Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR SUDAH MEMBUNUH PELUANG UMNO & BN TERUS MEMERENTAH

Amin Sapiro (baru pulang dari legaran pertama)

ADALAH dijangka, pilihanraya ke 11 akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2004. Jika proses demokrasi masih ditegakkan seperti terkandung dalam Perlembagaan Negara, rakyat cuma ada 3 tahun saja lagi untuk menentukan pilihan gabungan parti mana yang bakal menerajui negara – Barisan Alternatif atau masih Barisan Nasional lagi.

Penentuan Sudah Berpetanda

Seseorang pengamat politik yang peka semakin nampak keadaan yang terpapar sekarang. Seperti seorang pengail yang duduk dan merenung jauh ke air yang jernih, pasti ia akan nampak kilas ikan dihadapan matanya – samada ia jantan atau betina. Apatahlagi kalau si pengail itu menyelam sekali dalam air dan sempat membelek ikan yang satu itu dari kepala hingga hujung ekornya. Pasti ketentuannya tidak harus diragu-pertikaikan lagi.

Gejolak politik yang melanda negara sejak Anwar dilucutkan jawatan hinggalah mata beliau lebam waktu pertama kali dibawa ke mahkamah “mahathir”, kemudian dibicarakan dan dihukum mengikut undang-undang belantar – dan selanjutnya dipenjarakan; pelbagai perkara terdedah mengenai kezaliman regim Mahathir.

Tak usah kita bicara secara terperinci kerana ruangan ini terlalu sempit memuatkan segala butir-butirnya. Anda boleh semak fakta-fakta benar yang terkandung disemua laman-laman reformasi yang menjadi bacaan umum seluruh rakyat dan masyarakat dunia.

Keruntuhan ekonomi dan sektor-sektor yang dibina rakyat dengan tulang urat dan titik peluh selama puluhan tahun, semakin jelas sudah diporak-perandakan oleh penganjur dan kepimpinan UMNO/BN yang menerajui negara.

Dr. Mahathir yang diberi gelaran sebagai ‘Wira Dunia Ke-3’ (tetapi lebih dikenali rakyatnya sebagai ‘MahaFIRAUN’) dengan seorang Menteri Kewangan pilihan beliau yang digelar rakyat sebagai “Karuun”, telah mengendalikan harta rakyat yang kemudiannya dikaut seperti hak “kepala bapak” mereka berdua.

Mereka berdua ini telah melakukan rasuah secara besar-besaran. Diperhatikan, ia dilakukan dalam dua cara – iaitu

i) melakukannya untuk diri sendiri, anak-beranak dan kroni,

ii) memberi rasuah kepada sesiapa yang akan melaksanakan tugas yang diberikan untuk kepentingan mereka berdua.

Yang pasti, kedua-dua cara itu tidak akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Akhirnya mereka sajalah yang kayaraya dan rakyat banyak akan papa kedana..!!

Mahathir Pemusnah Nilai Kemanusiaan

Yang paling ketara, pelaksana dan petugas yang dirasuah itu akan menerima habuan dalam pelbagai bentuk dan cara. Selain dari wang ringgit dan pangkat serta darijat, mereka juga diugut dengan paksaan. Mereka diberitahu siang-siang, sekiranya cuma menentang mereka akan dihumbankan ke adalam penjara.

Mahathir dah sediakan pelbagai undang-undang jika ada yang cuba bercanggah pendapat. Mahathir mahu, kakitangan awam yang diberi kuasa melaksanakan arahan Mahathir-Daim (yang dianggap sebagai AMANAT) semacam sudah terikat kaki dan tangan. Mulut mereka pula disumbat dan lidah mereka dikerat.

Dengan itu, wujudlah dalam sistem pemerentahan Mahathir-Daim yang mengepalai regim beliau yang disokong oleh pemimpin UMNO/BN. Hingga kini terjelmalah sebuah komuniti pemimpin berocarak “PERHAMBAAN”.

Mereka ini berkerja dan melaksanakan fungsi seperti robot tanpa mengetahui apa-apa faedah kepada orang lain. “Robot-robot manuisa” ciptaan Mahathir-Daim inilah yang memusnahkan nilai diri dan nilai-nilai kemanusiaan mereka.

Akhirnya, sistem nilai dan fungsi hidup manusia bergelar pemimpin dibawah pentadbiran Mahathir-Daim dan beberapa penjawat jawatan tinggi dalam sistem pentadbiran beliau sudah begitu hina dipandang dari kacamata kemanusiaan sejagat.

Mereka redha diperlakukan seperti abdi upahan terhormat, sanggup melakukan maksia dan dosa berat! Mereka ini sudah tepat digelar rakyat sebagai pengkhianat rakyat, memusnah sistem keadilan. Lebih jijik lagi, mereka adalah sekongkol sebagai penegak sebuah regim zalim yang laknat Allah swt.

Masihkah Penyokong UMNO/BN Buta?

Tidak perlu diperinci kebusukan yang sedang berlaku sekarang dalam masyarakat kita. Jika agama Islam memerentahkan kita sebagai penganutnya supaya menegakkan syiar yang dituntut, Mahathir dan petugasnya dibidang agama akan melaksakan agenda iblis-iblis berwajah manusia.

Mereka sanggup cuma melunturkan syiar saja, sebaliknya sanggup membiarkan agama Islam disekularkan. Mereka redha melihat agama dijual-beli dengan wang yang disediakan Mahathir-Daim. Mereka sanggup mentakrifkan serban dan kopiah dikepala sama gunanya seperti yang dipakai oleh bengkali singh penjaga lembu.

Tugas mereka utama hanyalah membuat justifikasi sebarang saranan politik Mahathir yang sekular. Ulamak spesis ini akan membuka kitab versi Yahudi, menyemak satu demi satu hadis-hadis yang dicipta sendiri menggunakan perkataan ayat-ayat yang hebat bunyinya.

Malangnya, bukan semua orang boleh ditipu begitu. Di dalam PAS, adalah beribu ulamak feqah yang masak di tampuk juga. Merekalah yang membantu rakyat memahami perkara sebenar. Jika dalam ceramah mereka tak sempat menceritakan tafsiran sebenar, maka ditulis panjang-panjang dalam HARAKAH.

Itu sebab ulamak UMNO dan kepimpinan parti menggelabah tak tentu pasal sekarang. Dibangkit semula “Amanat Hj. Hadi Awang”. Malangnya sekerat-sekerat saja mengikut mana-mana bahagian yang releven untuk kegunaan UMNO saja.

Perbincangan Perpaduan Melayu – Satu “Silap Mata”

Menyimpulkan keseluruhan bicara, semua ragam karenah dan agenda Mahathir yang “memperkudakan” UMNO hanyalah menjurus kearah “kepentingan diri” pihak-pihak yang rakus kuasa dalam parti itu.

Rakyat, khususnya orang Melayu Islam jangan terpedaya lagi. Pegang seperkara ini iaitu, jika Mahathir dan sekongkol pemimpin mereka dalam UMNO/BN betul-betul berhemah dan ikhlas, mengapa mereka tidak hentikan segala serangan fitnah dan tohmahan kepada PAS dan BA?

Menurut pemantauan terkini, sejak Raja-raja Melayu membenarkan penggunaan perkataan Islam, penyokong UMNO sudah tidak ragu-ragu lagi menentukan pilihan mereka dalam P/raya akan datang. Kaum bukan Melayu juga berlapang dada kerana sokongan mereka terhadap PAS adalah dilindungi oleh Perlembagaan. Mereka tidak perlu ragu-ragu lagi. BN semakin parah.

Pun, jika UMNO/BN dan Mahathir betul-betul mahu orang Melayu berpadu sesama satu kaum, mengapa Mahathir tidak melaksanakan satu referendum bagi membolehkan orang Melayu memilih sama UMNO atau parti Melayu seperti PAS, KeADILAan dan PRM? Rasanya, terkincit pemimpin UMNO dalam seluar kecik mereka melihat keputusan itu.

Namun, kalau ditunggu juga tahun 2004, sudah ada petanda besar BN sendiri akan kehilangan kuasa memerentah Negara!! Apakah itu pilihan UMNO dan BNnya?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com