Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PENYINGKIRAN MAHATHIR DAN KEMUSNAHAN UMNO BARU(A) BUKTI KEMATANGAN POLITIK ORANG MELAYU.

Amin Sapiro (Solat berjamaah di kampung terpencil)

BILA Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bercakap mengenai sebuah parti Melayu di Malaysia sebagai jawapan kepada masalah perpaduan di kalangan bangsa Melayu sekarang, ramai orang tertanya apakah beliau bermaksud PAS akan diserap ke dalam BN. Ada yang beranggapan PAS akan bubar dan UMNO akan tegak sebagai parti Melayu tunggal.

UMNO Mati Dalam Harap-harap

Khabarnya, sepantas kilat Mahathir dan beberapa orang pemimpin UMNO tersenyum lebar sebagai tanda kemenangan mendengar ucapan TG Nik Aziz itu.

Seorang dari pemimpin UMNO mengulas dengan cadangan supaya pemimpin PAS diumpan dengan jawatan tertinggi dalam Kerajaan BN. Datuk Fadhil Nor akan ditawarkan Timbalan Perdana Menter ke-2. Dan beberapa pemimpin PAS lain turut ditawarkan jawatan tertentu peringkat menteri. Hahaha… sekali imbas, memang Mahathir dan UMNO baik hati, kan?

Tetapi, dari apa yang jelas, maksud TG Nik Aziz bukan itu rupanya. Sebagai seorang pemimpin rakyat, beliau adalah pemimpin yang aman jiwa. Tidak ada sengkita dan niat jahat dalam dada macam Mahathir dan UMNO Baru(A)nya! Maka kepunanlah Mahathir dan UMNO – meleleh “ayaq lioq”.

Dari tafsiran orang Melayu yang sudah berpindah sokongan kepada PAS dan komponen BA yang lain; mereka mahu PAS terus berdepan dengan UMNO dan BA menentang BN. Ramai yang berkata, “BA adalah people power. Sokongan yang melimpah ruah sekarang adalah petanda kekalahan UMNO/BN dalam P/raya 2004. Hakikat perjuang, yang lemah akan kalah. UMNO/BN semakin kecundang. Pedulikan…!!”

Maka berlakulah kali pertama Mahathir dan UMNO mati dalam harap-harap. Umpama mencurah air di tempayan, lagit gelap hujan tak datang. Mhhh…MALANG Mahathir dan UMNO kali ini!!

Perbincangan “Perpaduan Melayu” – GAGAL..!!

Tidak ada segagal kali ini Mahathir dalam beragenda memusnahkan lawan politik dan membohongi rakyat demi menegakkan kuasa sejak beliau menceburi politik.

Dulu, Mahathir berjaya besar memusnahkan Tunku dengan menggunakan isu Peristiwa 13 Mei. Kemudian, Tun Hussein Onn di konspirasikan dan dikhianatinya dengan sokongan beberapa orang tertentu hingga bercucuran airmata Tun Hussein sewaktu mengistiharkan perletakan jawatan PMnya.

Mahathir ketawa besar bila Musa Hitam berjaya ditendang keluar tanpa Mahathir sendiri menguitkan kaki. Musa sendiri yang “picked up his feet” dan cabut lari macam kucing dibawakan rotan.

Ku Li cuba lawan, tapi “karan” tak cukup. Ku Li cuba mengharapkan kewibwaan “karan” Rais Yatim. Tapi waktu itu Rais sendiri hutang berpuloh juta, dan dirinya dalam senarai orang-orang kenamaan muflis yang akan diheret ke mahkamah. Rais membakar jembatan sendiri!!

Tetapi kali ini, Mahathir terang-terang tidak berkemampuan langsung memperbodohkan rakyat seluruh negara. Sejak dua tahun dulu, hingga ke hari ini, setiap agenda Mahathir gagal..gagal…dan terus gagal. Yang semakin lumpuh dan ketandusan sokongan ialah UMNO. BN semakin tenat bertelagah. Orang Melayu sudah beralih menyebelahi Pembangkang.

Perbincangan “Perpaduan Melayu” yang dikempunan Mahathir dan UMNO semakin tidak dipedulikan orang. Kaum Cina dan India tahu, Mahathir cuba menarik sokongan Melayu dengan agenda “pecah dan perentah”. Semua kaum makin faham, kewibawaan Mahathir dan UMNO/BN sudah luka berdarah. PARAH!!

Mahathir Pintar Bersendiwara

Mahathir pintar dalam “network” ugut-mengungut untuk mempastikan supaya agendanya berjaya. Kelemahan lawannya diteliti dari pelbagai aspek, terutama perkara melibatkan kewangan, keinginan naluri seperti pangkat, darjat, kedudukan dan kesenangan duniawi. Jika itu tak boleh jalan, Mahathir akan gunakan ugutan dan penyiksaan diri dan kehidupan.

Sebab itu, semua mereka yang menyokong beliau adalah mereka yang tersepit dan memerlukan bantuan, atau mereka yang tamak-haloba. Tak kira siapa – ulamak UMNO sendiri sanggup jadikan serban mereka sebagai cawat Mahathir!! Mereka sanggup jilat jubor Mahathir!

Perhatikanlah..!! Beberapa hari lagi, kita akan tengok pula apa keputusan usul Mahathir kepada Raja-Raja Melayu mengenai pengguguran perkataan “Islam” itu. Tetapi dari kempen besar-besaran yang disusun rapi – bermula dengan penggunaan Khutbah Jumaat, kenyataan Mufti-mufti dan individu yang menganggotai Majlis Fatwa, beberapa orang ahli Dewan dan Wakil Rakyat UMNO; kita sudah boleh agak keputusannya. Bermakna, “security network” Mahathir memang bagus dan menjaminkan. Semua masuk perangkap beliau.

Makin nampak Mahathir cuba menggunakan Raja-raja Melayu untuk memberi “pertolongan cemas” kepada beliau. Rakyat berharap supaya Raja-raja Melayu apa yang Mahathir pernah lakukan terhadap baginda-baginda semua dalam awal tahun 90-an dulu. Apa Raja-raja Melayu nak takut pula? Tidakkah orang Melayu tidak lagi menyokong Mahathir dan UMNO, dan rakyat semua kaum sudah berpaling tadah dari menyokong BN?

Mahathir Terlupa Seperkara

TETAPI, Mahathir tidak termampu “memperbudak-budakkan” pejuang-pejuang reformasi dan islah yang tegak disebelah barisan Pembangang. Mereka adalah pemimpin rakyat. Mereka adalah rakyat yang memahami tanggungjawab diri kepada bangsa, negara dan agama. Bagi mereka, tidak ada apa jua yang boleh dijadikan ‘tukar-ganti’ dengan iltizam mereka untuk mereformasikan “keadaan negara dan kesejahteraan rakyat yang semakin memburuk” ini.

Reformis dan Pembangkang adalah sinonim dengan “para jihad srikandi negara” yang ‘selfless’. Islam adalah pegangan mereka. Kesejahteraan rakyat marhain adalah maudhuk perjuangan yang menjadi impian mereka. Mereka menyumbangkan ringgit dan sen, keringat dan masa, mengorbankan keselesaan diri dan tuntutan duniawi demi memperjuangkan hak-hak rakyat.

Contohnya, Sdr. Anwar yang dipenjarakan, tetapi para reformis yang lebih merasa sakitnya. Sdr. Ezam yang dilokap, Tien Chua dan teman-teman yang dibelasah; para reformis sanggup berhimpun menunggu belantan dan pancutan kimia; adalah elemen-elemen yang MENGGAGALKAN agenda Mahathir kali ini.

Mahathir lupa bahawa ‘people power’ adalah penentu siapa yang layak menentukan pemerentahan negara. Walaupun Mahathir bermimpi dirinya seorang Diktator, realitinya beliau dan UMNO/BN sedang menanti musim mereka sekelompok akan disingkirkan.

Peperangan Melawan “Semangat”

Mahathir, UMNO/BN dan sekongkolnya patut insaf bahawa “peperangan” beliau bukan dengan manusia secara fizikal. Mahathir sedang memerangi suatu “semangat” yang sukar dikikis dan dibunuh-musnah. Semangat itu sudah dimiliki rakyat!!

Sejarah membuktikan bahawa seseorang berkuasa yang memerentah dengan zalim dan menyimpang dari naluri tuntutan massa; akhirnya pasti GAGAL dalam memerangi “semangat dan keyakinan” walaupun batang tubuh pemiliknya berkecai dicincang lumat.

Catatan penyebaran Islamiah di bumi Arab mencatatkan sejarah yang sama. Ribuan para jihad sanggup mati syahid kerana semangat dan keyakinan mereka adalah tulin. Mereka tidak mementingkan diri sendiri. Nabi Junjungan kita pernah ditawarkan pelbagai ganjaran melebihi seorang raja. Nabi Musa sanggup meninggalkan istana Firaun. Namun, Baginda dan para sahabat tidak memandang sebelah mata kesemua itu.

Kini, Islam itulah yang sudah mendarah daging didalam hati-limpa orang Melayu. Mahathir dan dua tiga kerat sekongkol beliau yang rapuh semangat itu sedang berpura-pura mendabek dada kununnya kebenaran dan keadilan itu ada dipihak mereka, dalam KETAKUTAN yang amat sangat. Ledakan semangat Islamiah menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN sedang bergolak hebat.

Percubaan Terakhir Untuk ‘Survival’

Maka, percubaan terakhir Mahathir dan UMNO demi “survival” mereka yang sekongkol sudah jelas membilang hari. Mereka cuba memutarbelit “Islam” dengan beragenda mega supaya proses pengikikisan dilakukan dengan sistematis dari kekal sebagai peradaban orang Melayu Islam.

Sekarang projek-projek dan program hiburan yang melekakan semakin dibesar-besarkan oleh regim ini. Rakyat cuba dilengahkan dengan pelbagai insiden yang menakutkan. Mahathir mengagendakan pelbagai “sandiwara” bagi mengalih pandangan rakyat dari berfikir dan bertindak ketas “penyangak” regim ini.

Inilah cara Yahudi Freemason melaksanakan proses pemusnahan Islamiah dari terus menjadi teras kekuatan dan kehidupan ummah. Seluruh orang Melayu perlu waspada bahawa Mahathir adalah penganjur Freemason paling berjaya di rantau ini. Beliau tidak akan teragak-agak mememberi “treatment” yang sama kepada orang Melayu Islam seperti yang dialami oleh rakyat Palestin di tangan Israel.

Hematnya, itulah petaka yang bakal dikenakan oleh Mahathir ke atas orang Melayu dan Islam andainya orang Melayu berlengah-lengah. Mahathir cuma memikirkan survivalnya saja. Baginya, orang Melayu boleh pergi jahanam. Waspadalah!

Pastikan Mana Yang BENAR!

Bergantunglah kepada kebijaksanaan orang Melayu Islam untuk memilih untuk berdiri disebelah mana yang “benar” sekarang. Jika penyokong UMNO yang berbaki sanggup menanggung dosa dan kutukan zuriat mereka yang akan lahir, teruslah menyokong Mahathir – ikutlah rentak gendang Mahathir.

Jika orang Melayu benar-benar sayangkan bangsa, tanahair, agama dan zuriat yang akan lahir; inilah ketikanya sama-sama menumbangkan UMNO/BN dan sekaligus menyingkirkan Mahathir. Heret beliau kemuka pengadilan rakyat. Kuasa itu ada ditangan orang Melayu Islam sendiri.

Sesungguhnya, Allah swt tidak akan merobah nasib sesebuah kaum yang tidak berusaha merobahnya..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com