Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ISMAS SARING SETARAF DENGAN MAT JENIN

Amin Sapiro (suka minum air kelapa muda)

SEORANG teman siber kita (Ummu Natasya) menulis bertajuk “Kesihan Ismas Saring” di laman FeU. Ummu mengulas tulisan Ismas Saring si Bharian. Saya baca dengan hati sedikit terimbau. Lebih-lebih lagi saya teringat email seorang kawan mengenai manusia bergelar Ismas Saring yang sama.

Saya semak semula sepotong e-mail mencuit hati yang harus dikongsi bersama, katanya, [[….”Wak! Saya orang kapar, Kelang. Saya berumur 65. Mungkin Wak jauh lebih muda dari saya. Wak pula orang Johor. Tentu tak tau ceritanya Ismas Saring itu.

Sebenarnya, Ismas Saring itu adalah seorang pemuda yang tidak cukup sekolah. Masa usia 20-an dia berangan-angan nak jadi penyair @ penyajak. Maka menulislah dia menggunakan mesin taip buruk.

Sebenarnya dia adalah seorang pemanjat kelapa. Saya cakap betul. Sumpah Wak. Jadi kalau dia mencerca “reformasi”, itu semua kesan dari pekerjaan beliau seperti “Mat Jenin” yang juga seorang pemanjat kelapa.

Kalau Mat Jenin berangan-angan nak jadi hartawan, Ismas Saring dah lebih 20 tahun berangan-angan nak jadi MB Selangor. Tapi orang Selangor lebih arif, sedangkan seorang doktor tukang kutip sampah surat kabar jadi MB pun terjual Puterajaya, apatahlagi pemanjat kelapa seperti Ismas Saring. Kerana keMat-Jeninan beliau, mungkin seluruh negeri Selangor habis digadaikannya nanti.

Kerja beliau di Berita Haran adalah sama taraf seperti Astora Jabat di Utusan. Mereka tidak ada ilmu tapi pura-pura pandai. Mereka berdua glamour saja yang lebih. Tetapi kerosakan yang mereka bawa hingga merosakkan fabrik masyarakat Melayu sudah nampak.

Kumpulan Sajak Ismas Saring tak laku. Pencitaknya hilang duit puluhan ribu sebab bukunya tak laku. Jadi, peralihan Ismas Saring mencuba nasib di dalam UMNO adalah langkah sumbang beliau kali terakhir. Biaq pi ke depa – bandingkan kehebatan pendukung BA, Ismas Saring cuma setakat melukut di tepi gantang saja.

Jangan pedulikan Ismas Saring. Orang macam beliau tak ada jiwa menjadi ahli politik yang bakal mempertahankan hak rakyat. Mungkin bakol sampah lagi banyak gunanya. Paling kurang untuk menyumbatkan puak UMNO yang sekarang bersepah-sepah macam gagak liar pengutip kotoran di sekitar Majlis Perbandaran Kelang.

Tolong sampaikan ke Laman reformasi, OK Wak. Terima kasih banyak-banyak!”]]

Komen saya:

Terima kasih saya ucapkan kepada Ummu Natasya sungguh baik hati menulis mengenai seorang “Wira Nangka bubur” UMNO yang dah tak laku di pasar malam.

Kalau Ummu cerita sikit pasal Hassan Omar, Khir Toyo, Mat Isa saya kira pasti terangkat kita membacanya. Kalau Ummu mulakan hari ini, saya rasa esok UMNO Kapar tak akan cukup kuoram dalam mesyuarat Cawangan yang dipengerusi-tetapkan oleh Ismas Saring, kan? Hahaha…

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com