Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO TERJEBAK DALAM “JERANGKAP SAMAR” KERANA IKUT KELENTONG MAHATHIR

Amin Sapiro (pasang lukah di ruang genting)

SAYA baru pulang dari ‘bertandang’ jauh ke kawasan tengah. Penat belum hilang lagi. Sebab pertemuan dengan kawan-kawan lamo memberi maklumat yang wajar dikongsi di sini, cerita juga walaupun tak sepanjang biasa. Bukan saja story nih bermanfaat kepada BA untuk bahan ceria, tetapi kepada teman-teman yang masih “atas pagar berduri” yang akan “berkerat rotan”, pasti mereka rasa lega dan lemparkan sedikit senyuman.

Terdengar khabar dalam perjalanan sehari suntuk tadi, beberapa pihak memaklumkan (kabarnya) UMNO merancang untuk menolak semua mereka yang dikenalpasti menyokong Anwar dalam parti. Agenda itu sudah ternampak bermula di peringkat Cawangan, tetapi lebih ketara di peringkat Bahagian. Mangsa pertama, itulah dia Fauzi (sebagai contoh). Ramai lagi yang akan dibakulsampahkan. Segala-segalanya menjurus ke arah pengukuhan kedudukan Mahathir di kerusi Presiden.

Puterajaya & PWTC sedang membuat senarai panjang bagi menghadapi tahun 2004. Nama-nama sudah siap dan sedang dipantau untuk dimasukkan ke dalam “freezer”. Antaranya ada beberapa penjawat menteri, ADUN dan beberapa Ketua-ketua Bahagian dan MKT. Mana-mana mereka yang patut dinyahkan sekarang sudah dilakukan. Mungkin Fauzi salah seorang? Hehehe… kena tanya orang Pahang.

Beberapa orang yang ditemui berkata: Kalau itu cara Mahathir mahu berkuasa (dengan mengenepikan calun-calun pro-Anwar), pasti agenda itu akan “backfire”. Lebih-lebih lagi, dalam pergolakan UMNO sekarang yang lebih berat kepada pro-Anwar dan BA; jika calun-calun pro-Anwar dalam UMNO di ketepikan, bermakna pengundi akan 100% menolak UMNO. Pemimpin UMNO pro-Anwar akan “main silap mata”. Habis UMNO.

Gelombang sekarang, pengundi tidak peduli calun-calum UMNO pro-Mahathir – walaupun hensem, loyar buruk, pandai temberang, berduit banyak, Mercedez mata belalang, Datuk, Tan Sri atau Senator sekalipun. Kemenangan UMNO/BN bukan bergantung kepada kewibawaan calun itu, tetapi sejauhmana mereka pro-Anwar atau betul-betul menyokong gerakan reformasi.

Maknanya, pengundi lebih kenal siapa nak dipilih. Mereka sudah menetapkan iltizam, calun-calun pro Mahathir akan dilumpuhkan, walaupun mereka longgokkan duit satu bakul. Kalau tak, mereka pilih BA – habis cerita!

Jadi, dikatakan ‘backfire’, sebab nampak sekarang UMNO hanya setakat ramai “general-genera” pro-Presiden, tetapi mereka cuma “ada senapang tapi tak ada peluru yang boleh meletup”. Yang melingkopkan lagi, UMNO/BN tidak dapat merasuah 1.6 juta pengundi baru yang sudah matang berfikir. Yang menyemakkan fikiran, 80% penyokong UMNO sudah berhijrah ke BA.

Hahaha…amacam Mahathir sudah silap lang. Apa mau bikin? Apa modal? Cukupkah dengan Rm10 ringgi, kemeja T gambar si nyanyuk dan nasi lauk ikan temenung sebungkus saja? Atau setiap hari buat berita palsu kutuk PAS, KeADILan, busukkan Fadhil Nor, caci Nik Aziz dan pelekeh Hadi Awang, cukupkah itu? Isk..isk..isk…!! Salah strategi!!

Nampaknya “geng Fauzi” akan beralih angin ‘switck camp “agak-agak” 3 bulan sebelum episod 2004 akan berlangsung. Maknanya, “Fauzi and geng” pun pandai buat “smart partnerships”. Takkan nak letak jawatan sekarang. Itu sama dengan “comitting suicide”. Takkan sebangang itu. Tunggu tarikh kritikal, bertindak tepat pada masanya….. hahah TERDUDUK Mahathir!! Hancur UMNO/BN.

Tambahan pula, kaum Cina tak boleh dengar nama Leong Sik. That really make them sick. Pun kaum India tak boleh tengok Samy Vellu, that really make their faces turn blue!! Maknanya, hancusss UMNO, lingkop BN.

Kalau tak caya..Nah! Tunggu…Tunggu…!! The hell is about to turn loose!! Soonest..!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com