Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DR. MAHATHIR BAGAI ULAR BERBISA MENGGIGIT EKOR SENDIRI (2)

Amin Sapiro (Mahathir & UMNO wajib digulingkan)

Bah 1

Riaksi Rakyat Marhain Menggelabahkan Mahathir

Orang Melayu haus sedar sekarang bahawa semua agenda Mahathir menipu orang Melayu sudah terdedah dan akan terus didedahkan.

Mahathir dan UMNOnya sudah kehilangan ‘ranggah’ untuk terus berkemampuan meletakkan UMNO/BN ke tempat asal seperti sebelum Anwar diaibkan.

Rakyat semua kaum semakin kuat berazam bahawa sesungguhnya UMNO/BN dan politik Mahathir wajar “dibunuh” – dan, sebelum mati dan kuburkan, mereka akan diseksa oleh pemimpin UMNO/BN sendiri dengan bantuan rakyat.

Ceramah-ceramah Pembangkang sudah menghuraikan sebab-musabab Mahathir dan UMNO/BN harus dinafikan. Kini, rakyat berjiwa merdeka sudah tahu bahawa selama ini mereka ditipu dan dibohonginya.

Realitinya, orang Melayu dan rakyat sudah tahu dan merasa kepayahan hidup kerana hak asasi mereka diragut-rampas. Rakyat di Pendang, Jitra dan Kg. Medan tahu nilai kebebesan dan hak asasi mereka. Mereka sudah faham agenda Mahathir. Mereka tidak mahu dijadikan korban demi menyokong parti yang beketuakan seorang Penyangak dan "kaki kapor putar alam”.

Mereka tahu hutang negara sudah mencapai tahap negara ini akan bankrut jika dibiar Mahathir dan UMNO/BN mentadbir negara.

Orang kampung dan desa, penghuni dan peneroka Bandar tahu mereka sedang digula-gulakan oleh pemimpin UMNO/BN dengan janji-janji kosong.

Penduduk Kg. Medan (contohnya) merintih – selama lebih suku abad mereka terbiar. Mereka hanya dijenguk dan mua-muakan apabila calun-calum UMNO/BN perlukan undi mereka. Itu contoh penipuan Mahathir-UMNO/BN yang berkahir dengan korban nyawa rakyat. Amat menyedihkan!

Penipuan Mahathir & UMNO/BN Beragenda

Hari ini, semua kaum sedar mereka telah ditipu dan diperdaya. Mereka yang cerdik dan berpelajaran sudah faham agenda pemimpin UMNO/BN.

Mereka yang bekerja dan berkhidmat sebagai kakitangan awam ditipu bontang oleh Penyangak, Pembelit dan Perompak UMNO yang mewar-warkan program “3–P”. Pendapatan bulanan mereka disauk habis lingkop oleh Kroni Mahathir melalui pembelian rumah yang menyebabkan mereka berhutang sampai mati.

Harga rumah murah tidak sepadan dengan pendapatan rakyat miskin. Dasar perumahan negara tidak menyebelahi rakyat miskin yang menjadi boroh kasar. Kerana Dasar seumpama itulah maka budaya “setinggan” tidak akan hapus di negara ini.

Penanam kelapa sawit dan penoreh getah hilang mata pencarian kerana kejatuhan harga hasil tanaman mereka. Pungutan ‘cess’ yang dikumpulkan Kerajaan telah digunakan untuk menampung “bailout” korporat anak-anak dan kroni Mahahir-Daem, sementara mereka hidup dalam kemisninan.

Masalah sosial dan kerutuhan akhlak akan terus menjadi-jadi tanpa bendungan. Pelacuran dan gejala maksiat dadah akan berterusan. Kemiskinan yang terhasil dari menyokong Mahathir dan UMNO/BN semakin menjadi-jadi dengan inflasi dan pengangguran meningkat hebat.

Puncanya, pemerentah dan peneraju negara sekarang hanya menumpukan sasaran pembangunan negara kepada projek mewah dan “bailout”, pembaziran dan rasuah, penyalahgunaan harta dan wang rakyat bernilia ratusan billion. Akhirnya, hutang itu rakyat yang dipaksa mebayar. Kroni Mahathir terus hidup mewah melimpah-ruah!! Itulah kesan menyokong sebuah parti politik berasaskan Nepostisme, Korupsi dan Kronisme!!

Antara Contoh Mencekik Rakyat

Contoh paligng kecil: Proton Saga yang berharga RM23, 000 dijual di pasaran tempatan oleh Kroni yang berkait dengan Mahathir dengan harga melebihi sekali ganda. Keuntungan lebihan itu mereka bolot dan simpanan di bank-bank luar negara. Bila korporat ini merasa belum cukup kaya, mereka merompak rakyat dengan pertolongan Mahathir melalui sistem “BAILOUT”.

Setakat ini, jumlah “bailout” yang dilakukan Mahathir-Daem bernilai ratusan billion MR. Mereka merompak wang rakyat dari sumber yang ada dan hak bagi rakyat bagai orang “menyapu sampah” di jalanraya. Mahathir tidak peduli apa rakyat kata. Dia sudah nekad dan tidak akan menghiraukan bantahan rakyat. Jika ada sebarang penetangan, mereka akan diheret ke dalam penjara – dibelasah di dalam lokap oleh polis-polis “anjing”.

Inilah yang menyebabkan KWSP-KWP, Tabung Haji, Pencaruman FELDA, PETRONAS dll. habis kikis dirompak oleh kuncu-kuncu dibawah lindungan payung Mahathir-Daem. Inilah kesan dasar Nepotisme dan Kronisme adalah DASAR yang dilindungi Mahathir-Daem dan sekongkol UMNO/BN.

Mahathir pandai bersandiwara dengan bersikap “cool” dengan alasan kununnya, semua “bailout” itu adalah demi menjaga maruah negara. Tetapi sebenarnya, mereka sedar inilah ‘lapse’ terakhir dalam perlumbaan mereka (Mahathir dan UMNO/BN) menerajui negara. Dengan itu, mereka terus-menerus merompak dengan memutarbelitkan undang-undang dan sistem kewangan negara.

Mahathir dan UMNO/BN bersungguh-sungguh mahu menjahanamkan ekonomi dan sumber kesejahteraan rakyat; kerana mereka tahu inilah kali terakhir mereka berkesempatan “menyapu” bersih semua sumber pendapatan dan harta negara tanpa berbaki walau se kupang cuma!!

Rakyat Wajib Bangkit Bersama

Fahamilah: Perjuangan Parti Pembangkang Barisan Alternatif bukan bertujuan sengaja mahu mengambilalih kerajaan kerana suka-suka bercatur dalam politik. Mereka mahu rakyat dan negara diselamatkan sebelum punah ranah dijahanamkan oleh prompak yang di kepalai “Dr. Mahatir dan 40 penyamun” dalam MKT UMNO Baru(A)nya!

Jika Sdr. Fauzi (sebagai pemimpin UMNO) sudah bersungguh memulakan satu trend yang menggegarkan UMNO/BN, apa pemimpin UMNO yang lain mahu tunggu lagi?

Sudah tiba waktu dan ketikanya pemimpin UMNO yang senawaitu dengan sdr. Fauzi mencabut “keris telanjang” UMNO itu dan radakkan saja ke jantung-hati UMNO/BN. Dengan itu, pasti Mahathir dan sekongkolnya akan kita bungkus dan humbankan ke adalam penjara. Rakyat berhak bertindak mengambil semula harta rompakan mereka untuk dimanfaatkan rakyat. Rakyat berhak mengejar mereka walau ke lubang cacing sekalipun!!

Fahamilah: Hancur UMNO, pupus BN – tidak ada siapa yang menagisinya. Jangan pula kita (orang Melayu) cuba bernostalgia beranggapan bahawa UMNO yang diterajui Mahathir sama ‘identical’ dengan UMNO Asal cetusan pejuang Anti Malayan Union. Itu adalah cerita kosong belaka!

UMNO ciptaan Mahathir adalah UMNO yang telah dibaruakan oleh beliau untuk diri beliau sendiri, anak-anak dan kroni-proksi beliau. Buktinya sudah cukup banyak bahawa UMNO sudah “diperkosa dan diperkuda” oleh Mahathir semahu hati.

Orang Melayu Sedang “Diperkosa”

Takrifkanlah sekarang, bahawa Mahathir yang berzuriat Krala India itu semacam memperkosa “ibu kandong” kita – sama seperti Jepun memperkosa orang Melayu dengan pertolongan kempitai upahan. UMNO ini telah diMAMAK-MALBARIkan. UMNO Mahathir ini bukan memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam!! Sebaliknya ia memusnahkan kita semua.

Jika orang Melayu masih berdarah merah, dan punya sejarah perjuangan menentang penjajahan sejak 450 dulu, sudah tiba gelombang terakhir mereka memperjuangkan kembali Kemerdekaan negara dengan memusnahkan UMNO ciptaan Mahathir ini. Negara ini WAJIB dimerdekakan sekali lagi…!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com