Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHATHIR & UMNO/BN KALAH PERANG “PATAH KANDAR” DI PAHANG ….!!

Amin Sapiro (merangkum e-mail dari Darul Makmur)

BERITA mengenai isu sekitar sdr Fauzi Rahman, Adun Baserah semakin mengoyak walaupun pelbagai rundingan dan nasihat dihamburkan oleh pemimpin UMNO, samada secara bisik-bisik maupun secara lantang.

Puncanya, “trump card” itu ada ditangan Fauzi. Dan, semua kartu-kartu itu di sembunyi rapat ke dada beliau. Macam orang main “jin rami”, silap ‘sudi’ kartu, kawan akan pintas dan menang pusingan terakhir. Maka, berakhir permainan dengan peluh mencias kerana kerugian besar yang sukar dan tidak mungkin ditebus lagi.

Laporan Polis Di Tangan BPR

Tidak ramai yang peduli apa akan jadi kepada laporan Fauzi. Adalah menjadi budaya UMNO, ‘orang atasan’ UMNO seperti Khalil mustahil akan dihadapkan ke mahkamah dan akan dihukum. Kita sudah banyak kali tengok kesan laporan seperti itu di masa-masa lalu. Polis akan tolak laporan seperti itu sana-sini, akhirnya BPR akan berpakat dengan AG. Keputusan terakhir tak ada kes. Laporan itu akandibakul-sampahkan. Habis cerita. Fauzipun dah tahu lama.

Sebabnya, dalam sistem pentadbiran UMNO yang berpresidenkan Mahathir, dasar “Nepotisme, Korupsi dan Kronisme” adalah halal dan diterima. Pelaku-pelakunya akan dilindungi Mahathir kecuali jika mereka bukan pemimpin UMNOBN. Jadi, tidak hairanlah jika kenyataan TPM Dollah Bedawi kununnya UMNO sendiri mahu siasat. Cerita macam tu dianggap rakyat sama seperti “menyapu taik mata dimasuki abuk” saja.

Kita sudah tengok puluhan laporan polis telah dikemukan oleh Pembangkang terhaap rasuah pemimpin UMNO. Tetapi yang kita nampak, Ezam saja yang diheret polis ke Bkt. Aman. Yang peliknya, Ezam ditangkap pada petang sebelum hari raya. Kita belum dengar Abol Hassan disoalsiasat oleh polis. Rafidah Aziz masih OK – tambah gemok gedempol macam cencorot kekenyangan. Itu dia status Rasuah yang dilakukan oleh puak UMNO.

Apa Punca Rasuah Bergelut Dalam UMNO?

Jawapan soalan itu: Punca pertama, selagi Dr. Mahathir adalah Presiden UMNO dan PM, beliau akan melindungi sebarang perilaku rasuah orang-orang yang sanggup jilat punggungnya. Cuma kalau orang itu cuba menentang dan menggugat kuasa dan menjejaskann kepentingan beliau, walau macamana bersih sebersih air Zam-Zam sekalipun – lmereka akan dipurukkan ke penjara – mati beraganlah walau ke liang lahad.

Kedua, definasi Rasuah bagi Mahathir berbeda dari pehaman rakyat biasa. Bagi Dr. Mahathir, jika seseorang mengatakan “undi PAS masuk syurga”, Mahathir memperkirakan ungkapan begitu sebagai “Rasuah”. Kan itu definasi orang gila, betul tak?

Hahahaha… kalau begitu adanya, mungkin TG Hadi Awang sedang diselidik oleh para peguam UMNO samada layak di kenakan tuduhan merasuah pula ke atas TG Hadi Awang. Itu sebab “amanat Hadi Awang” sekarang dibesar-besarkan. Amanat Mahathir jadi gantinya – halal di dunia dan di neraka!!

Sebagai imbasan, Samy Vellu buat jalan baru di Lunas dan di Sanggang semasa kempen p/raya berjalan. Tetapi Samy tidak ditakrifkan sebagai merasuah pengundi. Atau, Dr. Mahathir arah UMNO supaya bagi wang 10 ringgit, baju-T gambar beliau dan nasi bungkus lauk ikan temenung – isk..isk…isk.. itu BUKAN RASUAH namanya!! Itu adalah habuan sempena acara “K–3P”. (bermaksud Kepimpinan UMNO tiga serangkai – ie. Penyangak, Perompak dan Penyamun).

Jadi, kesimpuannya, Fauzi sudah tahu apa kesudahan laporan beliau itu. Beliau tidak risau kerana beliau ada “bom jangka” terakhir iaitu:

“Tidak Akan Letak Jawatan”

Fauzi tahu, perletakan jawatan beliau sebagai ADUN hanya akan sah diperlakukan jika Speaker Dewan menerima dan mengsahkannya. Beliau tahu, Speaker tidak akan menerima bulat-bulat tanpa persetujuan YAB Presiden UMNO Baru(A) yang dianggotainya.

Dalam sistem Diktator, yang berkuasa bukan “kucing kurap” yang kurus kering “makan tulang” diatas lantai tepi tandas, tetapi boss-boss yang makan di dalam pinggan emas berlauk enak bergayut kaki di atas kerusi di tepi meja di mahligai Puterajaya. Mereka itulah yang sebenarnya berkuasa “pemutus”.

Sehungan itu, Mahathir juga tahu Fauzi tidak akan meletakkan jawatan, kerana peraturan SPR “denda 5 tahun tak boleh bertanding” itu telah lama berkuat kuasa. Bermakna, meletakkan jawatan itu adalah kerja sia-sia seperti ‘commit suicide’ saja.

Nampak sekarang, Fauzi cuma mahu memberi petanda bahawa “kalau tuntutan beliau tidak dilayan dengan saksama, beliau akan letupkan “bom jangka” ke-2.

Fauzi tidak mahu letak jawatan dan tak akan keluar dari UMNO dengan alasan yang menguatkan kewibawaan beliau sebagai pejuang rakyat marhain. Dengan sebab itu, jika beliau digugurkan keahlian oleh UMNO, yang tergugat habis ialah Mahathir dan UMNO. UMNO Pahang akan haru biru. Apa juga kelentong Mahathir untuk mempertahankan tindakan beliau dan UMNO terhadp Fauzi akan dilihat sebagai kejam, zalim dan bertentangan dengan wadah rakyat setempat. Satu sen tak laku. Inilah yang membuatkan Mahathir kecut perut semacam terbenam buah pelir ke ulu hati.

Episod selanjutnya, Fauzi akan mendapat laluan mudah. Fauzi boleh memilih menukar parti ke medan Pembangkang. BA akan untung atas angin tanpa keluar modal, sementara UMNO akan terkucam-kucam macam “cucak makan kapur, macam ayam bugil dimandikan air sejuk”. Fauzi akan terus berjuang menegakkan hak kawasan beliau pada tahun 2004. Heheheheh……. Bijak Fauzi. Melopong UMNO!!

UMNO Pahang Terperangkap Dalam Delima

Orang Pahang menamakan delima cetusan Fauzi ke atas UMNO Pahang itu sebagai “Delima Tasik Cini”. Menurut sesetengah pihak, delima ini sudah lama wujud – sama umur dengan cerita “Naga Tasik Cini”. Kerana selama ini, barang siapa juga diantara pemimpin UMNO/BN yang cuba membongkar kesah yang dimuntahkan oleh Fauzi itu akan berakhir dengan “PENYINGKIRAN” beragenda; maka semua tutop mulut dan sumbat telinga. Mereka akan diberi ganjaran balak 2000 ekar hutan dara.

Tetapi, kali ini “naga” UMNO itu tidak mau duduk diam lagi. Puncanya, kerana agenda UMNO tidak mementingkan rakyat yang tinggal di tepi hutan dan nelayan yang berdayung sampan kotak, asakan rakyat sudah kuat danb keras. (Itu pun Penghulu Cekau tau…).

Baru nampak sekarang ekor naga itu sedang menguit melibas air tasik yang tenang itu. Memang cukup gamat bunyi deraunya. Kocakannya semakin menyebar keseluruhan tasik berwarna biru gelap itu. Tahulah haiwan kerdil didalamnya, Naga itu sudah terjaga dari tidur lena. Maka, semua haiwan di dalam tasik itu sudah kelamkabut melarikan diri. Hingga seluang ditepi tasik pun dan mula bising.

Buaya-buaya yang selama ini “makan-tidur” sudah ketakutan amat sangat. Buaya-buaya yang makan di kolam renang di PWTC dan di Tasik Puterajaya turut terlibat. Beberapa ikhtiar sedang dilakukan secara senyap-senyap. Malangnya, perkara ini sudah sampai ke dasar tasik. Air yang bergelora semakin keruh.

Rakyat Pahang “Terbuka Mata”

Pemimpin UMNO Pahang peringkat bawahan dan penyokong mereka sudah buka mata. Rupa-rupanya pemimpin makan berlauk sedangkan mereka makan kuah saja. Baru mereka sedar bahawa kandungan ceramah dan perjuangan Barisan Alternatif selama ini memang benar dan bukan fitnah. Mereka mendedahkan kepincangan genda UMNO membohong dan menipu rakyat.

Jika pemimpin UMNO yang berwibawa seperti Fauzi pun boleh difinah dan dikecundangkan secara beragenda, apa akan jadi jika negeri Pahang terjumpa Minyak Petrol seperti Terengganu? Tentu “yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana”, kata mereka.

Memandangkan wujudnya perkara tak senonoh sebegitu lah, maka rakyat Pahang sudah nampak “belang UMNO/BN” di Pahang. Jika hutan “dara” sudah lonyai menjadi “janda” difaraitkan oleh pemimpin UMNO dengan “tengku” Wong; mereka tidak sanggup lagi membiarkan “bumi bertuah yang kaya dengan minyak” itu digerudi oleh pemimin UMNO/BN seperti Rahim Thamby Chik memperkosa “dara sunti” anak Melaka pula.

Amanat Rakyat Terakhir

Ramai pemimpin Cawangan Baserah meminta Fauzi SEGERA mengisitiharkan keluar UMNO dan masuk salah satu komponen Pembangkang Melayu. Jika Fauzi enggan dan masih keras hati mahu mendegar pujuk-rayu Mahatir, Khalil, UMNO dll – tunggu sajalah 2004; bukan setakat Baserah akan menyerah kalah malahan seluruh Pahang UMNO/BN akan kempunan!!

Kini di khabarkan, Fauzi sedang berfikir panjang – sedang menimbangkan dan akan membuat keputusan……!!

Rakyat Baserah berpepatah: “Jangan YB Fauzi cuba berdayung berpatah galah!!”

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com