Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ADAKAH PARTI KEADILAN NASIONAL AKAN DIANCAM ‘BATAL’?

Amin Sapiro (tidak akan melupakan sejarah bangsa)

Bah. 1

KITA tidak tahu apa yang sedang berputar didalam kepala hotak Dr. Mahathir, Dolah Bedawi dan ‘think tank” penasihat politik dalam UMNO.. Parti itu dan sekongkol dalam barisannya dilihat semakin cacamarba. Ledakan kebencian rakyat terhadap barisan pimpinan parti itu pula makin mengasak; dan ini menyebabkan parti itu dikecundangi rakyat. Di mana letak salah silapnya?

Rakyat Sedang Diancam

Hari ini kita setakat mampu membaca fikiran pucuk pimpinan UMNO/BN yang semakin bergerak menghala ke satu arah politik “ugut-mengugut” melalui kekerasan. Dr. Mahathir memperlengkapkan tuduhan beliau dengan mengeluarkan beberapa perentah dan menggunakan akta drakonian ISA ikut sesuka hati.

Walaupun alasan yang disumbatkan ke telinga rakyat adalah bertaraf “yang bukan-bukan” dan sangat mentertawakan; tetapi ia harus ditakrif sebagai satu agenda berupa “ancaman”. Ia sudah cukup untuk meragut kebebasan rakyat yang dilindungi oleh Perelembagaan.

Kita nampak, Dr. Mahathir dan timbalannya adalah dalam gawat untuk menangani permasalahan politik dalam partinya. Semenatara itu, rakyat diluar kepompong UMNO/BN semakin mengasak dengan hujah yang mendedahkan kesan busuk berpunca dari dasar “nepotisme, korupsi dan kronisme” yang menjahanamkan kesejahteraan massa.

Dr. Mahathir masih lagi mempertahankan dasar itu. Kerana, yang terbabit, mendapat laba dan manfaat besar adalah dirinya, anak-anak, suku-sakat dan kroni pilihan beliau. Rakyat biasa adalah mangsa – terus hidup terbiar dalam papa kedana!

Dihantui Pelbagai “Phobia”

Kebekangan ini, rakyat dan dunia sudah nampak jelas betapa keamanan negara semakin diancam oleh tindakan kepimpinan regim Mahathir ini. Kerana regim ini semakin bermasalah dengan rakyat; maka lunas-lunas demokrasi dan ketenangan arus fikiran masyarakat majmuk di negara ini semakin tidak diendahkan oleh mereka. Sebaliknya, mereka sengaja tunjuk gigih berpaut di tampuk kuasa. Untuk apa?

Berita terkini: Dr. Mahathir sudah melakukan “tangkapan rambang tanpa bukti nyata” terhadap 7 orang pemimpin KeADILan. Jika Al-Maunah tidak dapat dikaitkan dengan PAS, apakah phobia Mahathir makin merasuk lubuk hatinya dengan kehebatan perjuangan demokratik pemimpin KeADILan pula? Hingga, Mahathir telah merangka difitnah dengan membuat tuduhan tanpa bukti kununnya mereka yang dikurung itu merancang satu tindakan bersenjata dengan maksud menumbangkan regimnya..!

Sekali dulu tuduhan yang sama seriusnya dilakukan sudah. Tetapi rakyat langsung tidak mempercayai tuduhan itu. Akhirnya regim Mahathir termalu-malu kerana bercakap tanpa bukti – setakat bermaksud mengugut saja.

Apakah kali ini, phobia beliau sudah tiba di kemuncak? Dan beliau betul-betul beragenda akan menggunakan kuasa kuku-besi untuk membatalkan parti Keadilan Nasional? Kenyataan antara Mahathir dan Abdullah Bedawi nampak bercanggah.

Kegawatan Mahathri Mengila-gila

Rakyat makin hairan, mengapa Dr. Mahathir begitu risau dengan keadaan yang menjelma atas sebab rakyat mengamalkan hak asasi mereka.

Apakah beliau sungguh-sungguh dihenjut “phobia” dan “sakit jiwa” hingga beliau mentafsirkan ragam rakyat mengamalkan hak yang diperakukan Perlembagaan pun dicop sebagai ancaman kepada regimnya?

Dr. Mahathir tidak perlu takut. Sebaliknya beliau wajib faham – sekiranya beliau disebelah pagar Pembangkang, beliau juga akan memperjuangkan perkara yang sama.

Selak semula sejarah politik Mahatahir. Rakyat yang mengetahui (khusunya penyokong UMNO bergelar veteren) cukup-cukup faham karenah beliau (Dr. Mahathir) sewaktu beragenda menumbangkan allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Nah! Tidakkah Mahathir ini juga menjadi “duri dalam daging” terkejar-kejar berceridau berbuih mulut menjadi talibarut asing yang menyebabkan imej UMNO dan kewibawaan dan kepimpinan “bapak kemerdekaan negara” itu dimusnahkan oleh beliau sendiri?

Dengan dokumen dan saksi yang masih hidup, apakah beliau tidak mahu mengakuinya? Adakah Dr. Mahathir mahu berselindung dibalik lalang sehelai?

Mungkinkah Mahathir fikir orang Melayu sepantas itu lupa kaenah dan peranan beliau dalam agenda mengaibkan allayarham Tunku Abdul Rahman? Tidakkah dulu beliau seorang berjenama “ULTRA” – yang bermaksud rengkas: “kurang ajar dan tak tau berterima kasih kepada seorang ketua parti, rakyat dan negara”? Masakan Dr. Mahathir semudah itu lupa ingatan. Tapi beliau tidak dilebamkan matanya..!!

Lidah Dr. Mahatir Bercabang

Dr. Mahathir dan sekongkolnya harus melakukan “soul searching” barang sedikit. Jika dulu beliau cukup gigih membangkitkan arus penentangan terhadap parti yang memberi beliau peluang bersuara dan mewakili rakyat; mengapa hari ini (setelah jelas beliau menafikan hak-hak rakyat) beliau harus bersikap “kepala batu” melejangai rakyat pula?

Apakah Dr. Mahathir dan sekongkolnya masih cuba hidup dalam khayalan dengan bermain sentimen adu-domba perkauman terhadap rakyat, berbohong bontang – kununnya asakan Reformasi cuma dihayati oleh segelintir rakyat Malaysia saja?

Dr. Mahathir harus lihat, baca, fikir dan cuba mempelajari aspirasi rakyat sekarang. Beliau wajar mengetahui dengan jelas, iaitu: Di manakah salah silapnya beliau, UMNO/BN dan sekelian mereka yang tergolong dalam kelompok “penjarah-perompak” hak asasi dan harta rakyat yang dilindungi beliau? Adakah beliau berfikir, apa yang lakukannya direstui rakyat, atau tidak memberi kesan cukup buruk kepada negara?

Penentangan Bukan Rusuhan

Apabila masyarakat mula bertindak bertentangan dengan regim beliau, itu tidak bermakna rakyat melanggar undang-undang negara – jauh sekali harus ditafsir sebagai rusuhan.

Dr. Mahathir dan sekongkolnya dalam UMNO/BN tidak harus sengaja cari alasan bodoh yang tidak rasional dengan menggunakan kekerasan untuk mematahkan perjuangan rakyat. Itu rentak-ragam sebuah Kerajaan berfaham “Komunisme” namanya.

Adalah amat keji dari perspektif tamadun manusia sejagat bila seorang pemimpin menggunakan aparatus negara untuk membunuh “norm and modesti’ rakyat yang menjadi warganegara yang dilindungi Perlembagaan. Mengapa Mahathir masih mau buat?

Jika Dr. Mahathir dan regimnya cuba memperlekeh rakyat dan agama mereka, beliau harus mengerti sebenarnya beliau melawan fitrah manusia. Dr. Mahathir harus mengenepikan emosi dan phobia yang merasuk jiwanya, kununnya beliau akan dihumban dari jawatan – tidak laku barang seduit lagi. Cuba beliau ingat sendiri: Adakah beliau terfikir sewaktu memfitnah-khianat allahyarhan Tunku dan Tun Hissein Onn dulu?

Adakah waktu itu beliau lebih rasional dan berakal fikiran bersih untuk dijadikan landasan dalam tindakan beliau seburuk itu? Bagaimana pula tindakan para pejuang yang beliau lokap sekarang? Bagaimana pula dengan Anwar? Adakah angkara yang dilakukan kepada Anwar sebagai tindakan sebuah Kerajaan yang bertamaddun?

Demokrasi – Tetap Lunas Perjuangan Rakyat

Dr. Mahathir dan sekongkol dalam regimnya jangan cuba berdolak-dalik dengan memperalatkan undang-undang untuk mentafsir demokrasi mengikut versi beliau.

Pemimpin rakyat bergelar Pembangkang sudah masak dan lebih faham – malah jurus-arah perjuangan mereka sudah mendapat sokongan majoriti rakyat.

Buktinya, UMNO pimpinan Dr. Mahathir sudah hilang pengaruh dengan bukti pembondongan orang Melayu meninggal UMNO. Apakah imbauan Pembangkang diberi ganjaran sepuluh ringgit dan nasi bungkus seperti yang dilakukan UMNO?

Rakyat tahu, mereka bukan “ayam sembelihan”. Hari ini mereka diberi makan, esok lusa mereka akan jadi korban kerakusan si pemberi makan.

Perjuangan rakyat melalui Pembangkang bukan bermakna mereka mahu memusnahkan negara – jauh sekali dari memecahkan fabrik masyarakat yang sedia ada. Sebaliknya, perjuangan rakyat adalah hasil jelmaan aspirasi mereka untuk menegakkan hak mereka yang semakin keciwa diperkudakan oleh sebuah regim yang terpesong jauh dari tuntutan dan amanah massa.

Mahathir dan regimnya harus menjawab beberapa soalan rakyat.. Kita akan tanya di Bahagian ke-2.

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com