Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DARI KG. MEDAN KE BESERAH – JANGAN LUPA KE HOSPITAL BESAR K.LUMPUR!!

Amin Sapiro (melihat semua dengan hati pedih)

SEBUK-SEBUK berforum, mengalisis dan bercerita mengenai kekacauan sosial yang berlaku di Kg. Medan – baru-baru ini berbangkit pula kes jenayah Khalil/UMNO Pahang seperti yang dilaporkan Fauzi Rahman kepada Polis. Urutan peristiwa itu menyebabkan kita hampir terlupa keseksaan seorang pemangkin kebangkitan rakyat menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman. Semacam kita terlupa beliau kini merengkok dan merintih dalam kesakitan tulang belakang. Tidakkah kita merasa kesakitan beliau yang amat pedih itu?

Agenda Mahathir Mengalih Pandangan Rakyat

Mahathir yang semakin tersepit dengan ledakan kebangkitan rakyat menolaktepi UMNO/BN sekarang; sudah semakin kecundang dengan penolakan majoriti rakyat terhadap regim beliau.

Orang Melayu tak ada ‘selera’ bila disebut “UMNO/BN akan memperjuangkan hak rakyat”. Kaum bukan Melayu sudah mulai melupakan parti komponen yang menggotai BN. Tekak mereka terasa kesat menelan segala kenyataan presiden-presiden parti mereka.

Mahathir tau bahawa pemimpinn UMNO diperingkat bawahan sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin elit UMNO/BN. Merekalah bakal pemngundi pada tahun P/raya ke-11 kelak. Sejak Terengganu dan Kelantan jatuh ke tangan PAS/BA mereka sudah nampak keterampilan gabungan Pembangkang BA.

Rakyat membaca ‘hensad’ ucapan Parlimen pemimpin BA di Parlimen. Mereka mendegar bagaimana pemimpin BA bersilat di Dewan Undangan Negeri (DUN). Orang Melayu sedar sekarang bahawa pemimpin UMNO semakin jelas kerapuhan ilmu mereka dalam konteks “memimpin” sebuah masyarakat majumuk.

Kesah Kg. Medan

Peritiwa yang berlaku disitu adalah contoh terbaik yang menceritakan bagaimana dasar pembangunan regim Mahathir. Perbunuhan di situ langsung tidak dipedulikan UMNO/BN sebagai bersebab dari mereka. Kesejahteraan lapisan rakyat “golongan pekerja berpendapatan bawah kadar kemiskinan” di sana dipandang sebelah mata saja. Jika UMNO/BN ikhlas, sejak 30 tahun dulu mereka sudah pun dibela. Sudahkah mereka menerima nikmat pembangunan?

Selam ini mereka dibiarkan hidup menahan seksa dan menekan kesabaran hidup papa-kedana. Sementara penghuni kawasan bersempadan dengan mereka hidup dengan serba kemewahan terkini – dihias dengan lampu neon begemerlapan hijau-kuning penuh warna-warni.

Penduduk di situ berpada dengan injin generator jenama Honda yang dikongsi 500 watt sesama jiran. Pipa air berkongsi – 20 getah tiup plastik di heret ke dapor masing-masing, digelerkan mendapat bahagian mengikut masa.

Rumah mereka tidak lebih dari “pondok reban ayam” diperbuat dari zing berkarat dan papan kayu yang dibeli mengikut “ikat”. Tahun demi tahun mereka hidup merempat – menuggu rahmat bagai buah tak gugur.

Keadaan sosial mereka amat menyedihkan. Dewan perhimpunan mereka ialah “pondok UMNO” yang tidak berhuni. Wakil Rakyat pernah berjanji 1000 kali akan membaiki taraf hidup mereka. Tetapi, lepas menang P/raya – muka hidung mereka langsung entah kemana. Itu satu cerita.

Bila terjadi peristiwa berdarah, Mahathir sendiri menyalahkan orang lain. Beliau berteori macamlah orang tak faham mebilang satu sampai sepuluh. Ini macamkah pemimpin UMNO/BN? Pirahhhhh…..!!!

Fauzi Dan Pemimpin UMNO Rasuah

Tak payah cerita panjang-panjang pergolakan politik UMNO di Pahang. Kalau dikatakan ia berpunca dari laporan polis Fauzi Rahman, jawapannya..”BUKAN! BUKAN!”.

Kata orang Pahang, patutnya dah lama dulu lagi Fauzi serahkan kepada polis perkara ini. Sepatutnya Fauzi letak jawatan DUNnya serta-merta mengikut aturcara pentadbiran. Jika beliau betul-betul mahu berkesan sebagai penciNta wadah rakyat, Fauzi mesti keluar dari menganggotai UMNO dan menentang kebusukan UMNO habis-habisan dari salah satu komponen BA. Tunjukkan “anak jantan anda yang berpelir”..!!

Penyokong BA di Baserah adalah majoriti Melayu. Dengan ledakan kebencian terhadap BN sekarang, peluang BN menang undi di Baserah sudah “terpadam”. Jika Fauzi masih terharap-harap beliau akan diberi peluang berkhidmat dalam UMNO oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya, samalah beliau sendiri menganggap dirinya sebagai orang terbuang oleh rakyat.

Hematnya, UMNO sedang beragenda akan membuang beliau ka Laut China Selatan. Mahathir sudah kata, “Tak semestinya seorang Ketua Bahagian akan dicalunkan sebagai wakil rakyat jika dia memberi masalah kepada parti”. Bermakna pencalunan Fauzi sebagai Wakil Rakyat UMNO sudah lupus – habis cerita!!

Fauzi kena ingat, kawasan DUN Baserah akan beralih ke tangan BA tahun 2004. Orang Pahang sudah nampak manfaat yang dinikmati oleh saudara mereka di Terengganu dan Kelantan sekarang.

Apatahlagi, minyak di perairan Pahang sudah melimpah ke tanah daratan. Jika dibiarkan Mahathir dan UMNO/BN memerentah lagi, royalti minyak Pahang akan bertukar menjadi “Wang Ehsan” pula. Melepaslah kalian semua…….!!

Kayu balak dan hutan simpan dah selesai jadi “padang jarak padang tekukur”. Bumi Pahang sudah tidak seindah dendang irama lagu P.Ramlee lagi. Dari Sultannya hingga kepada MB dan S/U Agung UMNO – semua dah makan besar dengan kendalian taukeh balak yang diberi gelaran “tengku” Wong.

Masing-masing dalam kepimpinan UMNO/BN Pahang sudah merancang dan memfaraitkan hutan “dara” menjadi “janda”. Kes “perkosaan hutan” tanpa kebenaran bukan setakat 100 ekar – malah kalau seseorang yang rajin mengikut laluan lori balak di sana akan melihat jalan-jalan lori balak itu berlengkar ke setiap ceruk hutan itu seperti ular dipalu di kepala. Macam lorong semut api!!

Tanya orang Pahang, apa mereka dapat? Yang kita nampak mereka cuma terkulat-kulat. Yang nampak sekarang – yang semakin kaya hanyalah taukeh Casino di Genting dan di Las Vegas. Mereka bertapak menunggu dengan payung kuning di ruangg legar Genting Highlands dan Desert Inn. Nah! Itu cerita ke-2.

HKBL Semakin Terdengar Laungan Reformasi!!

Kesempatan kita melawat ke HBKL akan diperhatikan oleh puluhan “mata-mata gelap” yang diupah oleh Mahathir. Kita akan disyaki sebagai penyokong seorang “banduan politik” yang difitnahkan sebagai “pura-pura sakit”.

Jika kita fahami rintihan beliau apabila cuaca berubah sejuk. Kita merasa diri kita sebenarnya zalim kerana membiarkan beliau kesakitan tanpa rawatan yang diperlukan.

Dari ucapan Ezam dan taklimat isteri “banduan terfitnahL itu – ratusan diplomat asing seluruh dunia berkata, “This is really one of those inhuman act of discriminations inflicted by a political leader of a Muslim nation to a politial prisoner of their nationality….!!”.

Malu kita sebagai insan beragama Islam. Malu sangat kita sebagai orang Melayu. Malu sungguh kita sebagai ummah yang saban hari memohon keampunan dari Allah swt. Kerana, disebalik roh kita yang inginkan kesucian hidup yang sejatera dunia dan akhirat; kita masih membiarkan KEZALIMAN dilakukan oleh seorang bergelar pemimpin dan ketua negara.

Kita hairan mengapa tidak ada seorang dari Pembangkang yang sanggup menjadi “galang ganti” sekiranya Anwar tidak pulang ke tanahair sekiranya beliau selesai dirawat? Jika itu yang menyebabkan Mahathir enggan melepaskan beliau ke Germany, mengapa kita sebagai orang Melayu bangkit dan menuntut Mahathir supaya bersikap seperti manusia?

Perjuangkan kita menegakkan Keadilan bukan setakat bercakap saja. Penyelesaian muktamad terhadap kesihatan Anwar adalah sebahagian dari Keadilan yang selama ini kita warwar dan akan kita tegakkan.

Perlu Penilaian Bersama

Semua cerita di atas adalah cabaran kepada kita sebagai pejuang “Pembebasan Rakyat”. Jika kita tidak mampu membebasan Anwar dari penjara, itu masalah lain. Tetapi jika kita mampu membebaskan beliau dari kesakitan yang ditanguungnya, bermakna kita semua ada sama zalim seperti Mahathir dan sekongkol UMNO.

Renungkanlah dan nilailah secara bersama sekarang!! Keadaan kesihatan Anwar semakin kritikal.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com