Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SAMPAI BILA KALIAN MAHU BERBOHONG LAGI?

Amin Sapiro (cekur manis santan berlada)

PENYOKONG UMNO masih terpongah lubang hidung bila pemimpin nomor wahid mereka bercakap bagi seorang jaguh. Kepala mereka terhangguk-hangguk macam burung belatuk bertemu sarang semut di tunggul lapok. Di akhir ucapan sang Presiden yang beragenda itu, mereka yang diupah dengan ringgit sepuluh dan sebungkus nasi putih tanpa lauk akan bersorak – kencang hebat bertepuk-tepuk. Peluh di dahi mencias, lengan baju hitam berkulat – namun mereka tidak sedar minda mereka sudah dilanyak lumat-lumat bagai sambal olek berlauk ikan sepat.

Pembangunan Untuk Siapa?

Di akhir-akhir ini, Dr. Mahathir dan sekongkol sedang merancang satu siri propaganda “menjual temberang” ke seluruh negara. Program terkini disebut sebagai ‘K-3P’. Ramai yang tak tahu makna kesingkatan abjad berangka itu.

Pelbagai tafsiran sudah diberi oleh rakyat. Tapi yang paling popular bermaksud: “Kumpulan 3 – Pembohong, Perompak dan Penyangak”. Memang ada kebenarannya, lebih-lebih lagi ia selari dengan bidalan Melayu yang lazim terdengar melalui pantun 2 kerat yang sering didendangkan di zaman kanak-kanak, berbunyi:

[[ Siakap senolong Gelama ikan duri
Bercakap bohong Lama-lama mencuri ]]

Itu pantun dulu semasa datuk nenek kita belum terbuka mata dan minda. Sekarang, keadaan sudah jauh berbeda. Gelombang kemerdekaan ke-2 sedang bergolak. Ini era IT, zaman pergolakan Reformasi. Anak-anak kita sudah celik mata. Malam-malam, setelah siap kerja sekolah, mereka akan mngetip ‘key-board’ komputer dan membaca pelbagai ilmu yang memberi mereka kebebasan berfikir.

Pantun tadi sudah sudah dipinda, hingga berbunyi:

[[ Siakap senolong Gelama ikan duri
Percaya bohong orang hak sendiri kena curi ]]

Anak-anak kini semakin tangkas berfikir. Mereka banyak menggunakan hukum akal. Mereka tidak lagi menyebut ‘mathematik’ sebagai ‘kira-kira’, atau ‘geograpi’ sebagai ‘ilmu alam’. Mereka semakin peka dengan ledakan maklumat di internet. Mereka tahu membedakan antara yang buruk dengan baik, yang salah dengan yang benar.

Mereka sudah tidak boleh dipaksa mempercayai pembohongan sebagai kebenaran. Atau, dipaksa menerima sesuatu yang mereka tidak yakin. Bagi anak-anak zaman sekarang: Pembangunan perkelilingan bukan bermakna pengwujudan bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi. Mereka mahu menganalisis, apa faedahnya kepada dirinya, masyarakatnya dan negara pada keseluruhannya.

Andainya ada pihak cuba berkata yang hitam itu adalah puteh, anak-anak itu akan angkat tangan, bangun dan berkata: Saya yang kurang penglihatan atau anda yang buta..!! Dan bermula satu pertentangan yang sukar dipaksa mereka mengikut telunjukkan mereka yang mempermudahkan sistem rational yang membudaya dalam diri mereka.

Anak-anak inilah yang sedang mengolah diri sebagai “agent of change” sebuah masyrakat di masa muka. Merekalah ‘reformis’ sebenar yang bermula dengan keterbukaan minda mereka menunutut penolakan status quo yang tidak rasional.

Jangan Cuba “Kelentong” Lagi

Jika kita seorang guru, sekiranya anda membawa sekumpulan kanak-kanak melawat bangunan KLCC yang tertinggi di dunia. Kununnya Dr. Mahathir berkata, ia adalah lambang ketinggian cita-cita rakyat Malaysia. Pasti ada anak-anak yang bertanya, “Mengapa harus lambang itu mengosongkan kocek ibu-bapa mereka sejumlah Rm4.0 billion semata-mata kerana sebuah “lambang”..?”.

Begitu juga dengan KLIA, atau Mahligai tercantik di dunia di Puterajaya – pada mulanya anak-anak itu akan terpegun melihatnya. Tetapi kita tidak sedar, ramai diantara mereka sedang berfikir dan tertanya-tanya dalam hati.

Soalan pertama yang akan ditanya ialah: Itu bangunan apa. Kemudian, akan ditanya: Siapa punya. Seterusnya akan meledak soalan lain antaranya: Untuk apa, untuk siapa, apa gunanya, berapa harganya, duit siapa membinanya, apa faedahnya kepada mereka, dan 1001 soalan lain.

Maka terpancarlah dalam minda mereka suatu perbandingan yang asasi: Mengapa seorang Perdana Menteri harus tinggal di mahligai Rm200 juta, sementara mereka berteduh dirumah setenggan beratap zing berkarat di Kg Medan?

Jika seseorang guru yang jujur, beliau akan menjawap dengan penjelasan yang benar. Jika itu berniat menyembunyikan sesuatu yang sensitif, anak-anak itu akan dibohongi. Jika pembohongan itu keterlaluan hingga tidak dapat diterima akal dan rasional anak-anak pintar itu; sang guru akan dimaki oleh anak-anak itu dalam hati dengan dendangan tadi:

[[ Siakap senolong Gelama ikan duri
Percaya bohong orang hak sendiri kena curi ]]

Bermakna, bermula dari detik itu, murid-murid itu tidak akan percaya lagi kepada gurunya atau orang-orang yang cuma bercakap semata bercerita mengenai keindahan saja.

Keadaan Sudah Berubah Banyak

Sehubungan itu, Dr. Mahathir dan sekongkol UMNO/BN memang mampu menguasai segala bentuk media yang berkeupayaan mecorak minda semua orang. Kelaziman karekter sesebuah pujukan berbentuk ‘propaganda’; sesebuah agenda “pembohongan” lambat laun akan dipercayai dan diyakini sebagai “benar” jika ia diulang-ulang.

Propaganda semacam ini saban hari dipancarkan melalui media letronik dan media cetak. Di dada-dada akhbar terbentang kata-kata slogan sebagai tajuk akbar media perdana – seperti “Ekonomi sudah pulih”, “Pendapatan golongan miskin akan berganda dalam tempoh 10 tahu”, dll.

Pernah juga terbaca Dr. Mahathir berkata, kununnya semua pusat pertumbuhan yang akan diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) itu akan dipastikan supaya dihuni oleh penduduk berbilang kaum. Tak tau berapa kali ayat ini diulang-ulang. Sudah 4 kali sejak Dr. Mahathir menerajui negara. Tapi yang kaya ialah anak-anak dan kroninya saja!

Pada asasnya Rancangan itu memang baik. Begitulah juga pada mula, Dasar Ekonomi Baru yang ilhamkan oleh Tun Razak memang orang Melayu boleh menaruh harapan. Tetapi setelah “kerakusan melampaui nawaitu kebenaraan”; maka Dr. Mahathir itulah pemimpin yang memanipulasi dasar itulah yang menyebabkan dasar yang unggul itu dijadikan asas mengkayakan anak-anak dan kroni pilihannya saja.

Tak cukup dengan itu, bila korporat mega yang kununnya memberi manfaat kepada rakyat itu jatuh muflis kerana salah urus atau “sengaja” disalahuruskan; sampailah bil-bil hutang bernilai puluhan billion ringgit mencekik merih rakyat membayarnya. Hutang mereka sudah jadi beban rakyat. Begitukah sebuah pentadbiran yang bernawaitu sehat?

Pembangunan Yang Mencermin Keborosan

Begitulah dengan Pembangunan yang kununnya mencerminkan kemajuan pentadbiran beliau. Seorang penganalisis akan terus bertanya: Apakah BAKUN akan memberi manfaat kepada rakyat, walhal perbandingan yang jelas – rakyat miskin memerlukan agenda yang lebih penting untuk mengisi perut mereka dan mencari tempat berteduh yang selesa.

Dr. Mahathir boleh cakap, kununnya langkah regimnya adalah bertujuan untuk membolehkan semua rakyat mendapat kemudahan yang disediakan di tempat-tempat tersebut. Tetapi rakyat sudah nampak jelas, siapa mereka yang kayaraya, dan siapa yang papa-kedana.

Pasti inilah salah satu perkara yang menyebab MTUC memutuskan untuk berpiket seluruh negara. Masyarakat pekerja sudah tahu, hak mereka dipekudakan demi kepentingan pihak kroni yang berlegar di sekeling Mahathir. Sementara itu, Dr. Mahathir boleh bercakap kununnya Pusat pertumbuhan ekonomi yang baru tidak akan dihadkan kepada satu-satu kaum sahaja dan matlamat utama ialah mempertingkatkan penyertaan pelbagai kaum dalam sesuatu bidang.

UMNO Mengagendakan Fragmentasi Orang Melayu

Apa yang jelas sekarang, mereka yang dipilih mendapat nikmat pembangunan adalah mereka yang bergelar “UMNOPutera dan SUPERBumi” saja. Merekalah yang mendapat manfaat. Tetapi. mereka yang terperuk sebagai anak-anak miskin akan terus menjadi rakyat terpinggir dan dinafikan hak untuk mendapat biasiswa bagi menyambung pelajaran. Mereka akan dipaksa membayar balik pinjaman dengan bunga 4%. Sementara anak-anak Mahathir dan Kroni membolot wang rakyat untuk membailout kemuflisan mereka tanpa sebarang bayaran memulangkan satu sen jua.

UMNO Kutuk PAS – Melayu Dipersenda Pula

Percayakah kita jika Dr. Mahathir berkata kununnya punca beliau menentang Pas kerana `Pemimpin parti itu mahu gagalkan kemajuan umat Islam'.

Isk..iskk…iskk… itulah dia yang disebut “Propaganda beragenda murahan”. Rakyat nampak, yang menerajui orang Melayu sejak 43 tahun dulu ialah UMNO. Dan, sejak 20 tahun Mahathir menerajui negara, orang Melayu Islam sudah terpinggir hingga agama Islam dicadangkan oleh beliau untuk dikafankan. Tidakkah Mahathir ini memperseda orang Melayu?

Tidak salah sekiranya 1.6 juta anak-anak muda yang rasional dan berilmu sudah beralih keyakinan dari menyokong UMNO dan sekongkol BN kepada satu barisan rakyat yang baru, ie. Barisan Alternatif. Pasti akan berdendang rakyat dengan lirik keramat:

[[ Siakap senolong Gelama ikan duri
Bercakap bohong Lama-lama mencuri

Siakap senolong Gelama ikan duri
Percaya ckap bohong hak sendiri kena curi ]]

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com