Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


“PERPADUAN MELAYU” – AGENDA TERAKHIR MAHATHIR MENIPU ORANG MELAYU

Amin Sapiro (semakin rimas…!!)

[Nota: Khusus sebagai alu-aluan Kempen “Selamatkan Wang Rakyat” dan “Nyah Mahathir”..!!]

KITA sudah melihat dan meneliti perkembangan terakhir berthabit isu “Perpaduan Melayu” yang diwarwarkan Mahathir dan beberapa kerat pemimpin UMNO. Kita tidak usah terus terpukau dengan gembar-gembur kata-kata manis-madu yang diluahkan oleh puak kepimnpinan UMNO itu.

Sebab, itulah modes operandi Yassir Arafat tertipu dan ditipu oleh Simon Peres dulu. Dan itu jugalah cara Stalin memujuk negara-negara pesisirin Russia untuk dirangkum ke dalam pensyarikat Soviet Union dulu. Cuba kita semak urutan sejarah silam. Ingat tak?

Masakan kita lupa bagaimana Raja Mandeliar dan Si Kitul memujuk Pateh Karma Wijaya dan bangsawan istana Melaka Purba supaya mempercayai beliau. Apa sudah jadi? Tidakkah Bendahara Seri Maharaja yang bijaksana akhirnya terbunuh tanpa dosa mengkhianati negara?

Racun Bersalut Madu

Fikirkanlah ini baik-baik – Memang adat resam yang dibudayakan orang Melayu sangat mempercayai sebarang kata seorang kawan maupun lawan. Kerana itu juga, sesungguhnya hari ini, orang Melayu sudah kehilangan segala. UMNO warisan pejuangan “Anti Malayan Union” sudah lama terkubur. Itu bukti nyata. Itu padah orang Melayu terlalu percaya janji “racum bersalut madu”.

Malah, “Bapak Kemerdekaan” negara yang menghabiskan sekerat umornya menuntut kemerdekaan telah diagendakan untuk dilupakan.

Apa yang berlaku sekarang hanyalah nama beliau dan rakan-rakan seperjuangan, suara dan jasa-jasa beliau cuma dikenangan apabila ada orang tertentu dalam UMNO yang telah di Mamak-Malbarikan dan berpresidenkan Mahathir Mohamad Iskandar Kutty sudah dalam keadaan terdesak dan terkapai-kapai kehilangan modal politik. Itu saja gunanya!

Atas segala-galanya, Perlembagaan “UMNO Asal” sudah tidak ada lagi. Jika datuk-nenek kita menggariskan kepentingan orang Melayu 45 tahun dulu, kini kepentingan dan harapan orang Melayu sudah dirombak dan dikikis habis-habisan oleh Mahathir keturunan Mamak-Malbari ini, masihkah orang Melayu tak sedar diri?

UMNO Asal sudah mati. Pemimpin UMNO sendiri yang berdosa membunuhnya..!! Apa lagi yang nak dinostalgiakan. Tidakkah wajar UMNO/BN dihumbankan?

Orang Melayu wajar berfikiran terbuka sekarang. Orang Melayu harus melemparkan nostalgia memikirkan “uMMno” ciptaan Mahathir ini adalah kesinambungan UMNO Asal. Mahathir Mohamad sudah mengubahpinda 100% rohani parti asal itu begitu rupa hingga orang Melayu sudah semakin kehilangan identiti, hak yang sepatutunya diperjuangkan untuk zuriat mereka yang akan datang.

UMNO ciptaan Mahathir Mohamad menjadikan orang Melayu semacam “orang hanyut” yang tersadai di Pulau Kapas!! Badan terkurung sementara mata kalian lepas. Hak kalian turun temurun dirampas. Kejantanan nenek moyang kalian habis kikis ditumpas..!!

Pemimpin “uMMno” Bernawaitu Sesat

Orang Melayu wajar sedar – tengok dan seligi jelas-jelas, bahawa sesungguhnya “uMMno” Mahathir tidak ada langsung persamaan perjuangan dan nawaitu pemimpin UMNO yang terdahulu. Semakin tidak nampak mereka berniat untuk mendaulatkan dan mempertahankan kepentingan orang Melayu. Orang Melayu dirancang untuk dibohongi dan ditipu..!!

Dasar dan piagam dalaman kelompok ini hanya bertunjangkan tiga (3) perkara saja iaitu: NEPOTISME, KORUPSI dan KRONISME. Perjuangan mereka adalah semata-mata untuk melindungi puak mereka yang sama senawaitu dalam satu acuan.

Mereka tidak segan-silu merompak hak rakyat jelata. Mereka sekongkol beragenda merampas hak rakyat Selangor – diberi nama baru Puterajaya. Pulau Langkawi sudah hilang “Mahsuri”nya. Mahathir, Daim dan Lim Gh Tong sedang bermaharajalela. Sejuta Rakyat Terengganu dinafikan hak mereka. Dengar Ceramah BA dan baca Lamanweb Reformasi – kita akan tau semua!!

Dengan itu, orang Melayu dan hak yang dipusakai orang Melayu zaman-berzaman yang dulu dihakis oleh 4 kaum penjajah; sekarang diteruskan kesinambungannya oleh pemimpin kita yang termakan “upah se bahara emas” oleh baka Raja Mandeliar dan Si Kitul..!!

Kebelakangan ini orang Melayu telah menghadapi pelbagai keperitan hidup akibat permainan licik “penjajah baru” ini. ISA yang dikenakan terhadap pemimpin berpotensi sewenang-wenangnya, belantan dan kimia beracun yang tidak pernah disemburkan oleh 4 penjajah terdahulu – kini sudah menjadi lumrah. Kununnya, orang Melayu melakukan jenayah dan pengkhianatan kepada negaranya sendiri..!! Benarkah?

Fikir ini baik-baik: Adakah salah jika kita sebagai orang Melayu hanya berdemo untok menuntut hak bangsa sendiri yang semakin termusnah?

Kita sedar bahawa dengan kemerdekaan, antara pentadbir dan rakyat perlu bertentangan mata dalam mencari penyelesaian masalah. Tetapi Mahathir mahu orang Melayu menjadi “hamba sahaya”nya..!! Regim Mahathir tidak mempedulikan rungutan rakyat marhain yang semakin papa-kedana.

UMNO/BN: Salahguna Majoriti 2/3

Di Parlimen, regim yang menguasai majorti 2/3 menganggap wakil-wakil Pembangkang menyusahkan mereka untuk meluluskan Akta “Perompak” yang sengaja digubal. Hematnya, negeri ini yang dimerdekakan dengan berprinsipkan Demokrasi; seolah-olah ditadbirurus oleh satu puak yang menganggap orang Melayu sebagai pendatang haram. Mahukah orang Melayu menerima cop “Bangsa Murahan”..?

Orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya sudah semakin nampak jelas bahawa regim Mahathir terlalu banyak bermain politik tipu helah. Mahathir memperkuda UMNOnya dengan menggunakan kuasa dengan sewenang-wenang tanpa mempedulikan tuntutan rakyat.

Adalah suatu pembohongan dan penipuan besar jika alasan cacamarba dijadikan asas beliau meremehkan kepentingan rakyat. Tetapi, sebaliknya, Mahathir dan kuncu-kuncunya meletakkan bailout korporat puluhan kroni-Kroninya sebagai agenda nombor satu.

Orang Melayu tidak pernah meminta perkara yang diluar kemampuan pemerentah. Orang Melayu sangat berwaspada (tetapi tahu) bahawa hak yang seharusnya mereka nikmati seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, budaya dan amalan agama; tidak wajar diganggu-gugat dan diperkutak-katikkan.

Orang Melayu menununtut yang hak bagi kaum mereka dikembalikan semula. Itu saja. Ia bukan suatu barang dagangan yang boleh ditukar-ganti sesuka hati oleh mana-mana puak yang disukai UMNO tajaan Mahathir.

Orang Melayu WAJIB berseru…”Wahai bangsa ku..! Perbetulkan nawaitu mu bahawa kita sebagai bangsa yang bermaruah di tanahair bumi bertuah ini tidak akan menerima sebuah parti yang menarik semula apa yang sewajarnya dinikmati. Kita akan pertahankan ke titisan darah terakhir..!!”

Jika pembangunan sosio-ekonomi orang Melayu selama ini terbiar dan tercicir kerana ditukarganti dengan Korporat-koporat anak-anak, suku-sakat dan Kroni Mahatir; tetapi apabila orang Melayu meminta supaya dikembalikan hak ini, andainya tuntutan kita tidak ditepati – tidakkah kita berhak merungut?

Jika rungutan itu dibalas dengan “cotar dan belantan”, gas pemedih mata dan semburan air kimia beracun – tidakkah wajar satu ketika kelak orang Melayu (dengan kekuatan yang mereka ada dimana-mana) PASTI akan bangun menumbangkan regim “penyangak” itu..!! Hematnya inilah yang sedang berlaku..!!

Kesabaran Orang Melayu Sudah Tercabar

Orang Melayu kaum yang sabar. Mereka saling bertolong-tolongan sebagai budaya yang asas. Sejak negara dimerdekakan, pelbagai insiden merobah minda mereka hingga terbuka seperti hari ini. Mereka tahu kuasa mereka adalah berkonsepkan “people power”. Tetapi mereka lebih banyak bersabar kerana tidak mahu mengocak ketenangan. Itu sikap mereka sebagai azam memelihara kemerdekaan.

Selepas Peristiwa 13 Mei, harapan orang Melayu tertumpu kepada pembangunan sosio-ekonomi dan kesinambungannya. Mereka meningkatkan pendidikan dan ilmu bagi anak-anak mereka. Mereka belajar berniaga dan berdagang bermula dari “alif-be-te”.

Malangnya, Mahathir sudah menukar agenda itu secara diktator kepada konsep Korporat, Penswastaan dan mencagarkannya kepada Kroni pilihan beliau..!! Beliau berlagak sombong menerapkan konsep “smart partnership” , kunun.

Mahathir secara busuk hati memperlekeh orang Melayu – katanya “dari membantu sejuta orang Melayu yang akan gagal dalam perniagaan, adalah lebih berkesan membantu 10 orang ahli koporat Melayu..!!”. Maka hilanglah semangat Dasar Ekonomi Baru yang diilhamkan oleh Tun Razak. Mahathir menukar ekonomi orang Melayu ke tahap “ekonomi warong rojak Mamak”.

Sekarang, apa sudah jadi? Mahathir telah memilih “puaka-puaka” keparat (bukan puak-puak korporat) yang terdiri dari anak-anak, suku-sakat dan Kroni pilihan beliau sendiri. Merekalah yang menerajui korporat-koporat mega. Mereka diberi 1001 macam bantuan asas. Mereka bermewah-mewah melakukan “rompakan bersiri” ke atas hak-hak rakyat.

Kerana nafsu mereka bagitu ganas sementara ilmu mereka secukup ilmu “mamak warong teh tarik” saja; maka kita lihat puluhan billion wang rakyat terhakis kikis untuk membailout mereka. Berkesan dan berfaedahkah Dasar ekonomi Mahathir?

Kita lihat bagaimana MAS, Syarikat Perkapalan Mirzan, RENONG Halim Saad (sekadar contoh) menggelabah kemuflisan. Rancangan bailout Mahathir sudah memakan darah dan titik peluh rakyat marhain yang selama ni makan sesuap nasi pagi dan petang. Untuk esok – belum pasti lagi. Apakah punca dan tahap pencapaian ekonomi orang Melayu sudah bertambah? Apa sudah jadi kepada Pengusaha dan Peniaga Kecil? Tidakkah mereka makan pasir?

Penipuan Yang Berkesinambungan

Kita lihat kehidupan orang Melayu pula. Petani bendang yang serba miskin di kampung dan di desa dan nelayan pesisir pantai yang kais pagi makan pagi, semakin dibebani hutang bagi menanggung program “bailout” korporat suku-sakat dan Kroni Mahathir.

Jika selama ini hak mereka ditukarganti dengan dasar Pengkorporatan, Penswastaan dan Kronisme Mahathir; semakin nampaklah kini bahawa konsep “smart partnership” si Mamak-Malbari bacol ini sudah memakan ke tulang sum-sum kesejahteraan rakyat jelata.

Kita tanya Mahatir: Mana satu Dasar Ekonomi Baru yang ubahpinda oleh Dr. Mahathir memberi pulangan lumayan kepada rakyat? Tidakkah hari ini DEB itu sudah di “Barua”kan beliau sehingga berjuta orang Melayu menanggung kepayahan hidup kerananya? Bukankah ini satu pembohongan besar?

Rakyat tahu bahawa sesungguhnya Mahathir adalah “Bapak Rasuah”. Kerana itu Mahathir sudah semacam tersepit dan desperado. Beliau perlu terus berkuasa mutlak untuk menyelamatkan Kroni beliau yang berpuluh. Lebih-lebih lagi, Mahathir sendiri akan diheret ke penjara jika beliau hilang kuasa dan turun takhta!!

Kerana itu, Mahathir dan sekongkolnya dalam UMNO/BN akan terus bersikap NEKAD. Mereka tidak peduli apa. Beliau akan terus berlaku ZALIM kepada rakyat yang menentang untuk menumbang partinya dan melumpuhkan kemampuan kuasa beliau. Beliau tahu, orang Melayu sudah hilang sabar!

Kesinambungan Agenda Busuk

Mahathir akan meneruskan agendanya walau dengan apa cara. Beliau pernah berdoa, memujuk dan menangis menitis airmata dihadapan rakyat. Jangan kita salah tafsir pula. Sebenarnya, Mahathir sedang meratapi apa akan jadi kepada nasib anak-anak beliau sekiranya beliau mati sekarang!!

Jangan fikir Mahathir akan menangis dan meratapi nasib orang Melayu, kununnya kerana tidak “Berpadu”..!! Jika benar Mahathir beragenda merancang membela orang Melayu, perkara utama yang seharusnya beliau lakukan ialah jawatan PERDANA MENTERI dan PRESIDEN parti sudah sekian lama bertukar tangan kepada Datuk Seri Anwar.

Seharusnya, setelah genap 30 tahun Dasar Ekonomi Baru dilancarkan, sepetutnya pencapaian dan penguasaan ekonomi orang Melayu sudah sampai pencapaian ke tahap 30%.

Tetapi sekarang, dengan bailout bernilai puluhan biliion, kemusnahan wang simpanan rakyat dalam PNB, Tabung Haji, EPF dan kemusnahan FELDA – ditambah dengan hutang luar negara melebihi RM160 billion (dan semakin meningkat) – regim Mahathir yang didukung UMNO/BN sudah GAGAL segagal-gagalnya..!!!!!!! Mahathir sudah menggadai negara dan bangsa kita!!

Mahathir Pemimpin Mufliskan Negara

Mahathir dan Dasar pentabdirannya sudah memufliskan orang Melayu khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.

Dasar ekonomi dan pembangunan Mahathir umpama “Saudagar buluh kasap”..!! Dan keseluruhan Dasar pemerentahan regim beliau lebih buruk dari regim komunis Russia yang bermegah meletakkan manusia ke angkasa lepas sementara rakyat perut keroncong mulut melopong!!

Adakah orang Melayu masih mahu terpukau lagi dengan slogan “Perpaduan Melayu”? Janganlah kita jadi Pak Kadok dan Lebai Malang. Mahathir sedang mementaskan Sandiwara “Mat Jenin” dengan tanggapan kununnya orang Melayu masih BANGANG..!!

Kempen “Nyah Mahathir” dan “Selamatkan Wang Rakyat” adalah sebahagian dari aturcara beragenda orang Melayu mengembalikan KEMERDEKAAN dan HAK ASASI bangsa kita..!! Fahamilah bahawasanya kita sedang berhadapan dengan sebuah PENJAJAHAN..!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com