Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BILA WAYANG GELAP UMNO DI PUTAR TENGAH TERANG – APA JADI?

Amin Sapiro (Tak ada switch tapi ada karan)

LEPAS maghrib tadi kawan saya talefon mengatakan rumah tak ada letrik. Putus sebab tranformer TNB terbakar. Saya jemput mereka sekeluarga makan di kedai makan Pak Wan di sebelah tanjung. Sambil makan, kami pun bercerita sikit.

Ceritanya seronok juga. Katanya, UMNO cawangannya sekarang dah mula pasang kaki, kempen sokong calun baru. Malangnya ramai yang tak suka kepada calun baru itu. Sebab utama, si calun itu ada hajat nak jadi wakil rakyat.

Kedua, isteri kawan tu dah mula tunjuk lagak, kunun lakinya akan jadi wakil rakyat. Dalam satu majlis kawin, dia pakai gelang sampai ke siku. Dia ingat orang tak tau – rupa-rupa “Emas Zulian” (tanya orang perempuan faham lah maknanya).

Kami bercerita lagi. Lama-lama sampai ke cerita Fauzi yang jadi “topik panas” di Baserah, Kuantan. Dia tanya saya, apa sebab Sultan pun campurtangan nasihatkan Fauzi supaya tarik balik laporan polis dan notis letak jawatan.

Saya pun tak tau nak jawap. Tak pasti tak kan nak cakap. Cuma setakat saya beranalogi sikit. Saya kata dengan nada suara selamba, “Ya lah Man. Macam rumah kau sekarang, kan gelap? Tak ada karan. Tapi balik nanti – bila transformer TNB dan dibaiki, ‘ngko petik swith lampu pun menyala. Terang. Semua nampak. TV pun ada cerita.

Kiranya macam tu jugak lerr. Di tangan Fauzi ada swith ‘mega’. Bila Fauzi petik switch tu; Istana Sultan, rumah Khalil, Mahaligai Mahathir, rumah UMNO Pahang, PWTC – semua terang. Boleh cucuk jarum. Waktu tu pulak orang sedang nak bergelap. Maklumlah dah dekat tahun 2004, nihhhh…!! Bahaya ‘ngko! Hehehe…” kata saya sambil ketawa.

Reda kami ketawa, kawan saya itu pun basuh tangan. Selesai makan. Dia tanya saya, “Habis….. Sultan, Khalil, Dr. Mahathir, tidur bergelap ke Wak?”

Saya jawab, “Hehehe….orang besar-besar, orang atasan memang suka tidur bergelap. Cuma reformis saja yang suka terang. Tak tengok ke kalau Ezam ceramah? 10 ribu orang senang-senang datang – duduk bersila tengah padang, kan?”

Kami ketawa lagi. Boleh jadi swith di tangan Fauzi nilainya beratus juta. Semua cerita wayang… hahah WAYANG GELAP Perhubungan Raya..!! hihihih…!! Itu sebab Sultan pun mengigau…! HAHAHA..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com