Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


“AMENDE NYE” BUMIPUTERA PATUT CAPAI LEBIH 30 PERATUS, hah?

Amin Sapiro (semakin keliru dengar kelentong Mahadey)

DULU, oang Melayu tidak pernah menyangka buruk terhadap UMNO maupun pemimpinnya. Perkataan “agenda” dan “sandiwara” tak pernah timbul. Langsung tidak. Apa pemimpin UMNO cakap, orang Melayu telan bulat-bulat. Kalau ada yang menyanggah, orang itu akan dipencilkan. Mereka dianggap sebagai Pembangkang yang dirasuk PAS, atau terpengaruh oleh DAP.

Takbur Dan Riak

Bukan main lagi hukuman kepada mereka yang membantah itu. Pemimpin UMNO merasa diri mereka rakyat kelas pertama dalam negara ini. Kalau ada ahli bukan UMNO di mana-mana kampung, mereka akan dipulaukan.

Kadang-kadang kenduri-kedara dan kematian pun tak ada puak UMNO menziarahi dan jenguk-menjenguk. Kalau tak percaya, budaya itu terbukti benar dalam peristiwa yang berlaku 4 April yang lalu. Kita tak nampak sekor pun “bangsat-bangsat” UMNO yang datang menziarahi allahyarhamah Hjh. Mak Yan. Padahal, Datuk Seri Anwar bukan sikit jasa beliau kepada hampir 50% pemimpin UMNO yang ada. Isk…isk…!! Geleng kepala kita!!

Sekarang terdengar pula gendang rebana yang dipalu Mahathir dan puak UMNO di Parlimen. Kununnya, regim Mahathir sudah menggubal Rancangan Jangka Panjang Ekonomi jangka 10 tahun. Mahathir palu Gong sampai tumbang kayu penggayutnya. Tunggang langgang rebah kelantai. Tak caya, tanya orang Sungai Mulia, Gombak..Hihihih…!!

Khabarnya, Rancangan itu dilakukan oleh Dr. Mahathir kerana kununnya beliau kecewa dengan tahap pencapaian orang Melayu yang jauh daripada matlamat 30%. Kununya, beliau malu dengan prestasi ekonomi orang tidak membanggakan.

Jadi, riak UMNO sekaligus “kepeperan” – bukan dituduh oleh Pembangkang tetapi Mahathir sendiri ‘ngaku, sih!! Dasar pandei ngomong goblok kayak belodok makan dilumpur sungei…!! Yuekkkkk…!!

Jual Temberang Topik “Goreng Pisang Panas”

Kalau orang Melayu masih ingat, Mahathir dan pemimpin UMNO cukup gian bercakap pasal pembangunan sektor perindustrian dan pembuatan. Semuanya diukur dari kuantifikasi “mega” bergelar Korporat sebagai menggantikan perkataan “syarikat”. Pertanian adalah sektor paling tercicir dalam agenda pembangunan Mahathir.

Mahathir mewarwarkan perkataan “Penswastaan” dan “Pengkorporatan”. Orang kampung masyarakat pertanian yang tak cukup sekolah macam Amin Sapiro ini, maksud dua perkataan itu semakin kabur. Tetapi, bila ekonomi merudum, baru sedar rupa-rupanya perkataan itu adalah bermaksud sebagai mencukupkan syarat mutlak yang membolehkan korporat terbabit (khususnya kepunyaan anak-anak Mahathir dan Kroni beliau) layak mengaut ringgit dan sen dari kocek rakyat, gasak sampai habis licin guna menebus kemuflisan mereka.

Pun perkataan yang lazim digunakan lagi menggelirukan…. Apanamaaa… “bailout”. Berputar-putar lidah menyebutnya..!! Lama-lama kita termenung, apa maksudnya “bailout” itu. Keliru dan mengelirukan amat. Bila dengar ceramah pemimpin BA, baru kita sedar; rupa-rupanya maksudnya ialah “ambil duit rakyat dan tebus hutang “koporat” milik anak-anak Mahathir dan Daim…”.

Sekarang Dah Faham?

Wowwww… belum juga faham, yek?! Nah, baca baik-baik yang ini. Sebagai contoh: Bila korporat anak Mahathir bernama Syarikat Perkapalan Kebangsaan salahurus sampai rugi hingga dinilainya oleh Kementerian Kewangan (semasa DS Anwar jadi Menteri) tak lebih dari Rm800 juta; maka Mahathir naik angin. Marah. Lebih-lebih lagi, hutang syarikat itu boleh buatkan Mirzan masuk jel sebab tak mampu bayar hutang berbillion-billion.

Jadi, Siti Hasmah desak Mahathir suruh PETRONAS beli Syarikat Perkapalan Kebangsaan si Mirzan. Kerana Si “Daddy ku” takut bini, dan bising benak telinga dengarkan si Mirzan merengek tak henti-henti macam bayi lapar susu, maka Si “Daddy ku” pun terpaksa mengalah.

PETRONAS dipaksa membeli. Tapi bukan seharga Rm800 juta, sebaliknya Rm1.8 billion. Isk..isk..isk…!! Kan melebihi macam Md. Taib tebus talak anak Sultan, kan? Cuma bezanya, Md. Taib terlepas hutang dengan membayar tebus talak sekian juta; tapi si Mirzan masih lagi “memperkosa” Syarikat Perkapalan Kebangsaan itu. Rakyat melopong saja. Tak boleh buat apa-apa. Itu Si “Daddy ku” punya kuasa. Hebat yek..!?

Nah! Baru faham bagaimana mudahnya memahami teori “bailout” Mahathir itu, kan? Mahathir kata kemudiannya, dengan cara itu maruah negara akan terjamin. Anak-anaknya pandai bisnis. Tindakan beliau itu bermaksud menyelamatkan harta orang Melayu, konon!!

Sekarang disebut pula, penguasaan ekuiti orang Melayu semakin menurun dalam bisnis Korporat. Kerana itu, ia harus ditingkatkan konon. Dah beratus billion duit dikebas habis-habisam masih lagi “semakin menurun”? Pakai “sampua” jenis apa? Jenis Mamak-malbari kah?

Tapi jika diselidik betul-betul, benarkah korporat-korporat itu kepunyaan orang Melayu? Mengapa ia menurun? Wang siapa yang akan digunakan untuk meningkatkannya?

Jawabnya mudah saja: Korporat itu adalah perkongsian anak-anak “malbari” baru belajar meniaga bertaraf “jual kacang puteh”. Kerana “daddy nya” Presiden UMNO dan PM paling khianat sejak Malaysia merdeka; maka orang Melayu dijadikannya “haiwan seranggan” yang layak disembur dengan gas pemedih mata dan air kimia saja!! Orang UMNO tepuk tangan macam barua bila Mahathir temberang lapok di Perhimpunan Agung UMNO. Hahaha… “MAHATHIR BAPAK MIRZAN…!!” Orang UMNO jadi Korban!!

Geram Yang Tak Lepas

Pembongkaran demi pembongkaran berlaku – dilakukan oleh pemimpin Barisan Alternatif. Ezam dan Mahfuz sudah berpuluh membuat laporan polis. Tapi yang tangkap Ezam dan Mahfuz saja nampaknya. Kununnya. Mereka pengkhianat negara, tidak memperjuangkan hak istmewa orang Melayu, kunun!

Cuba kita fikir masak-masak sekarang, jika Raja Mandeliar dan si Kitul berpakat menyebabkan Bendahara Seri Maharaja terbunuh – apa orang Melaka tua buat? Tidakkah si pengkhianat itu disula dari dubur hingga ke tenggorok?

Sekarang kenapa pula kita orang Melayu zaman IT ini berpeluk tubuh membiarkan suku-sakat Mandeliar dan si Kitul ini jadi raja di Mahligai Puterajaya, terbang dengan Global Express ke sluruh dunia, pakai TV saluran perdana untuk berbohong kepada kita? “Bungol” sangatkah?

Tidakkah itu memang sesungguhnya orang Melayu BANGANG KETETEL sampai boleh dibuat sambal oleh bedebah sekongkol ini?

Mahathir bilang, “I don’t care. It is My Way…!!”. Dengan itu ia terus memecah undang-undang negara. Jika orang Melayu berkata, “Who cares, this is my country, I’ii get you and break your neck..!”, patut atau tidak?

Owww… mau tunggu tahun 2004? Sampai ekonomi dan sumber hasil negara punah-ranah Mahathir-Daim lipat? Itu ORAIT? Mau Melayu lenih dulu jadi BANGSAT baru nak bertindak? Isk…isk… tak tau nak kata dah!

Fikir…!! Fikir…(Jangan Banyak)

Wahai pemimpin UMNO..Fikirlah! Gunakan kepala hotak. Fauzi Rahman dah mula penak silat. Bila lagi kalian yang lain pulak? Mana dia Ibrahim Saad, Muhyiddin Yassin, Affifuddin, Mohd Taib (Tyson), Shahril Samad, dan banyak lagi.. you orang fikir Mahathir nak balas budi kaaaa….?

Sekarang dia cakap pasal “nak meningkatkan jumlah pegangan ekuiti bumiputera kepada 30 peratus dalam ekonomi negara”, you all ingat maksudnya Melayu tulinkah? Isk…isk…MAMAK-MALBARI lahhhhhhhhhh..!!

You orang fikir Mahathir nak bagi jawatan Menteri kepada orang Melayu termasuk you all kah? Hhihih…..jangan harap. Bagi Mahathir, jadi Wakil Rakyat bukan paspot jadi menteri. Jadi Senator lagi baik!! Melepaslah kau orang……!! Kena tipu..BONTANG!!

InsyaAllah, Barisan Alternatif akan rampas Parlimen dengan majoriti 2/3.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com