Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PERBINCANGAN PAS-UMNO: MAHATHIR MEMUSNAHKAN KEWAJARANNYA

Amin Sapiro (suka cermin-cermin ke belakang)

Pemimpin UMNO, sama ada yang yang berjawatan dalam parti maupun yang menjadi Wakil Rakyat, tidak menyenangi berthabit perlantikan anggota Kabinet Dr. Mahathir terbaru beberapa hari lalu. Bagi mereka yang ditemui menyatakan rasa kurang senang dan memprotes secara senyap bahawa perlantikan melalui proses “Senator” begitu adalah satu pengkhianatan kepada proses demokrasi Rakyat yang memilih kerajaan.

Bagi mereka, perbuatan Mahathir yang dilakukan sewenang-wenang itu adalah bukti bahawa regim Mahathir adalah menduplikasi ragam seorang Diktator. (baru sedar ke?).

Bagi mereka (pemimpin dan penyokong UMNO/BN), Demokrasi dalam parti itu dan Kerajaan sudah melumpuh. Perlantikan melalui proses Senator, walaupun dibolehkan melalui Perlembagaan negara, namun ia tidak boleh dilakukan secara wenang, kata mereka.

Amalan Mahathir itu lebih bermaksud menafikan hak rakyat dan Mahathir mementingkan sesuatu agenda yang tersembunyi, kata mereka.

Mahathir sengaja menggunakan kuasa eksekutif beliau sebagai PM. Tindakan beliau menggunakan kuasa seumpama itu tanpa sebarang rundingan dengan parti adalah sangat keterlaluan. Ia menafikan prinsip demokrasi dan menjejaskan maruah wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh parti dan disokong oleh rakyat.

Bermakna, Mahathir adalah seorang pemimpin yang tidak peduli dengan proses demokrasi yang dijunjung tinggi oleh rakyat dan termaktub dalam Perlembagaan. Kuasa rakyat adalah lebih utama dari kuasa eksekutif seorang Perdana Menteri, kata mereka.

Beberapa orang pemimpin UMNO/BN yang berpengaruh menyatakan persetujuan mereka terhadap kesimpulan Pembangkang terhadap sikap diktator Mahathir dan termusnahnya Demokrasi dalam kerajaan Barisan Nasional.

Dengan membayangkan persetujuan mereka terhadap Pembangkang; sekaligus, UMNO dan komponen BN semakin meyakini Pembangkang berada di pihak yang benar.

Pemimpin UMNO sudah mulai mengambil ketetapan bahawa tidak ada gunanya mereka mewakili rakyat melalui parti komponen BN jika Mahathir sebagai Presiden tidak memperkirakan maruah wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat. Bagi mereka, adalah lebih baik pemimpin UMNO/BN mulai berfikir panjang menyokong Pembangkang pada Pilihanraya yang akan datang.

“Kami tidak mau mengecewakan rakyat. Kami tidak berhasrat mewakili rakyat demi menyokong seorang Perdana Menteri yang bersifat dan bersikap Diktator. Apa guna rakyat menyokong parti yang diurustadbir oleh seorang berpendirian begitu”, kata mereka.

Mereka sudah menilai kaliber mereka yang dilantik oleh Dr. Mahathir menjawat jawatan terbabit.

Berkata seorang wakil rakyat UMNO yang mempunayi latar belakang keagamaan, katanya:

[[“Sebagai contoh, tidak semestinya seorang Menteri menerajui JAKIM berkelulusan Al-Azhar. Fungsi seorang menteri tidak lebih dari penyelaras. Pegawai-pegawai adalah pakar yang berkebolehan menasihati. Yang penting ialah kebolehan mereka membuat penilaian kemahuan rakyat sebagai wakil mereka. Dengan itu urusan mereka ialah mentadbir dan menyelaras. Jika ia bukan seorang yang mewakili rakyat, bermakna seseorang yang tidak mewakili rakyat adalah tidak cocok dari sudut Demokrasi. Apatahlagi orang-orang seperti Hamid Zainal Abidin, Adnan Mansur dan Zainuddin Maidin tidak mewakili rakyat. Mereka pernah dilihat sebagai seorang kaki ampu. Pasti apa jua kesilapan yang dilakukan oleh Hamid Osman (contohnya) akan berulang dilakukan oleh Hamid Zainal Abidin. Mereka akan tetap jadi kuda tonggangan Mahathir. Akhirnya, agama ke mana, Islam entah ke mana, penganut Islam letak di mana – yang pasti pihak yang akan mendapat manfaat besar HANYALAH Mahathir seorang saja”. ujar wakil beliau.

Berkata seorang wakil wanita, “Begitu jugalah keadaannya dengan menteri-menteri baru yang lain. Jika Shahrizat mengetuai kementerian mengenai hal ehwal Wanita, kita nak harap apa? Nak tambah buih sabun dalam tempayan pekasam Mahathir lagi?” tambah beliau dengan nada mengejek.

Beberapa orang yang sedang memohon borang keahlian PAS dan KeADILan berkata, “Nah ini saja jawabnya. Kita berpindah dari UMNO. Pilih mana komponen Pembangkang. Kita bawak pengikut sama-sama keluar UMNO. Dekat-dekat pilihanraya nanti kita istihar keluar UMNO. Biar Mahathir tau, UMNO tak ada orang Melayu yang sokong”, kata mereka dengan suara geram.

“Betullah tu,” berkata seorang lagi. “Inilah yang dikatakan perpaduan Melayu. Melayu berpecah dari kerangka UMNO dan bersatu di bawah Pembangkang Melayu. Biar MAMPOS Mahathir. Biar MAMPUS UMNO, siapa peduli?”

Ramai yang berpandangan: Belum pun perbincangan antara PAS dan UMNO berlangsung, orang Melayu sudah mula dipecahkan oleh pucuk pimpinan UMNO sendiri. TETAPI perpecahan itu ditafsirkan demi perpaduan jua.

Yang harus merunsingkan Dollah Bedawi dan Mahathir ialah: Perpaduan Melayu telah memecah UMNO hingga semakin tenat dah parah. Ke jurang sedalam manakah UMNO/BN akan terhumban setelah Mahathir memandu kereta usang UMNO/BN tanpa sedar bahawa jalan yang dilalui sudah begitu licin.

PERINGATAN:

Dengan perkembangan terbaru kini dan sebagai peringatan cuma: Ada baiknya kita bertanya kepada pemimpin PAS, adakah wajar perbincangan mengenai “Perpaduan Melayu” itu sesuatu yang mampu merobah keadaan dan senario politik orang Melayu dan orang Islam di negara ini?

Mungkin PAS sudah lupa kepada laungan dan airmata allahyarham Datuk Asri pada pertengahan tahun 70-an dulu. Jika terlupa, rasanya “pita” laungan itu kembali didengari dari suara-suara nyaring anak-anak rakyat yang menjadi penyokong BA yang tidak mungkin dinafikan.

Mahathir dan UMNO sendiri sudah memainkan pita itu sekarang. Jika sudah menimbangkan segala-gala aspek, teruskanlah.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 20 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com