Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BILA “BOM ATOM” CUMA MELEDAK MACAM BUNYI KOTAK

Amin Sapiro (minum air kelapa muda cuma)

PIKET yang bakal dianjurkan oleh MTUC adalah senjata ampuh golongan pekerja. Jika senjata ini digunakan dengan baik, manfaatnya akan menghuraikan masalah besar yang melanda kaum pekerja yang juga sebahagian rakyat banyak. Budaya Mogok dan Piket

Di Malaysia, kaum pekerja adalah antara golongan yang paling prihatin tentang kepentingan negara. Mereka mencurahkan tenaga dan daya dengan iltizam untuk meningkat dan merialisasikan pembangunan dan kemakmuran negara ini. Dibandingkan dengan kaum pekerja di Barat termasuk Australia, golongan pekerja di negara kita ini lebih berhemah tinggi dan tidak pernah menunjukkan karenah-ragam. Mereka lebih cenderung bekerjasama dengan semua pihak (khusunya Kerajaan). Mereka lebih cenderung menyelesaikan masalah dari menimbulkannya. Itu jelas.

Sebagai warganegara, mereka lebih banyak bersabar dalam menempuh keadaan yang meruncing yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu; walaupun mereka tahu hak-hak mereka sebagai warganegara dipelekeh-mudahkan oleh golongan yang tidak mempedulikan kesejahteraan mereka sebagai rakyat.

Tetapi kena ingat: Mereka wajar bangkit dan bersuara lantang sekiranya hak “hari tua” mereka dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak beretika menangani masalah mereka. Dengan jumlah total 8 juta pekerja di Malaysia, jumlah itu memadai dan berupaya walau untuk merobah pemerentah sekiranya mereka bertindak dengan sistematis. Itu adalah “kekuatan dalaman” yang harus diperkirakan oleh pihak yang cuba melakukan sesuatu yang bertentang dengan hak-hak mereka.

Setakat ini budaya mogok dan piket bukan menjadi amalan pekerja di negara ini. Tetapi tidak bermakna hak itu akan dikesampingkan total. Piagam “International Labour Organization” (ILO) di Geneva akan melindungi kaum pekerja sekiranya hak asasi mereka terlalu dicabar dn diperlekehkan.

Mahathir Jangan Main “Hentam Kromo”

KWSP adalah kumpulan wang yang terkaya di dunia. Setakat ini, pencaruman pekerja sejumlah 8 juta rakyat mencecah RM180 bllion. Itu belum ditaksir termasuk Kumpulan Wang Pencen. Pekerja mencarum, kerajaan yang memerentah diberi kuasa mentadbir sama bagi mempastikan pengurusan yang baik.

Tetapi sekarang, keadaan sudah terbalik. Kaum pekerja berusaha supaya wang dalam KWSP & KWP itu diselamatkan – malangnya Kerajaan Mahathir telah menggunakan untuk dijadikan sumber “bailout” korporat Kroni yang muflis. Itu menggelisahkan kaum pekerja.

Sudah diketahui, pelbagai cara dilakukan oleh regim Mahathir hingga wang dalam KWSP & KWP telah dijadikan “komoditi murahan”. Akhirnya, masyarakat pekerja kerugian dalam sekelip mata.

Satu dari kes-kes yang diketahui umum, Kerajaan pimpinan Mahathir ini telah menggunakan wang KWSP & KWP untuk membeli saham Time dot. com, sebuah anak syarikat RENONG – kroni Mahathir. Apa sudah jadi?

Isunya, harga saham itu jauh jauh lebih rendah dari nilai harga saham itu sebenar dipasaran bebas. Tetapi ia telah dipaksa beli dengan harga berganda-ganda lebih tinggi. Pekerja tahu, syarikat itu sudah diambang muflis. Maka ratusan juta dikeluarkan dari KWSP & KWP, hingga menyebabkan KWSP kerugian sebanyak Rm92 juta dengan sekelip mata.

Tidakkah itu berniaga buluh kasap? Itu apa jadahnya berniaga? Membeli kerbau luka di tengah malam? Esok siang kerbau mati di dalam kandang..!! Penjual lesap duit hilang..!!

Apakah masyarakat pekerja patut berdiam diri jika begitu? Apakah kerana kepentingan seorang berdua yang terdekat dengan Mahathir (termasuk beliau), maka 8 juta pekerja miskin yang hidup kais pagi makan pagi terpaksa menanggung sengsara?

Golongan pekerja sudah tahu banyak ketidaksenonohan agenda “kerja busuk” regu Mahathir-Daim dalam menjahanamkan wang dari KWSP & KWP. Itu cuma kulit luar saja. Gunung Salju itu 10 par 11 masih tenggelam dibawah permukaan laut. Apakah 8 juta pencarum mesti terus “angguk-angguk”? Orang lain kenyang, mereka dikehendaki ikat perut?

Sudah cukuplah masalah yang ditimbulkan oleh karenah politik Mahathir yang tamak kuasa hingga menyebabkan senario rekod politik rakyat hitam legam, ekonomi merudum tak keruan, sosial dan perundangan kucar-kacir hingga kehidupan rakyat di negara ini semakin tercengkam.

Kaum pekerja sudah lama tahan sabar kerana kehidupan mereka sudah lama tersadai kering-kontang seperti contoh yang wujud di Kg. Medan, Kg. Lindungan dan Kg. Ghandi. Mahathir nak apa lagi? Nak dikirakan kekayaan anak-anak beliau – duit berlaksa berguni-guni. Itu belum lagi para kroni dan proksi.

Tetapi, apakah rakyat miskin ini masih mahu diperkudakan hingga hak “hari tua” mereka dikikis hingga mereka tinggal “gusi dengan lidah” saja? Inikah kerajaan yang dikatakan berhemah kununnya punya dasar “membela rakyat”?

Jangan Politikkan Kesejahteraan Rakyat

Sebaik-baik jalan yang wajar dituruti, Dr. Mahathir dan sekongkol regimnya jangan cuba mempolitikkan isu hak asasi pekerja – lebih-lebih lagi hak “hari tua” mereka. Isu politik adalah satu perkara, tetapi isu ekonomi dan kesejahteraan rakyat adalah hak rakyat menetukannya.

Apatahlagi, rakyat sudah nampak bukti yang melambak bahawa regim Mahathir semakin “naik lemak”. Jika ada pihak rakyat yang menetang, dengan mudah mereka dilanyak. Soalnya: Sampai bila?

Elok Dr. Mahathir dan sekongkolnya hati-hati dan berwaspada. Mencari kekayaan diri tidak salah; tetapi beragenda merangkul kuasa sampai mati perlulah berhemah. Jangan cuba bunuh demokrasi hingga menegakkan sistem diktator pula. Ini zaman IT, bukan zaman “Firaun Feudal” – boleh bunuh orang kerana berkuasa mutlak. Zaman itu sudah lupus walau Mahathir mengaku dirinya “MAHAFiraun” masih.

Sehubungan agenda piket MTUC itu, Dr. Mahathir boleh cakap, “Kalau mereka (MTUC) ingat dengan cara itu ia akan baiki ekonomi negara, teruskanlah tetapi kita berpendapat ia bukan cara untuk selesaikan masalah''.

Rakyat mahu tanya Dr. Mahathir dan seluruh pemimpin sekongkol dalam UMNO/BN – sejauhmanakah hak sebuah pemerentah yang sanggup “ditahan sabar” oleh rakyat jika agenda dan karenah mereka cuma untuk membolot harta rakyat tanpa mengirakan kepentingan rakyat banyak?

Ulasan Dr. Mahathir cukup bodoh, katanya “Mereka (wakil MTUC) tidak minta nak jumpa saya, dia buat `announcement' (pengumuman) dulu, jadi susahlah saya nak jumpa.''.

Seolah-olah, Dr. Mahathir masih serasi dengan cara beliau yang sudah ditolak rakyat, ie. “menyalahkan orang selain dari dirinya”. Alasan itu langsung tidak matang dan jauh sekali dari berhemah selaku seorang pemimpin sebuah negara yang demokratik. Itu macam budak-budak main pondok-pondok di tepi parit! Apakah Mahathir fikir rakyat boleh ditengking herdik?

Belajarlah Dari Sejarah, Mahathir!

Kaum pekerja adalah sebahagian dari rakyat. Rakyat pula adalah aset sesebuah negara yang merdeka. Jika golongan pekerja dinafikan hak, sekuat mana sekalipun Kerajaan yang memerentah; ia boleh ditumbangkan dengan sekelip mata. Rakyat berhak menentukan ke mana mereka akan disumbatkan. Ke Sg. Buluh, Kajang atau Tampoi dan Tanjung Rambutan!

Dunia sudah menyaksikan kehancuran regim Komunis di Poland. Walaupun pemimpin pekerjanya dipenjara dan diseksa, namun diluar sana – ditengah-tengah masyarakat pekerja, ada 1000 pemimpin yang bakal menggantikan pemimpin utama mereka. Akhirnya, sistem komunisme hancur lebur, walaupun tidak seorangpun menyangka ia boleh berlaku. Fikir itu dulu.

Mahathir dan regimnya patut sedar, sistem pentadbiran masyarakat pekerja adalah dianggotai oleh golongan rakyat yang menjadi jentera pentadbiran awam sesebuah Kerajaan yang memerentah. Oleh itu, jangan Mahathir berfikir (jauh sekali dari ego) dan menyangka bahawa kuasa beliau atau mana-mana pemimpin politik berjawatan Kerajaan seolah mereka punya “bom atom” di tangan mereka; kununnya boleh diletupkan bila-bila dikehendaki. Sebenarnya kuasa “bom” itu tidak ada selagi rakyat tidak memperakukannya.

Jangan pula Mahathir cuba meletupkan apa jua “bom” yang ada dalam tangannya sebagai gertak mengugut. Kelak, rakyat cuma mendengar bunyi “pop” saja. Orang akan ketawa besar, kerana sebenarnya bunyi letupan “bom” Mahathir adalah umpama sebuah kotak munuman rengan “Yeo Hap Seng” yang sudah kosong bila dihentak dengan tumit!!

Dinasihatkan Mahathir supaya balik semula menyingkap sejarah tumbangnya kerajaan raja feudal Peranchis. Tidakkah golongan pekerja yang menyebabkan raja dan permaisuri tergadai kemewahan dari mendiami Mahaligai Varseilles?

Mungkin tulisan begini umpama lawak seorang “solo comedian” seperti David Letterman. Tapi cuba-cuba fikir panjang barang se inci lagi kesinisan yang tersembunyi di dalamnya. Boleh ke?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com