Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


REGIM MAHATHIR MENCEMAR DEMOKRASI DAN MENGHINA AGAMA

Amin Sapiro (tafakur di awal Muharam ini)

KHABARNYA, kekeruhan di Kg. Medan dan kawasan sekitarnya sudah reda. Polis kata: Keadaan sudah kembali normal. Dilaporkan tak ada apa-apa kejadian yang mencurigakan. Penduduk setempat sudah kembali berkeliaran mencari makan – menjalani hiudp biasa seharian. Alhamdulillah… Syukur – kalau YA..! Rakyat seluruh negara tanpa mengira kaum dan fahaman politik tidak suka sebarang pergaduhan. Rakyat mahu hidup aman. Peristiwa 13 Mei, sudah lama – mahu dilupakan. Tak ada faedah kepada sesiapa sebarang kekacauan yang menyebabkan nayawa dan hartabenda jadi korban. Sia-sia saja, kan?

Tapi khabarnya 1000 orang anggota polis masih ditempatkan di sekitar Kg. Medan. Kalau macam tu, susah sikit nak percaya keadaan dah kembali aman. Yang dikatakan aman bila orang bercampur gaul macam ceramah-ceramah BA di tanah lapang. Mereka saling bersalaman wakalaupun tak kenal secara peribadi. Tetapi perasaan dan silaturahim tersemat dalam dada tanpa mengira darjat dan keterampilan. Itu baru dikatakan “aman” se aman-amannya. Bolehkah UMNO/BN tunjukan bukti cara demikian?

Mahathir Cenderung Nak berDEMO..!

Kerap dituduhkan oleh Mahathir dan pemimpin UMNO, kununnya penyokong BA suka buat demo. Diperhinakan pula dengan perkataan “jalanan”. Entah apa maksudnya perkataan itu, satu orang manusia pun tak tau…!!

Yang nampak hanyalah Mahathir yang sebok merayap keluar negeri. Bercakap sana sini. Buat tuduhan melulu membusukkan nama musuh politiknya. Mencerca orang Melayu sebagai kaum yang tidak berusaha (makan tidor?) – menunggu subsidi.

Tidakkah itu demo Mahathir paling mahal yang dipertanggungkan kosnya kepada kita sebagai rakyat? Dia sekeluarga menggunakan Global Express berharga RM200 juta, dengan kos penerabangan berjuta-juta – termasuk sewa hotel dan pelbagai perbelanjaan kera’ian yang besar-besar dan mahal?

Apa Mahathir buat? Kalau dah muak enjoy sakan di lokasi pelancongan dan ‘hide-out’nya di Jamaica, Argentina atau Cuba, Mahathir akan bercakap di PBB pula. Apa yang dia kata tak lain dan tak bukan bertujuan menjelekkan agama Islam sebagai agama “kuno” yang dianuti orang Melayu.

Mahathir jugalah pemimpin negara ini yang memburuk-burukkan parti Pembangkang seperti PAS yang berprinsipkan Islam sebagai fundamentalis. Mahathir kata, penyokong PAS campak Radio dan TV ke dalam sungai. Pernah Mahathir kata di PBB di hadapan ribuan delegasi sedunia, “What will happen if this fundamentalist leaders of a political party such as PAS were to rule Malaysia – a multi-racial nation?…”.

Kalau betul tak apa. Tapi Mahathir berbohong memburukkan Islam di Malaysia. Seolah-olah, Mahathir mahu Islam di Malaysia mengikut cara beliau yang datang dari Krala dan melantik beliau sebagai “nabi” yang di restui oleh UMNO..!!

“Anwarphobia” Menyerang Mahathir

Sebut fasal Anwar, bagi Mahathir nama pemimpin rakyat yang berkarisma itu adalah ‘taboo’. Memang nampak, Mahathir sedang mengalamai penyakit jiwa berjenama “Anwarphobia”. Kemarahan beliau akan meledak secara tiba-tiba jika nama Anwar disebut oleh sesiapa. Yang pernah kena tempias kemarahannya adalah pemberita dan penulis-penulis dari majalah antarabangsa seperti TIME, FEER dan AsiaWeek. Penulis laman reformasi pun didendami beliau juga.

Sewaktu gambar Mahathir tersebar di muka depan dalam satu majalah antarabangsa, beliau digambarkan bermuka macam “Orang NYANYOK”. Mahathir hantar Menteri Luarnya keliling dunia menyeranah semua orang.

Membisinglah puak ini macam nak rak dunia ini. Kuncu-kuncu dan hamba suruhan Mahathir memberi pelbagai alasan dan tafsiran yang tak masuk akal. Sampai ada antara “si Bahlol” yang tumpul minda dari puak itu berkata, “Orang asing nak tumbangkan kerajaan Malaysia dengan memaparkan gambar PM dan Presiden macam dah sewel”.

Hihihih… beghapa punya teghuk tafsiran pemimpin Kerajaan UMNO/BN nih, kan? Seolah-olah, kalau Mahathir dah sewel, sinonimlah Regimnya pun sewel juga. Boleh masuk akal ke? Tidakkah bermakna parti politik seperti UMNO/BN yang menjadi penegak regim “haprak” Diktator Mahathir al-MahaFIRAUN itu sebegitu rapoh dan semudah itu mereput? Gambar punya pasal, kerajaannya boleh runtuh? Isk..isk…isk…!!

Kiranya, itulah DEMO “jalanan” dalam erti kata sebenar. Mahathir yang mulakan dan para pemimpin “biol-biol sasau” yang menganggotai Kabinet dan Regimnya dipaksa “melebar-lebarkan” imaginasi menjadi tabir ‘cinemaskop’. Sehingga, dunia sudah boleh baca semua “writing on the wall’.

Soalan yang timbul di hati rakyat sekarang: Tak bolehkah pemimpin dan penyokong BA berkumpul menyanggah fitnah dan tohmahan Mahathir, menerangkan kepada rakyat dan dunia letak perkara sebenar?

Demokrasi Tercemar

YB Datuk HJ Fadhil Nor, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi Awang sebagai pemimpin Kerajaan lebih dikenali umum sebagai “statesmen”. Bukan setakat ahli politik seperti yang lazim didefinisikan orang. Begitu juga rakan-rakan sejawatnya dalam komponen BA yang lain seperti KeADILan, PRM dan DAP.

Mereka punya pelapis muda yang berwibawa dan berkarisma. Bila mereka disebut akan hadir memberi ceramah, puluhan ribu rakyat semua kaum akan berbondong-bondong hadir tanpa mengira tempat dan suasana. Waima dalam hujan atau atas padang yang lecah-becak; mereka sanggup meredah tanpa mengira seksa. Mereka tak pernah mengharap apa-apa selain dari maklumat yang disampailkan yang nilai seperti sebahara emas.

Berbanding dengan rapat umum yang diadakan oleh pemimpin UMNO (khususnya Mahathir), rakyat dipaksa datang dengan pelbagai ugutan. Kerapkali mereka diumpan dengan jamuan besar-besaran. Jika tidak, mereka akan diRASUAH dengan bungkusan nasi dan sekotak air limau Yeo Hap Seng. Mereka diberi ganjaran RM10 sebagai pengganti hari mereka menangguhkan kerja. Tugas mereka hanya satu saja, iaitu ‘BERTEPUK-SORAk’ sekuat hati dan melaungkan ‘HIDOP MAHATAHIR’ hingga serak suara..!!

Kalau ditanya, apa Mahathir cakap selama 2 jam itu, mereka akan jawab, “Hisyyy…..Pi ke depa laaa… kami bukan nak dengaq apa si sewel hangkoi tu dok kata…! Kami mai sebab kena paksa.. Kerbau kami di bendang mati lapaq. Kami dok tinggai bajak melekat di belakang kerbau – sebab “KEBAU BESAQ” yang sekoq ni lagi power..!!” Tergelak juga dengarkan alasan mereka yang hadhir itu. Tak sangka Mahathir dijenamakan oleh orang Kedah ni sebagai “Kerbau besar yang power”… Hihihihi….!!

Begitulah hakikatnya pencemaran demokrasi di bawah pemerintahan Mahathir. Jika dibantah, maka rakyat akan dibelantan, disembur gas pemedih mata, atau disembur dengan air kimia beracun. Macamlah rakyat dibawah pemerentahan regim ini wajar dibelantan seperti haiwan. Lebih teruk lagi mereka disembur air kimia macam “serangga” musuh perosak tanaman saja. Demokrasikah itu?

Agama Diperhina

Yang terkini, agenda menghaiwan-seranggakan rakyat semakin menjadi-jadi. Mangsanya ialah orang Melayu dan agama Islam. Mahathir mahu perkataan “Islam” digugurkan dari semua pertubuhan dan persatuan. Tapi tidak begitu terhadap agama-agama lain seperti Buddha, Hindu, Kristian, Bahai dan seumpamanya.

Tidak ada alasan lain lagi – Mahathir memang bertujuan untuk menghapuskan identiti Islam dari semua budaya orang Melayu yang rata-rata beragama Islam. Misalnya, jika orang Melayu mahu menubuhkan “Persatuan Penulis-penulis Sastera Islam” untuk mengkaji perkembangan sastera Islam, jawapnya: tak boleh gunakan perkataan Islam – TAK BOLEH!! Tapi sastera Krisitian: BOLEH!!

Akhirnya, orang Melayu akan kehilangan identiti Islam. Hapus! Kikis! Sebaliknya, agama lain akan berkembang dan semua cabang budaya mereka makin menghebat. Dengan itu, kegemilangan Islam akan pudar seperti apa yang berlaku di negara Kominis seperti Russia, Albania, Bulgaria, dll.

Padan jugalah, sembelih ayam pun dah gunakan elektrik macam di Russia. Hamid Osman kata, “Cara itu OK”. Pendek kata, lepas ayam kena karan elektrik, bila ayam itu dah mati kejang jadi bangkai, barulah disembelih. Itu pun tetap saja lehernya hingga putus. Kira-kira, Yahudi pun tak buat macam tu. Tetapi, dalam pentadbiran regim Mahathir – kita kena ingat slogan PM dan Presiden UMNO yang didendangkan di radio dan TV: “MALAYSIA BOLEH..!!”.

Pembersihan Umat Islam Cara UMNO

Itu sebab Shahrizat menyediakan satu ruang di Bangsar – kawasan parlimen yang diwakilinya, untuk orang-orang Islam mencuci keketoran ditubuh dan rohani mereka. Shahrizat menyediakan sesi “Mandi Buih”. Mereka boleh bercampur-gaul antara lelaki dan perempuan segala bangsa tanpa sekatan – tanpa seurat benang, walau sekadar kain lampin menutup punggung macam ‘Bay Watch’.

Kerana kejayaan Shahrizat itu, Mahathir melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita – yang bertujuan untuk mencanggihkan wanita Melayu supaya beradab sopan selari dengan peradaban UMNO/BN. Itulah “Melayu Baru” yang bangga-banggakan pemimpin UMNO!

Dusuki Ahmad (Kenali Dusuki Ahmad dari Dekat), ulamak UMNO yang semakin terkenal sejak menjawat jawatan Setiausaha Politik Mahathir, telah mencadangkan supaya “Pemikiran Mahathir” diajar dan ditela’ah di Pusat Pengajian Tinggi (IPT). Jika itu berlaku – orang Melayu akan lebih Yahudi dari Yahudi. Kalau tak caya tengoklah nanti..!!

Raja-raja Melayu Dah Sedarkah?

Syukur alhamdulillah…. nampaknya Raja-raja Melayu dah nampak semua ini. Kalau tidak, apa nak jadi tak taulah!! Mana tau, entah-entah kita pergi makan restoran, di pintunya ditulis “Restoran Halal” – tapi di depannya tergolek-gelentang terbujur dalam grill seekor “suckling pig” (anak babi panggang). Alasannya, haiwan itu disembelih cara “halal”..!!

Mungkin juga akan terjadi, kalau semua di Malaysia..BOLEH! BOLEH saja; satu hari nanti akan ada orang Islam yang dibenarkan berkawin dengan kafir tanpa diislamkan terlebih dulu. Kununnya, bagi mewujudkan satu bangsa Malaysia tanpa membedakan agama yang selama ini diwarwarkan oleh regim Mahathir sebagai punca segala masalah dalam negara!!

Jangan pula kita kata “Tak mungkin terjadi”. Tengok sajalah sekarang, tidakkah DS Anwar yang dutuduh dan difitnahkan liwat, tetapi tidak pula dibicarakan oleh mahkamah syariah mengikut undang- undang Islam! Sebaliknya beliau dibicarakan mengikut undang-undang sibil warisan penjajah ‘mat saleh’, dengan hakimnya dari seorang beragama kafir. Dan saksi terpenting adalah seorang wanita “penzina”.

Anwar diletakkan dalam kurungan di bawah Akta ISA. Sebelum dibicarakan, Anwar dah dibelasah oleh seekor “bapak anjing” peliharaan Mahathir. Itukah cara Islam? Lebih-lebih lagi saksinya adalah sebuah Tilam ditebuk 13 liang!!

Hahah… jangan gelak!! Ini semua proses ‘islamisasi’ di bawah pemerintah Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri yang paling berkuasa setakat ini.

Fikir Sama-Sama

Di hari baik bulan baik ini, kita baca dalam media UMNO cukup sibuk mengadakan pementasan dan acara berdendang di TV. Itu, JAKIM punya kerja. Itulah cara menyambut Maal Hijarah cara UMNO. Pemimpin mereka menunjukkan kemampuan beragama dengan melakukan kera’ian dengan “Rock” yang dinasyidkan. Nampaknya, hiburan ada sikit lebih dari zikir dan tahmid yang tak seberapa.

Pemimpin UMNO pula – ada yang menyuruh orang Melayu melupakan sengketa dan tegakkan ummah. Ada yang suruh orang Melayu mengubah sikap dan amalan. Ada yang faham sikit mengenai Islam lalu menyeru orang Melayu menjadikan Hijrah sebagai panduan ke arah hidup gemilang.

Tetapi, pemimpin UMNO dalam Kerajaan – apa macam? Ada yang simpan betian jalang. Ada yang “kebas” bini orang. Ada yang “pakai” adik ipar jadi “spare-tyre”. Cerita simpan dara sunti dah jelak didengar… Tanya Shahidan Kassim dan Rahim Tambi Chik taulah ceritanya.

Ketua Polis Negara pula suruh orang-orangnya supaya tingkatan profesionalisme. Betul jugalah, sekarang banyak sangat anjing-anjing liar berkepala merah menggigit orang. Gila-gila – sampai bogelkan wanita Islam sebagai dera. Kununnya, nak tengok sama ada si mangsa ada simpan dadah dalam “kopek”nya (maaflah - sengaja nak cakap tentang betina polis yang sengaja direkrut dari jenis berkarekter ‘lesbian’ tuh)

Mahathir Dengan Nasihat “Telunjuk Berkait”

Kita dengar Mahathir menasihatkan pekebun kecil tingkatkan disiplin diri. Malangnya, yang tak berdisiplin itu bukan pekebun kecil; tetapi Mahathir sendiri. Anak-anaknya, Kroni dan pemimpin pencacai dalam angkatan pemimpin regimnya semua berbudaya “membujur lalu melintang patah”. Pantang tengok duit ringgit, berpusing ligat biji mata mereka.

Paling teruk sekali, Najib Tun Razak yang jadi Naib Presiden UMNO meminta Pas menolak secara rasmi Amanat Haji Hadi. Kata beliau, “itulah punca kepada kejadian mengkafirkan ahli UMNO oleh pengikut parti tersebut.”

Kitapun mau tanya beliau, apa kata kalau Najib dan geng “penjilat tapak kaki Mahathir” tolak Mahatir itu dulu dan “join” Barisan Alternatif? Apa lagi yang nak ditunggu, kan? UMNO dah tak laku bagi orang Melayu. Kata pepatah Melayu, “Ayam tak patok, itik tak sudu”. Adakah pemimpin UMNO semua dah jadi tunggol?

Eloklah mereka berhijrah mulai hari ini. Mudah-mudahan akan aman negara dan sejahtera semuanya – termasuk pemimpin UMNO. Selagi kalian “mendewa-dewakan” seorang pemimpn sewel yang mengaku dirinya sebagai “MahaFIRAUN”, akhirnya kalian akan terjun ke laut Kalzum.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com