Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KUBANG PASU MENOLAK DR. MAHATHIR?

Amin Sapiro (apa perlu mau bincang lagi?)

TINDAKAN mengganas dan sikap paling tidak demokratik yang ditunjukkan oleh pihak Polis ke atas ribuan rakyat yang menghadiri ceramah pemimpin Barisan Alternatif di Kampung Lahar, Mukim Malau, Jitra pada malam 14 Februari 2001 itu harus dikutuk oleh seluruh rakyat, termasuk kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Bukan sahaja Kubang Pasu kawasan Parlimen yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, malah penduduk kawasan itu harus mendapat maklumat terkini mengenai siapa wakil mereka sebenar dan apa gelagat-karenah beliau. Dalam sebuah negara yang demokratik, mengetahui karenah wakil rakyat adalah halal dari segi undang-undang.

Datuk Seri Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO harus bersikap terbuka dalam mengamalkan demokrasi yang diperakukan Perlembagaan Negara yang dijunjung oleh parti. Beliau yang bergelar “Wira Dunia Ke-3” harus peka bahawa tindakan polis membelasah dan mengkasari rakyat yang mengamalkan hak-hak asasi mereka seharusnya mendapat perlindungi kerajaan pimpinan beliau.

Dengan itu tindakan pihak Polis yang terang-terang mengganggu-gugat Perlembagaan Negara sedemikian rupa wajar diambil tindakan displin mengikut peraturan jabatan terbabit; kecuali ia direstui oleh Kerajaan pimpinan Dr. Mahathir.

Implikasi dari kekecohan yang berlaku pada malam itu bukan saja menjatuhkan maruah beliau sebagai Perdana Menteri, malah penduduk setempat pasti akan mentafsirkan bahawa pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional hampir menyerupai pemerintahan regim yang tidak bertamadun dan mengamalkan dasar pemerentahan kuku besi.

Dengan itu, kewibawaan Dr. Mahathir, kerajaan BN dan parti tunjang UMNO sekaligus terjejas teruk di mata rakyat, khususnya pengundi Melayu.

Jumlah penyokong UMNO yang mengistiharkan diri keluar parti dan beralih menyokong Barisan Alternatif cuma lebih sedikit 300 orang, namun jangan difikirkan enteng bahawa berkemungkinan besar angka sebenar sudah mencapai ribuan. Itu sikap orang Melayu yang tidak mahu cari susah secara terang-terang.

Dengan itu, kejadian yang menyakiti hati itu pasti mencerminkan gelagat buruk pemerintahan BN yang semakin hilang dari minatan orang Melayu setempat. Amat malang BN jika peristiwa itu disapu dibawah gulung tikar saja.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa apa yang berlaku itu pasti akan terakam di dalam minda rakyat seluruh negara. Jika kejadian itu tidak mendapat kutukan dari Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO/BN yang mencanangkan “perpaduan Melayu” itu; semakin nampaklah bahawa perbincangan UMNO-PAS yang dijadualkan itu tidak lebih dari sebuah “sandiwara” UMNO saja yang tidak berfungsi apa-apa.

Hasilnya, rakyat dan orang Melayu tidak akan berbalik menerima UMNO sebagai penyambung wadah bangsa. Impak yang jelas, Barisan Nasional akan semakin lumpuh dan Dr. Mahathir akan menjadi bahan ketawa rakyat.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 15 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com