Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


NAJIB BERKOKOK – SEMENTARA EKOR BERGELUMANG TAIK!!

Amin Sapiro (baru pulang dari bertandang jauh)

Assalamualaikum WW,

Minta maaf saya kepada teman-teman. Saya baru pulang dari bertandang. Sebelum pergi, saya amanahkan beberapa pesanan kepada sahabat saya Omar Al-Madani. Kerana, saya tidak pasti bila akan kembali.

Saya ucapkan terimakasih kepada beliau. Beliaulah kawan lamo yang amanah membantu saya. Antara amanah itu: “Semoga beliau menyambung perjuangan ini”. Kalau ada kurang dan salah silap, saya amanahkan beliau menokok tambah menampung kekurangan (edit). Minda kami satu jalan.

Sejak kemarin dulu saya sudah kembali. Saya hadir di Dewan Perhimpunan Cina di KL. Ramai juga kita di sana. Tak sangka pulak Dr. Mahathir mengucapkan TAHNIAH kepada semua. Hahaha… dah kecut dia nampaknya!!

SAYA mulakan cerita hari ini. Begini……

TERPANGGIL kita apabila secara tiba-tiba saja Datuk Seri Najib Tun Razak mula terkuit lidah bercakap. Selama ini beliau diam saja, lebih diam dan senyap sunyi melebehi tikus jatuh ke dalam buntil padi. Apakah Najib baru terjaga dari tidur atau dijagakan oleh mimpi ngeri. Maklumlah, jawatan Naib Presiden akan disambar geruda? Kita tidak tahu, melainkan beliau saja.

Ramai yang berpandangan, memang beliau baru tersedar dari tidur lena. Maklumlah, Perhimpunan UMNO ‘is just arround the corner’. Memang tabiat pemimpin UMNO, mereka berpolitik mengikut musim. Kalau pilihanraya dah dekat, terhegeh-hegehlah mereka bawak cangkul dan pungkis mejolok mana-mana longkang yang tersumbat. Masa itu, kalau ada sesiapa mati, mereka sanggup pikul mayat. Kalau dah menang pilihanraya, muka hidung pun tak nampak. Yang nampak cuma Mercedez mata belalang berkilat bercermin gelap.

Kalau Najib tak buat bising sikit, kalau diam memejam mata saja, jawatan yang di”bidding” sebagai Naib Presiden UMNO, akan HANGUSSSSS…!! Melepas..! PADAN MUKO!! Sementelah Nov. 99, Najib nyaris-nyaris kempunan. Menang dengan 200 undi saja. Malu sangat. Kalau tak ada satu peti undi yang datang dari “entah mana”, Najib akan lingkop habis.

Itulah nasib anak sulung Allahyarham Tun Razak..!! Bagi saya, pemimpin UMNO setakat bergantung kepada kelentong Mahathir saja. Mereka sanggup jadi “beruk-beruk” yang duduk dicelah dahan. Mereka gegar dahan yang berbuah ranum, tetapi buah yang jatuh orang lain kutip dan simpan. Tercungap-cungaplah “beruk-beruk” UMNO kelaparan.Terkebil-kebillah mata mereka, harta sendiri terlepas ke tangan orang. Itulah yang terjadi dan sedang berlaku sekarang!

Najib Orang Berprinsip?

Terbaca di media UMNO, Najib cuba berfalsafah dengan menggariskan enam (6) prinsip yang perlu dijadikan pegangan oleh ahli-ahli UMNO. Katanya: Jika mereka mahu melihat parti yang mewakili orang Melayu itu terus kekal dan berkuasa di negara ini, UMNO perlu melakukan 6 perkara. Antaranya, kata beliau:

1) Padu dalam merapatkan kembali barisan,

2) Setia kepada parti,

3) Kerja secara konsisten,

4) Menyampaikan maklumat benar,

5) Menjadi juara kepada kehendak dan aspirasi orang Melayu

6) Menangkis fitnah atau dakyah yang disebarkan parti pembangkang.

Tercuit Hati Memikir

Terpanggil kita untuk bertanya kepada beliau terlebih dahulu, iaitu pertamanya:

a) Masihkah lagi Najib percaya bahawa UMNO mewakili orang Melayu?

b) Tidakkah seluruh pemimpin UMNO harus sedar bahawa orang Melayu tidak memperakukan UMNO sebagai “bukan lagi” parti orang Melayu?

Seharusnya, itu adalah soalan asas yang perlu ditanya oleh sesiapa juga yang berhasrat memimpin parti itu.

Kita nampak contoh, mengapa Ku Li dan Rais Yatim membubarkan Semangat 46; kerana parti itu semacam parti “Angan-angan Mat Jenin”. Cakap “pung-pang” sana sini. Tetapi pada dasar di lubuk hati pemimpinnya, nawaitu dalaman mereka semua orang tahu. Akhirnmya berbalik semula menyembah kepala lutut Mahathir; terjun semula ke dalam “lubok UMNO”. Memalukan bangsa Melayu!!

Sekarang apa jadi? Hhihihih… jadi hamba sahaya Mahathir Kutty, anak paria itu sajalahhh..!! Kerja lain tak ada: Jilat… Jilat… Jilat…!! Mahathir ludah, diorang Jilat… Mahathir berak diorang gilap!!

Sepatutnya Najib kena belajar berpolitik dari kampung. Menumpang “tengek” di pundak ayahnya, bukan budaya poltik moden. Itu hanya berlaku di India, Seri Langka atau di Bangladesh saja.

Najib kena pastikan ini bahawa majoriti orang Melayu (termasuk pemimpin UMNO yang mewakili partinya) telah beranggapan iaitu UMNO sekarang ialah parti “Mamak-Malbari”. Ia dikendali dan disusunatur oleh paria berasal dari Krala..!! Najib kena buang “stigma” UMNO yang itu dulu. Kalau tak upaya, sorry lah!!

Jual “Body” Dan Maruah Diri!

Pemimpin UMNO yang berasal Nusantara sudah terpinggir dan diketepikan bontang. Sebaliknya, paria dan Malbari sudah mentadbir UMNO sekarang. Seperti Mandeliar dan Si Kitul di zaman Melayu Melaka, jika Mandeliar berjaya menghakmilikkan “institiusi kebangsawanan” Melayu Melaka dan mempergunakan untuk kepentingan dirinya; sebelum itu Mandeliar ini akan membodek semua orang.

Tapi, jika Mandeliar ini sudah ditampuk kuasa, dia akan membawa celaka dan musibah kepada nagera, bangsa dan agama. Hari ini kita sudah nampak karenahnya. Bergantunglah kepada kita apa kesudahan nasib Mandeliar – mau sejarah Melaka diulang? Takkanlah Najib buta siang!! Silalah datang ke ceramah Pembangkang. Semua kena telanjangkan. Maruah diri kalian dah hilang.

“Budaya Mandeliar” Dalam UMNO

Seharusnya, Najib perlu tekankan dengan jelas bahawa sifat dan budaya “Mandeliar” adalah memegang prinsip “menjulang tinggi kerabat seketurunan” mereka. Mereka cekap merancang untuk memberi anak-anak buah zuriat watan jawatan tinggi dengan upah sekadar emas sebahara. Mereka diarah menjuang beliau setinggi langit. Mamanda “Mandeliar” ini mengenakan syarat mutlak, iaitu mereka yang sanggup “menjilat” duburnya, mudah meningkat mengisi jawatan tinggi dalam pentadbiran regim beliau.

Takkan Najib tak sedar lagi, beliau adalah seorang dari “hamba-hamba sahaya” si Mamak-belukang ini. Rais Yatim dah lama menggantikan Ibrahim Ali.

Sudah wujud tradisi melantik “penjilatnya” ke jawatan menteri melalui “senator”. Mandeliar ini telah menerapkan ragam Diktator melalui proses “ikut suka sendiri” yang menafikan segala unsur demokrasi dan hak pemilihan rakyat. Dia telah membalikkan sistem “Feudal” ke dalam hidup orang Melayu. Prinsip mentadbir orang Melayu dalam bukunya “Malay Delimma” digunakan sepenuhnya.

Proses “Pembangangan”

Punca malapetaka hari ini bersebab dari orang Melayu pemimpin UMNO bangang sangat. Pantang tengok ringgit dan sen, cepat sangat terbeliak mata. Ada yang sanggup jual bini dan anak dara sunti. Apatahlagi tanah se bidang yang tidak diketahui nilainya. Puterajaya diberi percuma. Itu bukti kebangangan pemimpin UMNO.

Mahathir sudah menetapkan sayarat, iaitu tanggungjawab belodok-belukang terbabit cuma satu bagai saja, iaitu: Mempropagandakan kehebatan orang yang meletakkan mereka ke tempat yang membolehkan mereka memuaskan ego, merancang dan membolot kekayaan. Mereka dikerah untuk melakukan FITNAH dan ADU-DOMBA serta MENGKHIANAT rakyat jelata. Itu saja kerja dan urusan mereka. Lain tak ada. Itulah cara membalas budi. Mesti sanggup jual “body” dan maruah diri!

Fungsi Pemimpin Melayu

Dalam konteks ini, Najib harus sedar dan insaf, jika beliau berharap UMNO harus padu dalam merapatkan kembali barisan; fahamilah bahawa sebenarnya UMNO tidak padu lagi. Barisan itu sudah lama hilang dari padang tempat mereka bermain. Sudah tidak ada penyokong lagi. Sorak yang didengar itu diluar pagar saja.

Jika Najib mengharapkan ahli-ahli UMNO supaya setia kepada parti, soalan yang timbul sekarang ialah: Parti itu masih ada ahli lagi ke?

UMNO sebenar pun sudah sekian lama TERBATAL dan TERMANSUH. Lebih 14 tahun silam. Apakah selama ini Najib tidur lena dan berkhayal saja? Tak tau kah? Sudah hilangkah kekesanan arus perjalanan sejarah?

Jika ‘Konsistensi’ diakui sebagai asas yang memberi kekuatan parti, rakyat tidak lagi melihat UMNO sebagai sebuah parti yang mampu menjadi sebagai saluran rakyat berjuang. Rakyat sudah matang berpolitik. Mereka akan hanya menyokong sekiranya parti itu mempunyai dasar “berkemajuan dan berketerampilan” untuk menegakkan kedaulatan tanahair, bangsa dan agama. Kerana UMNO sudah hilang fenomena itu, tidak salah orang Melayu meninggalkan UMNO. Itu salah siapa?

Cuba perhatikan, Perlembagaan UMNO sendiri dan segala susunatur serta cara ia menangani masalah dalaman parti; pun tidak konsisten. Kacau-bilau tak tentu hala ada di mana-mana. Pemimpin UMNO macam haiwan di belantara – siapa bertaring panjang, dia boleh baham siapa saja.

Politik wang, ugutan menyerang kawan, bersekongkol dengan penyangak dan penyamun, cabut pistol – baling kerusi, ugutan mencedera dan adu-domba sesama sendiri; adalah antara kerja maksiat yang menjadi amalan biasa kepada pemilihan Bahagian.

Sepatutnya, jika UMNO betul-betul berlandaskan demokrasi; sewajarnya semua jawatan (termasuk Presiden dan Timbalannya) wajib dipertandingkan. Tetapi sekarang, ia disekat berbagai cara. Tak pernah terdengar dulu dalam UMNO ada sistem bonos dan potongan dalal dengan komisyen untuk dikira sebagai syarat kelayakan bertanding. Sekarang semua pakai “10 percent”.

“Beruk-beruk” Bangang..!

Itulah Mandeliar punya cara. “Beruk-beruk” yang ditambat leher kena ikut. Mereka diberi talian panjang, tetapi hujung tadi Mandeliar yang pegang. Memang sahihlah “beruk-beruk” UMNO bangang. Muka macam orang, tetapi kerja macam binatang. Orang suruh duduk, dia duduk. Suruh telanjang pun tak pernah bantah. Macam itukah nak jadi pemimpin yang memperjuangkan pentingan rakyat?

Hari ini, tahun ini peraturannya pemilihan dipinda lagi. Bergantunglah kepada arah angin bertiup. Jika dijangka Presiden parti akan kalah “voting”, akan dituduhlah pencabarnya “LIWAT”. Jika membantah, mereka akan dibicara ikut undang-undang belantara. Macamana nak bekerja secara konsisten? Berapa orang yang sudah diISAkan? Itulah manifestasi karenah kelompok orang-orang “pengecut”..!!

Maklumat UMNO Berunsur FITNAH

Seperkara yang sangat mengaibkan adalah dilakukan oleh pucuk pimpinan dan elit-elit UMNO sendiri. Ia berhubungkait dengan gejala “maklumat benar” yang dikatakan fitnah.

Rakyat sudah lihat, media arus perdana sebaran UMNO. Ia dikenali oleh 20 juta rakyat negara ini sebagai sumber penyebar maklumat palsu, tidak benar dan berbau mengahasut dan adu-domba. Sudah lama diperhatikan. Hingga rakyat sendiri tidak mahu baca. Akhbar terbabit menanggung kerugian berjuta-juta – hampir muflis gulung tikar.

Keadaan lebih gawat lagi apabila Dr. Mahathir sebagai PM menyerahkan urusan propaganda untuk menaikkan nama dan reputasi beliau yang semakin merudum, kepada seekor “biawak lapar yang liar dari spesis Krala juga”. Ia bernama Zainuddin anak lelaki kepada Maidin “nasi kadar Penang”. Apakah Najib boleh tahan ledakan senjata ampuh seorang kerabat Krala yang ini? Boleh berfikir barang sejenak? Atau masih berlemak- lemak?

Jika “taukeh besar” Najib memperjuangkan “fitnah” sebagai cara terus berkuasa, siapa Najib untuk membanatah? Nak ke Sg. Buloh pulakah? Kalau tahan badan kena penumbuk sulung “anjing-anjing” Bkt. Aman, silakanlah. “Ezam dan 10 Budak Hitam” sedia menunggu di sana. Sudah lama. Mereka teringin nak tengok muka-muka UMNO pula.

UMNO Cuma Sebuah “Nostalgia”

Memang diakui bahawa UMNO asal adalah parti Melayu yang memperjuangkan Kemerdekaan tanahair. Tetapi Najib kena ingat, itu zaman Allahyarham ayah beliau sekawan dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dulu. Masa itu sudah berlalu. Juara rakyat yang berdua itu sudah pergi meninggalkan negara, bangsa, agama dan UMNO sebenar buat selama-lamanya. Mereka sudah tidak ada. Nak harapkan Najib, umpama pagar condong.

Bermakna sekarang, jika diharapkan UMNO yang kini bersifat seperti dulu; jangan harap sangat. UMNO hari ini berkarekter parti “United Mamak-Malbari Nesynal Orangnaization” (uMMno). Ia tidak lagi menyamai UMNO lama. Jika masih mahu menerapkan nilai-nilai UMNO lama, ia tidak lebih dari “a wishful thinking”. UMNO hari ini dianggotai oleh pemimpin “samseng”.

UMNO Dan “Kilang Fitnah”

Dulu lagi saya sudah kata: Dalam UMNO terlalu ramai “Belodok-belodok brengsek keparat bangsat” yang makan dalam dua dunia. Hampir semua mereka yang “bergila-gila” menerajui UMNO sekarang bukan berniat untuk “menjadi juara kepada kehendak dan aspirasi orang Melayu”. Sebaliknya mereka adalah belodok-belodok yang mengkhianati aspirasi dan hak-hak asasi orang Melayu.

UMNO dan pemimpin mereka tidak mampu menangkis sebarang fitnah atau dakyah yang tersebar. Istilah “Fitnah” adalah suatu penilaian yang subjetif. Yang menyebarkan fitnah itu, sekiranya benar dikatakan penyebabnya parti Pembangkang kunun; rakyat sudah nampak bahawa Pembangkang berusaha keras MENANGKIS pelbagai fitnah yang disebarkan oleh pucuk pemimpin UMNO bernama Mahathir Mohamad. Beliaulah “Raja Fitnah” paling tinggi taraf, tetapi sangat bahaya. Jadi, bagaimana Najib mahu menangkisnya? Ia dijana dari dalam UMNO itu sendiri. Di sana ada kilang fitnah. Pengurus Besarnya ialah President UMNO.

Perhatikan ini: Orang Melayu diadu-domba kununnya kaum Cina akan merebut jawatan Perdana Menteri. Yang cakap ialah Dr. Mahathir – Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri. Kepada kaum Cina dikatakan Islam dan hudud akan mengerat tangan dan kaki mereka. Islam diburuk-burukkan hingga kaum Cina di negara ini hidup dalam serba ketakutan dan rasa teraniya. Itu bukan fitnah ke?

Dalam satu nafas lain, Perdana Menteri yang dilantik UMNO itu menuduh kaum Cina sebagai “ekstrimis dan kominis”. Akhirnya, kaum Cina sedar bahawa Perdana Menteri inilah orang yang cuba menjual mereka secara “murahan”. Pada mula mereka diumpan dengan perakuan “Tuntutan 17”. Orang Cina undi BN. Sudah itu mereka dikutuk habis-habisan. Salahkah jika orang Cina meninggalkan BN?

Orang Melayu beragama Islam semakin lemas bila Perdana Menteri yang ini telah cuba menghapuskan identiti Islam dalam semua pertubuhan dan persatuan Islam. Apa ini? Mau popularkan agama Yahudi pula ke? Atau nak menukarkan agama orang Melayu kepada “Bahai” pulak kah?

Konsep Negara “Pisang”

Timbul satu soalan sekarang: Jika pucuk pimpinan UMNO seperti “Yang Amat Berhormat” Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sanggup melanggar semua peraturan dan perundangan yang diperlembagakan oleh rakyat dan negara; siapakah Najib yang sekecil “tungau” itu berkemampuan melawan kekuasaan ‘godfather’ nya? Apakah beliau mahu sebilik dengan Anwar?

Najib kena berhemah dan ambil tahu bahawa beliau dan sesiapa yang sehaluan menganggap “Prinsip 6 Perkara” itu ditekankan, bermakna beliau “menyindir” membasuh air muka seorang DIKTATOR yang sudah hilang pedoman. Seolah-olah mereka menyimbah air busuk dari “pelimbahan” kepada tuan besar mereka.

Jika ada antara mereka yang berdaya tahan, silalah masuk ke padang dan sama-sama bermain dengan Pembangkang. Bukan Amin Sapiro saja yang sudah “berkerat rotan”, lebih se juta ada berkhemah di sini. Kami mendapat kepuasan. Perjuangan kami terasa dihayati rakyat. Kami terasa dihargai. Buktinya, Terengganu sudah terlepas dari BN. Lunas melemahkan kekuasaan Dewan Undangan Kedah. Tahun 2004? ….InsyaAllah.. UMNO/BN akan tambah parah..!!

ISA Dan “Nazi”

Sehaluan dengan karenah pucuk pimpinan parti berprinsipkan seorang Diktator; tak salah dikatakan menyamai HITLER. Apa yang dikatakan Najib itu memang benar dan wajar dilaksanakan oleh semua rakyat.

Najib berkata:

“Menteri propaganda dalam zaman Nazi dulu pernah berkata kalau sesuatu kepalsuan itu diulang banyak kali, akhirnya itu boleh diterima sebagai kebenaran; oleh itu itu kita mesti berani ke hadapan.”

Sewajarnyalah begitu. Najib dan semua ahi UMNO/BN perlu melakukan sesuatu yang berani kehadapan untuk membersihkan diri dan parti dari orang yang menjadi “godfather” dan sekogkol mereka. Jangan beri dia peluang memperbodoh-bodohkan kalian. Jika negara ini sudah melorot ke arah kehancuran sistem yang selama ini ditegakkan rakyat, mengapa kerana menegakkan “orang tua sewel” itu 20 juta rakyat perlu jadi korban?

Berpatah Kebelakang

Jika Najib dan pemimpin UMNO masih teringin hendak membetulkan parti; bawalah diri mengucap dan beristighfar banyak-banyak kali.

Gunakanlah barang sedikit “grey matter” dalam kepala hotak kalian yang dah semakin botak. Cuba jadi orang cerdik sikit macam manusia yang berotak. Berpatahlah kebelakang. Cakap baik-baik kepada Mahathir, “Nak turun dengan baik, atau nak kena terajang?”.

Tunjukkan kepada beliau Hikayat Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang. Buka bab mencerita nasib Raja Mandeliar “dikerjakan” orang Melayu Melaka tua. Tidakkah si bedebah itu kena sula dari dubur hingga ke tenggorok? Tanah tapak tiang rumahnya pun dibuang ke Selat Melaka? Anak isterinya habis kena sembelih dipancung kepala..!

Orang Melayu memang pantang menyimpan “pengkhianat” tanahair sendiri. Mereka tidak akan menggadaikan bangsa dan agama. Kalau keterlaluan sangat, bila kesabaran sudah hilang, mereka akan bangkit mengamok dengan parang panjang. Buluh runcing mencuang bercerancaman. Bagi mereka, hanya nyawa saja jadi sempadan..!!

SUNGGUH! Jika kepalsuan itu diulangnya banyak kali, dengan harapan ianya akan berakhir diterima sebagai kebenaran; mari kita berani sama-sama ke hadapan… heret saja Mahathir ini ke mahkamah. Bicarakan dia. Kemudian HUMBANKAN saja dia ke Sg. Buloh!!

Bolehkah? Ha? UMNO?

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com