Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


POLITIK WANG – MAHATHIR MAKIN TERSINGKIR DAN TERPINGGIR..!!

Amin Sapiro (sebok sikit berkonvoi sana sini)

Assalamualaikum, teman-teman YTH,

KITA merasa cukup bangga dengan persediaan yang rapi yang dilaksanakan oleh PW laman-laman reformasi yang bijaksana, sebagai menghadapi sebarang kemungkinan. Kita wajar mengucapkan setinggi tahniah di atas kecekapan, keprihatinan, kepekaan dan profesionalisma mereka. Wajar sangat mereka diberi sanjungan.

Tahniah dari kami kepada saudara-saudara. Kerja-kerja saudara-saudara membolehkan semua pihak melayari laman-laman yang menjana perjuangan rakyat.

Tengok sajalah. Beberapa jam sesudah laman-laman reformasi diganggu, terbit semula laman-laman terbabit macam tak jejas saja. Itulah kelebihan mereka sebagai “pejuang rakyat”. Memang kelamkabut budak-budak UMNO bangsat dibuatnya.

Yang kita patut angkat topi itu – PW LamanWeb Reformasi tidak menerima sebarang bantuan kewangan dari sesiapa. Mereka berfungsi dengan efektif kerana memperjuangkan hak dan tuntutan rakyat. Begitu suci perjuangan mereka. Semoga Allah swt akan membalas pengorbanan mereka. Amin ya rab…!!

Sebagai seorang yang kurang membaca media perdana UMNO (kerana langsung muak dengan fitnah yang sumbatkan ke lubang hidung kita), saya telah mendapat beberapa email yang keras-keras bunyinya. Bukan pula mereka itu dari teman-teman BA, tetapi dari UMNO totok yang mengaku melayari LamanWeb Reformasi untuk mendapat maklumat terkni.

Mereka (teman-teman lamo dari UMNO) menyumpah seranah puak yang mengganggu LamanWeb Reformasi itu hingga sukar mereka melayari rencana dan artikel mengenai UMNO, BN dan fikiran reformis yang saban hari menulis.

Saya diberitahu oleh beberapa teman-teman dalam UMNO (saya yakin mereka bercakap benar) bahawa bahan-bahan rujukan dari LamanWeb Reformasi adalah antara bahan rujukan yang terbaik untuk dijadikan sebagai bahan rumusan dalam berhujah di pemilihan Cawangan dan Bahagian. Kerana itu, saya dapat tahu, pemilihan ketua-ketua dan J/Kuasa Cawangan dan Bahagian semakin “hot”. Hujah berapi-api bagai nak rak, hingga ada yang menunjukkan penumbok ke muka “kaki ampu wa kaki bodek” Madey!! Mujur belum ada yang baling kerusi macam pemilihan MIC. Tapi yang cabut pistol sudah ada.. Hehehehe…..!!

Tafsirkan lah! Tidakkah UMNO sedang bergolak hebat. Bukan dari luar, tetapi dari dalam UMNO sendiri. Beberapa bakal calun pemimpin Bahagian memaklumkan, Cawangan dan Bahagian UMNO sedang bergolak.

Khabarnya, pemilihan Ketua dan J/Kuasa main “duit” ratusan ribu. Ada yang dah pakai “juta-juta”. Ada yang dah kena tangkap BPR. Siapa yang repot Polis? Hahaha… tak lain tak bukan ialah mereka yang hendak menumbangkan Mahathir dan kuncu-kuncu bangsat disekeliling beliau.

Sumber wangnya dari mana? Hahaha…Nak ‘story’ sikit, yek!

UMNO sekarang ada beberapa “factions”. Kabarnya, yang terbesar ada tiga (3): Satu ialah “Faction Mahathir”. Satu lagi ialah “Faction Dollah Bedawi” dan yang ketiga “Faction Najib”.

Wanita UMNO pun gitu jugak. Antara Rafidah dan Shahrizat – they all sedang terbenam dalam “bad blood”. Dah pecah kongsi habis-habisan. Mahathir is siding “betina Malbari” itu. Wanita UMNO lebih mirip sokong Rafidah. Tapi yang hebatnya, Wanita sedang merancang untuk meletakkan orang “Ke-3” pula. Maklumat sahih belum pasti, tapi bunyi gendangnya dah terdengar ‘sayup-sayup’. Nanti boleh cerita, sebab Wanita minta supaya perkara ini dirahsiakan. Wak Amin tak boleh pecah amanah, kan?

Pemuda UMNO… Hiihihi… tak payah cerita panjang. Semua orang tahu kesah yang bergolak. “Geng Mamak” sedang bekerja keras “saling tumbang menumbangkan kawan”. Amacam Hisham “Yo-yo”? Nampak Johor Tenggara nak bertukar tangan ke?

Umumnya, dirumuskan saja, UMNO sudah sebok. Huru-hara betul sekarang. Duit macam dicop dengan saiklostail saja. Yang jelas sekarang, Mahathir “is no more in control of UMNO minds”. UMNO semakin berhijrah keluar dari pegangan Mahathir. Bayangan meledak sekarang, “semangat kasihkan Anwar” sedang menyala dalam UMNO.

Andainya majoriti ahli yang dihantar ke persidangan pemilihan UMNO kelak terdiri “semangat” yang sama; insyaAllah Mahathir berkemungkinan akan digulingkan oleh Perhimpunan. Mungkin, di Parlimen akan berlaku satu perkara yang tidak pernah berlaku selama M’sia Merdeka – “undi tak percaya kepada Perdana Menteri” akan dibawa oleh puak UMNO sendiri. Harap BA bersedia dan hati-hati. It might come as big surprise!

Sehari dua ini (mungkin beberapa minggu ke hadapan), Amin Sapiro dan konvoi pilihan ada sikit sebok, yek! Maklumlah proses “pemilihan” akan berjalan. Kempen sedang digerakkan untuk memilih siapa yang “cun” untuk mem”paralyse”kan UMNO dari dalam. Inilah masanya kita kena “add salts to the wounds”. Faham kan? Hhihihihi….!! Itu tugas.

Kita reformis pun ada “orang dalam” yang perlu diketengahkan dalam UMNO. Macam perlawanan bola sepak Piala Malaysia, kita mesti cari jalan supaya “centre forward” tendang bola ke gol sendiri. KAH! KAH! KAH! (rosak program Madey Kutty taik laci kali ni… Caya lahhhh…)

Jadi, minta maaf kepada kengkawan yang selalu tinjau-tinjau tulis Wak Amin. Kita sama-sama ada peranan dalam menegakkan kedadilan dan menumbangkan kezaliman ini. Uruskan peranan kita sebaik mungkin. Percayalah, perjuangan perlu didasarkan kepada keyakinan bahawa keyakinan kita kepada diri sesungguhnya “akan berjaya” adalah pendorong paling besar kepada “keyaaan sebenar”. Ingat itu.

Salam hormat kepada Reformis dan kawan-kawan UMNO yang bernawaitu sama.

Allahu akbar!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com