Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DR. MAHATHIR DAN UMNO MAU LETAK MUKA KE MANA SEKARANG?

Amin Sapiro (ketawa besar tengok Madey gelabah sakan)

Di Perhimpunan semalam……
SAYA turut berdiri bersama seorang lelaki tua yang ditemani cucu dan isterinya di satu sudut bangunan berhampiran diseberang jalan sebelah Menara. Kami cukup asyik mendengar ucapan ketua perhimpunan aman itu. Mereka mengutarakan hasrat supaya kerajaan yang memerentah jangan terus bertindak mengurung 7 orang teman mereka tanpa alasan yang tidak boleh diterima rakyat.

Saya lihat Ibu tua tadi menitiskan airmata bila mendengarkan ucapan-ucapan yang dihamburkan oleh pengacara.

Berkata lelaki tua itu kepada saya: “Anak lelaki kami pernah dikurung dibawah ISA dulu. Pulang ke rumah ia seperti lumpuh dan tidak bermaya. ISA memang kejam. Ia harus dimansuhkan.”, ujar beliau dengan wajah muram.

Spontan saya tanya, “anak bapak di mana sekarang?”.

Beliau menuding jari ke arah rakyat yang berhimpun itu. “Ini anaknya. Dia mahu tengok ayahnya berdemo.” Jawab orang itu.

Saya geleng kepala. Rupa-rupanya “demo rakyat” seperti ini sudah mendapat sokongan rakyat – kecil-besar, tua muda..!!

Bagaimna Dr. Mahathir boleh cakap tak ada sambutan rakyat? Pagi tadi saya kuliah Subuh, Imam membaca doa kesyukuran kerana rakyat yang menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman selamat menyampaikan Memo kepada pihak berwajib. Diharap speaker Dewan Rakyat tidak bersikap RASUAH membatalkan cadangan perbincangan itu.

Hari terbaca bahawa pemimpin Parti GERAKAN (komponen BN) sendiri sudah ligat membantah kekejaman Akta ISA itu. Ia harus dibatalkan. Pemimpin rakyat dan Majlis peguam menuntut supaya mereka dibebaskan jika tidak di hadapkan ke mahkamah.

Dr. Mahathir nak letak muka ke mana? Masih mau cakap akan lakukan kezaliman walaupun terkeluar dari garis undang-undang yang diperakukan oleh masyarkat antarabangsa? Pemimpinkah Mahatir laknat ini? Atau: Mahathir sudah bertukar jadi BINATANG jalang?

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com