Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO MEMBUSUK DI TANGKAI – BN JATUH TERHEMPAS BERKECAI..!!

Amin Sapiro (baru padan muka Mahathir)

SEORANG teman sepermainan menelefon dari KL, sambil ketawa besar, katanya, “Wak! Gong yang dipalu Mahathir terhumban tonggang-langgang ke lantai. Itu petanda apa, ha Wak?”. Saya terpinga-pinga tak terkata apa. Sejenak berfikir, saya acah-acah menjawap bagai seorang nujum sanghkamara. Saya kata, “Itu tanda ekonomi kita nak rebounce… Hehehe…!” Saya cuba ketawa menyembunyikan kegusaran di dada.

“Eh! Eh! Kalau macam tu, nampaknya saham saya di KLSE ada peluang naik. Esok, kalau Komposit Indeks naik, saya jual terus semua. Saya drive ke JB, kita sama-sama makan mee Johor, yek?”. Dia ketawa. Saya ikut sama. Mungkin dia dah tahu, kenaikan saham “blue chips” bersebab dari pembelian paksa menggunakan duit KWSP, KWP dan PETRONAS. Itu cerita lain.

Gurau Senda Cuma Pada Reformis

Dalam pertemuan konvoi kami di sebelah timur, beberapa orang yang sedang menunggu masa untuk bermesyuarat sempat bercerita, katanya, “Apa nak jadi pada UMNO sekarang Wak. Mahathir tak berhenti-henti jual temberang. Orang kampung dah muak sangat. Cerita laporan polis Fauzi dan perletakan jawatan beliau bukan sikit impak kepada kewibawaan UMNO/BN. Berita itu tersebar ke seluruh negara. Ramai yang berkira-kira hendak mengikut jejak langkah beliau. Apa pandangan Wak?”.

Saya tidak berani komen banyak-banyak sebab perletakan jawatan Fauzi bukan isu yang penting lagi. Jika berhenti, akan diadakan p/raya kecil. Pasti PAS/BA akan menang. Habis cerita.

Saya jawap, “Yang paling penting sekarang ialah riaksi Mahathir sebagai PM dan Presiden parti. Pertamanya, jika Mahathir menerima perletakan jawatan Fauzi, bermakna Mahathir membendung dan melindungi rasuah dan persuah yang dilakukan Khalil. Satu lagi kes yang sama tahapnya dengan yang dilakukan Rafidah.

Kedua: Jika Mahathir mengarahkan Fauzi ditangkap dan disiasat seperti Ezam kerana membuat laporan polis terhadap pemimpin UMNO, bermakna Mahathir adalah confirm sebagai “bapak penyangak” yang melindungi rasuah melibat ratusan juta yang disedut oleh pemimpin UMNO.

Ketiga: Jika Mahathir menyalahkan Fauzi dan mempelekeh tindakan beliau, bermakna Mahathir membuka jalan penyebab UMNO Pahang lingkop terbalik tonggang-langgang ke dalam Sungai Pahang. Impaknya, akan ramai lagi ‘sympathisers’ pro-Fauzi yang akan meluahkan kemarahan dalam p/raya 2004”, ujar saja menspekulasi rambang.

Beberapa orang yang berdiri sama di situ mengangguk – semacam bersetuju. Mungkin, bagi mereka bahang isu Fauzi yang menyebar ke Johor sekarang sudah mulai membakar nadi-saraf UMNO Senai. Khabarnya api dalam sekam yang berasap di Pontian semakin marak. PAS/BA sudah bertapak kuat di Muar dan Batu Pahat.

Fauzi Mencuit – Sultan Gelabah

Paduka Sultan yang bijak memusing dadu rollette itu, khabarnya sudah panas miang sekarang. Percakapan telefon Mahathir-Baginda berakhir dengan khidmat-nasihat selama dua jam di istana.

Ramai pihak yang ketakutan. Jika laporan polis Fauzi di bawa ke mahkamah bererti ramai puak yang berpuaka akan ‘tanggal suspender’ mereka. Malu besar satu cerita, UMNO Pahang porak adalah cerita “Negeri ke-3” yang bakal di tawan BA pula.

Pun juga, pihak yang bepentingan akan kehilangan sumber percuma bagi mengaut keuntungan peribadi. Silap haribulan ramai yang kena “tanjul” dengan kaki tergantung ke atas dan kepala terjuntai ke bawah. Hahaha…. jangan main-main. Pemuda KeADILan sudah ada dokumen sahih yang akan mengheret mereka yang bersalah ke mahkamah.

Terdengar khabar sekarang, harapan berunding dengan Fauzi sedang diusahakan oleh sesetengah pihak. Mahathir amat risau jika Fauzi tetap dengan pendiriannya. Dengan bermuka selamba, Mahathir seboleh-bolehnya mengusulkan kompromi kepada Khalil. Pesanan si Nyanyok itu, “Take heed on the entire issue. Make sure matters will not blow up to the extreme. Give what he wants – but take the normal precautions..”.

Kalau ditafsirkan sekali imbas, Mahathir akan menolak perletakan jawatan Fauzi sebagai DUN Baserah. Si tua kutok itu tau, pilihanraya kecil yang dijadualkan akan menetukan nasib UMNO Pahang pada tahun 2004. Bahang “Baserah” pasti tidak akan semudah itu dilupakan rakyat, apatahlagi ceramah dan maklumat BA semakin terbukti benar dan berkesan.

UMNO Dalam “Doldrum”

Bukan saja UMNO Pahang yang sedang bergolak, malah UMNO seluruh Semenanjung sedang ditular krisis keyakinan ahli dan penyokong.

Yang malang sekali, isu menggugurkan perkataan “Islam” belum pun reda, dan cerita berbingkai “Perpaduan Melayu” saranan Mahathir masih terbengkalai – sekarang timbul pula isu laporan polis Fauzi dan perletakan jawatan beliau. Perkembangan terbaru itu betul-betul telah “hot” dan menggegarkan.

UMNO semakin kelamkabut dan huru hara dalam pemilihan Cawangan dan Bahagian di kawasan. Dari kehadiran ahli yang semakin tidak cukup kuorum, nampak sekarang minat orang Melayu terhadap UMNO sudah ditakrifkan “tidak ada”.

Kali ini, pasti banyak Cawangan memalsukan bilangan “attendace” mesyuarat. Yang jelas, “the fighting is only among office bearers”. Lain perkara tak ada cerita. Lebih ramai yang berdebat di warong kopi semasa pemimpin UMNO berperang saraf di dewan mesyuarat. Tajuk yang lazim ialah, “Mengapa Mahathir liat sangat nak undor..!!”. Maka berderailah ketawa mereka.

Stimulasi Ekonomi Mahathir-Daem Tiada Sambutan

Berita terkini menyebut bahawa program stimulasi ekonomi Mahathir-Daem mejadi gurauan pelabur asing. Pakej yang dibentangkan tidak lebih dari gimik yang tidak meyakinkan. Dengan kerosakan struktur ekonomi negara yang semakin jelas mengigit ke saraf tunjang ekonomi yang luka parah, Mahathir masih cenderung melakukan pembaziran berbillion.

Beberapa cendekiawan dan pakar ‘venture capital’ menelah, jika Mahathir tidak berhemah isu ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih buruk dari Vietnam. Inflasi sudah mulai meningkat. Simpanan negara cuma setakat 4 bulan impot negara. Bermakna, ekonomi negara sekarang di ambang kemuflisan. Namun Mahathir tidak putus-putus menyalahkan negara maju.

Wajar rakyat menyoal Mahathir: Mengapa mesti menyalahkan orang lain jika diri sendiri yang melakukan angkara? Jika Mahathir dan seluruh pakar-pakar ekonomi yang menasihati beliau betul-betul peka dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum, mengapa tindakan mereka tidak berkesan?

Tentu jawapan mereka yang tahu ialah: Countries with developed economies are shying away since Mahathir is still at the helm! Bermakna, ekonomi negara ini merudum kerana mereka tidak yakin Mahathir masih menerajui negara! Rakyat mesti bertindak segera bagi menyelamatkan situasi yang semakin memburuk. Mahathir jangan cuba-cuba putarbelit alasan menyalahkan pemimpin BA. Tak releven langsung.

Ceramah BA Semakin Hebat

Pemimpin BA semakin dilihat garang dan hujah mereka menolak UMNO/BN betul-betul meransang minda. Walau setakat mendengar berita mulut ke mulut yang menyebut kedatangan Ezam, TG Nik Aziz, Mahfuz dan teman-teman BA – orang ramai berduyun selepas Isya’ ke tanah lapang terbentang.

Berbanding program lawatan Mahathir ke desa-desa, sambutan yang nampak setakat anak-anak sekolah yang diupah Rm10, kemeja T-gambar Mahathir dan sebungkus nasi berlauk ikan temenung saja. Mereka diarah bersorak bila Mahathir melaung bagai nak gila. Tetapi hakikat sebenar, orang menyorakkan Mahathir kerana bercakap bagai orang nyanyok-sewel.

Letupan yang digemakan pemimpin BA mempamerkan kesan sebaliknya. Rakyat bertakbir melaungkan Allahu akbar bila Fadhil Nor menyebut perkara-perkara yang harus diketahui rakyat. Bila Ezam mencabar supaya Mahathir tampil membuktikan kebenaran beliau seperti yang dituduhkan oleh rakyat; orang ramai berteriak “UNDOR MAHATHIR, UNDOR SEBELUM MAMPOS DALAM PENJARA..!!”.

Mungkin Mahathir dan UMNO/BN sudah tahu apa nasib parti yang bakal ditempuh menjelang tahun 2004 kelak. Jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini kepada Anwar yang sedang tenat, orang Melayu tidak akan memafkan UMNO, Mahathir dan seluruh “biawak UMNO” seperti Dollah Bedawi dan Hamid Albar. Hari kalian sedang dikira. Berfikirlah..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com