Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MORALNYA – SUDAH SAMPAI MASANYA MAHATHIR DIGULINGKAN RAKYAT..!!

Amin Sapiro (..kalau nak sedar, mula sekarang)

Bah. 1

SEPULANG dari mencari ketenangan diri, ramai diantara kami yang sama-sama seperjalanan pulang, terperanjat besar bila tiba di tanahair. Khabarnya ‘Negaraku’ tidak lagi didendangkan semerdu dulu.

Diberitakan, seruling bambu sudah bertingkah dengan bangsi buluh. Gendang kompang tidak seirama dengan tabla. Masing-masing semakin bertingkah sumbang – bertukar bunyi umpama gendang perang.

Kami saling bertanyaan – Mengapa begitu? Bagaimana boleh jadi begitu? MasyaAllahhhhh…. Allahu akbar..!! Kami beristighfar banyak-banyak…!! Inikah rupanya tanahair kita jadinya bila dipercayakan kepada “penyangak”?

Persoalan Besar Semakin Terdedah

Selama ini kita dipesonakan dengan keangkuhan seorang Perdana Menteri berjenama Wira Dunia ke-3, merangkap Presiden UMNO, tekong BN. Selama 20 tahun, negara ini menuju ke satu era yang semakin mundur. Rakyat yang sewajarnya sejahtera, tidak semakmur lagi. Persefahaman yang dipupuk telah mulai hancur. Jika dibiarkan “orang ini” menerajui negara, akan sampai masa semua kita akan berbunuh-bunuhan angkara dia!

Memang kita sudah lama tau: Dari mulut busuknya, bertempias airliur menyembur-nyembur mengakui dengan angkuh lagi sombong kununnya negara ini makmur, ekonomi negara “mencanak” bagai mentari terbit pagi. Puak UMNO menjulang beliau setinggi langit kununnya itu semua kerana pentadbiran beliau yang menerajui UMNO/BN.

Mahathir pula, dengan angkuh berbangga kununnya masalah perkauman sudah lupus dari lipatan hati rakyat majmuk di negara ini. Dengan mendabek dada ‘cukia-cukia’ UMNO/BN memberi sebab, kununnya, ekonomi dan kehidupan seluruh rakyat sudah sampai ketahap selesa hasil dari kehebatan pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh beliau sebagai pemimpin nombor satu kerajaan UMNO/BN.

Hari ini segala-galanya sudah terdedah. Terlihat sekarang, sebenarnya Mahathir adalah seorang pemimpin yang beragenda mega. Tetapi, bagi rakyat yang tidak buta mata-hati, melambak bukti yang menunjukkan bahawa UMNO telah mengangkat seorang pemimpin gila kuasa. Kuncu-kuncu sekongkol pula semakin nekad untuk menyokong beliau supaya terus berkuasa. Pemimpin UMNO sudah betul-betul buta-tuli – tidak lagi mempedulikan kesejahteraan rakyat jelata.

Dari satu sudut, Majathir semakin nampak membenci orang Melayu dan merancang untuk memusnahkan kesatuan orang Melayu. Tanpa ragu-ragu, Mahathir semakin nampak dan terbukti bahawa beliau merancang pelbagai ikhtiar dan cara untuk memusnahkan kredibiliti agama Islam yang menjadi nadi semangat orang Melayu.

Mahathir Merancang Meledakkan “Bom Jangka”

Mahathir menyimpan secara sembunyi beberapa buah “bom jangka” yang (selama ini) sengaja dilindungi dari pandangan umum.

Satu darinya, tersebar berita sekarang bahawa Mahathir akan membawa kes penggunaan perkataan ‘Islam’ dalam sebarang pertubuhan termasuk parti politik, kepada Majlis Raja-raja. Bermakna, Mahathir & UMNO sedang mencuit sensitiviti sebuah parti politik terkemuka seperti PAS.

Sebagai sebuah parti sokongan majoriti orang-orang Melayu yang berpaling tadah dari menyokong UMNO, implikasi perbuatan Mahathir itu amat luas dan buruk kesannya. Ia bukan saja memburukkan lagi kegawatan politik semasa malah akan menyebabkan pelbagai isu membabitkan perkauman akan wujud dengan sendirinya.

Mahathir memang sudah lama beragenda akan meledakkan “bom jangka” ini sebagai ikhtiar terakhir untuk menjamin dirinya terus berkuasa. Boleh ditafsirkan sekarang, jika inilah tindak terakhir Mahathir untuk menyelamatkan diri dan kuasa beliau, maka betul-betullah beliau sudah nekad mahu berperang dengan orang Melayu dan orang Islam seluruh negara.

Seseorang yang meneliti dan menganalisis cara Mahathir bertindak sebegini untuk menangani kegawatan politik rakyat menentang beliau; pasti seseorang rakyat yang waras akan bertemu siri tindakan beliau selanjutnya saling tak tumpah seperti seorang penganjur dan pemimpin regim berhaluan KOMINIS. Orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini wajib menyingkirkan beliau dan menafikan UMNO/BN.

Mahathir Meransang Perbalahan Kaum

Pengamatan teliti akan membayangkan bahawa Mahathir telah sekian lama mendirikan sebuah regim Diktator. Beliau tidak teragak-agak menggunakan kekerasan, ugutan dan paksaan, penyeksaan keatas rakyat. Itu baru bunga-bunga agenda saja.

Mahathir juga tahu bahawa kekuatan orang Melayu adalah berpaksikan kepada Islam. Islam juga adalah ‘pancang’ yang selama 450 tahun menjadi tunggak kegigihan orang Melayu menegakkan keadilan, menumbangkan kezaliman dan bersatu dibawah satu panji-panji menuntut KEMERDEKAAN tanahair dari 4 kaum penjajah silam.

Islam juga telah berupaya menyatukan semua suku-kaum berasal dari kepulauan Nusantara. Hingga, jika cubit peha kiri – peha kanan terasa. Ini amat menakutkan Mahathir dan dkuncu-kuncu UMNO/BN.

Dengan melenyapkan penggunaan perkataan Islam, Mahathir berharap besar akan berjaya memusnahkan satu dari kubah Isam yang melindungi orang Melayu yang bernaung dibawahnya. Adakah ini cara beliau menyelamatkan UMNO/BN dan menjayakan agenda beliau terus berkuasa? Berjayakah beliau? Orang Melayu tanpa mengira parti kena fikir masak-masak!

Perbalahan Kaum Agenda Busuk Mahathir

Jika difikirkan dalam-dalam, kita nampak sekarang bahawa perbalahan kaum masih wujud dikalangan rakyat majumuk ini. Kekacauan dan pergaduhan mudah berlaku. Sekelip mata ia boleh marak menyala membakar sekiranya asas-punca dan bahan “kimia”nya betul. Kimia ini sudah lama disimpan oleh Mahathir dan akan diledakkan mengikut kesempatan dan masanya.

Contoh yang jelas, kita nampak sekarang bahawa “pantang silap sikit”, perbalahan kecil boleh meledak menjadi besar. Bila-bila saja ia akan meledak diluar kawalan. Dengan luruhnya perkataan Islam dari perbendaharaan kata orang Melayu Islam, bermakna Mahathir sedang memusnahkan maruah orang Melayu seluruh negara tanpa mengira parti sokongan mereka. Orang Melayu akan kehilangan budaya dan resam yang unggul.

Bermakna, idenditi Melayu terunggul sedang dulupuskan oleh seorang pemmpin penyangak bernbama Mahathir. Masihkah orang Melayu mahu bertuankan orang ini?

Mahathir tahu, “agama” adalah isu paling buruk padahnya jika diganggu-gugat. Penjajah dulu tahu, dan mereka tidak campurtangan – sebaliknya menyerahkan kepada Raja-raja Melayu. Firkirkan ini, tidakkah perbuatan Mahathir ini satu dari bahan kimia paling bahaya yang sengaja dijadikan oleh beliau sebagai bahan bakar menghanguskan kredibiliti orang Melayu? Mana maruah orang Melayu?

Jika maruah bangsa dan agama bagi orang Melayu sudah semudah itu diperlekeh dan dikikis begitu rupa, tidakkah bermakna fabrik masyarakat Melayu di negara sudah dihancurkan oleh pemimpin pilihan UMNO? Apakah orang Melayu begitu dayus tidak sanggup mempertahan hak dan agama mereka?

Orang Melayu Tidak Beragama?

Selama ini orang Melayu (tanpa mengira fahaman politik) bebas berpolitik. Tetapi, kelainan fahaman politik masing-masing tidak bermakna mereka berpecah-belah. Keyakinan kepada Islam dan amalan budaya Islamlah yang merapatkan hubungan kita satu bangsa – walau berlainan keturunan, suku bangsa dan fahaman politik.

Fikir kembali, Peristiwa 13 Mei adalah contoh paling ketara. Kita nampak, akhirnya PAS dan UMNO boleh duduk se meja akhirnya. Tetapi, dibawah pentadbiran Mahathir, PAS dan UMNO sengaja beliau agendakan supaya bermusuhan. Setiap tahun Mahathir menyampai “amanat tahunan” di Perhimpunan UMNO – maudhuk utamanya adalah mencerca parti dan kesemua pemimpin PAS. Walhal, beliau tahu bahawa PAS adalah parti Melayu yang berhaluan sehat dan tidak bermaksud melakukan sebarang gejala memecahbelahkan rakyat.

Sebaliknya, Mahathir telah MENGAHASUT nombor satu orang-orang Melayu seluruh negara supaya melihat parti PAS sebagai ‘fundamentalis’ agama yang memundurkan masyarakat dan negara. Mahathir menyebarkan hasutan kepada semua kaum di negara ini. Tak cukup dengan itu, Mahathir bercakap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memburukkan Islam di negara ini dan penganutnya.

Kita tanya diri kita, apakah beliau masih mau dianggap seorang pemimpin yang layak dan berguna kepada rakyat dan negara? Seolah-olah Mahathir menganggap bahawa orang Melayu tidak beragamakah. Benarkah? Siapakah orang Melayu jika agama sendiri diperlekeh oleh seorang pemimpin yang bersikap dan berkarenah melebehi ragam Yahudi?

Mahathir: “Orang Melayu Tak Guna”..!!

Bila Mahathir bercakap mengenai orang Melayu, seolah-olah orang Melayu adalah satu kaum paling hina dan tidak berguna di negara ini. Baca Malay Delimma, kita akan tahu apa tanggapan Mahathir terhadap orang Melayu. Baca semua ucapan Mahathir di semua Perhimpunan UMNO yang lepas-lepas, kita akan nampak bahawa Mahathir menggap orang Melayu seolah-olah “pendatang haram” di negara sendiri. Semak semula… semak semua ucapan beliau..!!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sudah dengar, lihat dan tonton semua perbuatan Mahathir terhadap anak-anak Melayu yang berjuang menuntut hak bangsa yang terhakis – apa jadi kepada mereka?

Contoh pertama: Anwar dipenjarakan dengan tuduhan aib oleh konspirator tajaan Mahathir. Siapa dikalangan orang Melayu yang menjatuhkan hukum dan mempurukkan beliau 15 tahun? Siapa diantara Ulamak Islam Melayu dikalangan yang makan gaji dan mendapat rezki dari wang rakyat yang mempertahankan hak Anwar sebagai orang Islam? Mana….mana….mana Ulamak UMNO?

Bila Royalti Minyak dipinda ikut sukahati Mahathir saja, siapa dia diantara orang Melayu yang memperjuangkan hak rakyat miskin di Terengganu? Mana dia muka-muka puak UMNO yang kununnya berfungsi menegakkan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan satu juta rakyat miskin di sana? Tidakkah Barisan Alternatif yang sanggup “mati bergalang tanah” mempertahankan hak mereka? Sementara itu, barua-barua UMNO bertepok tangan, bercekik-merih berebut-rebutan umpama suku-sakat penjajah yang datang dari ‘negara atas angin’ merampas hak rakyat negara ini?

Kemiskinan Rakyat Menjadi-jadi

Rintihan rakyat keturunan Melayu semakin lantang terdengar kuat. Apa regim Mahathir yang berpaksikan UMNO/BN sudah buat? Cuba dengar rintihan penanam kelapa sawit, nelayan pantai dan penanam padi, buruh kasar pengutip sampah, pekerja kilang – berapakah habuan ganjaran titik peluh mereka setiap hari? Lihat dapur mereka, adakah mereka bertanak nasi mencukupi bagi sebuah keluarga anak 5 orang?

Kita lihat kedhaifan hidup penghuni Kg. Medan pula. Lihatlah pondok zing berkarat bagi melindungi keluarga mereka! Mereka merintih saban hari. Sementara wakil rakyat UMNO/BN cuma setakat berjanji bohong setiap kali Pilihanraya! Mereka ditipu bontang seolah-olah mereka adalah haiwan untuk dijadikan korban!!

Hari ini, “bom jangka” Mahathir ini sengaja dibiarkan meledak. Mahathir pula telah menggunakan kesempatan menuduh Pembangkang yang empunya angkara. Walhal kita tahu, kejadian itu berpunca dari dasar regim Mahathir yang menafikan hak asasi hampir setengah juta rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang – tetapi bersabar menunggu janji-janji UMNO/BN.

Akhirnya mereka itu dijadikan korban dasar Penswastaan, Pembangunan Projek Mega, Bailout Kroni dan suku-sakat Mahathir!! Wang rakyat digunakan bukan untuk mereka penghuni Kg. Medan atau Kg. Ghnadi, tetapi Time Dot. Com. yang merugikan KWSP sejumlah RM92 juta!! Mengapa tidak digunakan untuk membaiki kehidupan setenggan dan peneroka bandar?

Kesimpulan Pertama

Kesimpulan yang jelas ialah, Mahathir dan regimnya tidak pandang orang Melayu “sebelah mata”..!! Orang Melayu tidak ada harga selain dari dipergunakan untuk menyokong UMNO yang akan meletakkan ‘elit UMNO’ terus berkuasa. Bila elit-elit ini berkuasa, hak asasi rakyat akan diperlekeh dan dihakiskan habis-habisan. Jika melawan, mereka akan dibelantan, ditangkap dan diperuk kedalam penjara!!

Sah sekarang bahawa bagi Mahathir dan regim beliau, sekongkol UMNO/BN – orang Melayu memang kaum “tidak ada guna”, satu kaum menyusahkan mereka untuk memerentah sesuka hati. Bagi Mahathir dan UMNO, orang Melayu adalah kaum yang banyak ragam – sikit kasi banyak mintak, kunun..!!

Bergantung kepada orang Melayu sekarang, jika mahu UMNO/BN terus berkuasa dan Mahathir Mohamad sebagai presiden mereka, tanggunglah oleh kalian segala seksa-sengsara. Jika kalian mahu merobah nasib, GULINGKAN Mahathir dan buang UMNO/BN jauh-jauh!!

Jika orang Melayu dan semua kaum di negara ini mahu hidup aman dan sejahtera sesama kita, sudah sampai masanya untuk menetapkan tekad menentukan nasib sendiri. Jangan pandang belakang lagi, tunjukkan kepada pemerentah yang sudah kecundangan ini bahawa pemerentahan negara wajib diubah sebelum negara porak-peranda..!!

Soalan: Jika begini caranya, perlukah bincang-bincang “Perpaduan Melayu” lagi? Kita akan tinjau dalam Bahagian Ke-2

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com