Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN PUNCA KEMUSNAHAN UMNO/BN..!!

Amin Sapiro (sudah nampak arus gelombang di lautan)

BERAPA orang sanggup menafikan bahawasanya UMNO dan kepimpinannya adalah kelompok manusia Zalim? Tanya satu dunia, betul atau salah? Tanya Dr. Mahathir atau Dollah Bedawi, tidakkah apa yang mereka lakukan selama ini suatu “Ketidakadilan”? Rakyat Semakin Bimbang

Hari ini rakyat negara ini semakin hidup dalam kebimbangan. Mereka tidak nampak lagi pemimpin negara dapat memberi mereka hak dan kebebasan sebuah Kerajaan yang adil dan saksama. Rakyat lapisan bawahan yang hidup dalam serba kekurangan terasa sangat bibit-bibit kesukaran sedang mencengkam hidup mereka.

Cuba tengok – yang dikatakan rumah, bagi mereka cuma bertaraf setinggan. Makanan mereka pula hanyalah setakat mengisi lambung, fikiran dan minda mereka disekat dan tersekat. Dan, atas segala-galanya mereka tidak boleh memberi pendapat atau menuntut hak asasi mereka sebagai rakyat yang menentukan kerajaan.

Anak-anak rakyat semakin terhimpit dengan batu galas yang semakin menambah beban ibu bapa. Persekolahan mereka dijadikan alat oleh pemimpin negara untuk mencerna kekayaan Kroni-kroni mereka. Sebagai sebuah negara yang masih bertahap ‘membangun’, rakyat seharusnya diberi bantuan untuk memperolehi pendidikan sempurna. Tetapi mereka dibebankan dengan hutang ratusan ribu untuk memiliki sekeping kertas berjenama “Degree”. Apa jenis kerajaan niiii….?????

Kehidupan mereka semakin mencekik merih – kais pagi makan lagi. Yang disebut “Pembangunan” oleh kerajaan tidak lebih dari alat melampias keinginan dan kerakusan para Kroni mengisi tembolok. Mereka dipilih dari kalangan mereka yang berlegar disekiling Presiden-presiden parti mereka. Tiap-tiap seorang Presiden parti-parti itu punya agenda yang cuma Tuhan saja yang mengetahuinya.

Jika mereka cuba bersuara atau berindak mengikut undang-undang, mereka akan diugut dengan belantan. Tangkapan rambang bukan jadi suatu pantang larang. Malah, beberapa orang pemimpin yang seharusnya bertanggungjawap dengan apa yang mereka lakukan; berputar lidah dengan berkata, “Saya belum ada maklumat”..!! Tetapi segolongan rakyat sudah dijerat didalam lokap..!!

Menzalimi Rakyat Satu Kebanggaan?

Berita terkini menyebut, “Lima aktivis reformasi termasuk Ezam Mohd. Noor, yang disyaki sedang berkomplot merancang demonstrasi jalanan secara besar-besaran ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang ini”.

Kalau diamat-amati, tangkapan itu umpama menolak tempias hujan setakat berpayung saja. Hujan diluar sana tidak akan reda. Kerana, langit mendung sudah menebal hingga tidak tertanggung oleh awan yang dirarak badai utara.

Rakyat bukan bodoh. Rakyat bukan bebal. Rakyatlah yang paling bijak menilai sesuah kerja baik sesebuah Kerajaan. Dalam sistem demokrasi, di dalamnya tersembunyi “sistem nilai” yang unggul dan dihayati rakyat. Jika sistem itu dikucar-kacirkan oleh pemerintahan kerana kegilaan beberapa individu bergelar pemimpin, maka inilah yang terjadi – rakyat akan bangkit membantah..!!

Memang nampak sekarang, mereka yang sepuak dengan UMNO/BN sudah pun tersepit dalam kancah “peperangan dengan rakyat”. Jika pucuk pimpinan UMNO/BN masih belum sedar kebangkitan rakyat sudah mampu menumbangkan mereka, detik-detik yang mendatang semakin jelas menunjukkkan tanda-tanda bahawa kepimpinan mereka sebagai peneraju Kerajaan sudah luntur dan hilang pengaruh.

Riak kebimbangan rakyat sudah hampir sampai ke kemuncak kesabaran mereka sebagai rakyat yang diperhina. Jika pemimpin zalim masih berkhayal dengan keselesaaan yang ada; bermakna mereka sudah nekad untuk menjana satu pergolak politik yang amat dahsyat menghentam ke kepala mereka.

Rakyat Semakin Tidak Yakin

Sebagai anak desa yang hidup di perkampungan asal, kerja-kerja berbentuk pertanian dan nelayan adalah mata pencarian utama. Sejak negara ini merdeka, rancangan kerajaan kepimpinan UMNO lama bertitik-tolak dari konsep ini. Tetapi Dr. Mahathir dan juak-juaknya terlalu pantas beralih dasar hingga 90% orang Melayu dinafikan hak mereka – atas sebab-sebab “Pembangunan”, konon!!

Kita nampak sekarang, dalam kemelesetan ekonomi yang semakin menjebak ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara, sektor pertanian inilah “sektor Penyelamat” yang mampu menteramkan keresahan rakyat. Tetapi Mahathir sendiri menafikannya. Dengan dasar pertanian sudah tidak ada lagi.

Namun, setelah 20 tahun Dr. Mahathir dan kepimpinan “menolaktepikan” tuntutan rakyat desa dengan pelbagai pembaziran bernilai ratusan billion; baru hari ini regim beliau mahu “bermuka-muka” – kononnya “mahu merangka Rancangan Jangka Panjang dalam sektor itu”.

Rakyat sudah ramai yang tidak yakin, apakah sumber Kerajaan untuk menanggung perbelanjaan begitu besar? Mengapa sehingga hari ini kes-kes BAILOUT dan Projek MEGA yang membazir masih lagi dikekalkan sebagai dasar?

Dasar Mahathir Tidak Laku “Seduit”

Hematnya, walau 10 Mahathir dan 100 Effendi Nawawi terlalak-lalak bagai nak gila berkata, “negara dijangka mampu membawa masuk pelaburan bernilai RM30 bilion dalam sektor pertanian”; fikirlah masak-masak – itu cuma umpama “lain gendang lain tandak”.

Pemimpin regim Mahathir jangan nak cuba “toya” membodohkan rakyat. Pelabur luar adalah lebih cekap memilih mana satu jenis pelaburan yang akan memberi pulangan segera kepada syarikat induk mereka. Negara ini tidak ada dasar yang kemas dan hebat sebagai pengimbau pelabur asing di bidang pertanian.

Yang wujud setakat ini hanya insentif di sektor perindustrian dan perusahaan saja. Itupun sudah tidak dipedulikan oleh pelabur luar kerana mereka tidak yakin pergolakan politik semasa yang berbangkit dari keterampilan Dr. Mahathir sebagai “The Prime Minister”. Saban hari, Mahathir menyeranah negara-negara maju seolah-olah beliau saja yang betul. Kesannya, perusahaan multi-national yang ada sudah “bungkus” beralih ke Vietnam dan Kampuchea!!

Jika pelabur luar diberi kemudahan pelaburan di bidang pertanian, rakyat desa akan menerima padahnya. Tentu kita masih ingat kes Kerpan – Ladang Undang Harimau; dan Ladang menternak Belut di Pahang. Kes itu akan timbul semula.

Tentu kita masih ingat apa kerosakan ekologi dan kemusnahan alam sekitar akan dilakukan oleh pelbur-pelabur luar kelak. Yang tinggal untuk rakyat HANYALAH kesengsaraan, kemusnahan dan kehakisan harta benda mereka. Itulah dia perancangan yang cuma bertujuan memancing undi dalam menghadapi pilihanraya cuma!! Bijakkah Mahathir untuk menipu rakyat yang sudah semakin bijak?

Rakyat Semakin Skeptikal

Jangan Mahathir dan sekutunya cuma mewarwarkan kununnya “kita akan berjaya menarik pembekal dari seluruh dunia untuk membeli produk-produk makanan di negara ini”.

Rakyat semakin skeptikal dan geleng kepala kununnya, “Sebab itu saya (Effendi Nawawi) cadangkan usaha ini digabungkan antara kerajaan dan swasta yang setiap tahun menganjurkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Pertanian MAHA),'' katanya.

Rakyat mahu tanya, “Jika regim Mahathir begitu serius hendak memberi kesempatan terbuka kepada kaum petani, mengapa Korporat yang menggunakan wang rakyat untuk bailout tidak memulakan usaha di bidang pertanian 20 tahun dahulu? Mengapa mereka diarah melabur di Indonesia. Hari ini pelaburan itu “hangus” – write-off?” Apakah pelabur asing akan terpikat dengan “cakap-cakap angin” saja.

Nah! Mahathir dan UMNO/BN jangan cuba bermain sentimen kerana beragenda menagih sokongan. Rakyat desa sudah lama nampak dan faham. Masanya sudah tiba bagi mereka menetukan pilihan – ie. UMNO/BN atau Barisan Pembangkang!! Penangkapan Ezam dan teman-teman ada petanda terakhir rakyat bersabar.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com