Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PUTERI vs WANITA UMNO: PEPERANGAN SARAF YANG BERKEPANJANGAN

Amin Sapiro (tunggu Azalina & Erra Fazira masuk Musabaqah..!!)

DESAS-DESUS semakin lantang terdengar di sana sini. Puteri UMNO yang baru saja ditaja telah mendapat kritikan hebat dari WANITA. Ketua Penaja Puteri UMNO, Azalina Othman Said terpaksa mengeluarkan beberapa kenyataan longgar untuk mengelakkan pertembungan sesama mereka (WANITA vs Puteri UMNO).

Fokus Puteri UMNO

Azalina membayangkan bahawa program pihaknya setakat memfokuskan kepada projek-projek kebajikan untuk rakyat. Berbanding program politik. Ssetakat ini belum ada rancangan ke arah itu, katanya.

Dalam pada itu, Azalina ada juga membuat kenyataan garang. Dalam rancangan beliau, Puteri UMNO akan menambah jumlah ahli sehingga 1.5 juta. Kenyataan ini telah mengejutkan WANITA. Ia mendorong tafsiran bercanggah kepada cita-cita sebenar perkumpulan Puteri itu. Pergeseran yang pada mulanya setakat garis nipis di kulit selerang telah mengoyak hingga ke daging pejal. Bedarah luka lama nampaknya!

Puteri UMNO Bantu Mahathir Bercerita

Beberapa pemimpin WANITA telah menyuarakan pendapat. Ada yang berkata, jika Puteri UMNO setakat membantu Dr. Mahathir bercerita mengapa “Zirafah berleher panjang” kepada kanak-kanak pekak dan buta; mereka bertanya “Kenapa tidak diedarkan saja CD-Rom atau Video kepada sekolah-sekolah terbabit. Tak ada buang masa”. Nampaknya, Dr. Mahathir menanggap Azalina dan Puteri UMNO sebagai “penglipur lara seorang tua nyanyok” saja…(kata mereka).

Mereka menambah, “Seharusnya, Azalina merancang untuk memberi tumpuan kepada pilihanraya yang akan datang. Pembangkang sudah meningkatkan serangan terhadap UMNO dan BN. Dr. Mahathir dan pemimpin lain sudah patah tengkok.!” (dan macam-macam lagi)..

Ada juga betulnya cakap Azalina itu. Ketua WANITA kontrol isu-siu perdagnagan dan ekonomi. Rafidah lihat dengan bisnis menantunya. Puteri UMNO kenalah tunggu giliran. Bila peluang sampai, jawatan Rafidah dah tentu dalam tangan. Mereka yang menjelir lidah kepada Rafidah ketawa sakan…..

Artis-artis “Anak Ronggeng”

Isu kemasukan beberapa artis wanita tempatan telah menjadi tandatanya dan punca bising beberapa pihak dalam WANITA. Yang menyebabkan mereka merasa janggal dan jengkel ialah karekter dan keterampilan beberapa anggota yang keterlaluan hebat ditonjolkan hingga menimbulkan kritikan dari anggota masyarakat (khususnya orang Melayu bragama Islam). Mereka bertanya, tidakkah Azalina sewajarnya menumpukan faktor pembersihan keanggotaan Puteri UMNO sebelum melangkah ke hadapan?

Mereka sebulat suara berkata bahawa keterampilan Azalina dan anggota penaja Puteri UMNO tidak langsung mencermin sikap “membantu” dalam meningkatkan imej UMNO dikalangan pengundi-pengundi baru berstatus remaja islam.

Islam Bahan Gurauan Dr. Mahathir

Mereka mengkritik Dr. Mahathir kerna keterluan memburukkan imej Islam dalam kenyataan beliau. Beliau terlampau sangat memburukkan PAS hingga iimej Islam dijadikan beliau bahan gurauan. Pengguguran perkataan Islam yang dicadangkan oleh PM kepada Majlis Raja-raja bukan satu keputusan yang baik. Ia telah merosakkan imej UMNO.

Malah, cadangan beliau tersebut telah memberi implikasi amat buruk kepada penubuhan Puteri UMNO yang disokong Dr. Mahathir 100%. Ibu-ibu Melayu tidak percaya Puteri UMNO akan memberi faedah kepada mereka. Mereka sudah berpengalaman melihat gelagat Kawan Muda. Beberapa kes maksiat telah dilaklukan oleh muda mudi. Percampuran bebas akan membawa kepada kerosakan akhlak. Mereka tidak mau perkumpulan “Puteri UMNO” menjadikan anak gadis mereka ‘reservoir’ untuk lelaki UMNO memilih jodoh pula. Lebih-lebih lagi, pemimimpin UMNO terkenal dengansikap buaya mereka. Ini menakutkan mereka!

Puteri UMNO Dan Watak Azalina

Rata-rata WANITA menyalahkan Dr. Mahathir sebagai agen yang menyebabkan UMNO semakin terpuruk ke dalam bencah bernajis. Bagi mereka, penajaan Puteri UMNO adalah satu kesilapan politik yang besar. Meletakkan Azalina sebagai Ketua Penaja adalah kesilapan politik bikinan Dr. Mahathir yang tidak rasional. Ini diburukkan lagi dengan watak yang dipamerkan oleh Azalina kepada masyarakat Melayu (umumnya).

Yang paling menyakitkan lagi ialah keanggotaan Erra Fazira yang sebegitu hebat diwarwarkan oleh media arus perdana. Ini telah menyebabkan gadis-gadis Melayu menjadi bahan ejekan sekiranya menceburi keahlian dalam pertubuhan itu. Sudah terdengar ejekan “pelacur atasan” yang disebut-sebut sinonim dengan pertubuhan itu.

Puteri UMNO sinonim “Puteri Mat Jenin”

Seorang pemimin WANITA yang dianggap tokoh di kalangan mereka di JB berkata, “Saya akan menegah anak gadis saya menyertai Puteri UMNO, walaupunsaya WANITA. Fikirkanlah, ada 200 ribu anggota WANITA seluruh negara. Jika tiap-tiap seorang ada 2 orang anak gadis, maknakata, ada 400 ribu orang yang tidak akan menganggotai perkumpulan itu. Matilah jawapnya…”.

Bila ditanya mengapa begitu sekali penentangan WANITA terhadap Puteri UMNO, sekaligus mereka berkata, “Puteri kami tanggungjawap kami. Hala politik mereka bukan atas kuasa kami. Imej Azalina dan Erra Fazira menjolok mata. Itu saja..!” katanya dengan muka serius.

Dalam satu perbincangan mereka merumuskan bahwa pendekatan parti memberi tumpuan kepada Puteri UMNO “is just a damaging factor”. Puteri UMNO sinonim “Puteri Mat Jenin”. Ia merosakkan imej parti dan penglibatan parti dalam isu-isu kemasyarkatan masyarakat Melayu dan Islam. Tengok saja sikap dan perwatakan Azalina di kaca TV, bagaimana pula gelagat Erra di pentas. Walaupun Azalina menafikan dirinya lesbian, tetapi sikap beliau tidak menampilkan sikap seorang gadis Islam. She has no image of a politically sound spinster by vertue that she is a leader. No..no..!!

Strategi Ditolak Mentah-mentah

Seorang wanita yang sekarang bertugas di sebuah firma swasta menceritakan beliau telah didatangi oleh beberapa orang yang mengaku sebagai protem committee Puteri UMNO untuk menarik ahli-ahli dengan ganjaran akan dinaikkan pangkat menjadi supervisor.

Sebagai jawapan beliau berkata, “Saya tak cenderung kepada politik. Saya setakat menjadi pengundi saja. Cukuplah..!” katanya.

Izzah Cantikkkk…!!

Sambil berbisik beliau berkata kepada kawan-kawan sesama satu assembly-line di kilang tersebut, “Lepas pilihanraya nanti, saya akan dicerca dimaki hamun, dipandang rendah kerana memakai tudung…. UMNO mana suka orang memakai tudung macam saya. Parti PAS dan Keadilan saja yang kata OK. Tengok Izzah anak Datuk Seri Anwar, kan cantik…!!”, katanya.

Mat Jenin Jatuh Pokok “Nyok”

Nampaklah sekarang, jika Azalina hendak menambah ahli hingga 1.5 juta, bermakna beliau perlu menukar imej “angkuh dan berlagak” itu dulu. Kedua, Azalina perlu mengurangkan pergeseran dengan WANITA dalam semua hal disamping mengurang penonjolan yang berlebihan. Ketiga, “belajar-belajar”lah pakai tudung dan tanggalkan seluar jean gantilah dengan baju kurung!!

Seorang ibu separa usia (veteren UMNO terkenal di Pulau penang) berkata, “Jika Azalina hendak menarik gadis-gadis Melayu, terlebih dulu beliau kenalah masuk pertandingan musabaqah pada sesi bulan Ramadhan yang akan datang. TV3 dan akhbar UMNO hendaklah mengambil foto beliau dan tayangkan dalam seminggu dua. Zainuddin Maidin elok ambil perhataian berat. Kepimpinan Puteri UMNO adalah “berkarat”…!! Kalau tak. samalah macam Mat Jenin Jatuh Pokok “Nyok”

Wak Amin yang mendengar tak tahan perut ketawa…HAHAHAHA…Hahaha…!! Ingin juga nak dengar baca ayat suci al-Quran, kan? Amacam OK?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com