Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


APAKAH MAHATHIR AKAN TERUS TIMBUL, TENGGELAM ATAU…..?

Amin Sapiro (melihat belodok kekeringan di muara)

PERTEMUAN dengan kawan-kawan lamo di Kuala Lumpur sejak kemarin hingga tengah hari tadi memberi banyak perkhabaran yang mendebarkan…… Khabar angin semakin bertiup kencang bagaikan ribut. Spekulasi bahawa selesai percutian Daim Zainuddin selama dua bulan akan diikuti dengan perletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan akan diterima sebagai berkuat kuasa oleh Dr. Mahathir.

Jika khabar-khabar itu berakhir dengan satu kenyataan benar, bermakna sekarang ini Daim sudah pun dianggap oleh Mahathir sebagai bukan lagi Menteri Kewangan. Daim sudah cabut makan angin keluar negeri. Jet persendirian beliau berada di…… (kawan itu tak bagi cakap di sini.. hehehe..).

Habis siapa?

Khabar awal menyebut Muhyiddin Yassin akan dilantik untuk memangku jawatan Daim. Tetapi berakhir dengan, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan diberi tugas sebagai wakil untuk tempoh Daim bercuti. (Ingat: setakat sebagai wakil cuma)

Soalnya, mengapa Nazri dan tidak Muhyiddin seperti khabar yang terdengar pada mulanya? Adakah Nazri menteri terbaik dan seorang berkaliber “pakar” dalam kewangan; atau seorang yang paling berpengaruh dalam UMNO? Mengapa pula wakil saja, dan tidak memangku?

Dari segi portfolio, Nazri boleh memangku atau terus dilantik sebagai MenKew. Kerana itu, bermakna Mahathirlah menteri yang memangku dari segi hiraki dan berkuasa membuat keputusan. Nazri cuma jadi “office boy” saja – satu taraf setakuk lebih tinggi dari “peon pejabat”.

Jawapan sebenar kepada soalan itu terserah kepada anda untuk menilai. Tetapi hakikatnya, ramai yang merasionalkan bahawa pilihan kepada Nazri adalah disebabkan keterampilan politik Nazri yang tidak seberapa. Dengan itu, beliau diarah jadi “pak turut” sementara Mahathir sendiri akan mengendalikan kewangan negara mengikut sekehendak hatinya.

Begitu juga, perlantikan Ali Abul Hassan sebagai Penasihat Ekonomi 2 juga menjadi tandatanya. Ia berfungsi untuk memikir, mengurus dan menyelesaikan keadaan kelamkabut yang semakin kusut yang berlaku dalam korporat-korporat milik anak-anak dan kroni-proksi Mahathir.

Keadaan korporat-korporat itu sekarang semakin kacaubilau dan kelamkabut hampir merudum semula. Walaupun puluhan billion wang rakyat dikaut untuk bailout, namun segala usaha berakhir dengan “futile efforts”. Bermakna Ali dan Penasihat Ekonomi 1 akan bergabung isi “kepala hotak” mereka untuk memikirkan bagaimana menyelamatkan “Mahathir & Sons” walaupun gaji musibat keparat korup itu dibayar oleh rakyat!

Ini pernah berlaku dalam tempoh peralihan kuasa selepas Anwar dilucutkan jawatan. Akhirnya, ekonomi negara merudum koyak rabak!! Mahathir terus menyalahkan Anwar kununnya tak pandai menguruskan ekonomi. Tetapi setelah dua tahun berlalu, ekonomi Malaysia baik sikit dari Bangladesh!!

Usaha Meredakan Asakan

Desas-desas makin terdengar kuat bahawa faktor Mahathir tidak memilihan Mahyuddin adalah untuk mengelakkan Tan Sri Musa Hitam menggunakan Muhyiddin untuk mendapat maklumat terperinci. Mahathir memang mencemburui Musa tak habis-habis – takrif mudah disebut bermakna “sampai mati”.

Tambahan pula, hentaman pemimpin UMNO Johor terhadap kepimpinan Mahathir semakin kuat. Cemburu Mahathir kepada pengaruh Musa Hitam semakin meledak apabila kewibawaan Musa semakin menjulang dengan kesanggupan beliau mengkritik pentadbiran regim Mahathir walaupun Musa cuma sebagai pengerusi SUHAKAM.

Memang diketahui umum, hingga kini, Mahathir masih menganggap Musa Hitam seperti “ikan panggang yang sentiasa panas membara” kepada lidahnya untuk dikunyah. “Cara” Musa lebih licin berbanding Mahathir dalam mengaut pengaruh politik. Orang UMNO lebih sesuai dengan ketrampilan Musa.

Walaupun Musa menyebut beliau tidak mau aktif dalam politik, tetapi itu tidak bermakna pengaruh beliau sebagai politikus di kalangan orang Melayu dan semua kaum sudah lupus. Tidak! Beliau masih disegani UMNO dan pemimpin komponen BN. Pengaruh Musa masih wujud dan segar. Malah, ada orang berkata: Sekiranya UMNO diberi pilihan antara Mahathir, Musa, Ku Li dan Abdullah Bedawi; pilihan jatuh kepada Musa dan Mahathir akan jauh tecicir ke belakang tanpa undi!! Begitu sekali.

UMNO Johor Paling Kritis

Dua tahun kebelakangan ini memang jelas bahawa beberapa pemimpin UMNO Johor semakin berani mengkritik Mahathir – dengan mencetuskan perdebatan di Perhimpunan dan menyuarakan ledakan hati secara terbuka. Mahathir mengsyaki Musa berada di belakang.

Dari intipan secara terdekat di beberapa mesyuarat Cawangan dan Bahagian UMNO, penyokong dan pemimpin UMNO di sekitar negeri Johor secara terbuka mengatakan bahawa Mahathir tidak seirang dengan wadah pemimpin UMNO yang memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebaliknya, Mahathir dilihat semakin menyebelahi dan lebih mempercayai zuriat ketururunan mamak-malbari sebagai regu sedarah beliau saja.

Sentimen Mahathir yang semakin jelas “anti pemimpin Melayu” terbukti bila beliau melantik Ali Abol Hasan sebagai penasihat Ekonomi ke-2 – sebagai tambahan dari yang pertama (pun keturunan mamak-malbari juga).

Pertama kali sedikit masa dulu, Mahathir melantik beberapa senator dan seorang menteri wanita (berketurunan mamak-malbari) yang sedarah satu tongkang dengan Mahathir sendiri! Mereka ini sedang bekerja keras membantu menaikkan imej Mahathir seorang saja. Kerana itu, pemimpin Melayu UMNO menyimpan rasa kecewa yang belum reda. Mungkin dendam sedang membara!

Satu lagi alasan logik ialah, Mahathir takut kepada Musa kerana jumlah perwakilan UMNO Johor adalah antara terbanyak. Musa dianggap sebagai pemimpin Melayu, tetapi Mahathir pemimpin “mamak-malbari”..! Walaupun perkiraan begitu adalah sempit, tetapi sentimen orang Melayu di peringkat rakyat memang mudah dan cepat terasa. Itulah yang dinamakan “politik kampung”. Mahathir tidak pakar – jauh sekali dari arif mengenai kesan sampingannya.

Kekuatan UMNO/BN di Johor telah membantu jumlah kerusi BN di Parlimen walaupun tidak nampak sekukuh yang diharapkan. Kebanyakan kerusi BN dari Johor dimenangi dengan majoriti amat tipis. Ini amat mencurigakan Mahathir, tetapi tidak menggelisah orang Melayu yang menjadi pengundi di Johor. Faktor ini membawa implikasi politik yang amat besar kesannya dan akan mengkecundangkan UMNO/BN dalam Pemilu tahun 2004.

A Makin Mengasak UMNO/BN

Fakta-fakta mengenai karenah rasuah Mahathir yang tersebar melalui internet dan “print-outs” telah menimbulkan kegelisahan paling meresahkan kepada Mahathir. Hingga, Mahathir memutuskan akan mencari ikhtiar untuk mengurangkan pengaruh internet melalui kuasa undang-undang.

Tetapi, Mahathir tidak akan berjaya, kerana internet telah menjadi “way of life” reformis dan pembangkang. Tambahan pula, keadaan yang bergelodak di peringkat bawahan telah menjejaskan hasrat beliau mahu berkuasa terus.

Mahathir tidak sedar bahawa kepintaran rakyat dan pendedahan mereka kepada maklumat internet sudah cukup tinggi dan berkesan. Sementelah itu pula, beliau nampak dengan ketara bahawa PAS, KeADILan, PRM dan DAP komponen Barisan Alternatif sedang mengasak dengan kuat di sekitar perkampungan Melayu dan bandar kecil di sekitar Johor. BA sudah mula nampak semakin berjaya.

Beberapa orang dari pemimpin UMNO Johor di peringkat Cawangan secara diam-diam telah meninggalkan parti dan menyokong BA. Mereka bukan sekadar meninggalkan parti malah sepakat mempengaruhi rakan lama untuk menyokong BA.

Ini berpunca dari pengaruh Anwar dan ketulusan perjuangan PAS yang berpaksi Islam tidak pernah tergugat walau pelbagai momokan oleh Mahathir dan kuncu-kuncu beliau di peringkat pentadbiran kerajaan dan BN Pusat.

Perbuatan Mahathir itu semakin meransang orang Melayu menganggap dan mempercayai bahawa Mahathir adalah “bapak pengkhianat Islam”. Lebih dahsyat lagi, Mahathir semakin terbukti beragenda menafikan kepimpinan Melayu, hak politik dan ekonomi orang Melayu. Kesimpulan mereka ialah: Mahathir adalah “anti Melayu”.

Kepercayaan begini sangat-sangat merbahaya kepada Mahathir, kuncu-kuncu beliau, UMNO dan BN. Malangnya, Mahathir tidah mampu lagi berpatah ke belakang..!! Jembatan itu sudah patah dan Mahathir sudah hanyut ke hilir muara. Segala kenyataan dan Rancangan ekonomi beliau kununnya akan menolong orang Melayu tidak dipercayai lagi.

Tenggelam Dalam Agenda

Kesilapan terbesar Mahathir ialah dengan perlucutan Anwar dari semua jawatan. Berikutan dengan itu, Mahathir tidak sedar bahawa orang Melayu dan semua kaum di negara ini sudah mengambil kesimpulan bahawa Mahathir telah melakukan kesilapan paling besar mengendalikan politik dan ekonomi negara ini.

Dasar kewangan dan dasar pemulihan ekonomi beliau hancur dengan melantik Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan.

Bagi orang ramai, Daim adalah seorang yang berkepentingan dalam bisnis korporat milik beliau sendiri. Uruskerja beliau sebagai menteri tidak lain dari bertujuan untuk mengemaskini korporat dan ‘business interests’ beliau yang mengalamai kegawatan daksyat. Apabila selesai dan segala-galanya sudah dikunci ketat-ketat, beliau akan meninggalkan jawatan dalam Kerajaan. Hari ini itulah yang sedang berlaku.

Mungkin juga benar cakap Mahathir bahawa Daim sudah letih. Tetapi kita tahu, orang yang dirasuk iblis tidak pernah merasa letih. Cuma ia akan berhenti bila agendanya sudah mampan dan cukup. Yang tinggal hanyalah Mahathir sendiri mengayun dagu. Termangu-mangu..menunggu maut!

“Banduan Politik” Memenjarakan UMNO

Jika Mahathir berkira penangkapan Ezam Mohd. Nor dan 6 orang lagi dan penyiksaan Anwar akan membantu politik beliau, Mahathir tersilap lagi.

Perbuatan Mahathir dan algojo upahan beliau tidak diyakini sesiapa sebagai berjaya menyebelahi beliau. Anwar sebagai “banduan politik” membuatkan Mahathir dan seluruh UMNO/BN dalam kancah tembaga panas yang menggelegak. Ia tidak mendatangkan apa-apa faedah politik kepada beliau; sebaliknya menyebabkan PAS/BA semakin berwibawa dan berpengaruh menerangkan siapa Mahathir dan UMNO/BN sebenar!

Usul perbincangan Perpaduan Melayu anjuran Mahathir itu sendiri telah menjatuhkan martabat dan kewibawaan beliau (Mahathir) dan UMNO. Malah, ia mencurigkan komponen BN. Mereka sedang menghukum Mahathir dari dalam parti sendiri.

Makin nampak sekarang bahawa Mahathir sedang berkecamuk dalam agendanya sendiri. Beliau tidak lagi termampu meletakan UMNO/BN sebagai mercu tanda politik negara; sebalik Mahathir sendiri sedang tenggelam dan hanyut ke muara. Mungkin juga beliau sudah merasa ketandusan dan kering kontang tanpa penyokong.

Apakah agenda Mahathir untuk terus berkuasa dengan slogan “kerja sampai mati” akan berakahir sebagai realiti atau setakat impian dan angan-angan “mat jenin” saja? Rakyat sudah tahu jawapannya!

Berkata dari seorang teman di PWTC siang tadi, “Mungkin bulan Jun 01 akan memberi jawapan paling segera”. Apakah jawapan itu? Sama-samalah kita tunggu..!!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com