Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ADAKAH PARTI KEADILAN NASIONAL AKAN DIANCAM ‘BATAL’? (2)

Amin Sapiro (tidak akan melupakan sejarah bangsa)

Bah. 2

Orang Melayu Tidak Bodoh..!!

ORANG Melayu tidak ada hasrat untuk mencetuskan kekacauan di negara sendiri.. Mereka adalah anak bangsa yang tidak pernah menegah sesiapa berhijrah ke negara ini. Minda mereka sudah terbuka. Anak-anak Melayu sudah ada pelajaran, dan telah terdidik dengan semangat sayangkan negara, bangsa dan agama.

Maksudnya – orang Melayu tidak bodoh. Yang bodoh dan bebal ialah orang yang mentakrifkan mereka sebagai bodoh. Makin nampak puak yang menyokong kebebalan Mahathir cukup bodoh kerana tidak mengerti menilai kecerdasan orang Melayu secara umum.

Jika orang Melayu lebih cenderung bertolak ansur dan mengamalkan toleransi, tidak bermakna mereka lemah. Buktinya, Dr. Mahathir sendiri pun tahu. Iskandar Ghulam Naina Mohamad Kutty sekeluarga adalah zuriat pendatang haram berasal dari Krala India (bukan warisan Nusantara). Dr. Mahathir tentu arif siapakah anak jantan yang berpelir lahiran Iskandar Ghulam Naina Mohamad Kutty bernama ‘Mahathir’ itu sekarang?

Tidakkah itu satu bukti nyata bahawa UMNO yang bermaksud “Parti Kebangsaan Melayu Bersatu” sanggup menerima zuriat berbaka Krala India menerajui parti itu sebagai Presiden dan dilantik pula menjadi PM? Busukkah hati orang Melayu ini? Bodohkah mereka?

Perlu Jawap Soalan Rakyat

Walaupun darah Melayu yang mengalir di tubuh Mahathir cuma “sesudu”; namun orang Melayu tidak ambil kesah, asalkan jangan cuba jadi “Raja Mahdeliar” atau “Si Kitul”; cukuplah…!!

Datuk-nenek orang Melayu amat sukar menebus kemerdekaan mereka. Mahathir jangan cuba mentafsirkan Demokrasi mengikut kesesuaian selera beliau seorang. Jangan cuba ojok-ojok menterjemahkan Demokrasi; kununnya berbeza dengan demokrasi yang diamalkan oleh negara-negara Barat. Atau, menuduh kebaikan rakyat bercerita keseksaan ditanggung kepada orang luar bermaksud ‘mengimbau penjajah’?

Soalnya: Apakah Dr. Mahathir cukup-cukup bersih dari gejala “seketiduran” degan orang luar. Tidakkah beliau pernah beragenda bermain kejip-mata dengan George Bush, Fidel Castro, Ehud Barak, Fujimori, dll? Tidakkah Mahathir sendiri melakukan tulisan-tulisan buruk mendedahkan kepimpinan negara ini dalam majalah luar? Kenapa sekarang sekaligus beliau berusaha memadamkan perjuangan rakyat massa menegakkan kebenaran, keadilan dan menumbagkan kezaliman? Adilkah pentadbiran beliau?

Sesungguhnya apa yang dibudayakan orang Melayu adalah jelas, iaitu: Kalau seseorang Ketua tidak diperlukan khidmatnya, sila turun dan bersedialah menjadi “Quran Buruk” yang bakal diselitkan di atas para saja..!! Tidakkah Dr. Mahathir sendiri melakukan perkara yang sama kepada pemimpin sebelum beliau?

Tanya apa pendapat Musa Hitam, Ku Li, Ghafar Baba, Ghazali Shafie, dll (yang masih hidup). Rakyat tahu apa Mahathir sudah lakukan terhadap Tunku dalam usia 62 tahun, dan Hussein Onn (sebelum mereka meninggal dunia). Apakah Mahathir takut mengadapi keadaan yang sama?

Sebenarnya, ketakutan Dr. Mahathir dan sekongkolnya berpunca dari dosa-dosa beliau terhadap rakyat yang dikhianati dan difitnah. Sekarang Mahathir sendiri sedang melihat ke dalam sebuah lubang yang digalinya sendiri. Lubang itu amat dalam. Beliau merasa cukup ngeri menerima padah jika ia dihumban ke dalam!! Padan muka hang…..!!

Rukun Negara Dipersetankan?

Rakyat tahu, Dr. Mahathir cukup cenderung mencipta slogan yang bukan-bukan. Sementara itu, selera beliau cukup buas dalam menghasut rakyat menolak kebenaran dan keadilan. Tidak nampak kepada kita regim beliau betul-betul mengahayati falsafah yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara.

Jika Rukun itu dibacakan dihadapan beliau dan seluruh pemimpin UMNO, pasti mereka akan rasa malu sendirian. Lebih lagi, mereka akan ketakutan. Kerana, setiap perbuatan dan tingkahlaku mereka sebagai pentadbir dan peneraju Kerajaan samasekali jauh tersisih dan sangat-sangat bertentangan dengan falsafah yang terkandung di dalamnya.

Punca segala permasalahan yang melanda negara semata kerana: (diturunkan khusus)

[[ Dr. Mahathir, pemimpin UMNO dan komponen BN tidak langsung mengenepikan kepentingan peribadi dalam berurusan dengan rakyat. Mereka lebih mengutamakan sikap berpura dan menjadikan agenda bohong sebagai wadah untuk kepentingan zuriat mereka dan kroni saja. Rakyat dipersetankan. Jika membantah mereka akan dinyah dan diaibkan. Hidup rakyat dicekik melalui kuasa yang mereka cipta sendiri. Orang Melayu ditindas dengan pebagai ancaman dan ugutan. Sementara itu, orang Melayu dinafikan hak mereka/ Sebaliknya, hak-hak itu dijadikan milik anak-anak dan kroni beliau saja.]]

Adakah Mahatir dan UMNO yang dibaruakannya berhajat membantah? Nah! Berbantahlah dengan menetang iltizam 11 juta orang Melayu yang bakal menggulingkan regim ini satu ketika nanti.

Rakyat Bersandarkan Kepada Agama

Rakyat negara ini sudah tidak gentar lagi. Orang Melayu semakin kuat dan bersemangat; kerana mereka sudah bersatupadu dan tidak berpecah lagi.

Orang Melayu semakin prihatin dan akur menghayati suruhan agama yang menyatukan mereka. Sillaturrahim mereka sebagai ummah semakin kental. Apakah Dr. Mahathir menganggap jumlah 11 juta orang Melayu ditaksir sebagai minoriti?

Jika regim Mahathir yang pintar bersandiwara dan merancang bukti palsu, apakah tuduhan beliau akan dibuktikan seperti tuduhan ke atas Anwar juga? Dengan cengkaman tangan beliau di tengkuk hakim-hakim upahannya; maka Parti Keadilan Nasional (KeADILan) akan terbatal, Mahathir fikir tindakan beliau akan termampu menyelamatkan regimnya?

Adat dan budaya yang diwarisi sebagai zuriat Melayu Nusantara yang ada pada anak-anak pejuang rakyat; dan darah Kemerdekaan yang mengalir dalam rongga nadi mereka, dukungan aspirasi untuk terus berjuang membebaskan hak-hak rakyat jelata; akan dijadikan asas anak-anak pejuang itu berkesanggupan untuk memikul tanggungjawab secara bersama dan beterusan.

Mereka seolah-olah sudah kembali semula memperjuangan Kemerdekaan kali ke-2.. Tahanlah ledakannya! Itupun – Kalau kalian masih ada tenaga dan sokongan massa…!!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com