Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


AGENDA MAHATHIR & UMNO: AKAN TERUS BERBOHONG BAGI MENDEPANI P/RAYA 2004

Amin Sapiro (Ramai Yang Ikut Jejak)

(NB: Semoga dibaca dan fahami baik-baik)

BILA Parti Keadilan Nasional (KeADILan) menerima ajakan UMNO untuk berbincang berhubung isu “perpaduan Melayu”, kepimpinan parti itu sudah nampak “kilas ikan di air”. Mereka menolak mentah-mentah. Pemuda PAS, sdr. Mahfuz juga begitu. Cuma YB Datuk Haji Fadhil Nor – selaku orang tua parti merasa wajar UMNO dan Mahathir diberi peluang supaya rakyat tidak melihat PAS sebagai “menyombong” pula.

Hematnya, pemimpin dan penyokong Pembangkang yang tinggi hemah dan firasat menunggu perkembangan terkini penuh cemas dan debar. Akhirnya, celana Mahathir tertanggal sendiri. Bukan saja Mahathir membogelkan pungguh “bertaiknya”, malah pemimpin UMNO sendiri sudah tidak tahan bau busuk taik kering si Mamak-Malbari ini..!!

Pembangkang & UMNO Sudah Mahir

Parti-parti Pembangkang di negara ini sudah cukup mahir dan mengerti benar-benar siapa UMNO dibawah pimpinan Mahathir Mohamad – Presiden UMNO yang menang “tanpa perlu dipertandingkan” (atas ugutannya kepada pemimpin peringkat Pertengahan).

Masing-masing pihak (Pembangkang dan majoriti pemimpin UMNO & BN) sudah nampak bahawa perbincangan seumpama itu tidak lebih dari sebuah “SANDIWARA” pemimpin UMNO yang kini dilihat sebagai “orang-orang hanyut”.

Siang-siang mereka menduga bahawa perbincangan itu tidak lebih dari imbasan “Yassir Arafat bersemuka dengan Natanyahyu” saja. Masuk angin keluar asap. Macam saudagar buluh kasap…..!!

Ramai teman-teman dalam UMNO yang ragu-ragu. Mereka tidak pecaya bahawa Presiden mereka seperti Mahathir Mohamad jujur-lurus dalam perkara itu. Walauun mereka sudah lama tahu bahawa beberapa orang strategis UMNO di MKT pernah menasihati Mahathir supaya merobah cara bertindak menangani isu kepupusan @ ketandusan sokongan orang Melayu terhadap UMNO (dengan membebaskan Anwar); tetapi Mahathir masih berkeras jika Anwar dipurukkan di Sg. Buloh; beliau akan selamat. Wahal itulah isu yang menggegarkan UMNO/BN – kini semakin hancur-luluh!!

Mahathir, yang kini sedang dalam “sesak nafas” untuk menyambung nyawa UMNO (termasuk nyawa sendiri dan kroni), sudah diberitahu oleh beberapa anggota MKT (yang berani), kata mereka: “Jika Datuk Seri tidak merobah cara menanganai masalah yang dihadapi UMNO sekarang secara praktikal; pasti BN akan lemah daya untuk mendapat sokongan komponen BN yang lain – khususnya MCA. Tambahan pula, Datuk Seri sebagai presiden parti sudah melakukan pelbagai “political, administrative and legal blunders” yang menjijik majoriti rakyat” (kata mereka).

Mahathir terkejut beruk menerima kritikan yang amat lantang, pedas dan berani begitu. Tetapi kerana ego dan angkuh membekam dirinya, maka beliau menjawab dengan nada berang, “Who are they, who you are – don’t tell me who I am…Follow what I say and don’t folow what I do..!”. Ramai yang terdiam. Senyap.

Tetapi pencabar yang garang itu membalas, “Yes.. everybody knows who you are – the President who destroyed UMNO once, and will totally destroy BN eventually..!!” Mereka yang hadir ketawa berdekah-dekah. Mahathir merasa dirinya diperhina. Perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dulu; tapi sekarang beliau sudah jadi bahan ejekan pula. Sekujur tubuhnya menggelatar.

Beliau cuba menyalahkan orang lain (seperti biasa); tetapi perbincangan semakin hangat mengasak beliau supaya mengakui kebenaran beberapa fakta. Mahathir terus diasak. Khabarnya, cuma Ku Li dan Rais Yatim yang cuba jadi “tukang jilat” (biasalah..!! nak cari makan & habuan, kan?).

Isu “Perpaduan Melayu” Timbul Dalam Kelambu

Ramai orang UMNO yang terdekat kepada “think tank” UMNO tahu bahawa 80% keputusan dasar parti (UMNO/BN) dan Kerajaan (termasuk Pentadbiran eg. Kewangan, Korporat dan penentuan pemimpin, dll) tidak akan lulus menjadi dasar dan perlaksanaan jika tidak dengan campur tangan orang yang se kelambu dengan Mahathir..!! (ulang: orang yang se kelambu).

Bermula dengan “bailout” bagi menyelematkan korporat anak-anak beliau dan Kroni hinggalah kepada pemilihan MB (eg. Khir Toyo, dll), agenda melindungi penjenayah (eg. Rahim Tamby Chik dan Rafidah, dll), perlantikan pengerusi Korporat seperti PETRONAS dan MAS, dll. mesti mendapat persetujuan terakhir dari orang yang selembu dan sekelambu dengan Presiden nyanyok ini.

Jika Juan Peron dan Marcos mempunyai penasihat “lendir-lendir” yang belum putus haid, malangnya penasihat Mahathir lain pula sifatnya – penasihat berstatus “lendir” sudah putus haid pula. Faham, kan?

Si penasihat “lendir” yang sudah putus haid inilah yang merancang supaya Datuk Seri Anwar diKonpirasikan seburuk itu. Begitu agung status si Jalang itu..!!

Pernah Datin Seri Wan Azizah datang berjumpa si penasihat “lendir” yang putus haid itu sebaik saja Anwar dilucutkan semua jawatan. Maka dengan angkuh penasihat “lendir” yang putus haid itu menjawab, “The PM will not do what he did if it is not true..!!”.

Bermakna penasihat “lendir” putus haid itu sudah tahu sesuatu yang tidak harus dicampurinya. Tetapi kerana si “lendir” putus haid itu berslogankan “behind every success of a man there is a women”, maka “lendir” yang putus haid ini mensetarafkan dirinya, “I am the women”. Memang dia… “Such a bloody women”…!!

Si penasihat “lendir” putus haid ini merasa dirinya berfungsi selari dengan anugerah “Datin Seri Datuk Paduka …..” (entah apa ke bendanya lagi..). Mana ada isteri mereka yang terdahulu menerima anugerah sebegitu, bukan?

Kelambu UMNO/BN Sudah Terbakar Habisss..!!

Jangan anda sekelian tidak tahu bahawa agenda “Perpaduan Melayu” itu pun bermula dari dalam kelambu juga – ie. kelambu si penasihat “lendir” yang putus haid itulah (kalau nak jelas). MKT UMNO tidak merestui perbincangan itu kerana ia dilihat sebagai amat dangkal dan paling bodoh; selain dari merosakkan keyakinan komponen BN yang 100% beridentitikan “perkauman”.

MCA dengan jelas membisikkan bahawa agenda itu akan merosakkan strategi partinya untuk memujuk ahli-ahli yang semakin parah untuk mendapat sokongan kaumnya kebelakangan ini.

Tak cukup dengan Mahathir menuduh kaum Cina sebagai “Ekstrimis dan Komunis” dan isu Suqiu yang semakin terkesan di hati mereka; perbincangan itu pasti akan mengikis kepercayaan kaum bukan Melayu (khususnya kaum Cina) kepada BN.

Dari maklumat terkini, terdengar pertelingkahan itu kian semarak antara Presiden MCA dengan Deputynya. Api dalam sekam sedang berkepul-kepul berasap membakar dari dalam.

Kerana cara politik kaum Cina lebih suka “penentangan secara senyap”; maka mereka menyusul dengan membuat pertemuan ikhlas dengan Pemuda PAS (antara Wakil-wakil Suqiu dengan Mahfuz sendikit hari dulu).

Hasilnya: Mereka puas hati. PAS/BA semakin difahami. Kaum Cina akan menggerakkan uruskerja untuk berdiri dibelakang BA. Ini menyebabkan ruang-jarak UMNO dan BN dengan pengunci Cina semakin menjauh. BN semakin lumpuh!

Siapa Yang Untung “Politik”?

Hari ini, sudah semakin nampak bahawa Mahathir makin tersepit. Sekaligus pengaruh dan sokongan orang Melayu terhadap UMNO menjunam terpuruk ke tahap 25%. Bila Mahathir berbohong dan bersikap Diktator dengan cuba mengatasi masalah kebuntuan dan ketandusan politik UMNO/BN’; beliau membuat kenyataan tarikh perbincangan tanpa persetujuan PAS. Dengan lantang PAS/BA beranggap bahawa Mahathir/UMNO cuba “main olok-olok”.

Yang nyata: Komponen BN memang mengharapkan Pembangkang menyuarakan keresahan mereka. Bagi penyokong BN (yang atas pagar) sudah jelas menyokong supaya UMNO dan Mahathir berterus-terang dan tidak main “gula-gula”.

Penyokong BN (yang atas pagar) sendiri mahu tahu apakah Mahathir dan UMNO betul-betul ikhlas dengan beberapa isu yang dibangkitkan dalam tuntutan 17 itu. Kerana, mereka semakin nampak bahawa Mahathir memperbudak-budakkan mereka yang telah termakan “madu beracun” Mahathir sebelum Nov.’99 dulu. Mereka mahu meluahkannya sekarang!

Bermakna, dalam konteks yang lebih luas – jika perbincangan PAS-UMNO menjadi hangat diakhbar-akhbar arus perdana memburukkan PAS; makin tahulah kaum bukan Melayu bahawa Mahathir dan UMNO cuma mahu menggunakan pentas itu untuk mengabui mata saja.

Dan, orang Melayu pula dengan sendirinya semakin nampak bahawa PAS adalah jujur – sebaliknya UMNO dan Mahathir semacam “memancing atas daratan” cuma. Maka habislah peluang UMNO untuk meraih sokongan orang Melayu dan kaum bukan Melayu sekaligus..!! Siapa yang untung? (tentu anda sudah tau jawapan, bukan?)

PAS Dan BA Semakin Berkeras

YB Datuk Fadhil Nor terang-terang membayangkan dalam sebuah ceramah PAS/BA bahawa PAS menerima ajakan berbincang dari Mahathir/UMNO bukan atas tajuk sempit “perpaduan Melayu”. Mereka mahu melihat dalam konteks yang lebih luas; iaitu “Perpaduan Nasional”.

Cadangan PAS itu memang disokong oleh semua pihak. Tetapi, oleh kerana tujuan Mahathir sendiri bukan bermaksud “perpaduan Melayu” atau “perpaduan Nasional”; maka Mahathir cuba “main pusing-pusing macam lidah Keling” (pepatah Melayu untuk menguatkan hujah saja).

Kini Mahathir sudah semakin diperangkap oleh perbuatan dan karenahnya sendiri selama lebih 2 tahun kebelakangan ini; beliau semakin tersepit. Dia tidak boleh ikut jalan lurus lagi. Tujuannya mahu tunjuk imej “pro Malay”. Tetapi orang Melayu sudah beralih “kiblat” – Mahathir dan UMNO sudah dihanyutkan ‘kehilir air’..!! Mereka tidak mahu parti yang berpresidenkan seorang “Pak Pandir dengan penasihatnya seorang “Mak Andeh”..!!

Pemimpin UMNO dan ‘BBM”

Di satu pihak, pemimpin UMNO vetren sendiri telah semakin menyingkirkan beliau (Mahathir). Sekaligus, sokongan komponen BN semakin merudum.

Di satu pihak lagi, rakyat melalui Pembangkang semakin hebat mendedahkan keburukan cara pentadbiran, siri perlanggaran undang-undang, dan agenda bailout berbilion-bilion (untuk menyelamat Kroni/proksi), Kempen memburukkan PAS & BA melalui media massa UMNO, siri keganasan Polis yang diarah oleh Mahathir dan regimnya (eg. di Kubang Pasu, Kulim dan Dang Wangi/Dataran Meredeka baru-baru ini). Segala-gala itu menjurus kepada senario bahawa UMNO dan Mahathir sudah kelam-kabut tak tentu hala!!

Detik-detik peristiwa ini mendorong rakyat berfikir: Apakah regim Mahathir boleh diharap membawa negara mengisi tuntutan melinuim ke-21 yang mencabar?

Dari keadaan yang nampak, dunia sudah memencil Malaysia. Buat apa mau disimpan Mahathir dan UMNO lagi? Bikin susah rakyat membuktikan kepada dunia bahawa negara ini masih mengamalkan “demokrasi”..!!

Kesimpulan Rakyat

Dari pemantauan terkini: Pemimpin UMNO sudah semakin yakin bahawa “sandiwara Mahathir” sudah tiba diperingkat “terakhir”. Mereka yang berdiri atas pagar sudah mengambil sikap “berkerat rotan” dengan UMNO.

Dengan perlantikan beberapa orang “Mamak-Malbari dan Paria” patah kandar bagi menjawat jawatan tinggi dalam regim beliau (Mahathir); pemimpin UMNO dan orang Melayu nampak bahawa Mahathir sudah mengenepikan Perlembagaan parti, maruah perwakilan UMNO dan inspirasi rakyat. Perlantikan itu cuma untuk menyelamatkan diri beliau saja – bukan parti dan negara/rakyat!!

Kesimpulannya: Perwakilan harus menyarankan cadangan supaya Mahathir diUNDORkan dalam Perhimpunan yang akan datang ini.

Sembari itu juga, majoriti pemimpin UMNO dan Komponen BN mahu agenda dan usul PAS di perbicangan itu dilaksanakan dengan serta merta.

Kata Sepakat

Mereka sudah hampir mendapat kata sepakat bahawa “Parti mengatasi seorang pemimpin yang sudah tidak releven”. Jika ada yang membantah, tahun 2004 “Teraju Kerajaan akan beralih tangan..”. UMNO/BN akan melopong – mulut akan dimasuki langau hijau!! Pilih mana satu idaman kalbu…..

Mahathir sudah hilang akal…!! Sudah jadi dungu..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 20 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com