Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


REGIM MAHATHIR SEMAKIN BERGEGAR – MENANTI RUNTUH..!!

Amin Sapiro (melihat angin bertiup kencang hingga 2004)

PERISTIWA penyerahan Memorendum di Puterajaya semalam, yang diberitakan khabarnya didahulukan dengan kekecohan antara rakyat dan pentabdir di Puterajaya; adalah pertunjukan (show of event) yang mengaibkan Kerajaan pentadbian UMNO/BN yang di kepalai oleh “YAB” Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (maaf, bintang dan pingat tak ingat – lupa)..!!

Para penerajui regim ini wajar mentafsirkan kejadian itu sebagai, bukan saja memberi gambaran bahawa kerajaan yang mengaku dilantik rakyat semacam tidak mau mewujudkan hubungan Rakyat-Kerajaan secara baik dan berhemah, malah mereka menolak rakyat yang satu masa dulu didegil-degilkan supaya mereka dipilih sebagai pentadbir.

Wajib Dibuang Jauh-jauh

Bermakna mereka adalah kelompok elit yang angkuh yang tidak mengenang budi, pembohong dan penipu paling busuk. Mereka tidak harus dibiarkan lagi duduk sebagai pemerentah. Kelompok ini wajub dibuang serta-merta.

Rakyat sudah sekian tahun nampak dengan jelas bahawa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir yang serumpun ini bukan saja setakat sudah terputus hubungan silaturrahimdengan rakyat; malah mereka menganggap diri mereka tidak bertanggungjawab kepada sebarang rintihan dan aduan dari rakyat.

Mereka seolah-olah menganggap diri mereka “terlalu” tinggi dan istimewa hingga pertemuan dengan wakil mereka pun seperti mahu menemui malaikat. Apakah ini jenis Kerajaan yang berkata, “Kami bertugas untuk rakyat”? Bertugas untuk rakyat atau memusuhi rakyat?

Rakyat Sudah Rimas Dan Jijik

Rakyat semakin jijik melihat karenah aib, kurang sopan dan sikap menyisih dari tanggungjawab sebagai pentadbir rakyat yang tertib dan berdisiplin. Jika anggota struktur pentadbir rakyat di negara ini bersikap melarikan diri dari rakyat apabila mereka berdepan dengan masalah yang tercetus angkar mereka, dan menjadi tanggungjawap mereka mengelesaikan, apakah sikap sedemikian sebagai jawapan?

Setelah saban hari dan bertahun-tahun berikrar kununnya mereka merancang dan melaksanakan tanggungjawap demi kesejahteraan rakyat, tetapi akhirnya – demi mengekalkan kuasa, mereka melakukan tindakan zalim terhadap rakyat; apakah mereka masih menganggap diri mereka harus disanjung?

Kejadian itu dan puluhan peristiwa lain yang bertentangan dengan kelaziman sebuah Kerajaan yang prihatin yang sudah dilakukan oleh regim Mahathir, amat menyakiti hati orang Melayu khusunya.

Pembohongan demi pembohongan, keganasan demi keganasan yang dilakukan keatas rakyat dan orang Melayu sangat-sangat pedih untuk ditanggung selanjutnya.

ISA dan “Kuku Besi” Regim Mahathir

Paling ketara, ISA yang ditentang oleh semua kaum dan rakyat di negara ini (termasuk keanggotaan BN sendiri) membayangkan bahawa ia adalah satu bentuk “salahguna kuasa” yang berlebihan.

Sikap sebuah Kerajaan yang begini mencerminkan kelemahan regim mereka. Ini sangat menjijikkan dunia. Dunia pasti akan memencilkan regim begini. Kesannya amat dalam dan parah sekali. Mahathir dan regim Diktator yang diakuinya sudah merasa gigitan orang luar. Bukan rakyat yang menimbau mereka. Mahathir sendiri yang berangkara hingga ia berlaku!!

Sewajarnya, sesebuah Kerajaan yang demokratik harus mempunyai keperibadian yang luhur terhadap rakyat. Rakyat mahu mereka menerima rungutan rakyat yang timbul bersebab dari karenah perbuatan kurang peka pemimpin regim ini.

Kritik Haram…!

Selama ini, Mahathir menganggap bahawa diri beliau adalah Kerajaan. Kritikan terhadap beliau ada haram. Bermakna, jika semuanya yang dilemparkan oleh rakyat kepada beliau adalah ditafsir sebagai haram, Nah!! tidakkah itu bermakna bahawa Mahathir itu adalah “ANAK HARAM”? Begitu? OK begitu? Kalau mau tambah lagi, regim Mahathir adalah regim haram?

Rakyat tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan regim ini bersikap menyayangi rakyat. Mereka cuma berbohong. Hasil dari pembohongan mereka, berakhirlah siri tragedi yang mengikis hak asasi rakyat yang diperakukan Perlembagaan negara ini, dirampas secara paling biadap dan kurang berhemah oleh anggota awam suruhan mereka.

Ketakutan Yang Menggugat

Regim Mahathir makin hari semakin jelas takut berhadapan dengan rakyat. Jika begini sikap mereka, adakah mereka akan berkempen dalam pilihanraya 2004 melalui akhbar, radio dan TV saja? Jika mereka datang menemui rakyat, salahkah jika rakyat tidak pandang sebelah mata dan brpaling muka menutup kedua telinga apabila mereka memujuk dan meminta mereka didengari untuk dipilih lagi? Salahkah jika rakyat berkata, “You can go to hell..!” sambil meludah benci?

Hilang Nawaitu Pentadbiran

Pentadbiran Mahathir sudah hilang nawaitu yang sewajarnya sebagai anggota kepimpinan yang menerajui negara ini. Jika mereka berfikir kununnya itulah cara negara ini harus ditadbir, lebih baik mereka berkira-kira gulung tikar mulai sekarang; sebelum mereka digulung ke dalam tikar itu sementara menunggu rakyat menghanyutkan mereka ke laut lepas.

Tidak ada sebuah Kerajaan di dunia ini yang lari dari rakyat sekiranya rakyat mahu bertemu dengan mana-mana anggota pentadbirannya.

Seluruh anggota regim ini harus ingat bahawa gaji yang dibayar ke kantung mereka buat megisi lambung dalam perut mereka dan anak-anak mereka adalah dari kocek rakyat. Jika mereka berikrar akan melaksanakan tanggungjawan untuk kepentingan rakyat, mereka jangan jadi pengkhianat. Apabila mereka diberi amanah dan kepercayaan, malang sekali, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Perlukah mereka diberi amanah itu lagi? Untuk se penggal lagi. Wuhhhh..TOBAT!!

Bosan Dan Rimas

Rakyat sudah cukup bosan dengan karenah anggota kepimpinan regim Mahathir ini. Mereka semakin jelas sudah hilang daya berfikir yang sejurus dengan sifat manusia yang bertamadun (civilised). Mereka bersikap seperti sekelompok manusia bajingan yang merempat bangsat.

Makin sebandingan mereka ini wajar disamakan dengan penjajah asing yang datang merampas dan merampok hak-hak rakyat. Sambil itu, mereka berusaha membelakangi rakyat pula.

Makin hari mereka makin dilihat semata-mata memikirkan kepentingan diri dan tembolok puak mereka sahaja; tanpa memiberi sebarang pertimbangan bahawa 20 juta rakyat adalah lebih penting sekerat dua anak-anak dan kroni mereka.

Kuasa Boleh Ditarik Semula

Rakyat memberi mereka kesempatan mentadbir atas kesediaan rakyat menerima mereka. Jika rakyat sudah rimas dengan karenah mereka, rakyat berkuasa menolak tanpa sebarang dolakdalik lagi.

Jika Regim Mahathir ini terus menerus bersikap sombong kepada rakyat dan berusaha memutuskan hubungan dengan rakyat, maka sudah sampailah tempoh mereka ke penghujung hayat sebagai pemerentah.

Mereka harus sedar bahawa masalah negara yang semakin bertempek-tempek sekarang (cukup banyak untuk disebutkan satu persatu). Ini adalah berpunca dari kekacuan politik rakyat yang bersebab dari sikap puak ini yang sekongkol mempertahan sesuatu asas yang rapuh; iaitu “kerana sayangkan seorang Presiden parti” yang GILA KUASA!!

Reformasi Dan Pilihan Rakyat

Rakyat yang sudah melampaui tahap kesabaran untuk menerima ragam karenah yang aib ini, tidak ada pilihan lagi. Sesungguhnya, inilah yang hendak diREFORMASIkan rakyat.

Bukan REFOMASI itu harus ditafsir seperti hasutan regim ini; kununnya rakyat mahu menggulingkan kerajaan atau hendak membunuh Dr. Mahathir dengan menggunakan “rocket launcher dan grenade”. Atau, memberi rakyat gambaran pelbagai pergelutan seperti yang berlaku di negara jiran atau dimana-mana pelusuk dunia. Tidak! Tetapi, pemimpin yang lebih bertanggungjawab mahu rakyat berfikir dan memih secara terbuka. Itu saja.

Jika regim Mahathir membawa diri mereka berfikir sehaluan dengan rakyat, terbukti bahawa kejadian itu berlaku kerana regim yang mentadbir rakyat sekarang ini keterlaluan sangat melakukan Rasuah, Nepotisme dan Krosnisme yang akhirnya meragut hak rakyat mencari nafkah secara samarata disekat; 99% pemimpin UMNO dan BN akan menerima bisikan rakyat.

Terhimpit Lidah

Apa yang berlaku di negara ini, amat menjijikkan. Anak-anak pemimpin Regim Mahathir adalah mereka yang paling rakus. Mahathir adalah pelindung mereka yang melakukan rasuah dan penyelewengan. Kerana, beliau sendiri adalah “Bapak Rasuah Terulung”.. Apa mau cakap? Sudah terhimpit lidah dan terbekang di keringkong!!

Walau anak-anak Dr. Mahathir menolak kesamaan sikap rakus yang ditampalkan ke dahi mereka hingga menyamai si Tommy dan si Tutut – anak-anak penjenayah Soeharto; tetapi stigma itu bukan si Mokhzaini atau si Mirzan yang menentukannya.

Ketahuilah bahawa rakyat lebih cerdik menilai dan menganugerahkan titel itu, walaupun buruk dan lebih hina dan anjing dan babi!! Jangan tolak, terima saja. Untunglah dapat gelaran “sehebat” itu..!! Rakyat setinggan yang kais pagi makan pagi pun tak “sehebat” itu gelaran mereka.

Bersukalah kalian menanti musim kalian akan digulung dilipat-lipat!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com