Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ADAKAH ISLAM YANG BERSALAH ATAU MAHATHIR SENDIRI YANG PERPESONG?

Amin Sapiro (Mahathir/UMNO mahu ke mana?)

BILA Dr. Mahathir berkata, kerajaan telah mengenal pasti kelemahan dalam sistem pendidikan negara yang menyebabkan matlamat pendidikan negara tidak tercapai objektif perpaduan, kerana wujudnya elemen seperti kata beliau:

[[“….kita dapati di sekolah-sekolah, penekanan dibuat tentang soal-soal agama yang menyebabkan orang-orang bukan Islam tidak berminat untuk pergi ke sekolah kebangsaan. Sedangkan kita mencipta sekolah kebangsaan ini dengan niat supaya orang bukan Melayu dan bukan Islam akan pergi ke sekolah kebangsaan,'']]

Kita tidak sangka beliau akan memberi alasan bernada sedikit bebal begitu. Kita tidak tahu dari mana beliau mendapat kajian ilmiah terperinci yang memberi beliau pendapat sedangkal itu.

Paling pelik, beliau bercakap begitu sebaik saja mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di PWTC.

Pelik Tetapi Benar

Kita hairan! Tidak satu orang pun dari anggota UMNO atau MKT sendiri yang menguit lidah mempertikaikan maupun yang bersetuju. Seolah-olah, mereka adalah terdiri dari orang-orang bebal lagi dungu. Macam belatuk.. mereka lebih cenderung main angguk-angguk..!! Macam belodok… makan pakai sodok saja!!

Lebih mencurigakan lagi, semakin nampak Dr. Mahathir telah mendapat sokongan sebulat suara dari mereka yang menerajui regim ini dari kelompok UMNO.

Seolah-olah mereka selingkuh bersetuju. Kita katakan begitu kerana lazimnya, dalam ragam UMNO bermesyuarat, keputusan begitu diambil secara bersama. Bermakna, seluruh anggota MKT ditafsirkan sebagai bersetuju – kalau dungu sama-sama dungu..!!

Kecenderungan Menyalahkan Islam

Mengambil itu sebagai andaian paling hampir kepada tepat, kita dapat membaca bahawa Dr. Mahathir semakin terang-terang menyalahkan agama (dalam konteks ini agama Islam) yang menyebabkan sistem pendidikan di negara ini gagal menyatupadukan rakyat (sebagai objektif pendidikan nasional).

Seolah-olah beliau memberi persepsi bahawa oleh kerana wujud elemen Islam di sekolah-sekolah kebangsaan; maka kaum bukan Islam tidak berminat pergi ke sekolah kebangsaan. Tidakkah itu persepsi bertaraf “jahannam”?

Sebagai menguatkan hujjah pula, beliau dilaporkan sebagai berkata, apa yang berlaku ialah sekolah kebangsaan dilihat sebagai dikuasai oleh golongan yang cuba menjadikan sekolah itu sebagai sekolah agama Islam.

Kita harus tanya kepada beliau, “Siapa bilang? Bapak hang ka..?”

Kita merasa makin pelik beliau boleh membuat andaian dan memberi persepsi segampang itu. Tetapi kenyataan beliau itu benar dan sah disebutnya. Dan, dalam proses “pelik tetapi benar” itu, beliau mungkin pura-pura lupa, atau sengaja tidak mau ingat bahawa rakyat berbilang kaum di negara ini tidak ada petanda langsung membayangkan bahawa sekolah-sekolah kebangsaan “dikuasai oleh golongan yang cuba menjadikan sekolah itu sebagai sekolah agama Islam” (seperti kenyataan beliau).

Dan, rakyat semua kaum setakat ini tidak pernah menganggap kewujudan mata pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah dan institiusi pengajian tinggi berfungsi untuk memecah-belah dan menjejaskan perpaduan kaum. Itu adalah persepsi yang timbul cuma di kepala hotak Dr. Mahathir sendiri saja (mungkin..!). Sewelkah dia?

Islam dan Perpaduan

Kebelakangani ini, ramai dikalangan kaum bukan Melayu dan bukan Islam melihat Islam sebagai agama perpaduan dan penyatuan kaum.

Contohnya: Sebelum PAS memerentah Kelantan dan Terengganu, pemimpin UMNO (khusunya Dr. Mahathir) adalah “the champion of all hooligans” yang memburuk-busukkan Islam dengan mewarwarkan pelbagai persepsi yang bukan-bukan. Ini menyebabkan semua kaum hidup dalam ketakutan berteduh dibawah naungan payung Islam.

Dr. Mahathir adalah jagoan terhebat yang mengutuk dan menyemarakkan rasa benci terhadap PAS dengan mempolitik dan memberi persepsi yang cukup salah terhadap Islam. Mahathir menggunakanelemen Islam PAS sebagai memujukkan kaum bukan Melayu menyokong Barisan Nasional. Itu memang jelas dan jangan beliau mau berdebat pula. (elok bermuzakarah dulu).

Beliau boleh rujuk semua ucapan beliau di Perhimpunan UMNO – di hadapan dhef-dhef jemputan, bukan setakat Presiden komponen BN malah kepada puluhan jemputan dari luar negara (negara asing bukan Islam).

Tidakkah itu bermakna bahawa Dr. Mahathir inilah sebenar “agen” paling busuk dan buruk laku yang menyebabkan minda dan persepsi rakyat dan dunia mejelir lidah terhadap Islam? Dengan itu, sistem pendidikan sekolah kebangsaan di negara ini yang cuma satu subjek menyorot pengajian agama Islam, sewenang-wenangnya dituduh sebagai pengancam kepada perpaduan rakyat? Tepatkah andaian dan persepsi beliau itu?

Jika beliau bermaksud menyindir sengit bahawa Datuk Seri Anwar (musuh peribadi beliau sekarang) adalah Menteri Pendidikan yang menganjurkan pakaian seragam bagi pelajar dan guru wanita beragama Islam supaya bertudung kepala sebagai menguatkan hujah beliau; bukan setakat orang Melayu Islam saja yang merasa pelik; pasti bukan Islam juga merasa begitu. Mungkin ramai yang akan mengcop Dr. Mahathi sebagai Presiden paling dungu dalam sejarah UMNO!

Hematnya, agama Islam di sekolah dan pakaian seragam pelajar Islam dan guru-guru tidak langsung terkait hingga faktor objektif perpaduan nasional itu tercemar. Hujjah dan persepsi Dr. Mahathir itu tidak langsung releven; malah sebaliknya membukti beliau 100% SEWEL..!

Baiknya, beliau wajar diasuh semula dan di“rehabilitat” di sebuah Kelas Dewasa untuk orang-orang “nyanyok”..!!

Elemen Kebenceian Politik Bertambah

Apa yang ketara sekarang ialah, kebencian Dr. Mahathir kepada Pembangkang adalah punca beliau bercakap dan berhujah seperti orang gila. Semakin berganda gila beliau hingga menyebabkan beliau semakin tenat dan sesak nafas. Tiga (3) faktor besar dapat dilihat dengan jelas, iaitu:

1) Orang Melayu sudah hilang keyakinan kepada UMNO. Bukan Melayu dan bukan Islam sudah tidak mengerti lagi hala tuju politik Dr. Mahathir yang menggunakan elemen perkauman dan adu-domba yang meresahkan mereka;

2) Kewibawaan dan pengaruh politik Pembangkang vis a vis PAS dan sokongan terhadap parti itu dan ayun sokongan kepada Datuk Seri Anwar yang berkarisma, semakin menebal; hingga memberi petanda yang cukup ketara bahawa UMNO/BN akan lumpuh dan ketandusan sokongan rakyat. Dengan itu Dr. Mahathir dan UMNO/BN sudah hilang wadah dan kelamkabut cacamarba mencari strategi untuk mengembalikan kewibawaan dan imej kepimpinan dan parti mereka yang ketandisan dan pincang;

3) Ketidakmampuan UMNO sebagai parti tunjang Melayu (satu masa dulu) mengembalikan keterampilan pollitik parti yang telah sungguh-sungguh luntur punah ranah; kerana Islam yang ditegakkan UMNO cuma setakat sinitron bioskop “layar putih berbidang lebar di pawagam”. UMNO cuma mampu menayangkan ikan-iklan Islam sebagai perisai politik saja.

Tiga faktor di atas amat jelas kesannya. Rakyat bukan Islam di negara ini melihat Islam hayatan UMNO bercelaru haru biru. Pemimpin UMNO adalah belukang-darat beldok-brengseknya.

Buktinya: Kita dengar di Dewan Rakyat pemimpin UMNO sendiri terkedu lidah bila disoal oleh wakil DAP yang kehaianan bila pemimpin UMNO sendiri menyatakan “Judi itu halal jika diberi lesen” oleh kerajaan UMNO/BN. Ini bertentangan dengan fakta benar dalam Islam bahawa semua bentuk judi itu adalah haram!! Siapa menyalahkan persepsi Islam itu sekarang? Tidakkah UMNO?

Bila Haniff Omar (orang Melayu beragama Islam) mengatakan di mahkamah bahawa “Penglibatan beliau dengan perusahaan judi di Genting Highlands itu halal kerana ia tidak sebut dalam Al-Quran”; sekaligus peguan bukan Islam Karpal Singh terpinga-pinga lalu menyebut ‘quotation’ dari Al-Guran. Apakah Islam tafsiran UMNO itu memberi model perpaduan?

Begitu juga, Ummi Hafilda (saksi Kerajaan) diperakukan oleh seorang saksi telah berzina di London (dengan saksi terbabit), tetapi tidak diambil tindakan. Tidakkah ini membuatkan persepsi kaum bukan Islam bercelaru teradap Islam?

Atas segala-galanya, kes fitnah liwat yang dituduhkan secara palsu dan diada-adakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya dibicara dan dihakimkan di mahkamah syariah; tetapi sebaliknya regim Mahathir menetapkan ia dibicarakan di mahkamah sibil. Walhal, kes Azizan Bakar yang ditangkap basah tidak pula begitu.

Apakah peristiwa-peristiwa ini berlaku kerana Islam diajar di sekolah yang menyebabkan kelemahan sistem pendidikan itu; atau olah-ragam pemimpin pollitik UMNO sendiri yang mencacamarbakannya? Apakh sistem pendidikan di sekolah kebangsaan penyebabnya, atau ada pemimpin UMNO sendiri yang menggubal fatwa mereka sendirian dan mentafsirkannya?

Jangan Beri Alasan Tidak Rasional

Jelas sekarang, ini semua adalah gejala yang memberi petanda ampuh bahawa Islam ala Mahathir @ UMNO yang dikendalikan adalah “tidak masak”. Mungkin ia sengaja dikukus setakat berdetus setengah masak.

Bukan saja pemimpin UMNO sendiri tidak mampu memberi tenaga untuk menyatupadukankan semua kaum, malah mereka semakin bermain strategi politik yang bahaya hingga memndorong kepada perpecahbelahan kaum. Inilah fakta sebenar yang merosakkan fabrik silaturrahim orang Islam sendiri, vis a vis orang Melayu sendiri – termasuk faktor hubungan kaum.

Jadi, tidak salah jika orang Melayu dan semua kaum di negara ni mencari kepastian mana satu parti politik yang wajar disokong dan ditakrif sebagai berkemampuan bagi menyatupadukan rakyat. Yang jelas sekarang, semakin pengajian mengenai Islam ditingkatkan di dalam sistem pendidikan, makin ramai bukan Melayu yang memasuki IPT dengan kecendungan mengambil mata pelarajan Islam.

Tak taulah, samada ada orang yang berminat untuk mempelajari “Fikiran Dr. Mahathir” (menggantikan pengajian Islam) seperti yang dicadangkan oleh seorang ulamak berstatus “Penjilat” merangkap Setiausaha Politik Dr. Mahathir itu sendiri akan termampu meningkatkan perpaduan kaum!

Yang kita nampak sekarang, kegilaan Dr. Mahathir dan UMNO/BN menghalalkan “Nepotisme, Korupsi dan Kronisme” dan hasarat beliau “Kerja Sampai Mati (KSM)” adalah elemen yang menyebabkan negara ini kucar kacir!!

Fikir-fikirlah sendiri..!! (hihihihh….)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com