakyat Terengganu, Kelantan dan Selangor di rampas tanpa sebarang mentau pendapat rakyat berkenaan? Sejak regu Mahathir-Daim mentadbir negara ini, siapa yang kayaraya dan siapa yang semakin bangsat papa kedana? (Kepala bapak hang punya negara ka?).

Eloklah mereka berdua ini tutup mulut dan “SHUT-UP”..!! Setan berdua inilah yang telah membankrutkan negara ini dan memporakperanda keterampilan dan maruah rakyat sampai begini sekali.

Dasar Ekonomi ‘Seluar Dalam’

Berkata seorang pengalisis ekonomi yang sudah hilang keyakinan kepada cara Mahathir-Daim mentadbir ekonomi negara, katanya, “Belanjawan 2001 hanya memadai untuk Rakyat mengganti ‘seluar dalam’ (suspender) yang kematu saja.. Sementara Mahathir-Daim dan Kroni akan terus kenyang selagi mereka memegang kuasa yang digunakan untuk membolot semua harta dan punca rezki rakyat bagi tembolok rakus mereka..!!”

Analogi beliau bermaksud, “Yang kaya bertambah kaya, yang bangsat terbiar papa kedana. Rakyat tidak seharusnya menanggung hutang Kroni belukang dua orang ini. Selagi mereka menerajui negara, 22 juta rakyat akan terus memikul biawak hidup yang terus-menerus mencakar belakang kita semua. Yang kaya kroni dan anak-anak mereka saja..!!”.

Masih anda nak sokong lagi UMNO/BN? Nampaknya sebelum kita mati, 90% rakyat sudahpun mencium bau neraka!!

Makin nampak, dasar Anwar dengan nasihat pakar Bank Negara adalah lebih teguh, realistik dan berkesan. Malangnya, beliau kini dipenjarakan. Tidakkah sampai masanya kita merobah Kerajaan secara Total? (itu tindakan tahun 2003/4 – NAWAITUKAN..!!).

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com