Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


WARKAH CUCU DATUK BAHAMAN – SUATU PERINGATAN YANG RELEVEN (2)

Amin Sapiro (suka tengok bangsawan UMNO)

Bah.2

Konsep “Perbicangan” – Apa Maknanya?

Ramai antara kita yang berasa ‘jengkel hati’ kerana pemimpin parti tunjang Pembangkang Melayu (PAS) sanggup menerima ajakan “berbincang” oleh “puak nuuuu…..”.

Berbincang Seperkara Pentanda Kelemahan?

Memang benar. Bukan setakat Cucu Datuk Bahaman saja yang gelisah. Sesiapa pun akan merasa begitu. Tambahan pula, PAS pernah juga hendak bersemuka dan bermuzakarah dengan UMNO dalam perkara tertentu. Puak UMNO jugalah yang memperlekeh cadangan itu. Bagi mereka, berbincang adalah satu petanda kepada “kelemahan”. Bermakna, pada waktu itu, mereka merasa diri “kuat” dan hebat.

Jadi, jika UMNO mengimbau Pembangkang Melayu berbincang, bermakna mereka (secara tak langsung) mengakui mereka sekarang dipihak yang lemah. Mungkin disebalik imbauan itu terselit suatu agenda yang tersembunyi. Namun kebijaksaan saja yang akan mengatasinya.

Kita cuba perhatikan definasi “Perbincangan” itu duku. Dari segi semantiknya, bermakna sama maksud dengan orang ‘sembang-sembang” kedai kopi. Sambil kunyah pulut panggang, goreng pisang nangka dan cekodok hitam bersalut gula merah, mereka cerita semua perkara dalam dunia. Hehehe…. Tetapi bila sampai masa, masing-masing pun Blahhhhhh…!! Ada yang ke hulu, ada yang ke baroh.

Apa Takrif “Perbincangan”?

Dapat ditakrifkan, “Perbincangan” tadi cuma “penyedap” teh yang secawan cuma. Tak ada apa kesannya. Orang Minang geng Rais Yatim kata, “Pai angok pulang ambuih sajo nyoh…!!. Maknanya: “langiah ajo” – membawa makna “lengit” saja (kata orang Johor). Tak ada guna. Pelengah masa saja.

Begitu-begini, “Perbicangan” yang dibesar-besarkan puak UMNO itu cuma setakat ‘slogan’ saja. Makna dan kesannya 100% tak ada apa-apa. Hasilnya bukan sama dengan “Rundingan”, “Perdebatan” dan seumpamanya. “Perbincangan” tidak mensyaratkan keputusan yang bakal tercapai dan diikut. Tidak juga ia akan merobah Dasar. Kira-kira, ia sama sesi kolokium – just to let-off steam.

Bincang-bincang Tak Apa!

Jadi, jika bincang ikut format UMNO, tidak ada sesiapa yang akan cedera. Jika UMNO dan pemimpin mereka sebenarnya yang “berkudis buta”; mereka akan tetap dengan “pekungnya”. Kalau melampau sangat dibukakkan, mungkin baunya akan merebah seluruh dunia.

Walaupun ada surat khabar UMNO, tetapi nak tutup bau busuk UMNO masakan boleh dengan lembaran kertas saja. Kena “bunuh ibunya”, dan hanyutkan ke hilir air. Sebab, “Pekung UMNO/BN” dah menular jadi “kusta” berspesifikasi “ISO 9000 – International standard”.

Jadi, biarlah PAS berbincang. Kita doakan dan peringatkan netters dan penyokong BA yang budiman semoga terus melihat UMNO/BN seperti biasa: musuh politik BA.

Kalau PAS sorot kebelakang, dicop sebagai penakut pula. BA tentu sudah ada strategi iaitu: Jika UMNO/BN merasa nak ambil kesempatan, BA boleh “tarok sama dia”. Sekiranya jemputan BA berbincang dalam “Isu-isu Genting” negara yang dicadang kepada BN (melalui S/U Agung BN) ditolak, maka terbuikalah pekung UMNO/BN.

Masa tu, BA pulun UMNO/BA habis-habis. Tentu BA akan heret isu-isu yang dibangkitkan hingga tahun 2004. BA boleh buktikan kebusukan pucuk pimpinan UMNO/BN yang sengaja beragenda. Cakap saja kununnya jujur dan ikhlas, tetapi dalam perut banyak “taik berulat”. Padan muka dia!!

Kesimpulannya

Walaupun analogi Panglima Maharaja itu, Panglimanya nampak menang, dan Panglima “pembebasan rakyat” itu kalah; dalam konteks UMNO/BN–BA pula penyokong BA tak semdah itu terhapus. Mungkin sorang berdua akan gugur, tetapi dengan pelapis muda sebegitu ramai dalam BA; masakan mudah dah hapuskan BA.

BA adalah wadah rakyat. Walhal UMNO/BN hanya wadah Mahathir yang dah 75 tahun usianya. Pelapis macam Hishamuddin Aw-Aw atau Dollah Bedawi tak ada karisma langsung. Daripada UMNO/BN nak harap mereka, lebih baik UMNO didik budak-budak tadika dulu. Pemimpin UMNO yang ada sekarang semua TAK GUNO satu sen pon..!! Hehehe…

So, sabarlah CDB. Kita berterima kasih atas peringatan tuan. Moga-moga akan manjadi azimat kepada pemimpin BA di masa hadapan.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com