Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DR. MAHATHIR BAGAI ULAR BERBISA MENGGIGIT EKOR SENDIRI

Amin Sapiro (nampak proses Mahathir & UMNO mati tersadai)

Bah 1

DR. MAHATHIR dan UMNO betul-betul sudah merasa bahang penentangan yang menghaba ahli dan pemimpin yang mahu parti itu membetulkan nawaitunya. Kali ini YB Datuk Fauzi Rahman sudah memulakan trend tersebut.

Sekali pandang, apa yang dilakukan Fauzi diumpamakan sebagai satu kes “merajuk”. Tetapi, bagi orang kenal Fauzi tidak akan menuduh beliau seperti fitnah yang dilemparkan, diagenda dan dilakukan oleh musuh-musuh politik beliau.

Amin Sapiro sudah lebih setahun menunggu hujung cerita yang kini berlaku di Pahang itu (sejak berbarbique dan bercerita dibawah pohon nyior rendang dirumah seorang teman di Kuantan). Pada mulanya, setakat acah-acah saja. Rupa-rupanya semakin serius!!

YA..! Ya…! Kerana kayakinan kepada kawan-kawan lamo tidak pernah pudar, alhamdulillah… segala-galanya berakhir jua. Syukur kepada Allah swt, Tuhan yang Maha Berkuasa kerana memakbulkan doa hamba-hamba yang teraniya.

Sesungguhnya, Allah swt. tidak pernah mungkir janji untuk membantu umatNYA yang benar-benar tulus hati mahukan perobahan pada nasib sendiri dan kaumnya yang tertindas. Maka nampaklah sekarang, sesungguhnya Allah swt telah menggerakkan segala bala tenteraNYA yang terdiri dari para Malaikat untuk membisikkan kebenaran ke telinga umat yang berjuang. Alhamdulillah Ya..Rabb…!!

Dr. Mahathir Keluh-kesah Miang

Kita mendengar komen pertama Dr. Mahathir (seperti dilaporkan di media UMNO) berbunyi:

[[“……mereka tidak seharusnya merasa kecewa jika tidak mendapat sokongan atau tidak dicalonkan semula untuk bertanding. Sekiranya tidak mendapat sokongan dan tidak dicalonkan, perlulah menarik diri,'']]

Soalnya, benarkah Sdr. Fauzi meletakkan jawatan kerana kecewa kerana menerima pencalunan yang rendah berbanding beberapa orang lain yang tiba-tiba timbul sebagai juara? Apakah kenyataan Mahathir itu benar?

Tidakkah sebenarnya Dr. Mahathir nampak sedang menyembunyikan gelabah dalam hatinya bahawa aduan polis dan perletakan jawatan sdr. Fauzi satu permulaan cerita berbingkai – seperti gunung salji di permukaan lautan?

Agenda “Membenamkan Penentang ‘Status quo’..”

Sdr. Fauzi sudah lama merasa sesuatu yang tidak kena yang melanda UMNO hingga menyebabkan parti itu berkecamokkan seperti sekarang. Beliau cuba melakukan adaptasi diri dalam kelongsong UMNO yang semakin sempit. Tetapi, tekanan yang berlaku dan dilakukan oleh kepimpinan UMNO di peringkat atas terlalu ketat hingga beliau merasa UMNO sudah tidak lagi demokratik.

Sdr. Fauzi melihat betapa hak dan harta yang seharusnya dimanfaatkan rakyat telah dirompak-bolot oleh pemimpin UMNO. Mereka memfaraitkannya sesama sendiri melalui proses nepotisme dan kronisme. Sementara pemimpin UMNO “makan-tidor” bermalas-malas sambil melayan nafsu serakah mereka, hak rakyat itu diasabahkan bersama peniaga dan pengusaha pilihan mereka dari kalangan komponen BN bukan UMNO.

Gejala ini semakin berleluasa dengan wujudnya “sistem melindungi perasuah” yang dipengerusi dan jamin oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri berstatus “Wira Dunia ke-3”.

Sebagai seorang ahli politik yang bersumpah mewakili dan akan berkhidmat kepada rakyat dengan jujur dan ikhlas, Sdr. Fauzi lebih mirip berfikiran selari dengan pejuang reformasi dan islah yang sekarang sedang mendapat tempat dihati rakyat. Beliau pernah menyuarakan sikap kritis beliau terhadap beberapa orang pemimpin UMNO yang “kaki angguk” dalam berbincang dengan sesetengah pihak.

Malangnya, keadaan dalam UMNO terlalu sukar dipulihkan. Terlalu ramai yang termakan budi dan komited dengan pelbagai kes penyelewengan. Ini membuatkan kaki dan tangan mereka terikat dan mulut mereka disumbat.

Kita juga tahu, ada terjumpa lamanweb yang digubah oleh kepimpinan UMNO sendiri untuk mereformasi UMNO. Malangnya kesannya tidak sehebat gagasan Reformasi yang dilakukan oleh pejuang Reformasi Barisan Alternatif. Pendekatan mereka tidak nyata dan berani. Mereka umpama “kutu” di kepala, punggung terjueh sementara kepala terbenam. Mereka itu umpama “belodok” yang cari makan dalam dua dunia. Maklumlah itu budaya mereka “mahu hidup”. Budaya itu sudah sebati dalam UMNO.

Persisnya, UMNO sudah beku dan kekal dengan karat-karat rasuah dan penyelewengan yang semakin menebal. Setiap orang pemimpin UMNO yang dipilih oleh Presiden parti dipastikan supaya tidak lagi punya wadah “berkhidmat demi kepentingan rakyat”, kecuali perut sendiri. Mereka diarah dan digalakkan supaya saling sokong menyokong antara satu sama lain bagi menegakkan “amanat dan dasar Presiden” yang menghalal dan meredhakan perlaksanaan agenda “memporakperandakan” harta rakyat.

Apa Agenda Mereka?

Proses membolot harta rakyat itu telah berjalan begitu lama. Di peringkat negeri, sumber hasil seperti hutan dan tanah rakyat akan ditarah umpama pokok dikupas kulit. Kes-kes penyelewengan hutan simpan adalah perkara biasa dilakukan oleh MB-MB UMNO di negeri-negeri seperti Pahang. Ia berlaku di Kelantan semasa UMNO/BN mengetuai kerajaan.

Di Perak, selain hutan, tanah lombong adalah sasaran utama beberapa tahun dulu. Ghazali Jawi (ayah kepada Tajol Rosli) sanggup menjual kubur orang Islam kerana “lombong bijih”.

Di Karpan, Kedah, cerita udang harimau belum tamat lagi. Tanah bendang milik orang Melayu jahanam dirampas-milik oleh puak UMNO dengan pampasan tak sampai se duit.

Di Negeri Sembilan, bermula dengan Rais Yatim dan kemudian Mat Isa Samad pula telah memfaraitkan tanah kerajaan kepada pemimpin Cawangan dan Bahagian UMNO. Itu cuma sebahagian cerita saja. Banyak lagi kalau diungkit secara terperinci.

Kita sudah tahu apa yang berlaku di Langkawi. Apa sudah jadi kepada nelayan Melayu. Mahathir-Daem memfarait tanah umum difaraitkan dengan kroni korporat Cina demi pembangunan. konon.

Yang terbaru ialah Puterajaya yang dirompak dari rakyat Selangor D.E. Itu agenda yang dilakukan sendiri oleh Mahathir dan beberapa orang korporat kaum Cina. Khir Toyo dapat “tempias” bernilai puluhan juta MR. Sementara orang Melayu di kampung melopong dengan mulut ternganga dimasuki langau hijau. Pemimpin UMNO peduli apa..!!

Akhirnya, Tanah Simpanan Melayu, hutan simpan rakyat bernilai ratusan billion dan lain sumber negara telah musnah dikikis habis tanpa dinikmati hasilnya oleh rakyat jelata yang semakin hari miskin papa kedana. Itu kerja pemimpin UMNO yang berkongsi kekayaan dengan sekongkol pemimpin BN.

UMNO adalah pemberi “lampau hijau” dalam semua agenda yanbg berakhir dengan kemusnahan hak-hak dan harta rakyat, khususnya harta orang Melayu.

Setelah rahsia mereka terbongkar oleh pejuang Reformasi, mereka inilah yang sedang menggunakan apa cara sekalipun untuk menjatuh kawan se parti Mereka tidak peduli, walaupun itu bermakna imej UMNO/BN akan musnah dan peluang parti terus memerentah semakin tipis menjirus.

Anwar Tahu dan Rakyat Dimaklukan

Ezam pernah berkata:

[[“….Asas saya memasuki UMNO adalah reform (melakukan perubahan) dan asas saya keluar adalah reform juga. Bila saya menyedari bahawa tidak ada ruang untuk reform, saya keluar dari UMNO dan mengikut Anwar – bukan sebab sangkutpaut (attachment) saya kepada beliau – tetapi kerana kami berkongsi wawasan yang sama. Apa yang berlaku kepada Anwar menunjukkan bahawa tidak ada lagi ruang (dalam UMNO) untuk reform..”]]

Pendapat Ezam itu sudah semakin jelas sekarang dengan pergolakan yang berlaku dalam politik rakyat. Parti Pembangkang seperti PAS dan DAP sudah semakin nampak bersatu dalam satu Barisan. Menjelmanya keterampilan parti KeADILan dan PRM yang semakin disokong semua kaum menyebabkan UMNO dan BN semakin parah, gelabah dan terpinggir.

Kita nampak sekarang, Dr. Mahathir semakin kehilangan sokongan, bukan saja dari rakyat jelata berbilang kaum, malah oleh penyokong dan pemimpin partinya sendiri.

Beralihnya sokongan majoriti orang Melayu Islam dalam UMNO kepada Pembangkang seperti PAS dan KeADILan adalah petanda paling meresahkan Mahathir dan semua pemimpin sekongkol beliau. Agenda “Perpaduan Melayu” yang digimik-gimikkan Mahathir dan juak-juak beliau dalam UMNO adalah suatu agenda “menampal pekung yang mengeloyak dengan koyok secebis dua jari”. Namun, hasilnya tidak ada.

Orang Melayu Wajib Menentukan Pendirian

Orang Melayu sudah menetapkan pendirian. Mereka menganggap Mahathir, UMNO dan BN sebagai sebuah parti politik yang sedang mengalami proses “pengkuburan”. Menurut pemanatuan rambang, puluhan pemimpin UMNO di negeri-negeri Semenanjung sedang bergerak menentang UMNO/BN secara senyap.

Sdr. Fauzi Rahman mungkin satu dari seratus yang menunjukan “belang”, tetapi itu tidak bermakna Mahathir boleh senang-senang menyapu dibawah tikar apa yang dilakukan sdr. Fauzi dengan kenyataan Mahathir berbunyi:

[[“…mereka tidak seharusnya merasa kecewa jika tidak mendapat sokongan atau tidak dicalonkan semula untuk bertanding. Sekiranya tidak mendapat sokongan dan tidak dicalonkan, perlulah menarik diri,'']]

Mahathir tidak tahu, sebenarnya bukan sedikit pemimpin UMNO yang berkata:

[[“….My basis for entering Umno was reform and the basis for leaving was also reform. When I realised that there was no room for reform, I left Umno and followed Anwar - not because of my personal attachment to him - but because we shared the same visions. What happened to Anwar showed there was no room for reform….”]]

Apakah Mahathir hebat sangat? Tidak mampukah rakyat mengkuburkan UMNO/BN? Kita akan teliti di Bahagian ke-2.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com