Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


JIKA KEADILAN KEMANUSIAA MASIH DI TANGAN RAKYAT – LAKUKANLAH!!

(Nota: Sebuah rencana Sdr. Amin Sapiro. Setelah diedit, disampaikan untuk bacaan peminat beliau – OA-M).

Bekas Ketua Polis Negara, Rahim Nor yang didapati bersalah kerana melakukan suatu jenayah bertaraf haiwan hina (lebih hina dari anjing gila buruk kepala) telah dijatuhkan hukuman 2 bulan penjara dengan denda Rm1,000 ringgit. Sebagai “ganjaran” tambahan pula, beliau tidak akan menerima faedah-faedah perkhidmatan sebagai bekas kakitangan awam (yang akan ditarik oleh kerajaan) seperti wang pencen; iaitu implikasi dari hukuman penjara dijatuhkan ke atas beliau (Rahim).

Mengimbangi keseluruhan senario “Peritiwa Mata Lebam” ditanggung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, soalan lebih penting sedang ditanya oleh 20 juta rakyat di negara ini dan dunia sejagat iaitu: Apakah adil bagi Rahim menerima hukuman itu bersendirian dan adakah Rahim seorang saja yang didapati bersalah dan harus menerima hukuman?

Kita bukan saja bertanya (selari dengan apa yang menjadi asas pengadilan Yang Arif Hakim Shaik Daud dan dua Hakim-hakim lain yang berhemah dan bijaksana) iaitu: Apakah kita sebagai manusia yang berakal fikiran dan seharusnya mempunyai perasaan perikemanusiaan akan termampu membayangkan sedalam-dalam akal dan pertimbangan bagi membelasah tanpa belas kasehan seseorang yang ditahan dan diarah supaya ditutup mata dan digari ke kerusi?

Soalan kedua: Apakah taraf dan tafsiran kita jika seseorang manusia yang melakukan perbuatan yang lebih ganas dan hina dari seekor binatang dari kumpulan binatang yang terhina seumpama itu wajar ditakrif sebagai mempunyai otak dan akal fikiran yang mewajarkan dirinya kekal berstatus sebagai manusia? Atau: HAIWAN @ BINATANG?

Kita telah tahu dan telah mendengar dari pihak berwajib bahawa Sdr. Anwar telah dibelasah dalam keadaan tangan terikat di kerusi dan mata tertutup di dalam sebuah bilik kurungan lokap. Premis itu pula dikuasai sepenuhnya oleh si pembelasah itu. Premis itu juga diketahui sebagai sebuah tempat himpunan orang-orang dibawah arahan dan kekuasaan si pembelasah. Kiranya, tidak ada peluang langsung orang yang dibelasah itu berikhtiar untuk lari melepaskan diri sebagai mengelak dari dibelasah seteruk mana yang dimahukan oleh si pembelasah itu.

Bayangkan, adakah adil jika seekor haiwan yang diheret dan diikat kaki, dipaksa terbaring untuk dikelar leher – dijadikan korban sekadar pemuas dendam kesumat? Faktor yang penting disini ialah: “untuk dijadikan korban sebagai pemuas dendam kesumat” itu. Yang dijadikan korban kezaliman itu belum ditentukan thabit bersalah atau sebaiknya. Fikir itu dulu..!!

Dari segi hukum mana-mana budaya tamadun manusia dan agama (lebih-lebih lagi agama Islam yang maha suci), jika seseekor binatang itu diseksa tanpa tujuan dan kesalahan yang terbukti; perbuatan itu amatlah zalim sezalim-zalimnya dan kejam sekejam-kejamnya. Ia merupakan suatu PENGANIYAAN!!

Dalam konteks Anwar yang dibelasah itu, kita tidak dapat membayangkan apakah Rahim Nor dan mereka yang sekongkol dengan beliau, termasuk orang yang mencanangkan sekeliling dunia mengistiharkan kununnya Anwar sengaja mencederakan diri sendiri; tidakkah wajar orang-orang ini ditakrifkan di dalam ruang lingkup kategori “manusia” yang diklasifikasi sebagai “BUKAN manusia”..!!

Solanya: Jika orang itu “manusia” yang wajar diklasifikasi sebagai “BUKAN manusia”; binatangkah dia @ mereka? Jika binatang; jenis binatang apakah ia?

Jawapannya tidak termampu kita fikirkan untuk menamakannya. Jika ia binatang mungkin “anjing” adalah sewajar-wajar jenis binatang yang paling terhampir disamatarafkan untuk manusia jenis itu. Tetapi itu pun belum tepat setepat-tepatnya, kerana bahasa manusia tidak mampu membayangkan isi hati. Tetapi perkataan “binatang” itulah perkataan paling hampir membayangkan istilah dan takrif perbuatan orang itu.

Apa pula jenis binatang yang sesuai untuk dikategorikan kepadanya? Paling hampir dan paling hina dalam perbendaharaan “kata-kata penghinaan” yang termampu diberi oleh manusia, khususnya orang Melayu dan pemeluk agama Islam dan kerap digunakan ialah kombinasi perkataan “ANJING dan BABI”..! Mungkin ini tepat sedikit sebagi membayangkan konsep penghinaan yang tidak ada tolok bandingannya. Itulah dia Rahim Nor dan sekongkol beliau.

Ini membawa kita melihat prelude senario yang membawa kepada Datuk Seri Anwar dibelasah begitu kejam sekali membawa padah kesihatan beliau hingga sekarang. Kesan darinya, beliau merengkok sakit belakang kesan dari “slipped disc” hasil belasah seorang berbadan tegap seperti Rahim Nor. Itulah dia KPN Polis Negara; orang harapan “Yang Amat Berhormat” Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap President UMNO..!!

Diketahui: Anwar diperlukan satu pembedahan pakar di mana-mana jua tempat pelusuk dunia yang beliau yakin dirinya dirawat. Itu hak beliau. Malangnya, beliau dinafikan hak itu atas alasan yang bukan-bukan sehingga menafikan hak beliau sebagai manusia dalam kesakitan.

Harus kita bertanya sekarang: Tidakkah kezaliman dan kebinatangan Rahim Nor sudah menjangkit begitu teruk kepada peneraju sebuah Kerajaan yang mengaku sebagai pelindung kepada agama Islam dan budaya agama itu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara?

Kita mendengar bagaimana Kerajaan British yang menaungi agama Kristian tidak membenarkan penjenayah kemanusia terperingkat: Pinnocet, untuk dipindahkan keluar dari sana bagi menghadapi tuduhan dan perbicaraan. Mengapa mereka boleh menunjukkan sikap perikemanusiaan; dan tidak pula Kerajaan Malaysia pimpinan “Yang Amat Berhormat” Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang dilantik oleh sebuah parti politik orang Melayu yang mengaku sebagai penaung agama Islam dan disebut sebagai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu?

Sebabnya: Senario pembelasahan kejam lagi zalim ke atas diri sdr. Anwar hingga merengkok kesakitan begitu dan dinafikan pula perubatan terbaik untuk dirinya; adalah urutan dari “tempias” keangkuhan dan tamak kuasa, dendam kesumat seorang manusia yang telah melebihi jiwa dan rohani “binatang paling hina” dalam sejarah tamadun manusia. Itu saja..!

Telunjuk semua manusia satu dunia sedang menuding ke muka Dr. Mahathir Mohamad. Jika kekejaman ini berterusan, Dr. Mahathir Mohamad dan sekongkolnyalah kelompok manusia paling kejam pernah dilahirkan oleh UMNO – Parti Kebangsaan Melayu Bersatu..!!

Perkembangan ini memberi kata putus kepada semua orang bahawa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir Mohamad dan parti politik yang merestui beliau sebagai pemimpin teragung adalah tidak wajar lagi diberi status “pemerentah” sebuah negara seperti negara ini. Sekiranya rakyat diberi pilihan memilih dan menentukan Kerajaan; mereka pasti tahu untuk menjatuhkan hukuman.

Kita mengcop Rahim Nor sebagai “Bapak Anjing” (mengikut pengakuan beliau) yang paling hina dalam sejarah perkhidmatan awam. Tetapi Dr. Mahathir Mohamad adalah pelindung “Bapak Anjing” itu. Yang Amat Berhormat” Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad layak digelar sebagai seorang berstatus “Tuan Punya Bapak Anjing” tersebut.

Ini bukan kata-kata mainan. Sejak 2 September 1998, umat manusia satu dunia melihat, mendengar dan menyaksikan sendiri Dr. Mahathir Mohamad bercakap dan melakunkan segala tohmah yang amat aib lagi mengaibkan terhadap seorang manusia yang sukar dihujjah oleh pihak pendakwaraya sebagai melakukan dosa seperti tuduhan beliau (Dr. Mahathir Mohamad) itu.

Jadi, tidakkah ini bermakna bahawa rakyat negara ini sedang diurustadbir dan diperentah oleh sebuah Kerajaan yang lebih mirip bersifat “sekawan anjing-anjing liar”; dan dipelihara oleh seorang yang berstatus “Tuan Punya Bapak dan Anak-anak Anjing” paling hina?

Terdengar kini, sejumlah 108 orang-orang kenamaan di negara ini memohon “Tuan Punya Bapak Anjing” yang menggemabala sekawan anjing-anjing liar, supaya ia membuat sedikit pertimbangan untuk menunjukkan perikemanusiaan terhadap Anwar – walaupun sebesar hama sekalipun.

Jumlah 108 orang kenaaan itu hanyalah sekdar perlambangan “perikemanusiaan” umat manusia sejagat. Jika dilakukan referendum, pasti 20 juta rakyat menyokong penuh. Mungkin juga, sekerat dunia akan mengebelahi majoriti rakyat negara ini!

Kita yakin seluruh dunia berada dibelakang 108 rakyat yang prihatin itu..!! Apakah sebuah kerajaan yang mengaku mewakili majoriti rakyat dan berikrar akan menerima amanah sebagai tanggungjawab jawatan yang disandang – akan memelihara kesejahtaraan dan kerukunan rakyat; tetapi sebaliknya terus akur menurut nafsu dendam seorang pucuk pimpinan yang “beraja di hati dan bersultan di mata”? Tidakkah mereka melantik seorang ketua bersifat “MAHAraja Gila”? Tidak “anjing-anjing” peliharaannya juga sudah gila?

Legenda Melayu “Raja Bersiong” dan kesah “Sultan Melaka meminang Puteri Gubung Ledang” yang disebutkan Datuk Seri Anwar dalam ucapan beliau [rujuk >https://members.tripod.com/~harundin/pemuda95.htm<] sah sedang berlaku sekarang dibawah pentadbiran UMNO/BN.

Jika Yang Arif Hakim Shaik Daud, dalam kapasiti beliau sebagai seorang Hakim yang bijaksana ditafsirkan sebagai berkata: bahawa mahkamah rayuan mengingatkan mahkamah yang lebih rendah untuk memperkirakan kekejaman polis terhadap orang ramai, dan lebih-lebih lagi kekejaman terhadap mereka yang ditahan (diperlakukan seperti yang dilakukan oleh Rahim Nor); hakim-hakim terbabit akan bersikap serius dengan mengenakan hukuman seberat-beratnya terhadap perlakuan menyalahgunakan kuasa oleh anggota polis terbabit.

Rakyat negara ini harus menjadikan kata penggulungan Yang Arif Hakim Shaik Daud itu sebagai panduan memilih sebuah Kerajaan yang bakal mentadbir mereka. [rujuk > http://www.malaysiakini.com/News/2001/04/2001043001.php3<]

Tanpa niat menghasut, rakyat wajar diajak berfikir dengan rasional bahawa dengan segala bukti-bukti agenda, karenah jahat dan kebusukan, ketidakadilan dan kezaliman, penipuan dan pembohongan, rompakan harta dan hak asasi rakyat yang mereka (yang mengaku diri sebagai pemimpin negara) lakukan sewenang-wenangnya itu – apakah rakyat negara ini masih mahu mengharapkan sesuatu yang baik dari sebuah Kerajaan seperti ini? Apakah wajar ia ditakrifkan sesuai dijadikan tempat untuk bernaung?

Yang Arif Hakim Shaik Daud tidak mampu merobah pilihan anda sebagai rakyat yang berhak atas diri sendiri. Tetapi, rohani dan kesucian hati anda, keyakinan anda kepada diri sendiri (sebagai rakyat merdeka, berdaulat dan beragama) adalah berkuasa menentukan kelompok pemimpin sebuah kerajaan yang berhemah menerajui komuniti dan zuriat anda dibelakang hari.

Sesungguhnya pilihan anda terletak di hujung jari anda. Dan, ketahuilah bahawasanya Rakyat itu sendiri adalah sebaik-baik hakim dalam kes menentukan Keadilan atau Kezaliman sesebuah Kerajaan itu. Jika 20 juta rakyat di negara ini wajar menentukan untung nasib mereka….bersedialah melakukan satu perobahan total.

LAWAN TETAP LAWAN. Pastikan berlawan untuk kemenangan!!

Amin Sapiro
(Bekas Ahli UMNO Berkerat Rotan)

Suntingan: Omar Al-Madani


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com