Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR SUDAH JADI “TUKUN BURUK” UMNO

Amin Sapiro (Balas Bisik-bisik Awang Selamat)

AMBOIHHHH…..letihnya..!! Dari JB ke KL berhenti kejap di KLIA, balik semula ke kampung “kawan” – pusing semula arah ke ulu, barulah tiba ke destinasi yang dituju. Kalau tak kerana dah berjanji dengan teman-teman, rasa tak larat nak bergerak lagi. Di KL cuma sempat bincang-bincang 2 jam. Itupun kerana nak tahu perkembangan semasa. Kalau tidak, dah tentu minta maklumat dengan e-mail saja. Tetapi, kerana teman yang ini penting orangnya, maka sumber lain terpaksa diambil sama. Mengalah juga “kite”. Maklumlah, first-hand info berserta dengan dokumen – baru cerita itu boleh dipercayai, kan ke?

Tayar Buruk Buat Tukun Ikan

Beberapa orang kawan lamo yang berkumpul. di Hotel Istana, memang lama menanti. Maklumlah, taraffic jam di Tol Cheras pagi-pagi buta, memang teruk betul. Entah apa gunakan ada hingway. Jalan nak masuk KL sekangkang kera. Dekat Dewan Bahasa, berpeluh polis mengarahkan kereta. Hiiiihhh…macam tu, apa gunanya ada LRT?

Di Hotel Istana, kami bercerita sambil “morning coffee”. Mereka tu memang dah 3 hari sewa bilik disitu.

Seorang dari mereka berkata, “Wak. Tayar lori kalau dah 10 kali celup, tak boleh pakai lagi, kan? Elok dibuang saja, jadi tayar buruk. Komdian dijadikan tukun ikan di beting Mersing, kan?” katanya.

Saya mengangguk dan kata, “Ya”. Teringat jua, masa Sanusi Joned jadi Menteri Pertanian, tayar buruk laku. Dibuang ke Laut Cina Selatan jadi tukun ikan.

“Kira-kira, bergeliga juga kepala hotak Sanusi tu, yek?. Saya mencelah sambil tersengeh. Saya tambah dengan berkata lagi, “Satu saja silapnya UMNO nih. Tayar buruk tu tak dilekang-lekangkan dari rimnya. Sekarang, kereta buruk tu dah terjun gaung. Ramai penumpang Klas Satu yang luka parah. Banyak yang luka-luka. Berdarah. Penumpang yang sedang tidor pun dah tercampak ikut tingkap….Hihihih..”. Saya sengeh lagi. Mereka pulak yang ketawa berdekah-dekah.

Menjawab seorang, “Wak!” katanya. “Kami bukan suka sangat nak ‘numpang bus UMNO nih. Sebab tambang dan bagi, tiket pun dan ambik. Camana nak buat? Terpaksa lahhhh..” Mengeluh dia. Saya pandang mukanya. Termalu-malu nampaknya.

“Tu lah hang. Sebab seringgit dua, kan ke tergadai nyawa”, balas yang seorang lagi. Termenung kawan itu.

“Padan muka hang”, kata yang duduk dihujung meja. “Kami di Aloq Setaq, tayar buruk tu dah tak laku. Campak dalam laut, ikan pun tak membiak. Tayar tu dah terlampau botak. Tak ada bunga lagi. Ikan bilis pun ada kualiti jugak mindanya. Hang ingat zaman IT nih, boleh ikut suka-suka ker?”. Dia mengulas sambil bertanya.

“Kau orang janganlah cakap bermetafora pulak. Cakap ajalah – Mahahir tu tayar buruk. Campak dalam laut jadi tukun pun ikan tak jenguk”, berkata seorang yang hilang kepercayaan kepada Mahathir. Dia bekas Ketua Bahagian yang ramai pengikut.

Polis Makan “Upah” UMNO

“Eh! Eh! Jangan gitu. Di Hotel Istana nih banyak spy dia. Sekarang dia guna SB polis. Mahathir dah betul-betul desperado. Dia tahu, kali ini ramai orang UMNO nak jatuhkan dia. Cawangan-cawangan dan Bahagian, ramai geng lama dia dah tak naik. Di NS, da cerita pukul memukul. Di Selangor ada yang dah cabut pistol. Khir Toyo pulak, bela si bahlol tuh. Kan UMNO dan macam MIC?” balas seorang yang dari Sabak Bernam.

“Kalau macam tu, UMNO samalah macam Nazi German sewaktu pemerentahan Hitler. Pakai “SS” pulak. Semasa Caucescue memerentah Romania, dia tubuhkan ‘Securitate’. Mereka itulah yang jadi agen perisik. Tak pasal-pasal, kalau silap cakap, rupa-rupa kawan sebelah rumah adalah “informer” Presiden. Kena angkut tengah malam. Kalau dah pergi, “selamat” lahhhhh.. Hanyut badan..!! Kata seorang yang dulunya adalah Pemuda UMNO yang berpengalaman.

“Isk..isk..isk..!! Apa nak jadi Malaysia nih. Dah jadi negara polis. Lagi lama Mahathir memerentah, lagi hilang demokrasi. Allahhhhu akbarrrr….” Dia mengeluh panjang.

“Hiyyyysssssss… diam. Jangan kuat-kuat sangat”. Kata seorang yang sedang menghirup kopi.

“Kenapa?” tanya kawan itu.

“Kalau nak mengeluh Allahu akbar pun, janganlah kuat-kuat sangat. Nanti disangka orang-orang Mahathir ‘ngkau nih orang PAS. Kami yang teranaiya. Kau tak apa-apa. Aku pakai badge UMNO keris telanjang pulak tu. Disangkanya pulak aku dah berkawan dengan PAS. Mana boleh orang UMNO kawan dengan PAS. Taboooo….” katanya serius.

“Eh. Ye kerr..!!”, tanya kawan itu semula. “Kan UMNO nak bincang dengan PAS – “Perpaduan Melayu”?” katanya membalas.

“Betulll…!! Tapi itu gimik UMNO aja. Mahathir sengaja nak heret PAS supaya kehilangkan sokongan bukan Melayu kepada parti itu.” Jawabnya.

“Owww… !! PAS tentu dah tahu. Dah lama baca ‘Delima Mahathir’..!!” katanya sambil ketawa.

“Ya jugak ya. UMNO tuduh Nasaruddin PAS tak mau berimamkan Dusuki. Tapi, UMNO lah yang tukar semua Imam pro-PAS dengan Imam-imam UMNO. Tak ke itu tanda UMNO sendiri yang tak mahu berimamkan orang PAS? Kampung aku dah pecah-belah sebab semua J/Kuasa Masjid diganti dengan orang UMNO. Fatihah solat pun silap banyak. Habis nama general-general iblis disebut. Ingat al-Fatihah tu senang ke nak baca? Sila-silap sebut “iyya kana’budu… Pak Imam UMNO ajak orang UMNO menyembah matahari, oiii..” katanya.

Terpegun juga mendengar ulasan kawan itu. Padanlah dia bukan main marah bila UMNO amblalih kepimpinan masjid-masjid.

“Tengokkan sajalah. Mahathir dan gelabah sekarang. Tekanan kepadanya dah terlampau kuat. Kau orang cuma dengar dari luar, aku yang orang dalam tahu sangat”, katanya dengan tegas. Meyakinkan.

Apa nak buat?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com