Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KETANDUSAN PERSEPSI KEMANUSIAAN BAKAL MENUMBANGKAN UMNO/BN

Amin Sapiro (Mahathir sudah melencong dari nawaitu UMNO asal)

Dr. MAHATHIR melenting bagai nak gila bila Diplomat dari Kedutaan beberapa negara luar hadir dalam taklimat YB Datin Seri Dr. Wan Azizah (isteri DS Anwar Ibrahim) mengenai kedudukan perkara berthabit dengan masalah yang timbul dari permohonan rawatan kesihatan suami beliau – Datuk Seri Anwar.

Fitrah Seorang Isteri

Berita dari akhbar negara jiran (Singapura) melaporkan, Dr. Mahathir telah membidas diplomat negara yang hadir di taklimat itu – ie. France, New Zealand, Australia termasuk negara Asean: Indonesia dan Singapura.

Seperti biasa, Dr. Mahathir menyelar kehadiran mereka dengan menghasut rakyat kununnya, jika negara luar diimbau untuk campurtangan dalam hal ehwal dalaman negara, jangan terkejut jika satu ketika kelak akan berakhir mereka (orang asing) menguasai negara ini.

Kemudian (seperti biasa juga), Dr. Mahathir mendendangkan lagu lama yang berentak sumbang dengan seruling nafiri seorang “politikus nyanyok”. Membebellah dia mengutuk semua orang melainkan dirinya. Hamba suruhan Mahathir bertaraf menteri bernama Hamid Albar yang dibayar gaji dengan wang rakyat pun memulakan serangannya seperti yang arahkan oleh “tuan”nya.

Nah! Makin bergandalah episod yang mencerminkan betapa buruk dan tidak prihatinnya regim ini dalam menilai ciri-ciri “kemanusiaan” terhadap seorang pemimpin yang dihormati rakyat - Datuk Seri Anwar.

Hematnya, episod “taklimat” itu berlaku kerana wujudnya fitrah seorang isteri terhadap suami seperti yang dituntut oleh seorang insan bergelar manusia. Ia sejajar dengan naluri makhluk yang dicipta Allah swt. walau haiwan sekalipun.

Apatahlagi, manusia sudah jauh bertamaddun. Dan, orang Melayu mempunyai agama. Islam adalah agama yang mengajar supaya Keadilan ditegakkan dan Kezaliman ditumbang-musnahkan! Perbutaan Datin Seri Dr. Wan Azizah samasekali tidak bertentangan dengan apa jua tamadun manusia, budaya dan tuntutan sebarang agama manusia. (semoga Allah swt. akan merestui urusan beliau).

Mustahil Dr. Mahathir tidak tahu budya ini. Jika tidak mengamalkan keseluruhannya sekalipun, setakat memperakukannya sudah memadai. Tetapi, tidak begitu nampaknya. Beliau menggunakan amalan haiwan yang membudayakan “undang-undang belantara”..!!

Kita boleh saksikan dalam kehidupan haiwan sekalipun; fitrah melindungi ‘yang dikasehi’ itu memang wujud. Seekor kancil akan melindungi keluarga dan anaknya dari serangan serigala lapar dengan lari berlindung di tengah-tengah kelompok seladang yang bertanduk panjang. Walaupun si kancil bukan spesis yang sama dengan seladang, namun kehadiran seladang itu diharap akan memberi bantuan kepada dirinya dan anaknya.

Itu adalah analogi dari lumrah alam peradaban haiwan di belantara. Apakah Dr. Mahathir lebeh rendah dari mereka? Jika dunia mengasehani Datin Seri Dr. Wan Azizah, apatahlagi lagi Allah swt. dan para malikat yang sentiasa melihat dan menyampaikan maklumbalas mengenai buruk-baik perbuatan insan kepada Tuhannya. Pasti catitan perilaku Mahathir sendiri sudah berjela-jela setakat ini.

Dr. Mahathir Sudah Hilang “Perikemanusiaan”

Sekarang, sikap Dr. Mahathir itu sudah mulai ditafsir rakyat sebagai tindakan seorang yang sudah kehilangan pertimbangan diri sebagai seorang manusia yang berfitrah mulia – sejajar dengan pengurniaan Allah swt kepada insan yang lebih tinggi darjat dari segala hamba-makhlikNya. Tetapi, apakah perbuatan Mahathir selama ini sejajar dengan seorang manusia yang punya “fitrah” layak digelar pemimpin?

Yang pasti sekarang, dunia semakin hairan mengapa Dr. Mahathir melihat semua ‘tindakan kemanusiaan’ rakyat negara ini dan riaksi dunia terhadap isu berthabit dengan Anwar sebagai ‘serangan politik’ terhadap beliau. Apakah yang memabukkan beliau hingga ciri-ciri kemanusiaan itu semakin lupus dan terhakis dari lubuk hati beliau?

Analisa mendalam dari sudut ilmu jiwa pasti akan menunjukkan tanda-tanda bahawa Dr. Mahathir sedang mengalami semacam “phobia” yang sedang melanda jiwanya. Inilah yang menyebabkan beliau tidak tentram dan hilang pertimbangan. Yang dapat dilihat rakyat, sejak beliau menceburi politik – meningkat dari bawah: beliau pernah tersingkir dan kembali semula kepada UMNO. Tetapi cara beliau meningkat adalah melalui agenda yang memijak kepala kawan dan tuannya.

Nampak sangat bahawa Dr. Mahathir tidak pernah terfikir bahawa semangat “Setiakawan” ada nilai-nilai kemanusiaan yang harus digarap bersama. Kerana itulah, termasuk Abdullah Bedawi, sudah empat orang Timbalannya yang masih dianggap beliau seolah seperti “beruk dengan pisang”. Rakyat terhadap-harap bila Mahathir yang semakin nyanyok ini akan undor. Mereka sudah yakin bahawa beliau sudah patut dihumbankan – kerana segala perbuatannya sudah cukup menyusahkan rakyat jelata!

Bermula dengan pembatalan UMNO hingga kepada huruhara politik, kacaubilau ekonomi, runtuhnya keterampilan sosial orang Melayu yang beragama Islam dan musnahnya kedaulatan sistem undang-undang yang terpakai di negara ini; sekarang rakyat dihadapkan pula dengan “episod Anwar” yang menjegilkan pelupuk mata umat dunia. Semua itu kerana Mahathir beragenda untuk terus berkuasa sampai mati.

Soalan yang lazim didengar sekarang, apakah nilai seorang pemimpin negara jika dalam diri dan jiwanya sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan itu? Apa akan jadi kepada rakyat yang diurustadbir sekiranya kerakusan dan sikap tamak kuasa itu diterjemahkan beliau kepada siri tindakan mempertahankan kedudukan dan kepentingan dirinya secara paling tidak beretika?

Hak Rakyat Memperoalkan “Siapa Mahathir”

Selari dengan amalam demokrasi dan kebebasan manusia yang perakukan dunia, rakyat berhal membuat evaluasi siapa pemimpin mereka dan apa jenis makhluk dan peradapan dan amalan dirinya.

Meneliti keseluruhan episod yang berlaku, semakin yakin kita dengan apa yang disebutkan oleh Tan Sri Musa Hitam, bekas Perdana Menteri (yang pernah meletakkan jawatan kerana bercanggah dengan Mahathir ini), Pengerusi SUHAKAM sewaktu beliau bercakap di London. Beliau seakan-akan membayangkan bahawa Mahathir sanggup mencetus dan mengambil kesempatan dari rusuhan kaum di negara ini demi berkuasa terus.

Jadi, logiknya: Setinggi manakah nilai jiwa seorang Anwar kepada Mahathir – musuh politik beliau nomor wahid, berbanding dengan: jika kesejahteraan 20 juta rakyat ini pun beliau langsung tidak pedulikan beliau?

Kita nampak, selama 20 tahun Mahathir menerajui politik negara, majoriti orang Melayu di desa-desa yang masih hidup dengan sumber pertanian semakin terpinggir tanpa pembelaan sewajarnya.

Jika Allahyarham Tunku dan Tun Razak dikatakan negarawan yang peka dengan isu-isu kemiskinan; maka dari 10 isu-isu yang dibincangkan di Kabinet beliau, 8 darinya adalah mengenai bentuk-bentuk pembangunan yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat.

Bagaimana Mahathir pula? Kita sudah ada bukti bahawa Dasar Ekonomi Baru yang diilhamkan Allahyarham Tun Razak telah bertukar menjadi Dasar Ekonomi Bar(A) dibawah urustadbir Mahathir dan sekongkolnya. Diwarwarkan pula perlaksanaan konsep Penswastaan dan Pengkorporatan. Mahathir berkhayal bagai Mat Jenin dengan Wawasan 2020. Kununnya negara ini akan jadi negara perindustrian menjelang tempoh itu.

Tetapi apa yang sebenarnya berlaku sekarang? Melalui Dasar Ekonomi Baru itulah gejala “Nepotisme, Korupsi dan Kronisme” telah dijadikan oleh Mahathir sebagai landasan untuk membolot wang rakyat semahu hati. Budaya kerja dan sikap amanah pemimpin rakyat yang sekongkol dengan beliau sudah terhakis melampaui garis-garis peradaban dan tanggungjawab pemimpin yang telah berikrar kepada rakyat. Sikap kemanusiaan mereka yang terpuji sudah punah.

Mahathir Meludah Ke Langit

Perlaksanaan konsep Penswastaan dan Pengkorporatan sudah dimanipulasi oleh “barua-barua” pilihan Mahathir sendiri (termasuk anak-anak dan suku-sakat beliau). Hingga, hari ini rakyat sedang merengkok membayar segala beban hutang bernilai puluhan billion ringgi (jika tidak ratusan) kerananya.

Tidakkah sudah cukup bokti bahawa Mahathir memang sudah tidak mempunyai nawaitu lagi untuk diiktiraf sebagai seorang yang wajar disingkir – sebelum negara ini porak peranda? Fikirlah secara mendalam dan bersama. Apakah beliau (Mahathir) wajar meletakkan dirinya sebaris dengan pemimpin masa lampau yang berkterampilan?

Jika Dr. Mahathir berucap kepada dunia dan juga kepada rakyat (rujuk Seminar di Langawi dan sebuah majalah Jepun) kununnya “jika seseorang itu terlalu lama ditampuk kuasa, ia akan berkesempatan melakukan rasuah dan penyelewengan” – apakah kita masih ragu-ragu bahawa beliau adalah manusia “pelahap” yang disebutkannya itu? Malangnya, Mahathir adalah seorang cuma setakat “pandai bercakap, tetapi akan melaukan sebaliknya”. Tidakkah Mahathir seorang pemimpin yang suka “meludah ke langit”?

Petani Desa Jadi Mangsa

Sedikit masa dulu pun, (Dr. Mahathir mungkin sudah lupa) semasa berucap di hadapan para mahasiswa UKM, beliau pernah menyebut bahawa sektor Pertanian bukan lagi menjadi keutamaan dasar pembangunan regimnya. Kataya: Negara akan menitikberatkan sektor perindustrian.

Kerana dasar itulah, semakin nampak sekarang bahawa orang Melayu desa (rata-rata petani dan nelayan) telah terpinggir. Pembangunan tidak lagi menjurus kepada peningkatan taraf hidup mereka. Sebagai penghuni desa yang semakin tersepit hidup mereka. Mereka terpinggir – pembelaan nasib mereka setakat “melepaskan batuk ditangga” cuma.

Buktinya sudah jelas sekarang, dengan merudumnya harga kelapa sawit dan getah, petani desa tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Berjuta diantara mereka terbiar tnanpa pampasan harga yang berpatutan. Walhal, jumlah ‘bailout’ yang menggunakan wang rakyat melebehi puluhan ganda bagi mengapung kemuflisan korporat anak-anak dan kroni beliau. Inilah kesan dari eksperimen Mahathir yang bercagarkan kesejahteraan rakyat banyak.

Hak dan simpanan untuk hari tua komuniti perkerja digunakan oleh Mahathir dan regimnya untuk membailout kroni dan suku-sakat beliau. Meloponglah melihat bagaimana hak mereka dimanipulasi hingga pencaruman mereka punah – seolah Mahathir mentakrifkan harta rakyat sebagai harta peninggalan “kepala bapaknya”.

Tidak pula dilihat sektor perindustrian itu mampan bertahan. Hari ini, sudah banyak pengusaha dan pelabur luar berpindah ke negara lain. Banyak pengusaha tempatan yang “tutup kedai”. Pengangguran sudah lama menggigit ekonomi rakyat. Inflasi semakin ketara. Hingga air yang dibekalkan Allah swt. pun sudah sedemikian berharga di negara ini, sementara ia dijual ke negara luar jauh lebih murah. Paling bangang sekali, regim ini membelinya semula…! Itukah dasar “Masyarakat Penyayang” regim ini?

Rakyat Tidak Akan Terpedaya Lagi

CUKUP..! CUKUP..! Dan cukuplah, wahai Mahathir! Seseorang boleh berbohong kepada semua orang cuma sekali. Pembohongan yang sekali itu perlu ditutup dengan 10 pembohongan lain. Sebika-bijak seseorang manusia, masakan ia mampu membohongi semua orang setiap kali ia bercakap dalam setiap masa.

Dari sebanyak orang yang dibohongi itu, pasti akan ada seorang dari mereka yang dibohongi itu yang tidak akan lupa mengingatkan anda bahawa anda adalah seorang yang sudah lupa bercakap benar. Apatahlagi, 11 juta orang Melayu dan orang Islam sudah mengingatkan anda bahawa anda harus jangan terus-menerus berbohong lagi.

Hemat, rakyat sudah lama menyarankan supaya anda berbalik ke pangkal jalan. Jika diri anda tidak mahu disamakan sebagi sekor haiwan, isilah semula jiwa anda dengan nilai-nilai kemanusiaan!! Undorlah dari Mahligai dan takhta itu. Jika tidak contohnya sudah cukup banyak berlaku.

Mungkin itu sebabnya mengapa wakil Indonesia dan Perancis tampil di majlis taklimat DS Wan Azizah. Mereka sedar apa yang berlaku di zaman Soeharto. Rakyat Perancis mempunyai sejarah kebangkitan rakyat paling menggugat!!

Fikirlah selagi masih ada waktu. Waktu itu semakin singkat..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com