Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN AKAN KEKAL DAN SEMAKIN SUBUR

Amin Sapiro (sebuah coretan dalam perjalanan pulang)

SELEPAS Subuh tadi pagi, saya cuma sempat menyiap dan poskan sebuah ucapan belasungkawa untuk sdr. Anwar diatas kemalangan yang menimpa beliau dan keluarga.

Saya terus berrgegas menaiki kereta usang ini dan memecut laju menghala ke KL. Saya membawa botol airpanas yang dibancuh kopi tanpa gula sebagai teman dalam perjalanan – untuk dihirup sebagai sarapan pagi.

Perjalanan Yang Menginsafkan

Dalam perjalan yang jauh itu, saya tidak bercakap. Pak Mat tahu mengapa saya jadi begitu. Beliau memang arif dengan sikap saya dalam keadaan begitu. Cuma kaset bacaaan ayat-ayat suci Al-Quran n.k. yang memecah suasana. Sayup-sayup. Lap-top saya terus diketip sebagai meluahkan isi dada yang sebak.

Saya tiba di Damansara di rumah Anwar kurang lebih 4 jam kemudian. Saya lihat kumpulan rakyat memang cukup ramai membanjiri perkarangan. Saya berjalan jauh kerana kesesakan kenderaan yang letakkan di sepanjang jalan menghala ke sana.

Keadaan rakyat semua kaum tenang penuh sabar. Ramai yang sugul dan merah mata. Saya bertemu seorang berdua kawan lama yang saya kenal. Saya naik ke bukit bersebelahan dan mengambil wudhuk di masjid dan duduk ditingkat bawah membaca Yasin.

Khabarnya, waktu itu Anwar belum sampai lagi dari HKL. Saya tidak tahu kedudukan sebenar. Kalau beliau ada sekalipun saya tidak berdaya menemui beliau kerana deraian air bening sudah terkumpul di kelopak mata.

Satu Episod Realiti Kehidupan

Di situlah baru saya dapat melihat realiti sebuah episdo bernama “Kehidupan”. Beginilah jika “kehidupan” dan perjuangan menegakkan kebebasan manusia dditakluki dan dikuasai keganasan manusia zalim. Saya tidak tahan hati melihat ketulusan dan ketabahan hati ribuan rakyat disana. Mereka (termasuk saya) adalah diantara rakyat yang betul-betul terasa diri telah terpenjara; sekalipun fizik kami bukan bersama Anwar di bilik tanpa tingkap atau di hospital rawatan.

Syukur alhamdulillah, tidak ada siapa yang kenal siapa saya jika di sebut “Amin Sapiro”. Tapi “Amin Sapiro” itu cukup perasa pada waktu itu. Sukar sungguh beliau menahan kesebakan di dada – bukan kerana kekosongan dalam hati kerana kembalinya Allahyarhamah itu saja, tetapi lebih lagi bila melihat suasana yang amat menyayat hati – perpisahan seorang anak dengan seorang ibu yang melahirkannya dalam waktu-waktu impian si ibu itu akan kesampaian.

Rasa sedih itu berbaur dengan rasa marah; kerana, terasa sangat diri saya diperhina oleh sekelompok pemimpin yang kehilangan wadah dan perjuangan bangsa dan agama. Mujur mereka tidak ada di situ. Jika tidak wajar mereka ditanya-soal: Apakah mereka masih wajar digelar manusia!!

Impian Seorang Bonda

Saya dapat merasakan bagaimana bangganya impian seorang ibu melahirkan seorang anak seperti Anwar. Semasa kecil, saban hari anak itu didodoikan. Saban waktu diperhatikan tingkahlaku dan sikapnya. Proses pendidikan itu tergabung dengan pelajaran dan ilmu. Harapan ibu itu mahukan anaknya berjasa kepada tanahair, bangsa dan agama.

Harapan Allahyarhamah Hjh. Mak Yan sudah hampir dimakbulkan Allah swt. Dengan terlahirnya seorang Wira berkarisma besar dari rahimnya, ruang lompang dalam kepimpinan masyarakat Melayu sudah diisi. Wira itu pula telah mendidik dirinya sendiri supaya berketerampilan seperti yang dihajati oleh bondanya. Keperwiraan beliau terserlah sejak di bangku sekolah hingga menjadi anggota kepimpinan rakyat ditengah-tengah masyarakat banyak.

Hati anak itu tidak pernah berubah. Walaupun diberi pilihan beliau untuk menikmati hidup mewah sebagai gantian kepada perjuangan menegakkan Kebenaran dan Keadilan. Namun beliau tetap memilih sebagai seorang pejuang rakyat marhain yang dahagakan pembelaan tulin.

Kekentalan Jiwa Seorang Pejuang Tulin

Iltizam anak itu amat kental. Beliau mengharungi liku-liku hidup seorang pejuang yang penuh ranjau dengan tabah. Kerana itu, beliau sudah dapat menyatupadukan sebuah masyarakat majmuk tanpa berkeliaran diluar sebagai seorang bebas. Baru kini kita mengerti makna “karisma”…!! Pemimpin sebelum beliau tidak berjaya melakukan sedemikian. Itulah suatu kelebihan diri beliau.

Anwar sahih digelar sebagai seorang pemimpin berkarisma besar. Seperti sejarah pejuang-pejuang kebebasan rakyat marhain, denyutan nadi perjuangan beliau dirasakan oleh semua rakyat negara ini dan penghuni dunia. Jika Hang Jebat disebut sebagai seorang wira sejak hampir 400 tahun dulu hingga ke hari ini, kita nampak bahawa Anwar juga akan dikenang begitu untuk 1000 tahun lagi.

Puncanya: Perjuangan beliau adalah berunsur kekal. Seseorang yang berkorban sebesar itu demi membela kesejahteraan rakyat tidak mungkin terlupus dari lipatan sejarah. Beliau tidak semudah itu dilupakan oleh rakyat. Lebih-lebih lagi kerana: Keadilan, kebebesan dan kezaliman itu wujud dalam diri setiap manusia sebagai pola-pola positif dan negatif. Anwar mengajak rakyat bersikap positif bagi menegakkan Keadilan, kebebesan dan menumbangkan Kezaliman. Anwar menang, sementara si penzalim kebimbangan akan kecundang.

Jika Manusia Kalau Dirasuk Iblis

Malangnya, manusia lebih memuja unsur negatif. Kerana unsur itu akan memberi keuntungan diri sendiri dan kelompoknya. Hari ini mereka sanggup mengorbankan firman Allah swt dan para rasulNya. Percanggahan dua pola inilah yang menyebabkan kebenaran dan keadilan dipelumpuh oleh mereka yang rasuk iblis itu. Episod hari ini menjelaskan!!

Sebenarnya, manusia yang dihasut iblis itu adalah dari golongan manusia yang pengecut. Mereka takut kehilangan sesuatu yang menempel di dahinya untuk seketika – tanpa memikirkan usia duniawinya akan terputus bila-bila masa.

Fikiran dan arus pemikiran orang seperti ini amat pendek, kerdil dan bantut. Mereka tidak ada visi untuk masyarakat dan zuriat yang akan lahir. Mereka mahu meragut semua untuk diri sendiri. Mereka adalah jenis manusia bakhil, hina dan menjijikkan. Namun sejarah manusia menuliskan dengan huruf-huruf di tembok bahawa mereka PASTI akan ditumbangkan.

Meraikan Kelahiran Sebuah KeADILan

Hari ini adalah tarikh kelahiran formal iltizam Anwar untuk menegakkan Keadilan. Isteri beliau yang serba patuh itu telah menamakan perjuangan Anwar sebagai KeADILan.

Dan, paling bersejarah lagi, hari ini juga ibu kandung beliau disemadikan. Kebetulan ini memberi petanda buruk kepada UMNO dan Mahathir bahawa gagasan “Kezaliman” mereka sekongkol akan disemadikan dalam tempoh terdekat, InsyaAllah.

Allahu akbar.

PS. Terima kasih kpd sdri. Hani kerana menyampaikan semula takziah pagi tadi. Minta maaf kpd teman-teman kerana tidak berkesempatan bersama di majlis tahlil yang dirancang. Saya perlu segera pulang – aminsapiro.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com