Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


RAJA-RAJA MELAYU WAJIB BERWASPADA MELINDUNGI KEHARMONIAN RAKYAT

Amin Sapiro (UMNO menentang usul Mahathir)

DALAM kereta sewaktu merentas jalan ke highway Kota Tinggi, saya dan beberapa orang mendapat panggilan telefon. Khabarnya Mahathir dan puak UMNO sudah mengusulkan kepada Majlis Raja-raya supaya membatalkan semua perkataan Islam dalam sebarang pertubuhan.

Saya tidak sempat memberi komen apa-apa kerana di kepala saya memikirkan perbincangan yang akan kami adakan di destinasi yang dituju. Sejauh 60 km kami berkereta laju. Saya melihat suasana muram di ladang-ladang kelapa sawit yang berbuah. Beberapa orang sedang mengait tandan-tandan kelapa sawit yang tinggi hampir 30 kaki. Mereka cuma berbaju cumpang-camping. Rautan muka mereka kurus. Terbayang keresahan hati bukan kepalang. Begitulah nasib orang Melayu di perkampungan FELDA.

Sesampai kami di destinasi, saya dan rakan-rakan seperjalanan turun kereta dan bersalaman. Yang menunggu kami adalah kawan-kawan lamo semasa dalam UMNO dulu. Mereka sekarang, walaupun masih dalam UMNO, tetapi mereka sudah terlatih dengan ‘sandiwara’ kami secara rahsia pula. Itu cara “konvoi” kami beroperasi.

Saya tak sangka bahawa perjumpaan tidak resmi itu sudah diatur sebulan dulu. Seluruh orang kuat UMNO Johor Tenggara menghantar wakil. Terperanjat juga kami kerana bilangan yang hadir boleh habis “seekor kambing”. Tak sangka orang Johor sudah “naik miang”. Amacam UMNO kalau begini? Dibelakang Ghani dan Hisham mereka terang-terang buat perhimpunan “senyap”?

Perbincangan dimulakan jam 3:00 petang. Dari senarai isu yang panjang, 5 perkara dijadikan keutamaan. Isu pertama ialah usul mempertanding kerusi Presiden UMNO dan menolak Mahathir sekiranya memaksa kerusi beliau menang tanpa dipertandingkan.

Strategi mereka, sekiranya Mahathir atau Dollah Bedawi berkeras mau menang tanpa dipertandingkan, mereka akan musnahkan peluang beberapa orang kuat Mahathir-Dollah dalam pilihan peringkat Bahagian dan MKT. Ini akan merosakkan UMNO Johor.

Kedua ialah usul menetapkan strategi untuk memperbanyakkan maklumat mengenai rasuah dan penyelewengan yang kini sedang menjadi-jadi diamalkan oleh Kroni Mahathir. Disini saya lihat, ramai muka yang merah padam. Perbincangan cukup hangat. Sumber mereka ialah Laman-lamanWeb Reformasi.

Dapat berita: Seorang berada sudah menghadiahkan 10 komputer kepada 5 wakil Bahagian. Seorang muda celik komputer ditugaskan disetiap Bahagian dan Cawangan bagi menselaraskan kerja-kerja perhubungan sesama mereka dan menghebahkan maklumat mengenai kebusukan UMNO yang tersembunyi (tetapi dapat dibaca dari Laman Reformasi).

Wakil-wakil yang hadir bersetuju membeli sebuah “off-set machine” second-hand untuk menjilid ribuan salinan maklumat sentisitif mengenai UMNO untuk sebaran umum. Satu peruntukan khas setuju dibiayai oleh seorang dermawan yang akan membiayai perbelanjaan kertas, dakwat dan upah kakitangan. Perbelanjaan pos juga beliau sanggup tanggung. Bukan main lagi…..!!

Ketiga: Strategi merangkum siapa akan mengetahui Wanita. Ini masih dirahsiakan. Tetapi dari taklimat yang diberi, dapat didengar dengan nyata, mereka sedang berkira-kira untuk meletakkan seorang calun dari Johor. Khabarnya, Perak, Selangor, NS dan Melaka sudah bersetujui setakat ini. Kalau begitu, nampanya Shahrizat dan Rafidah eloklah “bungkus” siang-siang.

Ke empat: Majlis sepakat akan memantau secara intipan rahsia siapa diantara peyokong totok Mahathir, Dollah Bedawi dan Najib. Mereka akan dikecundangkan dalam pemilihan Bahagian kali ini. Ada mesej tidak resmi menyebut, Shahril termasuk antara mereka yang sudah masuk bakul “ular sawa” Mahathir.

Keseluruhannya jelas sekarang, di peringkat Cawangan dan Bahagian UMNO di Selatan sudah ada riak untuk menumbangkan Mahathir. Malah terang-terang sekarang, siapa juga calun-calun yang pro-Mahathir akan diketepikan. Mereka tidak akan dilantik menerajui UMNO dimana-mana peringkat. Cerita begini susah Mahathir nak kawal.

Terpenting dan yang ke-5 ialah isu Mahathir yang mengusulkan kepada Majlis Raja-raja Melayu untuk menghapuskan perkataan “ISLAM” dari pertubuhan. Beberapa orang telah bangun dan bercakap. Dari riak hujah mereka, majlis sependapat bahawa cadangan Mahathir itu bukan cadangan yang dipersetujui ahli-ahli UMNO.

Ahli-ahli UMNO mentafsirkan bahawa Islam adalah nadi kekutan orang Melayu. Jika perkataan Islam dimansuhkan, bermakna Mahathir berniat salah untuk memusnahkan Islam dan menjatuhkan martabat, maruah dan kredibiliti orang Melayu dihadapan kaum lain.

Mahathir memandang perkara itu sebagai mainan politik. Tetapi orang Melayu berfikir, sekiranya Islam digugat begitu sekali, yang akan kerugian besar ialah orang Melayu seluruh negara. Jika Mahathir mahu terus berkuasa “in the expense of Islam”, pilihan orang Melayu dan UMNO hanyalah satu iaitu: ‘MAHATHIR WAJIB DISINGKIRKAN’ bila-bila masa.

Seorang pemidato berucap, kata beliau, “Tanpa Mahathir orang Melayu boleh hidup. Tanpa UMNO, orang Melayu ada parti politik pilihan yang lain. Tanpa Islam, orang Melayu akan termusnah oleh budaya sekularisme yang merosak dan melemahkan aqidah orang Melayu dan kekuatan bangsa dan negara. Jika raja-raja Melayu takut menolak usul Mahathir itu, raja-raja akan menerima padah dari kebebalan mereka. Orang Melayu akan bertindak di seluruh negara. UMNO akan musnah habis-habisan. Raja-raja akan menerima malu besar”.

Seorang yang berpengaruh dalam UMNO (satu ketika dulu) berkata, “Demi menegakkan kebenaran, isu memansuhkan perkataan Islam sama seperti permulaan Mahathir memusnahkan UMNO. Jika Mahathir bercakap tentang perpaduan Melayu, dengan cadangan terbaru itu bermakna Mahathir adalah PEMBOHONG BESAR. Mahathir wajib diheret ke mahkamnah dan dicop sebagai PENGKIANAT NEGARA nombor satu. Beliau harus diISAkan serta merta!!

Kata beliau lagi, “UMNO dan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik akan bekerjasama menumbangkan UMNO/BN dan meletakkan Pembangkang sebagai peneraju negara dalam pilihanraya akan datang. Jika Johor, NS dan Melaka adalah harapan UMNO/BN di Semenanjung – dengan cadangan itu jelas sekarang 60% orang Melayu akan menyebelahi Pembangkang (ikut perkiraan rambang). Jika timbul masalah sampingan dari isu itu sebelum 2004, UMNO/BN akan mengikut jejak Terengganu dibeberapa buah neger pula. Mahathir dan UMNO boleh pilih mana satu yang disetujui.” Ucapan beliau disambut dengan tepuk sorak bergemuruh.

Tersebut juga, beberapa orang sudah ditetapkan akan menemui Raja-raja Melayu untuk membisikkan hasrat orang Melayu sebenar. Satu J/Kuasa ditubuhkan untuk merangka ‘surat bantahan’ kepada Raja-raja Melayu sebagai peringatan.

Nampaknya, gagasan mirip “Anti Malayan Union” sudah bermula dalam UMNO semula. Tetapi kali ini bukan terhadap penjajahan British, tetapi terhadap UMNO ciptaan Mahathir Ghulam Mohamad Iskandar Kutty. Ini adalah peperangan orang Melayu bagi menyelamatkan Islam, bangsa dan negara. Mahathir dan UMNO tidak penting lagi.

Apakah BA akan mendapat laluan mudah di Johor, NS dan Melaka? Kami meneruskan kanvoi ke tutara JB pula esok hari.

Salam hormat kepada saudara Reformis

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com