Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DR. MAHATHIR DAN UMNO/BN DALAM PROSES TERAKHIR PENOLAKAN RAKYAT!

Amin Sapiro (membaca tulisan huruf kasar di dinding!)

SEBARANG kenyataan dan serangan Dr. Mahathir ke atas Pembangkang tidak lagi menarik minat di hati rakyat. Dr. Mahathir sudah hilang kewibawaan. Beliau tidak lagi menjadi sumber ilham sebuah kerajaan yang berketerampilan.. Gejala itu jangan dipandang ringan. Kedudukan beliau sebagai seorang pemimpin Kerajaan sudah tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat. Dengan itu, UMNO/BN semakin menjauh di hati rakyat banyak! Kesan-akibahnya adalah pilihan anda. Masa dan kesempatan yang terluang kian mencekik – pilihan harus dibuat untuk menetukan yang mana satu antara dua: UMNO/BN atau BA..!!

Banyak Cakap Lebih Temberang

Kini, Dr. Mahathir lebih banyak bercakap dari mendengar. Tetapi rakyat yang peka tahu, semua yang beliau cakapkan adalah datang dari lubuk hati yang tidak jujur, tidak ikhlas, bernawaitu jahat, khianat dan bermuslihat banyak.

Dr. Mahathir boleh menghasut dan merencanakan pelbagai agenda adu-domba; tetapi rakyat sudah semakin arif menilai siapa beliau sebenarnya. Rakyat semakin menuding jari bahawa beliau adalah pelopor pelbagai agenda dan sandiwara..!

Sebagai seorang pemimpin, Dr. Mahathir sudah hapus kredibilti politik di mata dunia. Bukan pula kita (sebagai rakyat) mahu menghina sebagai alasan bertujuan menyingkirkan beliau; tetapi Dr. Mahathir semakin ketara berperangai dan berkarenah tidak jauh beza dari seorang ‘penyangak’ yang sudah hilang maruah diri sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Hematnya, jika beliau seorang yang punya maruah diri, sudah lebih 10 tahun dulu beliau sedar dan seharusnya mengundur diri tanpa banyak karenah kira-bicara..!! Tetapi kini, beliau kununnya akan “bekerja sampai mati”. Tidakkah beliau sedar bahawa rakyat sudah sekian lama mengkambuskan beliau di dalam hati?

Tidak Perlu Alasan Dolak-dalik

Tidak banyak alasan tambahan yang harus diketengahkan untuk difikirkan oleh rakyat. Segala-gala sudah terdampar sebagai bukti nyata yang memberi kesimpulan tepat bahawa orang seperti Mahathir Mohamad ini, tidak wajar lagi diletakkan lebih lama di kerusi Perdana Menteri sebuah negara bermasyarakat majmuk seperti kita.

Dr. Mahathir wajar dinyah dan disingkirkan saja. Dengan itu rakyat dan negara akan kembali normal seperti sediakala. Itu harus dibaca oleh sekelumit penyokong UMNO dan segenggam pemimpin yang masih terkonteng-konteng menyokong beliau. Takkan kalian buta mata..!!

Sudah banyak bukti, sesungguhnya Dr. Mahathir setakat berguna kepada para “kroni politik” dan “usahawan penyangak” yang semakin bertukar belang menjadi “pelesit tidak berjanjang”. Mereka inilah penghisap darah rakyat yang merelakan hak asasi dan harta simpanan rakyat punah-ranah dikebas habis. Mereka mendapat perlindungan asasi dan peribadi dari Dr. Mahathir sendiri. Akibahnya, negara ini semakin terpencil dan disisih oleh dunia bertamaddun (civilised world). Rakyat merengkok dalam 1001 kesengsaraan.

Hampir dalam semua bidang dan ciri ketamaddunan dunia sejagat, negara ini dianggap umpama sebuah negara bangsat. Inilah halatuju negara yang sedang dibawa oleh pemimpin terkemuka UMNO/BN ini. Mahathir tidak peduli kerana keutamaan beliau hanyalah “untuk mengenyangkan temboloknya” saja. Ciri-ciri kemanusian sudah tidak ada harga dan nilai lagi dalam dadanya. Apakah pemimpin UMNO dan penyokong parti demikian juga?

“Bapak Segala Belodok”

Kita tidak hairan mengapa Dr. Mahathir berkawan rapat dengan diktator Fidel Castro, dan bertemankan seorang anti-demokrasi seperti pemimpin junta di Myanmar. Ini adalah semata-mata disebabkan Mahathir sudah diejek oleh majoriti pemimpin dunia bebas yang memilih “kemanusiaan” sebagai prinsip mentadbir negara.

Kita nampak (dalam rencana: MAHATHIR DID IT, TOO, IN THE 70S - BRIEF FOREIGNERS - Terjemahan BM) bahawa sebenarnya Dr. Mahathir adalah “Bapak Segala Belodok-belodok” dalam regim dan sistem pentadbirannya yang makan dalam dua dunia. Beliau mengharapkan dunia bebas berdagang dengan Malaysia, tetapi Mahathir sepakat menyokong mereka yang menafikan demokrasi dan kebebasan manusia.

Terlalu banyak rahsia yang tersembunyi dan tersimpan dalam ‘buku hitam’ beliau. Dihadapan rakyat Mahathir bercakap bagai “pijak semut tak mati”. Tetapi dibelakang rakyat beliau berlagak seperti “bujang senang” yang menyimpan bangkai dibalik beting..!! Lain cakap lain agendanya. Sampai bila beliau mahu paksa rakyat supaya tahan sabar?

Apakah pemimpin UMNO masih melihat Mahathir sebagai pemimpin yang wajar dibiarkan terus menguasai parti, rakyat dan negara? Apakah penyokong UMNO masih buta mata dan beku hati melihat pelbagai gejala buruk lagi hodoh yang ditempekkan ke muka setiap anggota parti yang satu masa dulu dianggap sebagai memperjuangkan wadah orang Melayu dan rakyat jelata? Apakah Dr. Mahathir masih menghayati wadah itu?

UMNO/BN Tidak Mampu Berpatah Ke belakang

Semakin hari, UMNO makin terlambat untuk merancang berpatah ke belakang. Puncanya, Dr. Mahathir ini semakin ghairah mencengkam belakang pemimpin pilihan beliau. Impiannya cuma satu, iaitu mahu terus berkuasa. Dengan itu, harta rompakan dari kepuk rakyat akan terus diwariskan kepada anak-anak beliau; dan difaraitkan bersama-sama kroninya..!! Itu saja nawaitunya!!

Jangan sekali-kali pemimpin UMNO ayik berkhayal. Tengok sekarang: Bahawa sesungguhna para penyokong parti-parti komponen BN jua sedang bergerak pantas menyebelahi part Pembangkang. Hari ini mereka bergelar Pembangkang, tetapi arus kesedaran politik dan iltizam rakyat semakin kuat untuk meletakkan Pembangkang sebagai peneraju Kerajaan.

Belantan dan Penjara Bukan Jawapan

Kini, perjuangan rakyat menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman amat sukar dipatahkan. Dr. Mahathir dan pemimpin regimnya yang berjawatan tidak akan termampu mematahkan semangat rakyat yang semakin gigih berjuang demi merobah nasib mereka.

Jangan pandang jauh menjangkau insiden 450 dulu. Kita pasti tidak akan lupa kesah perjuangan orang Melayu menumbangkan Malayan Union pada tahun 1946. Nah! Anak cucu mereka inilah yang sedang mengangkat tangan dan lidah menentang kebusukan yang dilakukan Mahathir dan sekongkolnya.

Bukan belantan dan semburan gas, lokap dan penjara, kenyataan bangang dan tidak beretika, atau adu-domba bermotif perkauman akan termampu mengugut rakyat yang semakin peka. Tidak juga tipu-helah beragenda termampu meraih sokongan rakyat yang semakin sedar dan insaf. Mereka sudah tahu menilai apakah bentuk dan nawaitu kepimpinan regim Mahathir yang disokong oleh UMNO/BN.

Rakyat tahu ciri-ciri sebuah kerajaan yang harus mereka sokong. Minda rakyat sudah semakin terbuka. UMNO/BN tidak mampu mengalih pandangan rakyat yang semakin sanggup mengorak langkah perjuangan menentang Kezaliman.

“REFORMASI & ISLAH” – Wadah Perjuangan

UMNO/BN sudah kehilangan sokongan rakyat. Arus peralihan politik besar-besar semakin nampak bagai gelombang dipukul badai.

Perhatikan……UMNO/BN sendiri sedang menghadapi perpecahan “dalaman”. Tidakkah itu petanda yang menjelaskan bahawa parti itu sudah ditolak bulat-bulat oleh rakyat? Masihkah UMNO tidak malu-malu menonjolkan seorang ketua yang biadap, kurang siuman dan tidak punya kewibawaan pemimpin yang berhemah?

..Tepuklah dada tanyalah selera. Hari-hari kewujduan UMNO/BN sedang dikira pengkebumiannya…!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com