Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SEBAB LIDAH TAK DIPEKENA JERING-PETAI, CECALOK & BUDU KE…?!

Amin Sapiro (sentiasa makan buah-buah sendiri..hehe)

SUDAH lebih 40 tahun negara ini diistiharkan Merdeka, tetapi masih banyak lagi perkara-perkara berbau penjajahan dikekalkan. Kita pernah melihat tugu Frank Swetenham berhampiran mahkamah dihenjut oleh pekerja bandaraya hingga tumbang. Sekarang disemadikan di belakang Museum Negara. Baguslah..!!

Memang kesan sejarah begitu, jika lebih sesuai ditempatkan di sana, jika ia berbentuk mudahalih seperti “fixture” saja, eloklah dialih saja tempatnya. Apatahlagi, jika ia berbau penjajahan yang ingin sangat kita semua cuba nak lupa.

Perdana Menteri Malaysia sering menakutkan rakyat dengan gejala penjajahan. Sebagai Wira Dunia Ke-3, ke mana beliau pergi rakyat diberi amaran supaya berwaspada agenda penjajahan. Ada yang ketawa terbahak-bahak. Ada juga yang bertanya sesama sendiri!! Hairan – banyak sangat perkara yang bercanggahan yang diamalkan oleh pemimpin UMNO/BN. Makin terserlah amalan “Cakap tak serupa bikin”.

Tapi jangan pula ada orang, kerana hendak menunjukkan patriotik, cuba pula mengalih “The Formosa” – gerbang Kota Melaka binaan Portugis itu. Itu samalah seperti memotong telinga kerana keindahannya, dan meletakkannya ke dalam ceper. Itu sudah tak masuk akal, kan?

Dalam menghayati kesan sejarah dan peninggalan lama (artifek) ini, kita tentu bertanya – apakah masih releven jika nama-nama tempat yang eja dengan ejaan penjajah itu masih wajar di kekalkan?

Contoh yang mudah dan sangat menyilau-mata ialah; dalam akhbar Melayu ditulis ejaan “Melaka” sebegitu rupa. Tetapi didalam akhbar The Star dieja sebagai “MALACCA”. Begitu juga dengan Pulau Pinang, ia dikekalkan dengan ejaan sebagai “PENANG” sampai sekarang!!

Ingin juga kita bertanya, apakah Ali Rustam yang begitu perkasa (kununya) kepimpinan beliau dalam UMNO semacam tidak terasa “cacing melarat ke mata”? Kuat sangatkah budaya Portugis, Belanda dan Inggeris dalam diri beliau hingga tidak merasa janggal negeri beliau dieja bukan mengikut sebutan lidah ibunda beliau? Apakah Ketua Menteri yang ini sudah lupa rasa “cencaluk”?

Kita fahamlah, mengapa Pulau Pinang masih kekal dengan ejaan “PENANG”, kerana negeri itu sekian lama dibawah pemerentahan GERAKAN. Sekarang budaya di sana saling tak tumpah seperti Hong Kong..!! Timbalan Ketua Menteri cuma jadi ‘Pak Tonggok’. Cuma duduk memanaskan kerusi kosong – tak ada fungsi langsung. Bangang – tongong…!!

Dalam ledakan “Bahasa Jiwa Bangsa” ini, kita masih lagi mendengar di TV3 dan Radio Malaysia, sebutan oleh pembaca di saluran bukan berbahasa Melayu, masing-masing membunyikan sebutan nama-nama tempat terbabit dengan ‘slang’ seorang yang baru saja menjejakkan kaki di negara ini.

Yang anihnya, selama hampir 15 tahun mereka bersekolah di sekolah Kebangsaan. Dan sekolah berjenama ini telah hampir 40 tahun dijadikan dasar Pendidikan Kebangsaan. Tetapi mengapa masih ada lagi juruhebah dan editor saluran media Kerajaan lebih “Mat Saleh dari Mat Saleh”?

Nampaknya objektif integrasi nasional melalui Bahasa Kebangsaan semakin terpinggir dari amalan. Jika nenek-moyang kita dulu boleh menukar kerabat Hang Li Po menjadi “Baba Melaka”, hingga Dondang Sayang pun boleh dinyanyi seindah irama – mengapa Ali Rustam tidak mengekalkannya? Dah beralihkan keutamaan Ali Rustam dalam menghayati Bahasa Kebangsaan?

Terasa sanga janggalnya bunyi nama “Kelang” dibunyikan oleh juruhebah RTM. Ada yang menyebut “KLENG”. Kita takut jika tersasul; akan terdengar pula perkataan itu disebut “KELING”. Mungkin Samy Vellu atau Keyveas akan melenting…..!!

Yang lebih menakjubkan kita, juruhebah itu adalah terdiri dari orang Melayu. Mustahil lidah mereka tidak pernah menyentuh “Belacan, Cencalok dan Budu”. Apa sangatlah lidah “omputeh” tu sangat nak tiru? Owww… sebab lidah “omputeh” hebat bercumbu ke?

Kok ya kununnya “TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA”. Terbaca diakhbar, Tun Ghafar pun salah seorang yang ikut serta. Termasuk Rahim Thamby Chik dah cukup berdua. Kesemua mereka itu ada bekas Ketua Menteri Melaka (Malacca?). Tak ingatkah “Hang Tuah” adalah Laksemana berasal dari sana? Adakah Hang Tuan berasal dari “MALACCA”?

Amacam teman-teman kita di Dewan Bahasa. Ada apa-apa komen agaknya?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)

````````````````````````````````
CONTOH RUJUKAN:

The STAR

Monday, January 29, 2001

Set example, religious dept officers told

MALACCA: Chief Minister Datuk Wira Mohd Ali Rustam has advised all state religious department officers to set good examples and avoid getting involved in immoral activities. ……………

..............................................................


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 30 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com