Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KABARNYA: UMNO JOHOR TERKENA JANGKITAN KUMAN “BASERAH”

Amin Sapiro (sekadar melaporkan saja)

TERKEKEK-KEKEK kami ketawa kemarin bila membaca Pengerusi Biro Pendidikan, Pergerakan Pemuda UMNO Pulai, Johor. (Dr. Mohd. Azam Rauzan) membuat kenyataan “serkap jarang” tidak berinjap dalam ruangan Forum di Utusan Malaysia.

Dalam rencana beliau, “dukun UMNO” ini berkata, “ahli UMNO hampir mencecah 2.7 juta ramainya, UMNO tidak ketandusan pemimpin”. Itu yang menyebabkan si Ainul ketawa besar. Dokumen yang berada ditangan beliau, terang-terang menunjukkan angka itu dah “out of date”.

Mamak Sulaiman Ninam Shah tentu lebih tau. Pengerusi Tetap itu sekarang sebok dengan masalah “bus express” saja. UMNO punya pasal, harga spare-parts dah makan modal. Gaji pekerja pun susah nak bayar. Tak lama lagi syarikat bus eksprss Johor nak tutup kedai. Bercanggah nampaknya dengan kenyataan pemimpin UMNO yang mendabek dada kunun pengangguran “tidak ada” di Malaysia.

UMNO Dijeling Sinis

Oh ya! Si Ainul yang duduk bersebelahan saya dalam perkumpulan itu, terkuit-kuit kumis halusnya bila membaca perenggan rencana Mohd. Azam berbunyi:

“…Apa lagi yang belum Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad selaku Presiden UMNO lakukan dalam usaha untuk menangani gejala budaya politik wang dalam UMNO. Kempen besar-besaran sudah diadakan, perhimpunan khas sudah diadakan, merayu sudah dibuat, menangis pun sudah dan doa pun sudah dibacakan. Tetapi ada satu yang belum dilakukan, iaitu memastikan mereka yang terlibat diambil tindakan…”.

Saya tanya Ainul, “Apa yang you terkuit-kuit kumis ni, Nol? Pandangan you amacam?”.

Jawabnya, “Yang belum dilakukan oleh UMNO cuma satu – Mahathir tak juga letak jawatan. Kalau setakat memastikan mereka yang terlibat diambil tindakan, sampai mampos Mahathir tak akan setuju. Sebab dalam Kes Fauzi – Khalil dapat arahan Mahathir. Sultan pun dapat bahagiannya. UMNO/BN pun dah menang Nov. ’99. Maknanya, cerita “laporan polis” itu akan ditutup macam ‘tempayan pekasam’. Kalau dibuka, busuknya merebak ke setiap batang hidung UMNO Pahang!”. Ainul menunjukkan dokumen fotostat di tangan beliau. Diedarkan sebagai bukti kukuh!

Sedikit pengenalan: Ainul ini sering seperjalanan dengan saya kemana jua. Beliau memang prihatin dengan perkara detail. Sikapnya – kalau dia tak pasti sesuatu perkara dia tak akan bercakap. Kali ini soalan saya pun dia jawap dengan berhati-hati. Kepalanya terangguk-angguk – menandakan dia sedang berfikir.

Tambah sikit lagi – Teringat saya, semasa saya dirawat di hospital lebih setahun dulu, si Ainul inilah penyambung tangan dan lidah saya untuk menghantar artikel saya ke Lamanweb FeU dan Tranung kita.

Perlu saya sebut juga di sini khidmat jariah si Hani, dialah yang mentranskripkan deraf apa yang dirakamkan di pita rakaman. Berulangaliklah mereka ke bilik persinggahan saya di Ward 8. Kadang-kadang terus ubah pinda di situ juga mana-mana yang patut dari lap-top.

Acapkali juga mereka “marah” kepada saya – apasal dalam keadaan uzur saya masih juga nak menulis dan nak bereformasi. Saya kata, “Selagi you orang ada, dan selagi “Amin Sapiro” belum sewel macam Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain – saya akan terus menulis. Kalau saya tak boleh menulis lagi, you orang mesti sambung perjuangan ini…”. Saya tau mereka sedih.

Turun Padang Yang “Kering Kontang”

Dan, sejak dari hari itu mereka berdua sudah mula bergiat dalam gagasan reformasi ini – hingga ke hari ini. Merekalah tangan kanan yang memberi input kepada beberapa perbincangan yang termuat dalam laman-lamanweb. Si Hani bekerja sepenuh masa mendownload semua berita terkini dari semua lawanweb termasuk laman-laman UMNO. Ainul dan saya memilih mana-mana yang patut dijadikan bahan artikel dengan komentarnya.

Si Ainul menganalisa dan meneliti fakta-fakta yang ‘authentic’. Dia jua yang membuat persiapan “konvoi” kami bergerak ke timur-barat-selatan-utara. Pak Mat yang memandu kenderaan sudah menjadi sebahagian keluarga kami – keluarga Reformasi. Hasil kerja kami, beberapa Bahagian yang ditemui sudah sedar bahawa perjuangan Reformasi bukan macam yang dibohongkan oleh TV3 atau Utusan Meloya.

Kalau Mahathir marah-marah dan berkata – Pemimpin UMNO mesti turun padang; saya berani kata: UMNO di Johor bergolak kerana para Reformasi dah lama turun padang – sejak DS Anwar dilucutkan jawatan. Tengok apa jadi UMNO Senai dan Johor Tenggara (banyak lagi). Tengok berapa sangat majoriti calun-calun BN. Bacalah apa yang berlaku kepada UMNO Baserah. Itu belum lagi cerita pasal Kedah, Selangor dan Terengganu. Itu – adalah antara hasil turun padang pemimpin BA. Akan diteruskan lagi, samada dapat permit atau tidak!

Walaupun Dr. Mahathir arahkan pemimin UMNO turun padang, sorry to say: Padang UMNO rumputnya dah kekeringan. Dah bertukar jadi “padang jarak padang tekukur”. Rumput yang dulunya hijau dah perang – melecur….!! UMNO dah nak terkubur dibeberapa buah negeri. Reformis dah upah orang menggali kubur. Tangan Reformis dah memegang batu nesan. Cuma tunggu masa nak cacakkan di tanah kuning.

Perlu Berfikiran Terbuka

Dalam kami menganalisis fakta-fakta dan membincangkan kesahihan fakta-fakta tersebut dari beberapa dokumen yang diberi oleh “deep-throat” dan “mole-mole” yang menyelinap ke akar umbi, memang nampak sekarang pergolakan UMNO sudah semakin menyeluruh.

Memang antara pemimpin UMNO tidak sebulu lagi. Masalah utama ialah peranan politik wang. Dan berakhirlah cerita “tumbang-menumbangkan kawan”. Perencana utamanya bukan pemimpin peringkat bawahan, tapi elit-elit yang banyak pekong di dada. Mereka sedang bersemayam di Puterajaya dan bersenda-guarauan di PWTC. Mereka inilah bapak segala Konspirasi dalam bangsawan cerita “Jula-Juli Binatang Timur” alaf IT. Semua yang berpekung di dada terpaksa akur dengan “piagam” si Mamak-malbari.

Menjawab Ainul dengan suara perlahan, “Wak. Semakin nampak UMNO yang telah sekian lama menjadi wadah dan payung untuk orang Melayu bernaung di negara ini; sudah patah tulang mengkawan payungnya. Kita dah nampak bahawa masalah dalaman UMNO sudah tidak dapat diperbetulkan. Secara serius, kerosakan UMNO oleh semua pihak dan di setiap peringkat kepimpinan parti itu tidak boleh lagi dipandang ringan. Masalah-masalah yang kain berpelbagai semakin “out of control”.

Terangguk-angguk kepala seorang “pemimpin Bahagaian” yang bakal tersingkir (semacam nasib Fauzi Rahman).

Katanya, “Pemimpimpin elit UMNO di Puterajaya dan PWTC tak peduli samada UMNO menjadi wadah perjuangan orang Melayu atau tidak. Mereka tidak pentingkan matlamat UMNO samada untuk membawa rakyat Malaysia keseluruhannya ke abad selanjutnya atau sebaliknya. Cerita “Wawasan 2020” itu cuma khayalan temberang lapok Mahathir. Elit UMNO dan Mahathir sudah kehilangan wadah – yang mereka perjuangkan cuma tembolok mereka saja. “Bailout” sudah memakan saraf ekonomi rakyat. Selagi UMNO sekarang masih UMNO parti Malbari, orang Melayu bersedialah menukar haluan – ikut simpang kanan yang diturap luas, sudah terbina oleh pemimpin BA. Johor akan beralih tangan kali ini.”.

Terkejut Beruk

Saya tak sangka, majlis perkumpulan itu adalah himpunan sekelompok wakil-wakil bahagian yang kecewa dengan UMNO seluruh Johor. Bukan saja kaum bapak, tetapi ramai juga Wanita yang dah tua-tua. Pemuda pula dah mula memakai lambang PAS, KeADILan dan PRM di koceh kemeja berlengan panjang. Rupanya Johor adalah paling ramai pemiminpin berjawatan yang akan kena “terajang” oleh Mahathir dan ‘think tank”nya. Dah jadi ‘public secret’: Mereka inilah yang sedang memasang telinga dan mata membantu kami menyelaraskan “konvoi” kami ke tempat-tempat tertentu.

Mungkin itu sebabnya Dr. Mohd. Azam Rauzan, Pengerusi Biro Pendidikan, Pergerakan Pemuda UMNO Pulai, Johor menulis panjang dalam Utusan Malaysia semalam, ye ke? Whatever it may be, he must be taken by surprise!! Anyway, more surprises are in stock. Why not just state your stand? It’s time to take position..!! (nasihat jerrr…!!)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com