Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


“ISA” DIGUBAL OLEH JAHILIAH dan DIAMALKAN OLEH “MAHAFIRAUN”

Amin Sapiro (kita kembali diheret ke zaman Jahiliah?)

CUBA bayangkan ini…..
Jika sekumpulan orang bertopeng yang cuma menampakkan mata, lengkap dengan senjata bahaya; terus menyerbu masuk ke rumah anda tanpa salam, tidak langsung membayangkan kepada anda untuk mengetahui apa ugama mereka – salahkah anda menyangka mereka adalah perompak dari KUMPULAN BAJINGAN?

Bila mereka mencerohoh dengan menendang dan memecah tingkap dan dinding, menyelongkar dan mengusai segenap ceruk dan penyimpanan di rumah; tidakkah anda mengatakan mereka itu BIADAP KURANG SOPAN dan TIDAK BERBUDAYA?

Lebih-lebih lagi jika kumpulan bertopeng itu mengganas dengan mengkasari anda, mengheret tuan rumah seisi keluarga tanpa basa-basi tamaddun manusia sejagat – salahkah jika anda berkata mereka yang berperangai begitu adalah kaum asuhan BUDAYA “BARBARIAN” yang sudah ditelan zaman?

Bagaimana pula, lepas seminggu dikurung umpama seorang tawanan perang; tuan rumah ditunjukkan kepada umum – matanya lebam membengkak dan tubuhnya tercedera calar-balar!! Tentu kalian tak putus-putus geleng kepala dengan berkata, “Tak sangka….. apakah negara ini sedang kembali ke zaman jahiliah..!!”.

Ragam Pengawal Keselamatan Negara

Mungkin anda akan melihat lakunan sebegitu cuma dalam siri filem hollywood atau bollywood saja. Tetapi jika anda menontot CD dari acara penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, anda sendiri akan menjadi antara saksi yang berjuta bahawa kejadian paling menyakitkan hati itu adalah benar-benar beraku dan dilakukan oleh anggota Polis Di Raja Malaysia.

Mereka yang disebut “anggota Polis Di Raja Malaysia” itu adalah terdiri dari rakyat kita – satu bangsa dan satu agama. Mereka lahir di sini – bermakna mereka adalah warganegara kita yang kununnya sudah Merdeka.

Tetapi, memandangkan karenah mereka melaksanakan tugas menurut perentah “tuan besar”nya – kita pasti menyangka mereka adalah puak yang sama seperti yang disebutkan dalam Al-Quran yang berperang dengan Iskandar Zulkarnain. Siapakah yang mampu mempertahankan kita sebagai rakyat lagi jika puak ini terus-menerus bertindak seperti “marauders Viking” dan “Barbarian” zalim?

Mereka berbangga menggelar diri sebagai “PDRM”. Berkerdipan bintang-bintang dan paku diperbuat besi bersadur sebagai tanda mereka berpangkat dan berdarjat, kunun. Mereka bermegah dengan menyematkan semua pingat-pingat itu di dada. Guna apa? Petanda apa?

Dengan ego yang mendadak penuh semangat mendabek dada, mereka akan berkata, “Kami adalah penjaga undang-undang keselamatan rakyat jelata. Kami ditugaskan untuk membelantan kalian dan mengurung sesiapa yang menentang “tuan besar” yang memberi kami makan…!”

Nah! Bayangkan lagi: Tidakkah layak mereka yang bersikap begitu dan bercakap tanpa berimbangan digelarkan “anjing-anjing buruan”? Bagaimana orang yang disebut sebagai “tuan besar” itu: Tidakkah beliau wajar digelarkan “MAHAFIRAUN”?

Fikir baik-baik: Apakah negara ini sudah berbalik ke belakang ke zaman jahilian yang menafikan hak-hak kemanusiaan? Apakah kita sebagai warganegara masih mengakui “tuan besar” mereka sebagai manusia normal, berfikiran waras, menghayati undang-undang dan berketerampilan sebagai pemimpin yang sebuah masyarakat yang bertamaddun?

Fikir dan terus fikir…!! Tetapi jangan terlalu banyak berfikir dan main “biar-biar” saja – akhirnya akan melarat cacing ke mata..!!

Kelunturan Fitrah Tamadudun Manusia

Kini, orang yang dilebamkan mata itu sedang bergelut dengan kepayahan dan kesakitan yang amat sangat. Beliau dinafikan hak perubatan yang sempurna wajar bagi seorang manusia. Beliau diaib dan penjarakan dalam kurungan untuk satu jangka masa yang amat panjang. Di belakang penyiksaan itu, ada agenda puak yang berkuasa itu bermaksud untuk menyambung niat jahatnya yang sengaja disembunyikan..!!

Sementara itu, kita semua nampak dengan mata kepala bahawa Si tuan besar dan sekongkolnya sedang bersuka ria, mengadakan majlis meraikan kejayaan mereka. Berpestalah mereka di Mahligai kencananya. Di luar sana, kuncu-kuncu mereka tak habis-habis merompak harta rakyat. Sesekali mereka akan muncul di tingkap istana masing dan berpidato dengan nada suara penuh pura-pura, kununnya mereka sedang resah dan gelisah memikirkan tentang kesejahteraan rakyat.

Kita lihat, segelintir mereka yang menyokong akan bertepuk tangan dan melaung sekuat suara…”HIDUP MAHAFIRAUN.. HIDUP MAHARAJA KAMI..”. Apakah anda akan ikut sekongkol seperti mereka yang sudah kehilangan wadah dan nilai-nilai kemanusiaan sejati?

Tidak langsung terfikir di dalam hati dan benak kepala kita bagaimana begitu rendah jadinya taraf manusia hingga nilai hidup mereka luntur saling tak tumpah berbudaya “bajingan” begitu.

Jika mereka berkaki empat meloncat bagai haiwan; pasti kita akan memaafkan tindakan mereka. Tetapi, apakah kita mau dianggap sekongkolan jika mereka sekaligus seperti binatang dan kita mengakui diri sebagai makhluk beragama pula? Apakah hidup kita akan bermanfaat di dunia dan di akhirat sekiranya kita menyokong mereka? Fikirlah dalam-dalam.

“KURUNGAN dan UGUTAN” Benteng Pertahanan

Puak ini menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin yang berwibawa, berkerampilan dan mengakui paling layak diamanahkan segala. Yang jadi pedoman dalam hidup mereka hanyalah “KUASA” dan hak mempertahankan sebarang karenah dan perlakuan mereka. Mereka jua tidak langsung acuh dan peduli cercaan masyarakat dunia, tidak peduli seksa yang mereka timpakan kepada rakyat jelata – asalkan mereka terus berkuasa dan terus merompak rakyat.

Terakhir ini, ditambah lagi tujuh (7) anak-anak rakyat yang membantah kekejaman dan kezaliman puak itu – dikurung dengan kejam dan dipinggirkan dari lunas undang-undang kemanusiaa. Mereka menamakan undang-undang itu sebagai “ISA”. Mereka mengagung-agungkan undang-undang itu seperti Firaun menghalalkan pembunuhan semua anak-anak lelaki kaum yang diperhambakan!!

Anak rakyat yang bertujuh itu tampil ke hadapan, semata-mata kerana mereka akur menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman. Dengan semangat perjuangan perikemanusiaan yang menebal di dadam mereka menggunakan Karisma anugerah Allah swt pada tempatnya. Buktinya: Bantahan mereka disokong oleh 20 juta rakyat marhaen.

Malang sekali, setakat ini belum terdengar khabar berita perkembangan keberkesanan perjuangan mereka. Mengapa? Adakah kita betul-betul hidup dalam khayal?

Apakah 20 rakyat masih duduk diam membisu, berpeluk tubuh melihat mereka terkurung dan diseksa tanpa mahu mengangkat lidah untuk berkata-kata, atau mengangkat tangan menuding jari bertanyakan, “Apa kesalahan mereka?”.

Pun, tidakkah semakin ketara dihadapan batang hdiung kita sebagai rakyat bahawa “penjara dan ugutan” menjadi benteng puak yang semudah itu mendera rakyat? Kemanakah mereka membawa kita? Amanah mereka? Seharusnya: Kitalah yang menjawap!

Ulamak Islam Perlu Prihatin

Kita mahu bertanya kepada alim ulamak kita, “Inikah keadilan yang difirman Allah swt dan disunnahkan Muhmmad saw. yang kalian praktikkan? Ke manakah ilmu di dada yang dilambangkan dengan serban besar melilit kepala yang kalian pertaruhkan? Jika itu satu kezaliman, mengapa kalian diam?”. Lagi sekali kita geleng kepala.

Jika selama ini kita mengetahui dan menghayati Keadilan adalah inti agama kita, apakah kini kita merelakan Kezaliman mengatasinya pula? Apakah wang dan nikmat berpangkat dan berdarjat jadi tukaran keimanan di dada? Apakah semudah itu terpesongnya keimanan kalian, wahai ulamak berserban tebal?

Berbalik semula kita bertanya: Jika di zaman Firaun kita dapat bayangkan bagaimana umat manusia dikerah dan dibelasah untuk membina tuggu-tugu peringatan yang menampilkan kemegahan si Firaun sekeluarga – apa pula bedanya hari ini jika kita melihat pelbagai perlambangan yang menjana kemegahan puak itu dibina dengan titik-peluh dan keringat rakyat tanpa memberi manfaat kepada rakyat?

Kita diimbau supaya menyanjungi perbuatan mereka dan saban hari diasuh minda supaya memperakui kehabatan mereka pula – tidakkah kita sebagai rakyat diagendakan supaya terpesong untuk menyanjungi seorang yang berperangai kurafat? Apakah kita sebagai umat Islam tipis sungguh iman dalam dada?

Apatahlagi sekarang, seorang yang bebal dan tidak berilmu sedalam pengetahuan ulamak yang arif, cuba berdolak-dalik mengadu-domba rakyat dengan cuba bercakap cacamarba dalam bidang ilmu yang beliau sendiri tidak langsung arif mengenainya; apakahb kita harus terpesona?

Owww… sebab beliau bergelar Perdana Menteri yang berkuasa mutlak; maka sebab itu kita harus akur dan menganggap perbuatan beliau semua betul dan jujur? Tidakkah kita dikurniakan Allah swt untuk berfikir dan memilih antara yang salah dengan yang benar?

“Kemanusiaan” dan “Politik”

Kita jangan terkabur mata dan membebalkan minda; hingga tidak mampu membedakan antara”kemanusiaan” dengan “politik”. Jika “politik” itu meminggirkan lunas-luas “kemanusiaan” dan kesejahteraan rakyat; bermakna pemimpin politik semacam itu elok dihumbankan saja.

Hari ini, sudah muak-bosan kita melihat kebusukan agenda mereka. Sudah nampak sejahatmana karenah mereka. Demi kesinambungan kuasa mereka, rakyat semakin dinafikan lunas-lunas kedaulatan dan hak berlindung dibawah payung undang-undang dan Perlembagaan.

Hak asasi mereka sebagai manusia dan warganegara, kesejahteraan mereka sebagai rakyat yang berhak menerima manfaat dari sebuah Kerajaan yang berhemah dan beramanah; semakin hari makin jelas dinafikan. Mereka mengatur cara hidup kita dalam acuan yang tersisih dari perikemanusiaan.

Apakah Perlembagaan kita masih belum cukup dicemarkan? Tidakkah kita masih tidak malu melihat satu dunia sedang mengejek kita dari belakang?

Sebetulnya, kita sengaja membebalkan diri kerana masih dungu dan bisu untuk mengerti siapa mereka bergelar pemimpin dalam kelompok ini..!! Sewajarnyalah kita sebagai rakyat mengambil satu kesimpulan terakhir: BUANG saja kelompok ini – jangan simpan lagi!!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com