Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR UMPAMA LAYANG-LAYANG PUTUS TALI DI ANGKASA TANPA UDARA

Amin Sapiro (main Wou Bulan Lambang MAS)

BERMULA dengan penangkapan Ezam sebelum hari raya Aiduladha, berlakunya pula kejadian di Kg. Medan dan kampung-kampung sekitarnya; hinggalah terbantutnya perbincangan ‘talak tiga’ Perpaduan Melayu UMNO – dan terkini keputusan Raja-raja meng’OK’kan penggunaan perkataan Islam; kesemua itu membuatkan Mahathir dan UMNO semacam “sudah jatuh ditimpa tangga – cantuk ayam” pula.

Kalau dikatakan Mahathir ‘tersepit’ – memang macam dah genting bagai nak ‘putus’ betul. Kalau dikatakan ‘terjerat’, memang dah tergantung kaki ke atas. Kalau dah ‘hanyut’, memang dah ‘mencungap’ tenggelam timbul hampir disambar buaya tembaga. Semua itu nampak dengan mata kita saja – tapi orang Melayu ada pepatahnya; “parah lagi bahu yang memikul” kata mereka…!!

Pelapis Muda BA Bijak Beraksi

Pemimpin UMNO dianggotai oleh orang yang tua-tua belaka. Mereka inilah yang sekongkol menolak keterampilan pemimpin muda. Meraka cukup menjaga ‘status quo’ dengan hati cemburu buta kepada golongan Pemuda.

Golongan muda dianggap sebagai “pengacau”. Itu sebab, Pemuda UMNO diketuai oleh seorang berperwatakan “pondan Siam”. Tak boleh cakap banyak. Kena tutup mulut. Kalau cuba “berkokok” macam ayam laga, nanti puak yang berkepentingan dalam kelompok Mahathir yang dah ganyut-ganyut itu akan bersuara lantang menyanggah.

Taji Pemuda UMNO dah dipatahkan. Wanita juga sudah dianggap “betina tua” yang putus darah haid. Mahathir dah bersetuju supaya mereka diganti dengan “Puteri UMNO” yang cun-cun. Belum senyum nampak bibir bagai delima merekah. Mereka inilah yang akan jadi umpan 1.6 juta pengundi baru melalui drama swasta Erra Fazira, dangdut Siti Nurhaliza dan ‘lompat katak’ KRU.

Banyak kali terjadi dimasa-masa lalu, Pemuda UMNO hanya jadi alat perkakas cuma. Kalau dikira sebagai sebuah kumpulan nafiri, mereka cuma jadi tukang gendang pemukul rebana saja. Rentaknya diatur oleh si peniup seruling-bangsi. Kalau silap pukul rebana, maka kayu pemukul pulak yang dihentakkan ke kepala. Jadi, kumpulan itu berterabur bunyinya macam perayaan mardi gras mengiring “Cina mati”..!!

Sebaliknya, Barisan Alternatif jauh berlainan cara mereka mentadbir parti. Pemimpin tua “dihormati”, pemimpin muda “didengari”. Mereka bebas bersuara dan menyatakan gerak rasa dalam dada dan minda. Bagi mereka, itulah yang dikatakan “demokrasi”. Semua berjalan OK..!! Everybody is happy..!!

Pemuda BA Bersemangat Waja

Semakin nampak, Pemuda Barisan Alternatif diberi ruang yang cukup luas oleh parti untuk menyatakan pendirian dan pandangan. Pemimpin mereka bebas bergerak, bertindak dan menyatakan pendirian kepada rakyat selari dengan kemahuan massa – asalkan ia membina sikap yang dituntut negara, bangsa dan agama.

Contohnya, sdr. Ezam memang jelas berketerampilan beliau sebagai penggerak sektor pemuda parti. Walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat. tetapi cara beliau bertindak dan melaksanakan agenda parti memang jauh berbeda 1000 batu jika dibandingkan dengan Hishamuddin Hussein atau lain-lain pemimpin Pemuda UMNO yang dipilih sebagai “the cream of the party”.

Sdr. Mahfuz adalah satu lagi pemimpin Pemuda BA. Karisma beliau begitu terserlah. Cara beliau bekerja memang sukar dinafikan kehebatannya. Bagi beliau, masuk jel pun tak apa asalkan prinsip parti terjulang demi menegakkan kebenaran.

Mana ada orang macam mereka ini dalam UMNO? Hishamuddin dah tunjuk contoh – masa Lunas sedang diserang hendap oleh BA, kecut isi perutnya. Dia menghilangkan diri lari lintang-pukang ke Australia berholiday. Tinggallah “si mamak “ assistannya yang kena belasah dek Saifuddin Nasution. Terhegeh-hegeh si malbari muda itu – rebeh kepak macam ayam sakit kehujanan.

Yang menggelikan hati, lepas Lunas kalah, si cicit paria itu terus protes dengan merajuk nak letak jawatan. Yang bikin kita ketawa besar, pagi letak jawatan – petang tarik balik. Tak ubah macam kepala kekura-lelabi – pagi keluar, petang masuk semula. Itu macam kah pemimpin pelapis UMNO? Kalau musuh datang menyerang negara, pemimpin macam inilah yang menyorok ke celah kangkang bini!! Cepat sangat melatah..!!

Mahathir Punya Pasal

Annuar Musa pernah menulis panjang dalam akhbar arus perdana mengenai jentera UMNO. Beliau kata terang-terang “UMNO harus dioverhaul”. Jadi, kalau nak dioverhaul, mesti di”grind-vulve”, kan? Malangnya, semua injap-injap keseluruhan jentera UMNO dah karat oleh karbon hitam.

Injap UMNO paling tua berusia 75 tahun. Mana boleh pakai lagi, kan? Dah tak boleh “main” lagi dengan “rocker arm” Sepatutnya dah lama dihumbankan. Dah patut diganti. Tapi, tak juga nampaknya.

Mahathir berkeras tak mau diganti. Mahathir takut, kalau dia letak jawatan sekarang, ramai ahli UMNO yang ludah mukanya. Mahathir pun tahu padah pemimpin diktator letak jawatan. Ayam pencen pun tak pandang sebelah mata. Tambahan pula, yang anti-Mahathir dalam barisan kepimpinan UMNO/BN ramai sangat. Mungkin sekali, ramai orang UMNO sendiri yang mahu Mahathir diheret ke mahkamah. BA tak payah buat kerja itu.

Pemimpin UMNO sendiri sedang beragenda untuk memulihkan parti. Di peringkat Bahagian, wakil Cawangan sudah ramai yang menuntut supaya Mahathir letak jawatan. Isunya bukan apa – cuma mereka sudah tak yakin Mahathir berkemampuan memberi sumbangan kearah kemenangan UMNO/BN dalam pemilu 2004 akan datang.

Bila Mahathir membawa usul pengguguran perkataan Islam, ramai yang di peringkat Cawangan mengambil keputusan untuk berhijarah ke parti lawan. Yang sulitnya ialah menentukan benar-tidak perkara itu terjadi disebabkan tak ramai yang memohon menjadi PAS, KeADILan dan PRM. Khabarnya mereka tak mau buat panik.

Kata mereka, “Kita pangkah BA pun kira dah OK. Buat apa susah-susah nak isi borang baru. Dulu kita masuk UMNO pun tak payah isi borang. Yuran tahunan pun entah siapa yang bayar. Tau-tau resip saja sampai mengatakan yuran tahunan anda sudah dijelaskan”, kata mereka.

Berkata pula seorang lagi, “Yang menentukan kalah-menang parti bukannya ahli, tapi mereka yang mengundi. Dulu Khalil Yaakob kata, ahli UMNO seramai 3 juta. Tapi kenapa pilihanraya Nov. 99, UMNO kena lanyak habis sampai Terengganu berpindah tangan?”. Itu adalah petanda yang senang dibaca.

Penyebab Mahathir Menangis

Pedih! Pedih..!! Memang pedih penangguhan Mahathir dan UMNO sekarang. Sejak Tragedi Kg. Medan, BN dah mula diboikot oleh kaum India. Sami Vellu dah panik sampai sanggup meredah rumah stinggan. Komen beliau – “Longkang sudah sumbat, sampah tada worang angkat, sana busuk, sini busuk. Ini semua kita akan meperbaiki serta merta..”. Itu kata Samy dengan grammer bahasa Melayu berbelit-belit.

Kaum India setempat kata, “Sudah lebe 20 tahun baru sekarang mahu ambil tau, apa lu orang bikin sebelum ini? Jadi menteri cuma buat janji. Lepas memang, datang pun tadak legi..!!”. Boroi muka Samy.

Khir Toyo pun datang juga. Dia bagi ceramah dalam satu sesi soal-jawab berinteraksi dengan rakyat, kunun. Yang menggelikan hati, orang Melayu asak dia. Khir Toyo cari jalan keluar dengan menyalahkan MB terdahulu kunun tak buat kerja. Maka sekelip mata semua MB UMNO macam Mohd Taib dan Hassan Omar naik radang. Sekarang khabarnya, hari terakhir Khir Toyo ada yang membilang dengan jari.

Hihihih…. UMNO Selangor dah gadoh besar. Itu sebab ada pihak yang cabut pistol. Puncanya, pihak lawan mereka sesama kawan dalam parti dah mula bersikap kritikal. Ada yang ambil ide berdebat – sampai gunakan hujah penulis-penulis siber dalam Laman-lamanWeb Reformasi untuk diluahkan dalam mesyuarat Cawangan dan Bahagian UMNO. Amacam lain-lain negeri?

Strategi “Games of Smart”

Dipendekkan cerita, kempen P/raya tahun 2004 sudah bermula. BA sudah dapat mengesan senjata ampuh UMNO. Sekarang mereka sedang mengasahnya pula – bukan nak bagi tajam, tapi bagi mejal sampai tumpul. Mengikut firasat umum, dengan meminjam kata-kata Pak Shahnon, BA dah mula kerat “kepala taik” UMNO yang dah tersembul.

Tak percaya tengoklah, jumlah laporan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang didedahkan oleh pemimpin BA terhadap “kepala-kepala cencorot UMNO”. Mahathir dah mula ‘hay-wire’ sampai dah meracau bagai peskit demam panas. Bolehkah rakyat percaya jika Mahathir kata “kekacauan ekonomi, politik dan sosial sekarang bersebab dari pemimpin BA?”.

Bila orang tanya, siapa yang mempurukkan Anwar ke dalam penjara, Mahathir tergagap terkucam-kucam macam cicak makan kapur!! Tak mau mengakuuuuu….. Mahathir sengaja dah bagi kepala Dolah Bedawi sebatang paku!!

Inilah yang menyebabkan 75% penyokong UMNO lari ke garisan sebelah Pembangkang. BN pulak dah tersadai sebab kaum bukan Melayu penyokong komponen BN sudah “boh layan”. Mereka sudah bosan pembohongan Ling Leong Sik dan ‘auta-syuru’ paria Samy “wollu’”..!! Mahathir nak harap siapa lagi. (hisyyyy… kabarnya undi hantu Bangla dan Myanmar). BA kena persiapkan “Strategi Lunas”..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com