Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DR. MAHATHIR MOHAMAD – MANUSIA YANG TIDAK TAU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH.

Amin Sapiro (semakin nampak cahaya dihujung sana)

SEBAGAI umat beragama Islam, orang Melayu cukup cepat menilai nikmat yang dilimpahkan Allah swt. Kepada orang yang menghulurkan pertolongan kepadanya, sudah menjadi kebiasaan bagi mereka akan berterima kasih dan berikrar dalam diri untuk membalas jasa dan petolongan itu di suatu ketika kelak sekiranya ia termampu.

Semangat Yang Memuncak

Nenek-moyang orang Melayu bermati-matian mewujudkan UMNO dalam tahun 1946. Bukan pula UMNO itu satu parti yang pertama mempelopori perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tanahair, tetapi UMNO merupakan gabungan beberapa anggota dan parti-parti politk yang kecil-kecil sebelumnya. Kerana orang Melayu bervisi jauh, maka mereka membenamkan semua perbedaan dan perasaan ego yang tersembunyi selama ini. Mereka bersatu dengan niat luhur untuk menunjukkan kekuatan yang ampuh kepada penjajah Inggeris.

Waktu itu, ramai diantara kita masih “entah dimana”. Jika sudah lahir sekalipun, masih mengopek puting susu dari botol kicap yang dipadankan sebagai botol susu. Mungkin majoriti kita masih menggantungi kaki seluar ayah waktu mereka berarak menunjukkan sokongan kepada parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Perasaan itu mungkin samar-samar. Jika belum lahir, mungkin setakat mendengar cerita saja.

Orang Melayu Masyarakat Prihatin

Pemimpin Melayu silih berganti menerajui UMNO. Dalam semua mesyuarat dan perhimpunan ahli-ahli parti, mereka tidak pernah “cabut” pistol atau baling kerusi kepada kawan se majlis. Tidak pernah terdengar kesah cerita “undi seri” hingga tertangguh mesyuarat kerana kacau-bilau. Mereka ‘saling dengar mendengar’ dalam suasana muafakat yang amat menyenangkan.

Yang menang bertanding selalunya orang yang paling enggan ke hadapan untuk menjadi Ketua. Tetapi kerana namanya dikemukakan oleh seorang pencadang; tanpa disedarinya pencalunannya telah disokong sebulat suara oleh teman-teman di mesyuarat itu. Akhirnya, orang itu akan menjadi Ketua yang baik dan boleh diharap.

Ini berpunca dari sikap dan cara orang Melayu memilih ketua. Mereka mendasarkan kritirier yang unik, iaitu berasaskan kepada ilmu di dada, kejujuran dan keikhlasan serta kesungguhan bekerja tanpa ganjaran. Kebolehan memimpin datang dengan sendiri jika elemen-elemen itu sedia wujud.

Malangnya, senario itu sudah lupus dan tidak wujud lagi dalam UMNO sekarang. Tak usahlah kita ungkit satu per satu apa insiden yang berlaku yang memualkan. Mesyuarat UMNO di mana-mana sekarang sudah jadi “bangsal Keling karam”.

Wakil WANITA akan ‘berceridau’ dengan “mulut murai ala Rafidah”. Yang lelaki akan mencuangkan penumbuk ke muka kawan kayak ego “Pendekar Gilo”. Keadaan menjadi hingar-bingar hingga “rocket launcher” Ezam meledakpun mungkin tak terdengar..!! Begitu sekali hebatnya pemimpin UMNO “memperjuangkan” kepentingan “tembolok” mereka. Ihhh…Kacauuuuu…!!

Episod Lakunan Orang-orang Dungu

Selepas sesi episod saling “lempar taik” dan “bercakaran” itu selesai; maka bermati-matianlah pihak yang menang dan yang kalah memulakan kempen buruk memburukkan lawan. Seolah, keputusan mesyuarat tadi bukan hujung cerita pemilihan; sebaliknya suatu permulaan kepada pelbagai episod “SHIT slinging” yang paling mengaibkan. Saraf masing-masing makin terganggu.

Dengan nawaitu yang salah dan karenah serta perancangan yang jahat, semua pihak akan melobi sana sini dengan nista berbagai-bagai versi. Matlamat masing-masing ialah untuk menjadi calun wakil rakyat pula dalam pilihanraya yang akan tiba.

Gejala Politik Wang

Sebenarnya, disinilah isu politik wang bermula. Dengan kepakaran yang tinggi dan terlatih, juak-juak mereka akan menggunakan wang simpanan yang diperuntukkan oleh “orang atas” yang berkepentingan. Mereka yang tidak ada reputasi baik sebagai pemimpin yang direstui rakyat akan mencurahkan wang dengan banyak.

Jangan tanya dari mana mereka “korek” sumber dana brjuta itu. Semua orang tau. Sudah jadi kebiasaan, pemimpin UMNO mempunyai koporat Cina sebagai sandaran yang dilantik sebagai kroni. Mereka tidak ragu-ragu menlakukan rasuah dan penyelewengan tanpa memikirkan bahawa yang parah ialah banga sendiri dan rakyat.

Politik wang dalam UMNO (dan parti komponen BN juga) berpunca dari wujudnya “politiking” untuk menjatuhkan kawan yang semakin membudaya. Ini berpunca dari faktor asas yang wujud – yang memberi sebab mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim dikonspirasikan oleh Dr. Mahathir..!!

Kekuatan politik Dr. Mahathir dan sekongkolnya berpunca dari wang, kuasa yang ada dan karenah amalan beliau sebagai seorang pembohong dan kaki “torak”. Muka selambanya bila berhadapan dengan rakyat kadangkala “boleh pakai” juga.

Pertembungan Dua Falsafah

Tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim punya KARISMA yang diasaskan kepada perjuangan beliau yang selari dengan kemahuan dan tuntutan rakyat. Bagi beliau, orang Melayu bukan bodoh menilai dan menentukan antara yang betul dengan yang salah, antara yang rakus dengan bersih, antara yang tamak dengan berhemat, dan antara DIKTATOR dengan DEMOKRAT, antara yang bersolat 5 waktu sehari dengan yang cuma 7 hari sekali..!!

Pertembungan falsafah kedua-dua ahli politik ini menyebabkan Dr. Mahathir semakin dipinggirkan orang Melayu dan rakyat. Tambahan pula Dr. Mahathir terbukti rakus dan licik, tidak punya nawaitu “setiakawan” yang bersih terhadap lawan dan kawan.

Dari segi dasar politik, Dr. Mahathir terbukti sebagai seorang pemimpin UMNO yang tidak mengenang budi orang Melayu yang memberi beliau peluang menganggotai dan berjaya pemimpin UMNO. Walaupun pemimin UMNO terdahulu telah membuang beliau (sebagai sindiran tajam membuka ruang beliau menganggotai MIC), namun beliau tidak membalas budi orang yang memberi beliau peluang kali ke dua itu.

Hari ini, apa yang sangat ditakuti oleh majoriti orang Melayu akan berlaku, telahpun berlaku. UMNO sudah kehilangan wadah perjuangan untuk mengisi kemerdekaan yang diaspirasi dan diamanahkan nenek-moyang orang Melayu untuk rakyat.

“Top Priority” Pemimpin UMNO

Rasuah dan penyelewengan, gejala gila kuasa, gejala “belodok” yang licik merancang mengisi tembolok dan konspirasi mega yang menjijikkan tekak, aib-mengaib dan peperangan saraf antara pemimpin UMNO dan agenda “teamster”; telah mendapat keistimewaan dan “top priority”.

Pemimpin UMNO di peringkat tinggi itulah yang menjadi punca segala perpecahan dikalangan ahli-ahli dan penyokong UMNO. Kerana itu, orang Melayu sudah semakin lemas. Sebagai sebuah masyarakat yang tenang dan membudayakan amalan Islam yang perihatin kepada silaturrahim (seperti yang jelaskan diawal tadi), orang Melayu tidak ada pilihan selain dari meninggalkan UMNO.

Bermakna, perpecahan orang Melayu bukan dimulakan oleh Pembangkang. Orang Melayu “cabut” meninggal UMNO kerana parti sudah “rotten” dan tidak dapat diubat dari luar. Ia berpunca dari “CANCER” yang sedang membarah dalam UMNO sendiri.

Oleh itu, usul Dr. Mahathir untuk berbincang dengan PAS dan KeADILan itu diibaratkan seperti menampal “koyok Salon-PAS” kepada pesakit yang menghidap “Aids HIV”. Tak ada guna dan buang masa saja. Boleh dikira “it won’t happen” saja..!! Orang Melayu tak peduli lagi.

BARISAN ALTERNATIF Pilihan Rakyat

PAS yang tidak pernah menunjukkan sikap “pelampau” seperti yang menjadi amalan UMNO versi Mahathir Mohamad selama menerajui UMNO, dan KeADILan yang menitip falsafah politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperjuangkan hak rakyat; adalah antara dua parti yang berjaya memberi orang Melayu pilihan “alternatif” yang amat sesuai dan tepat dan sepadan dengan citarasa politik orang Melayu.

Wujudnya BARISAN ALTERNATIF dan sokongan orang Melayu (dan rakyat umum) yang semakin hebat adalah manifestasi yang membuktikan bahawa UMNO dan komponen BN tidak berjaya memberi apa-apa yang diuntut oleh rakyat semua kaum.

UMNO/BN tidak nampak berkemampuan lagi memperbetulkan semula segala kerosakan yang mencederakan kewibawaan parti itu. Buktinya terlalu banyak hingga kedaulatan tanahair, keterampilan semua kaum dan bangsa serta agama orang Melayu, ie. Islam; sudah terhakis dan rosak – hancur berkecai..!

Tindakan “Orang Lemah Yang Terdesak”

Siri penangkapan beberapa pemimpin dan penyokong KeADILan (BA) telah “mematahkan” selera orang Melayu untuk menyukai UMNO/BN. Orang Melayu menganggap UMNO seperti “betina tua” keputusan haid.

Mereka sudah sekian lama melihat kesan ISA yang dikenakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan di Bkt. Aman. Sekaligus semua rakyat dan dunia langsung tidak menyakini bahawa Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu “samseng” yang menerajui negara dan UMNO/BN sekarang layak diberi mandat seterusnya.

Lihat saja: Nasib satu juta rakyat Terengganu yang nafikan hak Royalti Minyak, sejumlah Rm7.0 bllion royalti yang disapu bersih oleh kejaan BN Wan Mokhtar, segala rasuah dan penyelewengan, hutang lapok Rm700 juta yang ditinggalkan untuk dibaya PAS, adalah satu dari 1000 contoh yang ada.

Pemenrentahan UMNO/BN yang diterasjui Dr. Mahathir tidak memberi kesan sebarang faedah kepada rakyat negeri itu.

Bailout Menampung Kerakusan

Berbagai jenis BAILOUT berbillion-billion yang dihamburkan bagi mengapung korporat milik anak-anak Dr. Majathir-Daim dan Kroni mereka; diketahui umum telah menghakiskan dana KWSP dan Tabung Haji, PETRONAS dan PNB, dll.

Hutang negara berjumlah ratusan billion dan semakin meningkat (Dr. Mahathir takut memaklumkan jumlah sebenar kepada rakyat), perdagangan antarabangsa Malaysia yang semakin merosot demi bulan, jumlah pengangguran dan inflasi yang semakin meningkat; amat menggerunkan. Sementara negara lain sedang meningkat stabil.

Tahap keyakinan pelabur asing yang semakin hilang dan kepercayaan kepada Kerajaan pimpinan Dr. Mahathir yang semakin pudar; telah dimanifestasikan dengan jumlah kilang-kilang besar-besar milik syarikat asing semakin ramai memindahkan operasi mereka ke Vietanam, Kampuchea dan tanah besar negeri China.

Tidakkah itu petanda bahawa negara ini sudah dipencilkan dari arus pembangunan serantau?

Soalnya: Apakah pemimpin UMNO masih bergelut dengan politik menabur fitnah, mendokong “Biawak Hidup” yang seekor itu, berpolitik mencari kedudukan di peringkat Bahagian hingga mencakar muka kawan hingga calar-balas? Itu politik apa?

Sementara mereka tidak langsung nampak menumpukan minda dan kesungguhan untuk membangunkan negara dan rakyat yang semakin mundur ke belakang dari arus perdana dunia sejagat; mereka berlagak seolah-olak apa yang berlaku tidak “mengejutkan” mereka!!

Dr. Mahathir Menipu Orang Melayu

Orang Melayu (Dr. Mahathir tak tau sebab beliau bukan orang Melayu – dia Malbari), wajib sedar sekarang bahawa Mahathir sedang melekakan UMNO dengan 1001 unsur “foya-foya” yang melengahkan.

Sekarang sudah diwujudkan pula “Puteri UMNO” yang terdiri dari Artis-artis penglipur hati yang lara sebagai tambahan kepada “Rakan Muda” yang semakin merosakkan sosial orang Melayu.

Di zaman pemerentahan Diktator Hitler dan Mussolini, perkara seperti ini memang sengaja dilakukan sebagai cara melalaikan rakyat dan meraih minat anak-anak muda supaya menyokong pergerakan pemuda disebut Nazi. Rakyat dilalaikan dengan pelbagai kenyataan dan janji manis-madu seperti dalam ucapan beliau di Parlimen semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-8 sedikit hari dulu.

Cuma teliti serangan Pembangkang keatas ucapan itu. Mahathir terkebil-kebil menjawab tergagap-gagap merapu-rapu. Puncanya, Mahathir berbohong dan cuma “jual borak”, kununnya Pembangkang tak tau apa-apa!! Nampak sangat Mahathir meludah muka sendiri!!

Masjid Jadi Saluran Kempen Dakyah UMNO

Mahathir telah menggunakan masjid-masjid untuk menabur fitnah dan menutup segala “pekung busuk” dalam pentadbiran beliau. Melalui J/K Masjid dan Khutbah yang diolah oleh jabatan agama Islam di negeri-negeri atas arahan general dan leutenan “pengkhianat Islam” di JAKIM dan IKIM. (perhatikan khutbah Jumaat hari ini 4 Mei 01), rakyat semakin loya.

Penggunaan media cetak dan letronik arus perdana semakin berbau “menghasut” dan mengadu-domba. Seekor “anak biawak baka Krala” sengaja ditempatkan oleh Mahathir di Kementerian Penerangan untuk memberi garis penduan “propaganda” busuk semakin memburukan keadaan. Biawak ini mencakar belakang orang Melayu.

Dr. Mahathir semakin nampak berkarenah berlebih-lebihan hingga sudah nampak “melampau” dalam sebarang urusan beliau menangani isu berbangkit dari kerja busuk bikinan tangan beliau sendiri.

Soalan Terbuka:

Apakah kita, sebagai orang Melayu yang diamanahkan menyambung wadah dan aspirasi Kemerdekaan yang mereka serahkan untuk menjaganya sanggup ditempelak di Akhirat nanti semata-mata kerana mengkhianati NEGARA, BANGSA dan AGAMA? Apakah Dr. Mahathir sebaik-baik pemimpin UMNO, atau apakah UMNO yang dimamak-malbarikan ini akan mampu mengisi kemerdekaan orang Melayu?

Fikir-fikirlah. Gerakkan tulang empat kerat untuk membebaskan diri dari belenggu ini, setelah berdoa selepas solat Jumaat hari ini. Allah swt. sudah mengurniakan petunjukNya kepada kita. Bacalah. bernawaitu dan beritiqamahlah!!

Amin Ya Rab….!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com