Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN TANGANNYA (1)

Amin Sapiro (sedang tengok UMNO-Mahathir main kuda kepang)

Bah. 1

SEMUA netters yang peka terhadap perkembangan politik negara terkini, tidak boleh tidak, pasti perlu meneliti dan memfokus perhatian terhadap cara Dr. Mahathir bertindak menangani siri masalah luar/dalam UMNO dan BN.

Tunjang penelian seseoang pemerhati tidak akan lengkap jika tidak melihat setiap tindakan dan serang balas Mahathir dan siri permasalahan beliau dan kuncu-kuncunya yang berkarenah dan bragenda membabitkan beliau dengan komponen Barisan Alternatif, pemimpin mereka dan sebarang gerakkerja Barisan itu.

Pelbagai isu terkini secara tiba-tiba terjelma tanpa “angin ribut dan taufan”. Alih-alih, pepokok satu rimba sudah bergoyang!

Ramai orang bertanya kehairanan: Mengapa diakhir-akhir ini Mahathir semacam bertukar haluan bagai seorang yang terjaga dari lamunan mimpi yang molok-molok dan bukan-bukan. Sudah nak meninggal “tebiat” kah? Betul-betul dah nyanyok dimamah usia mungkin? Atau masih menyusun strategi dan agenda menyelamatkan diri? Mau ke mana? Ke liang lahad sebelum sempat bertaubat? Tuggu dan lihat!!

Penilaian Senario Politik Semasa

Seperkara yang nyata dan mungkin ramai yang tidak menyedari perkembangan terkini diakhir-akhir ini ialah tidak terdengarnya sebarang suara menteri-menteri UMNO/BN yang bercakap dan memberi komen mengenai perkembangan politik bernada “sensasi semasa” selain dari Abdullah Ahmad Badawi. Yang lain sudah jadi “tikus jatuh ke beras” saja. Macam lidah masing-masing dikerat seribu!!

Dulu kita selalu tengok muka-muka jagoan barua bangsat di kalangan UMNO, cukup gian bercakap. Maka hingarlah masing-masing bertempik terlolong bagai orang dikejar ‘polong’ apabila si ‘munafiq tua’ yang satu itu mengeluarkan kenyataan sensasi.

Kita tau siapa diantara mereka yang cukup berselera membuat komentar – samada komenter kategori bangang ketetel, sewel kurang akal maupun mereka yang boleh dikira ‘OK’ jugak lah.

Karenah Pemimpin UMNO

Personaliti karekter-karekter kategori “mulut celupar” seperti Rafidah kita semua nampak. Pantang saja si ‘munafiq tua’ bukak mulut, Rafidah akan menyusul dengan “mulut betina”nya. Cuma yang kita tak nampak si Rafidah ini bukak seluar dalam saja, tetapi “bukak kain” memang kelaziman beliau – walaupun dihadapan Madelein Albright, Setiausaha Amerika Syarikat! Bagi Rafidah, itulah dia perjuangan menegakkan kebenaran si ‘munafiq tua’ Mamak Tongkang itu!

Rais Yatim pasti akan mencelah dengan gaya personiliti seorang jagoan. Beliau akan menilai keadaan ekoran dari kenyataan Mahathir, si ‘munafiq tua’ boss agungnya, melalutkan versi “undang-undang belantara” yang bersandarkan Ph.D yang dibeli dari “kilang sijil” bercop trade-mark “Made in England”.

Kemudian, kita akan lihat Mokhtar Abdullah “dugong” akan mengarahkan Ghani “4-tahil sekati” berbicara dengan puak Eusof Chin di mahkamah ‘belantara’ untuk merangka hukuman terlebih dahulu sebelum membicarakan sesiapa yang bakal diheret ke hadapan hakim yang dipilih mengikut kelulusan si ‘munafiq tua’ itu.

Segala-galanya akan berakhir samada di Jalan TAR, di Masjid Jamek Kg. Baru, di depan Sogo atau di mana-mana juga. Paling terkini ialah di Jalan Kebun.

Perkembangan Terbaru

Khabar angin sedang bertiup kencang sekarang dan semakin hebat tersebar diseluruh negara bahawa satu lagi perhimpunan 100,000 ribu manusia sedang dirancang di Teluk Panglima Garang – tempat kelahiran ‘peneroka bandar anak tani terkemuka’ bernama Hamid Tuah.

Hamid yang berdarah Melayu dan seorang insan berjiwa marhain tulin telah mencatat sejarah rengkas “Tuntutan Orang Melayu” terhadap hak asasi mereka selepas menumbangkan Malayan Union.

Jika hari ini kita melihat sdr. Anwar Ibrahim sebagai seorang pejuang marhain yang dihormati rakyat dan pemimpin antarabangsa; jika Hamid hidup di zaman IT dan asakan Globalisasi; sekiranya di zaman beliau pemimpin UMNO/BN seperti si ‘munafiq tua’ bernama Mahathir ini yang mentadbir UMNO/BN dan 23 juta rakyat – pasti Hamid tidak akan tersisih dari penumbok sulung Ketua Polis Negara (semacam Rahim Nor) yang menggelarkan diri “Bapak Anjing Gila” dengan anak anak buah “anjing kepala merah”.

Begtulah parahnya sari catatan rebah bangun orang Melayu merebut kembali Kemerdekaaan mereka yang kerap tercemar setelah negara dibebas dan dimerdekakan dari pejajahan luar.

Orang Melayu tidak putus-putus dirundung malang, nasib mereka terumbang-ambing dan jiwa mereka diresahkan oleh pelbagai peristiwa dan kejadian. Semua ini mengajar orang Melayu semakin ”hardened” dengan pengalaman dalam bertindak menghadapi cabaran.

Tahniah Anak Bangsaku

Kini kita sudah tengok bagaimana sulit dan sukarnya orang Melayu dalam mentafsir, menegak dan mengisi kemerdekaan yang telah diwariskan oleh nenek-moyang mereka yang telah berjuang menumpahkan darah sejak kapal-kapal Alfonso de Albuqarque berlabuh dari Goa di Kuala Melaka.

Orang Melayu era ini wajar insaf bahawa punahnya kerajaan dan empayar Melayu Melaka waktu itu bukan kerana orang Melayu tidak punya teknoloji canggih “senapang lantak” atau lela-rentaka.

Tetapi, kejatuhan orang Melayu adalah bersebab dari minda, falsafah, budaya dan agama Islam anutan orang Melayu telah dikhinati, dicemari dan diperkosa oleh seorang pendatang haram yang mencampuri urusan “istana” yang menjadi lambang perpaduan orang Melayu!!

“Raja Mandeliar” namanya. “Si Kitul” hamba sahayanya. Dan “Patih Karma Wijaya” talibarut istana yang paling hina.

Dengan KONSPIRASI yang terancang teliti, maka dengan difaraitkan lah upah se bahara emas cuma bagi setiap orang dari mereka yang mengikut hawa nafsu, rakus-tamak dan haloba harta dunia. Pembesar-pembesar Melayu telah terpukau sedemikian rupa hingga sanggup menjadi petualang bangsa dan negara tanpa menyedari satu empayar Melayu yang merdeka dan berwiba runtuh punah ranah.

Empat ratus lima puluh (450) tahun kemudian baharulah orang Melayu merasa diri mereka terbebas dari tekanan agenda Penjajah dan Penjajahan. Tempoh itu amatlah panjang. Satu demi satu penjajah asing datang. Empayar Melayu lumat dicincang. Terbalik kiranya, orang Melayu yang sepatutnya diiktiraf sebagai anak watan, dianggap sebagai “pendatang haram dari kumpulan makhluk yang terbuang”..!!

Kemana orang Melayu akan pergi. Kepada siapa mereka harus mengadu?

Kita akan perhaikan di Bagaian Ke-2

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com