Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PENIPUAN YAB MOHD KHIR TOYO DIRBONGKAR OLEH KETUA CAWANGAN..!!

Amin Sapiro (mengalu-alukan mesej teman-teman)

E-MAIL semakin datang mencurah-curah. Banyak yang meminta ulasan terkini mengenai perkembangan UMNO dan BN yang berkait rapat dengan karenah Dr. Mahathir dan masalah yang ditimbulkan oleh beliau.

Nampak mesej-mesej itu datang dari orang-orang UMNO sendiri. Saya camkan, e-mail add. yang digunakan adalah khusus untuk kawan-kawan lamo dalam UMNO saja.

Penipuan Membohongi Diri Sendiri

Antara mesej yang paling menarik datangnya dari beberapa pihak yang marah kerana pemimpin UMNO membohongi diri sendiri. Mereka membantah penggunaan wang sogokan hingga calun-calun tertentu kalah tanpa sebab yang logik.

Dua email datang dari Selangor. Seorang menamakan dirinya “UMNO Anti-Toyol”. Saya turunkan sebahagian dari nya:

[[‘…. Mungkin sdr. masih ingat pertemuan kita di Hotel Pan Pasifik KL. Waktu itu saya mewakili Bahagian ke Perhimpunan.

Cawangan saya memang berdaftar dan senarai ahli-ahli memang kemas. Walaupun kami tidak membayar yuran tahunan, tetapi kami masih dapat resit bayaran. Itu biasalah. Jika tidak, keahlian akan mati dan dimansuhkan.

Dua minggu dulu, saya di panggil ke Pejabat MB Selangor. Wakil beliau meminta saya supaya ahli-ahli di Cawangan saya supaya membuat permohonan baru sebagai ahli UMNO. Kata beliau, keahlian saya dan 72 orang dalam senarai tidak ada dalam daftar pengundi.

Saya membantah, saya tanya, mengapa tidak? November ’99 nama-nama tersebut telah mengundi ditempat kami. Ertinya, 73 orang kami adalah ahli UMNO dan pemilih yang berdaftar dgn SPR.

Saya diberi jawapan, katanya, “Arahan pihak atas, tiap Bahagian UMNO diseluruh Malaysia diarahkan mensenaraikan sejumlah ahli-ahli UMNO membuat permohonan. Pada hari penerimaan keahlian UMNO nanti, mereka dikehendaki melafazkan ikrar iaitu mereka adalah ahli-ahli Pas dan parti Keadilan yang bertindak keluar parti mereka”.

Saya terkejut. Saya jawab, “Itu adalah satu pembohongan. Salah dari segi hukum, mungkin juga dari undang-undang. Jika saya tak mau bagaimana?”.

Kerana saya bertindak keras dan membantah, mereka yang mewakili MB itu meminta saya supaya bekerjasama. Katanya, “Ini politik. Kita kena buat begini. Kalau tidak, orang Melayu akan menyangkan UMNO betullah hancur. Umno kalau kalah, kita juga yang rugi.” Kata wakil MB berkenaan.

Saya tidak boleh memberi keputusan. Cuma saya jawab, jika perkara seperti ini terbongkar oleh pihak musuh politik UMNO, maka susahlah UMNO jadinya. Saya tak yakin perkara ini boleh menyelesaikan kegawatan UMNO sekarang. Saya memang susah hendak meminta kerjasama ahli-ahli UMNO sekarang, sebab pengaruh Pembangkang memang sudah nampak. Buktinya, kehadiran koram mesyuarat Cawangan dulu pun tidak cukup jumlah. Bila saya sampaikan cadangan tuan itu kepada mereka, tentu mereka ketawa dan mengejek UMNO. Saya tak tau mahu tanggung malu. Saya anak tempatan,” jawab saya.

Seketika kemudian mereka menjanjikan kepada saya ganjaran bagi melakukan perbuatan itu sejumlah Rm100 bagi tiap-tiap orang yang sanggup mengaku melompat dari PAS kepada UMNO walaupun sebenarnya mereka adalah ahli UMNO sendiri. Bagi yang mahu mengaku kununya melompat dari parti Keadilan pula, ganjarannya ialah Rm400 bagi satu kepala.

Dengan rasa rendah diri saya menolak tidak sanggup berkerjasama dalam perkara rasuah seperti ini. Perbincangan kami selesai kerana saya berkeras. Saya dijanjikan konterek tanam bunga di Majlis Perbandaran tempatan (?) sejumlah Rm10,000 sekiranya sanggup menguruskan perkara itu.

Saudara,

Saya bertekad tidak akan melakukan perkara terkutuk itu. Tetapi saya nampak di Bahagian lain di Selangor telah terdengar YAB Mohd. Khir Toyo akan meresmikan peralihan sokongan ahli PAS kepada UMNO. Saya fikir, kejadian itu adalah serupa dengan apa yang pernah berlaku kepada Cawangan saya. Ertinya, pemimpin UMNO telah menipu diri sendiri. Itu hanya promosi saja. Sebenarnya tak ada.

Kami di cawangan ini kemungkinan akan membubarkan keahlian kami. Beberapa orang kami dari pemuda UMNO ada yang pergi ke KL untuk sama-sama berdemo dengan Parti Keadilan. Fahamlah saya sekarang kerja pemimpin UMNO yang cukup kotor berkempen. Saya menulis kepada sdr kerana dlm rencana, sdr mengaku sebagai bekas ahli Umno.

Jika Sdr. menyiarkan surat saya di internet, tolong jangan tulis nama dan email saya. Saya tidak hendak dikesan oleh pihak tertentu. Percayalah, saya tidak akan menyokong UMNO lagi. Saya dan beberapa orang telah melihat kaset dan CD mengenai Datuk Seri Anwar. Memang zalim.

Wassalam..”]]

Berpaling Tadah

Ulasan:

Siapa boleh varify samada cerita dalam email tersebut di atas tidak benar? Dari maklumat yang saya perolehi memang ada kejadian begitu berlaku. Cuma kita tidak mampu mengambil inisiatif mempastikan kebenarannya. Tetapi memandangkan rasuah memang berleluasa berlaku dalam UMNO, kejadian seperti ini tidak mustahil.

Apatahlagi, Khir Toyo sedang menghadapi saingan sengit untuk mengekalkan jawatan dalam parti dan dalam kerajaan. Dari mesej yang diemailkan kepada saya, Mohd Khir berharap, sekalipun beliau tidak berjaya sebagai ketua bahagian, beliau berharap supaya Dr. Mahathir akan melantik beliau sebagai calun bagi pemilu 2004.

Apakah Khir akan menang? Nampaknya, Mohd. Khir tidak berjaya menyatukan penyokong dibelakang beliau. Adakah Khir akan berpindah ke Puterajaya. Kita akan tengok dia akan jadi “sup mamak” di warong mamak “tengku” Adanan!!

Adakah Shahidan Kassim akan berlakun seperti Mohd Khir Toyo? HAHAHAHAH……!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com