Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


“KANSER POLITIK” SEMAKIN MENULAR UMNO & BN DI KEDAH

Amin Sapiro (….nampak cahaya samar yang semakin terang)

BERITA keadaan berkecamok di Kubang Pasu belum lagi reda; kini diberitakan sedang menular ke Kulim pula.

Kemarin, 17 Februari 01 di Kuala Lumpor, terjadi perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka. Isunya: Mokhtar Abdullah tidak diyakini rakyat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Kegelisahan mega rakyat yang berlaku di ketiga-tiga tempat berasingan itu adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap regim pimpinan Mahathir Mohamad.

Mungkin ia tidak dirasai oleh Mahathir; tetapi UMNO dan pemimpin BN yang lain sudah semakin nampak bahawa cara penggunaan kekerasan yang dilakukan oleh polis (atas arahan Mahathir dan direstui oleh pihak elit regim ini) sudah mencapai tahap modes operandi sebuah regim KOMUNIS..!!

Penyokong UMNO Berpaling Tadah

Pemimpin UMNO elit yang berlegar di sekeliling Mahathir menyangka bahawa untuk meredakan keresahan rakyat, mereka boleh melakukannya melalui kekerasan dan ugutan. Mungkin mereka lupa bahawa budaya dan resam saikologi orang Melayu sudah termeterai bahawa “amok” adalah suatu sikap yang timbul setelah mereka (orang Melayu) hilang kesabaran.

Mahathir tidak mengerti perasaan orang Melayu kerana dia berasal dari keturunan India bersuku-sakat Malbari. Walaupun sesudu darah “keling paria” dalam jantung limpanya, namun itu tidak akan mentakrifkan beliau “congenially – he is a pure Malay” berumpun asal Nusantara.

Kerana itu, segala sikap buruk yang berlaku kepada masyarakat Melayu sekarang yang berpunca atas arahannya, adalah tidak sehaluan dengan perjuangan orang Melayu lagi.

Mahathir Tidak Pernah Menghormati Inspirasi Orang Melayu

Mahathir tidak pernah menghormati orang Melayu sebagai satu kaum yang berdaulat di negara ini. Segala-gala ini boleh dibaca dalam Malay Delimma.

Bagi Mahathir, UMNO adalah alat-perkakas untuk dijadikannya tempat bertenggek menipu dan menjual-murahan 10 juta orang Melayu di negara ini. Hak asasi orang Melayu, inspirasi orang Melayu menuntut kemerdekaan dan kesulitan hidup orang Melayu dipandang beliau sebagai “menyusahkan” beliau mengaut harta rompakan yang menjadi agenda utama beliau dan Kroninya.

Majoriti orang Melayu dan sebahagian besar penyokong UMNO sudah hilang sabar. Itu makin jelas dan ketara amat.

Mahathir kena ingat bahawa orang Melayu adalah “orang Melayu” secara umum. Mereka bersaudara secara Islam. Bagi mereka, cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Mereka tidak akan membiarkan sanak-saudara mereka dizalimi dan dikejami seperti binatang. Paling kurang, mereka rasa geram dan berdendam.

Peristiwa 13 Mei Harus Dibaca Baik-baik

Peristiwa 13 Mei adalah sebaik-baik kejadian untuk rujukan. Pada waktu itu, orang Melayu berpadu tanpa mengira parti politik dan lapisan masyarakat. Bagi mereka, konsep “perpecahan” itu cuma permainan orang-orang politik yang berkepentingan. Bila sampai masa, orang Melayu tetap “satu”. Dan “kesatuan” mereka adalah menyeluruh. Ia boleh mencorak apa jua mereka mahu. Inilah yang menggerakkan mereka hingga tercapai Kemerdekaan negara.

Hari ini, gejala “kesatuan” itu sudah semakin jelas, ketara dan memainkan fungsinya. Orang Melayu semakin sedar siapa musuh sebenar mereka. Semua telunjuk rakyat segala kaum menuding ke arah satu hala iaitu: Mahathir dan UMNO/BN..!!

Nah! Di sinilah Mahathir kalah. UMNO bikinannya sudah hilang ‘ranggah’ dan majoriti orang Melayu sudah mulai menyanggah. Mahathir semakin tidak diingini lagi. Perasaan benci dan meluat sudah bercambah dan telah merebak ke desa dan kampung pendalaman seluruh negara. Itu adalah petanda petaka akan sampai kepada UMNO dan BN..!!

Mahathir Sudah Tersepit

Peristiwa di Kubang Pasu sehari dulu dan di Kulim pada hari ini adalah ditonton dan disaksikan oleh rakyat desa dan perkampungan Melayu asal. Peristiwa yang berlaku di Balai Polis Dang Wangi dan di Dataran Merdeka kemarin adalah disaksikan oleh warga kota yang berpendidiakan.

Semua kaum sudah mulai terlibat dengan pergolakan yang kian menghebat sekarang. Mungkin Mahathir tidak sedar bahawa BBM yang berhimpun di PWTC kununya boleh didiamkan dengan kemungkinan dilenyapkan habis-habisan. Namun tanggapan beliau adalah salah.

Semakin jelas bahawa Mahathir cuba BERSANDIWARA dalam usul perbincangan “Perpaduan Melayu” antara UMNO dan PAS. Rahsia Mahathir dan strategis partinya sudah terbongkar melalui surat perkelilingan. Ia adalah bukti bahawa sebenarnya Mahathir tidak jujur dan bersikap “lidah bercabang seperti Biawak”. Sekaligus, perbicangan UMNO-PAS sedang di ulangkaji fungsinya. Mungkin tidak jadi!! Patah di tengah jalan. Tidak akan memberi sebarang kesan postif kepada UMNo dan rakan komponen BN!

Mahathir & UMNO/BN Tersalah Langkah

Mahathir lupa bahawa kesan sikap “mungkir janji” beliau sangat mendalam di hati rakyat. Makin terbukti bahawa sesungguhnya regim Mahathir sudah kehilangan sokongan: dari dalam UMNO sendiri.

Bermakna sekarang; Mahathir sudah tersepit dicelah-celah kebencian rakyat banyak. Yang paling menyulitkan ialah, mereka terdiri dari seluruh lapisan masyarakat.

Mungkin hari ini dia (Mahathir) masih lagi cuba berpaut kepada kuasa polis yang dirasuahnya. Namun majoriti anggota polis pun punya ‘hati perut’ juga. Ramai diantara mereka yang rasional dan mengetahui hakikat sebenar perjuangan Pembangkang. Mereka sedar bahawa regim Mahathir sudah diketepikan oleh rakyat. Regim ini tidak boleh pakai lagi.

Jika Mahathir tidak sedar, berkemungkinan besar beliau akan di”Estrada”kan. Paling buruk beliau akan di”Mobutu”kan. Mungkin nasib Nawaz Shariff akan dicontohi beliau..!! (sekadar peringatan tulus ikhlas).

Penggunaan Kuasa & Kekerasan Ada Hadnya

Mahathir kena ingat bahawa dalam dunia politik madani, ‘demokrasi’ adalah suatu “garis lurus” tanpa bengkang-bengkok. Jika Mahathir beragenda memutarbelitkan keadaan seperti ular, yang terbelit ialah beliau sendiri dan partinya.

Rakyat sudah tidak peduli apa juga kuasa yang dimiliki Mahathir. Rakyat sudah muak, bosan dan jijik dengan karenah Mahathir selama 2 tahun ini. Kemenangan UMNO/BN pada November ’99 dulu semakin dilihat tidak merobah dasar dan karenah Mahathir. Sebaliknya beliau makin rakus dan zalim.

Kejadian di Kubang Pasu, Kulim dan Dataran Merdeka adalah petanda paling jelas. Mahathir dan UMNO/BN kena baca baik-baik.

Mahathir Tidak Akan Berpatah Balik Asal

Rakyat semakin sedar bahawa UMNO/BN sudah terluka. Luka itu sudah cukup parah. Tidak ada cara bagi Mahathir & UMNO/BN mengobati hati rakyat lagi – khususnya hati orang Melayu. Mereka cukup keciwa.

Jika Nov.’99, UMNO kehilangan 22 kerusi Parlimen dan sebuah negeri; kebelakangan ini rakyat semua kaum sudah hilang keyakinan untuk memberi ruang kesinambungan BN menerajui negara pada tahun 2004 ini. Petanda itu sudah wujud di Lunas. Kini Kubang Pasu sudah memanifestasikan gambaran yang sama.

Soalnya sekarang: Apakah Mahathir, UMNO dan semua komponen BN mampu meraih sokongan rakyat untuk memberi mandat kepada sebuah parti yang akan menghukum mereka?

UMNO/BN Tidak Upaya Balik Asal Sediakala

Mukin regim Mahathir sedang melihat ketiadaan cahaya dihujung terowong politik UMNO/BN. Mereka dalam parti sudah tahu sejarah politik manusia sejagat bahawa tidak ada sebarang “patah balik asal” dalam politik. Sekali terjejas terus dibenci rakyat – tamatlah riwayat parti itu.

Mungkin Gen. Franco berjaya meletakkan seorang anak raja menduduki takhta – tetapi pada waktu yang sama, rakyat sudah menguasai keseluruhan sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem Franco sudah dirombak semula dan dibahagi-bahagikan untuk dikendalikan oleh rakyat. Begitu juga Chile selepas Fujimori..!!

Berbeda dengan regim Mahathir, gerakan REFORMASI sudah dihayati rakyat. Pembangkang sudah sampai ke tahap disokong rakyat sejagat. Ini membawa makna bahawa regim Diktator dan pemerentahan “kuasa Polis” akan lenyap dengan sendirinya. Eloklah Mahathir raba-raba tepi celana sendiri melihat perkembangan terkini.

Rakyat Akan Terus LAWAN

Rakyat akan menang. Lebih baik Mahathir melepaskan jawatan dan berundur ke belakang. Jika beliau masih berdegil juga, terimalah hukuman dari rakyat. Masa anda sekelian semakin sengkat!! Bawalah diri beristghfar dan mengucap.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com