Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


GENDANG UMNO MULA BERTELINGKAH RENTAK..!!

Amin Sapiro (sedang bertepuk tangan)

LEBIH setahun dulu, kawan lamo ‘kite’, YB Fauzi Rahman memang sudah menjadi personaliti yang diberitakan secara sembunyi-sembunyi tidak bersetuju dengan cara UMNO menangani isu perlucutan jawatan pemimpin berkarisma – sdr. Anwar.

Ada pihak yang bersikap membabi buta mencabar beliau: “Kalau awak tak bersetuju dengan tatacara parti, letak jawatan sajalah. Joinlah mana-mana parti yang kau suka. Satu pergi, 10 boleh ganti”.

Sdr. Fauzi tidak gelabah seperti orang-orang UMNO yang menggantung harapan kepada UMNO untuk hidup dan kayaraya.

Bermula dari allahyarham ayah beliau, sdr. Fauzi juga adalah seorang yang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan segala apa yang dilakukannya. Kiranya, tidak keterlaluan jika disebut beliau adalah seorang berpendirian. Dan, sejarah hidup yang dilaluinya, beliau adalah dididik sebagai seorang “gentlemen”. Itu yang kita tahu setakat yang kita kenal.

Fauzi: Trend Setter

Banyak yang disimpan Fauzi dalam dadanya. Isi perut beliau sudah lama mual bila melihat betapa membusuknya UMNO semakin hari. Beliau adalah seorang terpelajar. Tetapi yang menyebabkan beliau bertindak tegas bukan setakat pelajaran dan ilmu beliau saja, tetapi didikan politik yang beliau dapat tidak sama dengan pemimpin UMNO yang berjawatan di Pahang atau di Pusat.

Ambil saja contoh terdekat: Kita sudah lama kenal siapa dia Adnan Yakob. Kita ingat cerita beliau “main jari” di Sanggang. Baru-baru ini beliau tunjuk hebat di TV saluran perdana – lengkap bersongkok kulup. Yang dibicarakannya ialah mengenai agama dan syurga-neraka yang kununnya pernah disebut oleh pemimpin PAS untuk menghentam UMNO.

Orang tak ambil pusing sikit pun apa yang dibicarakan oleh Adnan. Sebab, orang Pahang tahu sangat “kesamsengan” Adnan dan karenah lucah beliau selama ini.

Begitu juga Khalil Yakob. Sebagai S/U Agung UMNO, beliau memang banyak sejarah “pengumpulan kekayaan” yang difaraitkan beliau bersama-sama kroni-kroninya secara tidak halal.

Khalil memang ‘power’ sejak menerajui jawatan MB. Semasa beliau menjadi Pegawai Daerah (DO) dulu, beliau sudah mula cari tanah kerajaan untuk dinamakan kepada diri beliau dan isterinya. Kalau tak percaya boleh check tengok di dalam senarai pemilik tanah di sana.

Khalil memiliki sebuah banglo mewah lagi besar di Damansara. Berdekatan pula dengan rumah Rafidah. Ada pihak yang menganggarkan Khalil bernilai tidak kurang dari RM80 juta. Itu baru anggaran kasar.

Jadi, jika Fauzi bersikap demikian, kita nampak sekarang bahawa beliau (Fauzi) tidak sanggup lagi membiarkan kebusukan UMNO disimpan lama-lama dalam dadanya. Probably, his conscience is not clear, no more!! Bermakna Fauzi adalah seorang Trend-setter!!

Khalil Ada Alasan Kuat

Kita mungkin bertanya, apakah laporan polis Fauzi berasas atau sengaja mahu menunjukkan rasa sakit hati. Jawapannya memang sukar dinilai dengan mata kasar.

Ada pihak yang tahu berkata: Kejadian itu berlaku sewaktu UMNO/BN sedang bergelut untuk menawan Sabah. Waktu itu, UMNO memang kekurangan fulus untuk menampung perbelanjaan P/raya Sabah. Pengundi Sabah cenderung ke arah menyokong parti dukungan Pairin Kitingan. Bila ditanya Daem, jawapan “tukang wang” UMNO itu ialah, “Duit tak cukup untuk mengkorap pengundi”.

Mahathir memujuk taukeh-taukeh balak Sabah pula. Tak sangka, masing-masing sudah berpaling tadah. Jadi, mahu tak mau, Mahathir mengarahkan Khalil supaya memfaraitkan hutan Pahang melebehi anggran yang ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara.

Walaupun itu bertentangan dengan Dasar Perhutanan Negara, jangan kita lupa – apa juga UMNO/BN buat di negara ini: BOLEH saja!!

Maka, dalam tempoh 10 hari, ratusan juta diterbangkan ke Sabah dalam kapalterbang TUDM. Khalil lepas tanggungan. Mahathir bertanggungjawab sepenhnya. Khalil cuma setakat jadi alat. Jadi perkakas. Tukang cuci tandas. Mahathir orait..!!

Tapi masakan Khalil sedungu itu tak ambil komisyen, kan? Itu sebab Khalil jadi jutawan terkaya dalam senarai pemimpin UMNO Pahang!!

UMNO Perlu Ada 100 Fauzi

Terbukti sekarang, Fauzi tidak berniat jahat kepada mana-mana pihak. Pun, Fauzi tidak berniat mengkhianbati UMNO.

Jelas sekarang, jika Fauzi terus-menerus membiarkan pemimpin UMNO berkarenah seburuk sekarang dan tidak berterima kasih kepada rakyat yang memilih wakil-wakil dari parti itu, beliau merasa dirinya adalah seorang “pengkhianat” kepada rakyat.

Sikap dan sifat Fauzi itu adalah “the net result” dari kecamokan yang sedang melanda jiwa dan perasaan majoriti pemimpin UMNO yang jernih perasaan.

Di beberapa Bahagian UMNO seluruh negara, kepimpinan yang menerajui parti sudah cukup ramai yang semakin insaf dan sedar agenda busuk dan keterlanjuran Mahathir dan sekongkolnya yang melakukan rasuah, peyelewengan, nepotisme dan kronisme yang akhirnya menyebabkan rakyat terpedaya dan dibohongi.

Dari pemantauan yang sedang giat dilakukan oleh sesetengah pihak, “konvoi-konvoi tertentu” sedang giat menyelinap ke dasar keanggotaan parti (UMNO). Adalah pasti, dalam UMNO sekarang, sudah ada 100 orang “Fauzi”.

Alhamdulillah, Amin Sapiro dan teman-teman tidak sia-sia ke Kuantan setahun dulu. Baru saekarang nampak hasilnya.

Hihihihih…..Cemas juga terbabas sewaktu menurun bukit di Lebuhraya Karak! Ingat tak?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com